Sunday, January 22, 2012

Jalan jalan cari pasal dekat MELAKA

Haritu pergi Melaka sebab amek adik aku ni dekat Utem, now kan bebudak uni semua baru habis exam kan. So nak angkut lah adik aku ni bawak balek rumah. Dah amek adik aku tu, alang-alang mari lah jalan jalan cari pasal dekat Melaka ni.



Ayah aku lah cadang nak pergi Muzium kapal selam dekat Pantai Klebang. Dia kata ada keluar dekat Majalah Tiga. Aku ni jarang sikit nak layan cerita-cerita ilmiah dokumentari bagai ni. So aku memang bajet muzium kapal ni memang bestttttt gilaaaaaaaaaa lah kan




Masuk sini kena bayar seringgit. Budak-budak limaposen. Dalam hati aku berbunyik "murah nya nak masuk muzium ni, bayar singgit je. Ada kapal mainan ke apa je dalam muzium ni? murah bebeno"




Sekali masuk, perghhhhhhh besarnya kapal selam ni






bahagian depan


bahagian belakang. Agak besar jugak lah



Teruja sangat lettewww dengan kapal selam ni




Yang paling "best" sangat dekat muzium kapal ni adalah kapal selam godang sebijik ni je haaa yang ada. Muzium ke benda nya ni. Tapi ramai jugak orang datang tengok kapal selam ni. Dalam kepala aku sebelum masuk sini, memang dah terbayang macam-macam jenis kapal lah. Sekali ni je yang ada? Patut la bayar seringgit je. Bagi masuk FREE pon lagi bagus.




Walaupun sentap sebab tengok kapal tu jeeeeee dekat "muzium" tu, kitorang masih meneruskan perjalanan untuk mencari keria yang hangat diperkatakan dekat Melaka ni. Keria ni dekat Limbongan (tah betul ke tak aku ni, rasanya betul lah kot dekat Limbongan)



Hitam itu menawan


Jangan pandang rendah dengan kehitam legaman kuih keria ni. Ni hitam siap berkilat lagi tau. Tapi sekali rasa, mesti nak lagi. Serious aku tak pernah makan kuih keria pesyen macam ni.Selalu kan gula yang putih-putih tu. Ramai ok beratur tunggu kuih keria ni. Masa datang tu keria ni habis, tengah goreng, lagi 5 minit siap. Sanggup tunggu ok nak rasa keria ni punya pasal. Kalau tak, tak ada maknanya rajin nak tunggu kuih nak goreng ni




Ni lah yang buat puas hati sikit datang Melaka dapat rasa keria ni. Pergi tengok kapal selam tadi tu spoil mood aku



Ada macam-macam kuih lagi tapi yang sedap bagi aku kuih keria dengan kuih kasturi je. Yang lain agak kurengg sikit. Tapi kuih sini mahal sikit, seketul lima posen. Gerai ni tepi jalan je


.
Lepastu singgah solat dekat masjid ni. Tak tahu lah apa nama masjid ni. Aku nak namakan masjid ni masjid terapung ombak rindu. Sebab aku tak tahu apa nama masjid ni. Tapi cantik tau masjid ni. Rasa tenang je bila masuk






haaa kan boleh feeling ombak rindu tu



Lepastu malam pergi Wildlife Theatre Melaka pulak dekat Pulau Melaka. Ni pon agak sendu jugak lah



Masuk-masuk telah dikejutkan dengan tarian "hunggah hunggahhh". Aku tak tahu apa nama tarian ni so aku nak namakan tarian ni "hunggahhh hunggahhh"



Yang best nya masa tengok show ni. Hanya ada DUA family sahaja ok! Family aku dengan family abang ni haa. Kiri kanan memang kosong. Sendu betul


Dia punya host ni bagi aku best jugak lah sebab dia pandai berlakon dan bercakap. Time ni konon-konon tanya siapa ada hilang bag. Aku memang bajet ada "sesuatu" je dalam handbag tu. Konpom punya lah kan



Ye! betul tekaan aku. Memang ada sesuatu iaitu baby snake. Baby ke snake tu? Baby lah kot sebab kecik



Lepastu ada kotak pulak, aku syak ni mesti ada menatang lagi besar ni. Mesti ada ular jugak ni. Kalau penuh orang ni, aku rasa best lah kot sebab sesiapa duduk sebelah kotak tu mesti terkejut tenuk tetiba duduk sebelah ular






Ye! Ular ni seberat lapanbelas kilogram. Yang tadi baby snake. Ni bapak ular. Then depa ni nak sorang volunteer suruh ke depan. Aku bajet mesti aku ni kena ni kang sebab family lagi sorang tu semua anak dia kecik lagi. Aku buat-buat tak dengar depa nak volunteer, pura-pura mesra dengan adik aku dok borak-borak. Sekali dia tarik jugak suruh turun bawah. ahhh sudahhhhhhh nak bagi aku pegang ular letteww



Ada 2 orang dia panggil. Sorang lagi lelaki. Dia suruh aku rasa kulit ular ni rasa apa. Aku cakap lah basah moist moist. Pastu dia tanya lagi aku cakap kulit ular ni rasa lembap. Pastu dia tanya lagi kulit ni rasa apa aku cakap lah kering pulak sebab macam salah je jawapan aku cakap lembap tu kan. Rupanya memang jawapan nya kulit ular tu memang kering pon. Tapi aku rasa macam lembap. ahh suka hati lah









Dia suruh aku pegang ular tu, aku pegang je lah. Ingat aku penakut ke? Alaa setakat ular ni apa sangat lah. Buaya pon aku dok kuis-kuis je dagu dia bila bergurau. Ini pulak ular. Tak mencabar betul lah










Ecececeh riak kemain, macam berani sangat pegang buaya. Tak sempat nak kuis dagu buaya, aku dah meninggal kena baham





Segala atok nenek ular yang ada depa sangkut dekat mamat ni. Nasib lah ular dah jadi rantai dekat leher. Kesian kena buli




Depa nak sangkut pulak ular gedabak ni dekat aku pulak. Tapi tak pe lah abang akak, pegang badan ular ni sikit je boleh eh? Nanti leher terkehel pulak (alasan)



Then dia suruh teka pulak dalam kotak ni ada apa. Time ni aku cuak jugak. Kot ada ular tedung ke pulak dalam kotak tu. Mahu meninggal aku dekat situ kena patuk. Tengok mamat tu, kaki lagi sikit je nak masuk kolam. Tapi lepas akak ni bukak kotak tu, desyummmmmmm mamat baju belang tu terperanjat, habis basah baju jatuh dalam kolam




Aku time tu ketawa berdekah-dekah tengok mamat tu masuk dalam kolam. Kesian pon ada tapi lebih pada kelakar.Yang kau pi terjun dalam tu kenapaaa? Depa semua panik dok tolong angkat budak tu dari kolam. Rupa-rupanya mamat ni stunt man. Dia kerja sini haa rupanya. Patut lah rileks je dia bila depa dok sangkut semua ular dekat leher dia tadi. Cehhh tertipu rupanya aku. Tapi dalam kotak akak tu pegang tak ada apa pon, cuma ada benda gumpal-gumpal panjang. Benda apa pon aku tak perasan sebab aku terperanjat tengok mamat baju belang ni masuk dalam kolam. Aku busy gelak kan dia.Yang pastinya benda dalam kotak tu bukan haiwan lah




Lepastu geng "hunggah hunggah" ni datang balek, nak sorang lagi volunteer. Aku bajet ni mesti adik aku yang kena karang. haa tepat sekali memang kena tarik pon adik aku pergi bawah. Depa suruh main buluh ni




Mula-mula dia ajar adik aku cara nak main natang ni.Makin lama makin laju pulak mamat "hunggah hunggaah" ni ketuk-ketuk buluh tu. Nasib baik tak tersepit kaki adik aku. Kang tak memasal balik rumah pakai tongkat. Adik aku kira berjaya jugak lah harungi cabaran buluh bertemu buluh (nama aku main hentam) ni. Ouh tahniah diucapkan.



Ada lah persembahan sea lion, burung kakak tua tapi bagi aku tu macam biasa je lah. Pastu ada sesi bergambar dengan haiwan-haiwan di situ. Ibu aku ni malu tapi mahu. Nak pegang iguana tapi tak berapa nak berani. But berani jugak lah dia pegang. Eh iguana ke tu? Entah, aku pon tak tahu natang apa tu




Ayah aku dok isi borang survey. Macam-macam komen dia bubuh. Dia kata tak berbaloi sebab masuk sorang doploh hengget dan persembahan kurang best. Tapi masuk sini sepuluh ringgit ok kot aku rasa. Bagi aku biasa je lah show dalam ni sebab aku pernah tengok show yang lagi best





Ni baby snake. Nama dia Shah Rukh Khan. Ok tipu. Nama dia aku main hentam je sebab bila aku panggil Shah Rukh Khan, ular ni dok tenung aku. Ye la kot nama dia Shah Rukh Khan





Ibu aku ni nak pegang ular tapi takut. Yang kecik-kecik punya ular berlagak tak nak pegang,nak stok godang-godang je .Tengok pakcik sebelah tu rilekss je siap boleh tidur-tidur lagi sambil pegang ular. Kau mampu?




Haaa pakcik tu dah bangun dari tidur dah dan ibu aku tetiba teruja pegang ular. Tak pegang sangat lah. Cuit sikit pon jadik lah kan





Kesimpulannya muzium kapal dengan Wildlife Theatre ni dua-dua tak berapa nak best. Mungkin sebab baru lagi kot. Mana tahu lepas-lepas ni dua tempat ni lebih best dari biasa ke kan? Cuma kuih keria tu bagi aku memang best. Pulak makan panas-panas, Perghh memang terbaik dari kebun



ok bye!

80 comments:

  1. akk tak pergi jln2 jonker walk?situ boleh cuci mata tgok barang2 unik..:)

    ReplyDelete
  2. best nye cik epal g jalan2..
    tak mengajak den pon.
    ;p

    ReplyDelete
  3. seronoknya cik epal cuti2 malaysia ;)

    ReplyDelete
  4. walaupun panjang,, kubaca gak sampai habis,, cakap tahniah kat mak tu k,, kih3.. tercapai gak hasrat sentuh n kuis ular tu,, :P

    ReplyDelete
  5. asal takde pic mamat tu terjun kolam? hohohO~

    ReplyDelete
  6. hilarious but informative post.
    Kelakar abis tapi baru aku tahu ada benda2 ni kat Melaka.
    Thank you.

    ReplyDelete
  7. cuti-cuti melaka la ni kan cik epal?? :) best la, dari Eza yang tak pernah pergi sana ni..

    ReplyDelete
  8. kalau pg melaka... byk lg tmpt menarik selain river cruise n taming sari... cowboy town pon ok jugak!~

    ReplyDelete
  9. hehe, dua2 ni baru lagi bukak cik epal, sy org melaka pun xsempat pagi lagi :)

    btw, nama masjid tu, Masjid Selat.

    ReplyDelete
  10. seringgit untuk satu jenis kapal..muhahaha

    ReplyDelete
  11. melaka dah best nampak gayanya.ayuh kita ke melaka!*ceh promote kg sendiri pulak aku

    ReplyDelete
  12. wahh..becuti sakan.. bestnyee dpt pgang ular

    ReplyDelete
  13. ahahaha...
    klakar part mamat jatuh kolam tu..
    macam dah agak dah dia nak terjatow..

    p/s: makan keria jugak yang best ye..?hehehe

    ReplyDelete
  14. BHAHAHAHA ! siyes lawakk lah kak epal punya entryy . funn ! eyra gelak KAHKAHKAH tauu ! hihi . bestnyee pegang ulaaq , eyra tatott ;D

    ReplyDelete
  15. bestnyeee..melaka dh byk tmpt baru eyhh

    ReplyDelete
  16. haha...saye pernah pergi wildlife theater tu..memg boring sikit la..tp memg trkejut lembu jugk la tgk stunt man tu terjun kolam..hak3 >_<

    ReplyDelete
  17. laaaa. ingatkan boleh masok dalam kapal tuh.

    ReplyDelete
  18. ok, ular..
    memang tak pegang la kalau aku..haha
    http://masterxstory.blogspot.com/

    ReplyDelete
  19. wow bestnya jalan2 kat melaka....=D

    ReplyDelete
  20. malacca is a nice place. Byk makanan yang lazat:)

    ReplyDelete
  21. hurmm menarik.. yang kapal selam tu bru ke??

    kat mane ek tu??


    http://nighberkz.blogspot.com

    ReplyDelete
  22. Ya Allah,
    berani nye cik epal pegang ular!

    Iman ni tengok pon dah geli geleman, ape lagi nak pegang.

    ReplyDelete
  23. haaha...cik epal oi..saya ni dok 4 orang kat opis ni..harini kene keje...tapi dok terbahak2 mengelakkan entri no..kuor air mata sekali..tapi terbaek la..buat senda gurau time dikala kelaparan ney..ape2 pun tahniah la..kerana berjaya nengok tarian hungah2 tu..kompem kalu sy pegi melaka tak pegi da tempat ni..hahahahah

    ReplyDelete
  24. Haha apahal sampai 2 family je tuu haha

    ReplyDelete
  25. smlam bru g tgok kapal selam tuh..tak msuk pon..huu..
    masjid tuh nme die msjid selat lahh cik epal..
    and kueh keria tuhh mmg superb pon !! huuu

    ReplyDelete
  26. cik epal...

    nama masjid tu Masjid Selat ye!
    sy sbg org Melaka sdri pun sy tak gi lg tengok kapal selam dan wildlife theatre tu...kalo u kata xbest, x pi tgk pun takpe kot....kihkih...

    ReplyDelete
  27. eve orang melake pon tak pernah lagi tempat wild life tuh.hehe.cam nice je..

    ReplyDelete
  28. beraninya pegang ular tu..kalau kita sumpah dah lari..oh kira kurang best eh tempat tu.takmo pegilah cam gitu, hehe

    ReplyDelete
  29. Wah2 cik epal merayau2 jugak d melaka.. tak smpai lagi~ huhu nk g gak la..

    ReplyDelete
  30. Memang sendu dalam gelak abess baca experience cik epal ni. Hehehe

    ReplyDelete
  31. muahahah...menarik gila citer cikepal ni...sukasukasuaka

    ReplyDelete
  32. kite org Melaka. hehe. tapi tak pernah pi pon. tempat baru letteeww. btw, ibu cik epal sangat cantik ohh :D

    ReplyDelete
  33. salam.. eh, penah gak pegi tgk muzium kapal tu.. cik epal x masuk dlm kapal tu ka? leh jln2 tgk kat dlm tu.. best la jg.. tehee.. tp yg tang wildlife tu xpenah g lg.. :p

    ReplyDelete
  34. cantiklah design masjid tu cik epal..nmpk unik...^^

    ReplyDelete
  35. review terbaik...klu dah pegi tanpa baca blog ni, mmg naya..tp kesian jugak kat depa kot2 la gaji depa depends on entry fees kita kan..hihihi

    ReplyDelete
  36. 20 hinggit. alooo. mahal betul. rapi macam best., hehe.

    ReplyDelete
  37. Lama tak pergi zoo. teringat pulak time gajah show kena simbah air kaw2 dengan gajah. hehe:)

    ReplyDelete
  38. Lama tak pergi zoo. teringat pulak time gajah show kena simbah air kaw2 dengan gajah. hehe:)

    ReplyDelete
  39. besar nyer kapal selam..takot tengok..tp lg takut ngan ular tu...hehehe

    ReplyDelete
  40. cik epal, nama masjid tu kalau tak silap saya Masjid Pulau Melaka. kne seberang jambatan kan kalau nak pegi sana? saye pernah solat jumaat kat situ masa adik sy masuk hospital mahkota medical centre kat situ. angin kat situ kuat woh. syok gila kan?

    ReplyDelete
  41. eeeeeeeeeeeeeeeee,,geli yang teramat ngan ular tu.. Ya Allah..

    ReplyDelete
  42. Untong la dapat pergi Melaka..baper abis duit gi sana? Nak kira bajet ni nak gi Melaka bulan 2 ni :)

    ReplyDelete
  43. cik epal g melaka senyap je kn sentap i nokss ahhaha,semua tak pernh pergi lagi walaupun org melaka huhuhuh...

    satu lagi cik epal tak g,osyen.kalau mlm2 gamai maknyah taw best je kacau ahahha :D

    ReplyDelete
  44. alahh cik epal ular kecik xmain ahhh haha

    ReplyDelete
  45. cik epal ni buat kita rasa jealous pula.. :)

    ReplyDelete
  46. wait....cik epal nampak kurus :)

    ReplyDelete
  47. ouh..CE gi makan kat kedai limbongan tu eh...kat c2, selain kuih keria, yang maveles , bakso dia..memang terbaikkkk! :D

    ReplyDelete
  48. haha..lawak la baca..sakan jalan noh ce..best! family trip plg terbaik =)

    ReplyDelete
  49. Brani gak cik epal pegang ular... Dulu berani skang cam geli la nak pegang.

    ReplyDelete
  50. cik epal masjid yunk awk g 2......
    masjid selat

    ReplyDelete
  51. lama x ke melaka, banyak sangat yg bess kat sana banding time akak blajar dulu...

    ReplyDelete
  52. kuih keria eh? bkn telinga keling ke? hehe...btw mmg sedap kuih tu :PP

    ReplyDelete
  53. melaka mmg bestttt!..tak sabar nak tunggu jalan2 ngn membe2 skolah dulu.huhu

    ReplyDelete
  54. wahhhh...bestnye... memang terbaik ^^

    ReplyDelete
  55. hahahaha..kelakar lah akk epal nih..adoiyaii..bercuti sakan..:)

    ReplyDelete
  56. wawa pun ke Melaka jugak.. tapi tak jumpa pun cik epal.. :)

    ReplyDelete
  57. wah..bestnya..jalan2,makan sedap2,pergi tempat2 best..

    ReplyDelete
  58. wah..bestnya..jalan2,makan sedap2,pergi tempat2 best..

    ReplyDelete
  59. Ular?
    Bukan geli..cuma takde chemistry..mueheheh..

    ReplyDelete
  60. Cik Epal tu maasjid selat...kite penah stay situ sebab ade program kat uni.. :D

    ReplyDelete
  61. Hi Salam Kenal,

    Benjy suda VOTE blog ini di Blogger & Sosial Media Awards
    2012. Mohon bantuan juga untuk VOTE blog benjystanis dalam
    kategori 'Worst Blog'. Sama-sama membantu secara positif,

    terima kasih.

    ReplyDelete
  62. haha..lawak la part bagi nama tuh! jalan sakan ye cik epal! :D

    ReplyDelete
  63. mieja baru pg minggu lepas tengok kapal selam 2...teruja juga sebab die besar kan..he3~

    ReplyDelete
  64. cik epal. rinduuuuu kat kau .lama tak lepak sini.

    haa, sebagai orang melaka kan.masjid tue kitorang panggil masjid selat takpun masjid terapung.

    keria tue kan mmg favret gila kottt.sedap en? dah la femes.dulu selalu makan masa dok hostel.sbb mmbe budak limbongan.

    yg wildlife tue ,aku blom pernah jejak lagi.haha nama je org melaka.tp blom smpi lagi.

    panjang tak essay nie? sorry lah cik epal.aku meluahkan isi hati kat sini sbb rindu bangat kat belog nie. :))

    ReplyDelete
  65. nice...bt sy dak mlk pn xpena tau bout wildlife theater...haha.kcian kan.tp kalu byk mse y not pergi kg portugis not bad gak..hoho..Sy satu uni ngn adik cik epal laaa..UTeMku Gemilang ~

    ReplyDelete
  66. hi cik baju polka dot merah!

    thanks so much for the review. sebenarnya kami baru buka. baru je sebulan setengah.

    buat masa ini memang kurang sikit haiwan-haiwan yang ada di sana. akan datang, kami janji akan memperbaiki lagi prestasi kami. dan format show juga akan ditukar.

    untuk pembaca yang nak datang melawat melaka dan mahu ke wildlife theatre dengan harga yang murah, sila melawat:

    http://www.dealmates.com.my/deals/January-WildlifeTheatreMelaka-RM10

    50% potongan. dewasa rm10 dan kanak-kanak hanya rm7.50

    ReplyDelete
  67. hye cik epal...
    suka laa usha blog awk...hehe..
    btw,
    adek cik epal utem ea?
    sy pon utem... ^^
    neway, jemputla usha blog sy pulak ^^
    jadi membe
    http://atiqahivy.blogspot.com/

    ReplyDelete
  68. Seronoknya tengok Cik Epal pg cuti2 Malaysia,
    Macam akak ni mcm mana nak jalan
    dgn 3 org anak OKU...

    Dapat jadi tetamu Allah pun cukuplah.

    ReplyDelete
  69. tu namanya masjid selat..melaka jln2 sehari dua best la..kalau nk jd pnduduk tetap rasa cm..urghhh....lame..

    ReplyDelete
  70. ♥☺♥bnyk lg tempat2 menarik kat melaka yang x pegi....huhu..walaupun kampung suami kat melaka..♥♥☺

    ReplyDelete