Korang tahu tak apa SIDC?
Securities Industry Development Corporation (SIDC), bahagian latihan dan pendidikan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia melancarkan pertandingan Intervarsity Financial Literacy Movie (I-FiLM) untuk pelajar kolej dan universiti pada 15 Disember 2011
Ye. Korang berpeluang untuk mendapat RM3000!! Banyak tu RM3000. Aik? tiga ribu hengget pon tak nak ke? Cuma kena buat video je!! :)
Banyak masa lagi ni. Tak tutup lagi peraduan ni. Apa yang korang perlu buat?
1- Rakam video. Nak rakam video mestilah kena ada alat perakam kan? Mana kawan-kawan ada iPhone, smartphone tu boleh lah pinjam sekejap nak buat rakam video ni. Nak guna kamera,webcam,camcorder pon boleh jugak. Lebih afdhal
2-Video dalam 1-3 minit sahaja. Jangan syok sangat rakam sampai tigapuloh minit pulak.
3- Suka hati lah nak rakam video apa cara sekali pon. Daya imaginasi dan kreativiti anda boleh diguna pakai di sini. Nak buat ala-ala kartun upin-ipin? macam filem Ombak Rindu? Silent movie? Talk show? Berita tv3? Discovery channel? Sketsa? demo? Nak berangan hero macam Aaron Aziz? Boleh jeeee. Tak kesah lah. Janji kreatif!
4- Video tu mesti ada mesej yang JELAS LAGI TERANG yang menggesa mahasiswa untuk MENGURUS WANG DENGAN LEBIH BIJAK. Contohnya macam:
@Pentingnya simpan duit
@Kenapa perlu melabur dengan bijak
@Bajet duit makan tak bererti kena puasa
@Urus pinjaman PTPTN tanpa ibu bapa
@kepentingan melabur
@Tips pelaburan asas untuk pelajar-pelajar kampus
Macam-macam boleh buat. Ikut kreativiti masing-masing ;)
5- Upload dekat youtube. Boleh suruh satu universiti LIKE kau punya video. Cerah sikit peluang nak dapat RM3000. :D
Kalau tak faham apa aku explain tu, tengok gambarajah ni mesti paham kan? Warna-warni sikit senang masuk otak. Student kalau buat note kan suka buat gambarajah, pastu bagi warna-warni guna highlighter kan bagi senang nampak dan serap dalam otak :D
Aku pon ada try jugak lah buat video tapi aku tak berapa nak kreatif pon. Main hentam je ni. Aku memang tiada bakat dalam membuat video dan cakap pon laju kemain macam kereta api =.='
Aku tak tahu macam mana nak edit video, tah pape aku bubuh dalam video ni. Jadi lah macam ni video aku. Lantak lah kan. Macam slideshow nak present depan kelas je aku rasa aku punya video ni. Tapi tak apa, aku tahu korang ni semua kreatif sangat-sangat kan? Time ni lah nak tunjuk bakat yang terpendam. Bakat terpendam jangan lah kasi pendam.Keluarkan bakat itu. Keluarkannnnn :D
Oh ye. Penyertaan boleh secara individu atau berkumpulan. Kalau nak buat group pon tak boleh melebihi 5 orang dan ahli kumpulan mesti dari universiti yang sama. Kalau rasa tahi hidung masin sikit dan tak nak kongsi duit dengan orang lain, boleh buat sensorang. :D
Boleh usha SINI untuk keterangan lebih lanjut
ok bye!





24 comments:
menarik nie!!!students sekarang mmg x pandai urus kewangan sendiri *tuding jari kat diri sdr*
boleh torai...
cool....macam best jer pertandingan ni..=p
yaa. nice one ! nk try :))
yaa. mcm kaptain cash. simple vid. :)) gudluck sis !
mcm best plak. who going to be my pelakon??? hadoiii... rakam mak cik beli ikan kat pasar je la. haha
Ok lah tu Cik Epal . Daripada takde video . Nampak muke sudah :D
ala kalau akak da join kalah la kitorang.mesti ramai like akak. hehehe
wahh suka lah vdeo cik epal. suka sgt dgr suara cik epal :)
best of luck CE :)
ala,i dah abes study..
:(
melepas 3k..hehe
yup...pengurusan kewangan amatlah pentingg....
cik epal,laju beno mike nie cakap..then mcm xready je nk shoot..neves ek..
wah nampak kurus..eh nampak kool
peluang terbaek ni... (^,~)
ramai join menda ni.
bak kata otromen "apa barang join giveaway tudung tu.. yg ni RM3000 la derr"
XD
g'luck ya cik epal
wahhh thanks info..
woah...pandai jer cikepal wat vid...
Hai Cik Epal,
Sy silent reader Cik Epal.Dah lama dah..tapi skarg sy dah ada blog.Datangla jenguk selalu ye!Selamat menguruskan wang!
Wahhh nampak macam menarik!!!
wah cik epal...nad tak reti...muehehe..:)
http://www.nornadiah.com/
salam cik epal...saya antara org yang susah sangat nak simpan duit..paling teruk, saya tak boleh control makan...sehari pun boleh makan berkali-kali...cane tue??
by the way,,harap cik epal sudi datang ke blog saya...
http://nurulhudataib.blogspot.com/
Sungguh kreatif...Cik Epal.
macam nk join jugak je..tp xde idea lg nk buat viedo pasal apa..
Post a Comment