Monday, January 9, 2012

Bijak Menguruskan Wang bukan beruang

Berita baik untuk pelajar kolej dan universiti!!! Nak dapat duit kocek lebih tak? *ka ching ka ching*



Korang tahu tak apa SIDC?



Securities Industry Development Corporation (SIDC), bahagian latihan dan pendidikan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia melancarkan pertandingan Intervarsity Financial Literacy Movie (I-FiLM) untuk pelajar kolej dan universiti pada 15 Disember 2011



Ye. Korang berpeluang untuk mendapat RM3000!! Banyak tu RM3000. Aik? tiga ribu hengget pon tak nak ke? Cuma kena buat video je!! :)





Banyak masa lagi ni. Tak tutup lagi peraduan ni. Apa yang korang perlu buat?



1- Rakam video. Nak rakam video mestilah kena ada alat perakam kan? Mana kawan-kawan ada iPhone, smartphone tu boleh lah pinjam sekejap nak buat rakam video ni. Nak guna kamera,webcam,camcorder pon boleh jugak. Lebih afdhal



2-Video dalam 1-3 minit sahaja. Jangan syok sangat rakam sampai tigapuloh minit pulak.


3- Suka hati lah nak rakam video apa cara sekali pon. Daya imaginasi dan kreativiti anda boleh diguna pakai di sini. Nak buat ala-ala kartun upin-ipin? macam filem Ombak Rindu? Silent movie? Talk show? Berita tv3? Discovery channel? Sketsa? demo? Nak berangan hero macam Aaron Aziz? Boleh jeeee. Tak kesah lah. Janji kreatif!


4- Video tu mesti ada mesej yang JELAS LAGI TERANG yang menggesa mahasiswa untuk MENGURUS WANG DENGAN LEBIH BIJAK. Contohnya macam:



@Pentingnya simpan duit
@Kenapa  perlu melabur dengan bijak
@Bajet duit makan tak bererti kena puasa
@Urus pinjaman PTPTN tanpa ibu bapa
@kepentingan melabur
@Tips pelaburan asas untuk pelajar-pelajar kampus



Macam-macam boleh buat. Ikut kreativiti masing-masing ;)



5- Upload dekat youtube. Boleh suruh satu universiti LIKE kau punya video. Cerah sikit peluang nak dapat RM3000. :D






Kalau tak faham apa aku explain tu, tengok gambarajah ni mesti paham kan? Warna-warni sikit senang masuk otak. Student kalau buat note kan suka buat gambarajah, pastu bagi warna-warni guna highlighter kan bagi senang nampak dan serap dalam otak :D



Aku pon ada try jugak lah buat video tapi aku tak berapa nak kreatif pon. Main hentam je ni. Aku memang tiada bakat dalam membuat video dan cakap pon laju kemain macam kereta api =.='

















Aku tak tahu macam mana nak edit video,  tah pape aku bubuh dalam video ni. Jadi lah macam ni video aku. Lantak lah kan. Macam slideshow nak present depan kelas je aku rasa aku punya video ni. Tapi tak apa, aku tahu korang ni semua kreatif sangat-sangat kan? Time ni lah nak tunjuk bakat yang terpendam. Bakat terpendam jangan lah kasi pendam.Keluarkan bakat itu. Keluarkannnnn :D



Oh ye. Penyertaan boleh secara individu atau berkumpulan. Kalau nak buat group pon tak boleh melebihi 5 orang dan ahli kumpulan mesti dari universiti yang sama. Kalau rasa tahi hidung masin sikit dan tak nak kongsi duit dengan orang lain, boleh buat sensorang. :D


Boleh usha SINI untuk keterangan lebih lanjut



ok bye!

24 comments:

  1. menarik nie!!!students sekarang mmg x pandai urus kewangan sendiri *tuding jari kat diri sdr*

    ReplyDelete
  2. cool....macam best jer pertandingan ni..=p

    ReplyDelete
  3. yaa. mcm kaptain cash. simple vid. :)) gudluck sis !

    ReplyDelete
  4. mcm best plak. who going to be my pelakon??? hadoiii... rakam mak cik beli ikan kat pasar je la. haha

    ReplyDelete
  5. Ok lah tu Cik Epal . Daripada takde video . Nampak muke sudah :D

    ReplyDelete
  6. ala kalau akak da join kalah la kitorang.mesti ramai like akak. hehehe

    ReplyDelete
  7. wahh suka lah vdeo cik epal. suka sgt dgr suara cik epal :)

    ReplyDelete
  8. ala,i dah abes study..
    :(
    melepas 3k..hehe

    ReplyDelete
  9. yup...pengurusan kewangan amatlah pentingg....

    ReplyDelete
  10. cik epal,laju beno mike nie cakap..then mcm xready je nk shoot..neves ek..

    ReplyDelete
  11. wah nampak kurus..eh nampak kool

    ReplyDelete
  12. ramai join menda ni.
    bak kata otromen "apa barang join giveaway tudung tu.. yg ni RM3000 la derr"
    XD

    g'luck ya cik epal

    ReplyDelete
  13. woah...pandai jer cikepal wat vid...

    ReplyDelete
  14. Hai Cik Epal,
    Sy silent reader Cik Epal.Dah lama dah..tapi skarg sy dah ada blog.Datangla jenguk selalu ye!Selamat menguruskan wang!

    ReplyDelete
  15. wah cik epal...nad tak reti...muehehe..:)

    http://www.nornadiah.com/

    ReplyDelete
  16. salam cik epal...saya antara org yang susah sangat nak simpan duit..paling teruk, saya tak boleh control makan...sehari pun boleh makan berkali-kali...cane tue??

    by the way,,harap cik epal sudi datang ke blog saya...
    http://nurulhudataib.blogspot.com/

    ReplyDelete
  17. macam nk join jugak je..tp xde idea lg nk buat viedo pasal apa..

    ReplyDelete