Menarik Cantik Tertarik

Wednesday, November 30, 2011

Majlis bertunang


Biru pink temanya gituuu



hantaran daripada pihak perempuan




Cili ini telah disponsor oleh ibu aku dengan ucapan "jangan laser sangat, nanti aku cili-cili kan bakal mulut laki engkooo"




Ibu, adik dan sanak saudara



Ni apa benda tah yang digebang-gebang kan nya tu


Nenek aku pon nak masuk gambar jugak, jadi kena bagi dia cun jugak. Mula-mula tudung senget-senget. Nasib baik ada mak andam tak berbayar make-over kan nenek aku



Makcik-makcik dengan ibu aku ni memang macam ni. Pantang sua kamera, kemain posing peace-peace masing-masing. Penyakit keturunan





Baju aku pon dah lebih kurang sama pulak dengan tema hantaran. Cousin aku pon nak peace jugak. Lantakk



Sesi menyarungkan cincin. Alhamdulillah selesai sudah majlis bertunang ini



Nak duit seploh-seploh hengget tu enam keping boleh tak??? Nak beli tempe lah




Ini lah Nor yang comel lote yang bertunang itu. Dia ni cousin aku. Kami rapat lah jugak. Pantang jumpa dia, mesti nak gosip. kehkeh




Selamat bertunang Nor dan Amy. Cepat-cepat lah kawen. Nanti boleh tengok baby kau. yayyyyy!



Pada waktu malam, Amy bakal laki Nor ni pon sampai, sebab nak hantar "cili". Dah semua nak rasa "cili" tu sedap ke tak. Ouh Amy ni tak ada kena mengena dengan Amy Search mahupun Amy Mastura ye.


Makcik ku yang banyak kerenah nya ini. Bepura-pura buat effect pedas. Walaupun cili tu manis gila



Nasib baik lah mak si Amy tu tak cincang cili ni awal-awal nak masak asam pedas. Mahunya jadi asam manis karang. Cili ni bukan cili yang orang buat masak tu ye. Cili ni dalam nya jelly. Tapi semua impress dengan kehadiran cili ini. Sebab cili ni nampak real gila kotttt. Sampai orang pon pelik-pelik bagi hantaran cili dekat orang




Yeahhh terserlah penipuan cili ini. Tapi kreatif kan? Rasa dia sedap lah jugak. Kalau bawak pergi sekolah, makan cili ni depan member. Mesti semua ingat kau ada kuasa kebal sebab boleh makan cili dengan buat muka selamba dek. Mesti member-member ingat kau ni power rangers.



ok bye!

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Saturday, November 26, 2011

Pantang larang orang tua-tua dulu




@Jangan makan ubah-ubah tempat. Nanti kahwin banyak.



Perghhh. Best betul dapat kahwin banyak-banyak hanya dengan makan tempat lain-lain. Ni kalau lelaki suka la ni. Boleh cukupkan kuota katanya. WALAUPUNNNN


Maksud tersirat: Nanti makan banyak banyak tempat. Kalau nasi ada jatuh-jatuh. Kan menyusahkan hidup nak kutip sebutir-sebutir nasi yang jatuh tu. Takut makan bersepah sebenarnya




@Jangan menyanyi dekat dapur. Nanti dapat laki tua.




Maksud tersirat: Dah asyik sangat goyang garuda nyanyi lagu dangdut dekat dapur. Nanti kalau tengah masak ikan kembung ke apa. Tak ke hangus rentung masakan di masak tu. Sebab asyikkk bebeno menyanyi. Ikan hangus pon kau tak perasan. Letak garam pon mahu seguni sebab ralit sangat menyanyi habis semua kencing masin makan makanan kau




@Jangan main dekat luar time senja. Nanti ada momok.


Eleeeeeeehhh. Ini masa aku kecik-kecik dulu ye la aku cuak jumpa momok. Tapi so far, dalam hidup aku, aku tak pernah lah jumpa momok. Dan memang aku tak nak jumpa pon. Panggil MOMOK ni lagi cute sikit daripada panggil HANTU. Panggil hantu nampak macam seriau sikit



Maksud tersirat: Time time senja. Masuk la rumah. Syaitan banyak tengah berkeliaran mandi manda bersuka ria dekat luar time tu. So baik dok dalam rumah diam-diam. Lagi pon dah nak Maghrib. Depa suruh solat Maghrib tu. Jangan asyik melalak je main bola sepak,galah panjang atau polis sentri dekat luar




@Jangan potong kuku waktu malam,nanti mak ayah meniggal kita tak sempat jumpa


Benda ni menakutkan ok bila dengar. Habis panjang lah kuku masing-masing. Pergi sekolah pon rela kena denda sebab kuku panjang. Sebab takut mak ayah meninggal tak sempat jumpa. Takut nak potong kuku time malam. Petang tak sempat nak potong sebab dok main galah panjang hari-hari dekat luar masa lepas sekolah. Kalau bagi alasan macam ni. Memang free-free kena pelempang dengan cikgu disiplin




Maksud tersirat: sebenarnya zaman-zaman dulu diorang pakai pelita. Takut tangan terbakar ke hape. (over tau sampai terbakar) Dan lagi satu kan malam. Malam kan gelap. So kalau tak nampak boleh luka kan kuku.



@Jangan tunjuk pelangi nanti tangan kudung.


haaa yang ni aku tak tahu apa maksud tersirat dia. Kenapa tangan kudung ke hape. Ada sesiapa tahu?



@Jangan duduk atas bantal, nanti naik bisul.


Tapi best sebenarnya duduk atas bantal ni. Empuk dan best. (eh cam selalu buat je. Tahu pulak empuk dan best)



Maksud tersirat: Tak elok lah kan benda yang kita letak dekat kepala dipunggungkan. Kot lah terkentut ke hape atas bantal tu. Kita pon elok je sedap krohh krohh tidur atas bantal tu.



@Time baring, jangan meniarap angkat ke dua-dua kaki naik ke atas. Nanti mak ayah cepat meninggal


Maksud tersirat: Aku rasa sebab nampak tak sopan kot pose mende alah ni. Lagi-lagi perempuan kan yang buat. Nampak cam kwanghajar lah pulak kan. Tapi aku TER buat jugak kadang-kadang. TER ok. Bukan sengaja pon. Lepas tu selalu kena piat telinga dengan mak aku. muahahahaa











HOT tak granny granny di atas??. Ini siapa punya kerja lah ni menjahanamkan gambar ni




Tapi ada satu pantang larang orang tua yang paling lah aku pelik-pelik-pelik-pelik-pelik- pelik sangat-sangat









@Jangan tangkap gambar 3 orang. Nanti salah seorang yang dalam gambar akan mati!


Yang tangkap gambar 3 orang ni sampai sekarang aku tak faham apa relevan nya. Ke korang tahu sebab apa tak boleh tangkap gambar 3 orang dalam satu gambar?




Ini je lah yang aku selalu dengar. Ada lagi tapi aku tiba tiba lupa pulak. Banyak betul "jangan" orang dulu-dulu ni kan.? Macam ni lah orang dulu-dulu nak educate anak-anak. Lebih smooth walaupun bila dah besar godang ni kita tahu ni semuanya kelentong. PROPA tau depa ni tapi dulu aku percaya bulat-bulat jugak sampai takut nak nyanyi dekat dapur sebab takut dapat laki tua. Tua yang depa maksudkan bukan tua 2-3 tahun or 4-5 tahun dengan kita. Tapi tua yang jenis memang tua gila. muahaha. But sebenarnya depa nak jadikan kita ni anak-anak yang sopan dan tak kwanghajar. Kan budi bahasa itu budaya kita? ecehhh



Korang pernah dengar yang selain daripada ini tak??? Apa lagi ea orang tua-tua selalu kata?? =)




ok bye!

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

2 pemenang tiket bola MAS vs BAHRAIN!

Perghhhh. Ramai nya komen dekat SINI nak menang tiket bola. Dah confused dah nak pilih pemenang. Semua komen punya lah bersungguh-sungguh. Malangnya ada 2 je pemenang tiket tu.


Tahniah kepada owner emel ni:



ismailjamal89@gmail.com


gitar1512@yahoo.com







Tolong cek emel anda dengan segera untuk RSVP tiket! Tahniah kepada pemenang! Sesiapa yang tak dapat,sorry sangat. But its ok, kalau ada lagi, boleh cuba lagi ok. Rezeki depa dua lah ni. =)


ok bye!

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Friday, November 25, 2011

Siapa nak tiket bola MALAYSIA VS BAHRAIN???



Cakap banyak pon tak guna, tendang pon tak kena. Straight to the point, siapa nak tiket bola Malaysia Vs Bahrain?? Ahad ini, 27th November 2011 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil,  8.45 malam.




Aku mencari 2 orang readers untuk menang tiket ni. Sorang dapat 2 tiket. Sorang dapat sepasang lah kira. 4 tiket ni aku nak let go. Simple je. Tak payah buat entry, tak payah link back aku, tak payah letak banner bagai. Just komen entri ni je. Soalan nya berbunyi



"Sebutkan salah seorang skuad Harimau Muda yang anda suka? Berikan sebab kenapa anda suka dekat dia?"


Skuad Harimau Muda je eh, sebab nanti kau tengok ni pon Harimau Muda yang nak lawan. Tak kesah lah Fakri ke, Khairul Fahmi ke, Nazmi Faiz ke, Fandi ke. Bagi reason kenapa korang minat dia.


Tinggalkan emel jugak sebab senang aku nak contact. Pastikan emel yang aktif ok! Kalau betul-betul korang nak pergi dan BOLEH pergi je sila komen. Kalau rasa-rasa tak boleh pergi, tak payah komen sebab kesian dekat orang yang betul-betul nak pergi tapi tak dapat.


Btw, thanks SAMSUNG and Nuffnang for the tickets! =)


Siapa nak pergi, boleh komen dan tinggalkan emel anda!!


ok bye!

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Thursday, November 24, 2011

First time aku main softball dekat Batting Cage @ One Utama

Dulu masa kecik-kecik aku suka main rounders. Bila petang balek sekolah je, cepat-cepat tukar baju main rounders dekat padang. Nak tentukan geng, lat tali lat tali tamplom je. Selalu pakat awal-awal dengan budak-budak yang terror supaya dapat satu geng. Tapi kitorang main tak ada pon pakai bat. Jumpa je mana-mana kayu, kitorang bedal je jadikan kayu tu bat kitorang.



Hari tu pergi One Utama dengan si gendut ni. Lepas makan rasa macam nak bagi kurus balek. Nak bakar lemak. (konon nya lah) Nak tengok wayang bosan pulak,asyik tengok wayang je. Apa kata kita main softball pulak. Adik-beradik rounders jugak tu. Mula-mula aku ingat si gendut ni menipu , dia kata ada Batting Cage dekat One Utama ni, puas lah dok carik satu OU. Penat ok. Ke hulu ke hilir turun naik tangga. Akhirnya, nasib baik jumpa jugak menatang ni punya tempat





Kalau first time main, nanti ada brader datang ajar. Kalau tak reti main pon jangan risau. Pukul je lah bola tu bila datang. Apa susah






Brader ni rileks je main. Banyak jugak bola dia pukul. Tapi tak ada lah terror sangat pon. Ada jugak yang miss. Sempat pulak aku usha dia main





Si gendut dengan bat nya.  Ececececeh kengkonon terror lettewwww



Gaya je lebih. Pukul tah kemana-mana jugak. Sama je macam aku main. Tapi dia terror sikit lah. Tak banyak. sikit je. Tu pon nasib je tu aku rasa kalau dia dapat pukul bola




Natang ni ada dua. Satu softball, satu baseball. Kitorang main yang softball. Natang biru ni pulak tempat menetukan kelajuan bola. Brader yang mula-mula ajar kitorang tu suruh aku guna yang "softball slow" tu sebab dia kata aku perempuan. Tapi bola dia punya lah slow gila. Slow sangat, kura-kura lagi laju. Aku up sikit naik yang 40 MPH.






Kengkonon terror letteww. Tapi harammm . Laju mana pon bola. Aku je yang terbang, bola nya tak kena-kena jugak. Menyampah




Susah jugak nak pukul ni. First time pukul guna bat. Sepatutnya kaki dalam kotak tu je. Biasa lah aku kan over. Nak jugak lepas kaki dari kotak tu. Kengkonon terror. Sekali elok je bola tu landing menuju dekat badan aku. Aku elak, sekali pappppppp . Elok je bola tu landing kena dekat tangan aku pulak. Terloncat aku. Terkejut + sakit wooo. Lebam tangan aku. Dah lah aku tukar speed dia time tu. Tu lah orang suruh main yang slow tu, berlagak pergi lajukan speed. Kan dah lebam tangan. Padan muka aku.





Haaa sepatutnya kaki dalam kotak ni je. Nasib baik lah dia ni terror sikit dari aku. Alaahh boleh cerita lah. Tangan aku dah lebam kena bola. Cuba tak lebam, mahu aku riak tak habis-habis depan dia ni yang aku bekas pemain softball.





Bagi aku, nak main natang ni, tak ada lah mahal sangat. RM15 untuk 5 token. Satu token boleh belasah 15 bijik bola. Kalau pakai student card dapat lah rm15. Kalau tak, rm20. Kalau nak main suka-suka syok jugak lah. Main sekejap pon dah berlecak ketiak ok. Peluh jantan habis semua keluar





Kengkonon gangster lettewww nak tumbuk-tumbuk?





Yang benar,

Bekas (tupperware) pemain baseball yang diterbangkan khas dari Zimbabwe



ok bye!

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Congratulations!!! :)


Aku baru dapat natang ni. Seb baik senang je nak bukak. Macam bukak buku



Tadaaaaa! Ini lah dia limited edition heritage bottle set!!!





Aku rasa dua-dua botol ni cantik. Tapi aku paling suka yang warna merah. Sebab nampak unik sikit. Aku ingat yang warna merah tu kosong je tak ada air. Kemain sedap aku gongcang.Rasa macam ada air. Pastu saja je lah bukak, nak test power. Sekali amekkk kau. Abes sofa rumah dibanjiri air coke. Tak memasal kena piat telinga dengan ibu aku ni karang kalau dia balek kerja lepas ni. Mati lah aku ni karang. Macam mana aku nak buat ni? Ouh tak pe. Ada idea. *pura-pura pengsan*






Bukti memang dah ada dekat tangan aku. Sebab ibu jari aku, tang kuku tu ada warna sikit. Sebab darah beku. tersepit pintu masa kecik. Sampai sekarang tak hilang-hilang. Yang pasal kuku aku ni, mungkin akan aku cerita di entry lain kalau rajin



kau hado kuku macam ni?? Sebelah warna lain, sebelah warna lain??? Nan hadooo



Haritu aku ada buat mini contest dekat SINI. Macam-macam pengalaman aku baca . Lawak-lawak pulak tu kenangan korang dengan coke. Tergelak sekor-sekor baca depan laptop. Dah aku pulak yang susah nak pilih pemenang ni sebab semua komen best-best. Kalau boleh sesiapa yang komen, aku nak semua menang. Tapi malangnya, aku hanya boleh pilih 2 orang saja pemenang. sobss =(


Tahniah kepada Martina dan Amyra !!! Nanti mungkin ada orang Nuffnang yang call korang cerita pasal hadiah korang ni nanti. Sesiapa yang join contest tu, terima kasih diucapkan! Sebab mula-mula aku bajet macam tak ada yang nak join. 



Yang pasal contest aku num 2 dengan num 3 tu, aku tengah mencari date yang sesuai. Mesti ada ingat aku lupa janji. Tapi aku tak lupa lah. Cuma nak cari date yang semua FREE. Mungkin aku gabungkan. Sorry sebab tunggu lama sangat . huhuhu


Btw,thanks Coca-Cola for sponsoring the prizes!! :)



ok bye!



Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah skuad HARIMAU MUDA!!!!! MALAYSIA BOLEH!!

Perghhhhhh seram aku tengok FINAL (SEA GAMES) Malaysia vs Indonesia ni. Lagi seram dari tengok cerita hantu kuntilanak. Berderbar-debar tengok. Jantung pon rasa nak terpelot jatuh (over). Padahal masa di awal game dok carik jugak mamat jambu. Jumpa lah Nazmi dengan Yong. Jambu batu rupanya. Eh niat dah lain. Kena tukar niat. Tengok bola bukan nak usha mamat hensem woiiii, semangat nak mempertahankan maruah negara ni lagi penting. Nak main tak boleh, jadi pom-pom girl tidak berbayar je lah yang mampu



Dok jerit-jerit "hoiiii BAKRIIIIII. Apahal lah kau ni BAKRIIII" Dok jerit-jerit nama Bakri. Padahal rupa-rupa nya nama dia FAKRI. Eh silap pulak. Mintak maaf lah pada sesiapa yang nama BAKRI kalau tersedak



Dok sokong. "yeahhhh FAKROLLLLL. GOALLLLLLLL. Bagus lah kau ni FAKROLL. Seb baik masuk bola kau FAKROLLL" Sekali nama dia BADROLL. Bukan FAKROL. Sekali lagi, mintak maaf kalau sesiapa nama FAKROL tersedak dekat rumah tetibaa



Ghasak lah habis semua nama player sesuka hati aku je nak tukar-tukar.




Aku bukannya kenal sangat depa ni. Game ni aku dah kenal, karang game lain, aku lupa balek nama depa. Yang aku tahu Khairul Fahmi je. Ouh tapi Khairul Fahmi memang terbaik dari ladang! Nasib baik dapat tepis satu bola. Masa penalti tu, sipi-sipi je bola BADROLL tu tak lepas. Tapi nasib baik lepas, terloncat-loncat aku atas kerusi. Entah bila aku TER panjat kerusi pon aku tak sedar. Emosi yang berlebihan ok masa tengok bola ni. Pengulas bola ni pon kadang-kadang cakap kemain over. Kadang-kadang macam nak terbalikkan tv ni sebab rasa macam taknak tengok. Tapi nak tengok jugak. Paham tak macam mana rasa dia? Nak tengok, tapi tak nak tengok.



Tak faham tak pe. Tak suruh pon faham








Apa-apa pon. TAHNIAH untuk skuad HARIMAU MALAYA!!! Aummmmmm!! Alhamdulillah. Pingat EMAS lagi untuk kita.  MALAYSIA BOLEH!!!!



TRIVIA untuk hari ini:


Tahukah anda Titus Bonai lebih hebat daripada bola?? Bilangan diri nya yang masuk ke dalam gawang gol lebih banyak daripada jaringan bola. Tahukah anda???? 






p/s: Pak Najib kena keluar duit lagi lah. oh yeahhh :D

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Monday, November 21, 2011

Aku buat blog ni memang nak suruh kau copy paste entry aku pon. muehehehe







Eh macam sama lah pulak kan dengan entri aku? Adakah result UPSR kau juga sama dengan result aku?? *seram*



To Megan Fox (bukan nama sebenar ni) tak kesah pon kalau nak cedok idea dari blog cik epal ni. or dari ENTRI INI . Atleast bagi lah credit or just link up my entry. Dont worry, aku tak makan orang, aku makan tempe je.




 Mungkin Megan Fox (bukan nama sebenar) mempunyai pandangan yang sama dengan cik epal ni haaa. Tapi tak kan semua point yang u point up sejibik sejibon sama kot????




Aku tak de lah marah sangat sebenarnya. Tapi rasa macam lawak pulak.  Kadang-kadang tak tahu lah nak gelak ke nak nangis. Tapi gelak jugak lah. huahuahua



Kalau kau nak ambil lah part mana mana dalam blog ni. BOLEH. aku takdehal. but give me credit lah ea or just link kan blog aku dekat entry kau tu. Bukan senang aku nak memerah otak. Ingat idea boleh datang tiap tiap masa ke nak tulis blog ni? ingat senang ke nak rangka karangan cecah lantai?




Adakah membuat blog ini satu trend?? Sampai semua orang nak ada blog. Kalau tak ada idea pon boleh copy paste entry orang lain? Macam-macam



Makin lama aku di arena blog ni,makin SEWEL aku di buatnya.Macam macam tebiat aku jumpa bila blogging ni dan ini sangat BAGUS. Membantu perkembangan otak lalu berkata




"Mata burung unta lebih besar daripada otaknya."
(ini FAKTA bukan AUTA)


ouh tetibaaa pulak tukar channel jadi discovery channel pulak.



Btw, terima kasih la jugak dekat Megan Fox bukan nama sebenar ni. Sebab kau ni lah aku dapat lagi idea nak up entry.Yang aku pelik nya, best sangat ke ENTRI NI sampai nak copy paste?? muahahaha :D





ok bye!

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Demam BOLA

Tahukah anda malam ni FINAL Malaysia menentang Indonesia di Sukan SEA??? Dulu aku ni tak ada lah minat sangat bola-bola ni. Pedulik hape lah aku kan yang korang nak gila-gila sampai mati kejar bola bergolek yang satu tu buat apa kan? Lepastu dah kalah, maki-maki, sampai bakar bendera negara Malaysia. Eh negara mana yang buat tebiat macam ni nih? tetttttttttttt




Semenjak si SS ajak aku tengok bola dekat stadium haritu. Ada aku cerita dekat ENTRI INI. Tetiba aku pon tak faham kenapa aku boleh minat pulak dekat bola ni. Padahal dulu kemain kutuk orang yang suka tengok bola. Tu lah cakap orang-orang lama, jangan benci-benci,jangan kutuk-kutuk, nanti satu hari dah sayang baru tahu. (ada dua maksud. kuikuikui)




Tapi aku tengok bola ni kalau Malaysia lawan je lah. Pulak-pulak ada sukan SEA sekarang ni pulak kan dekat tv. Hari-hari dok layan Astro ARENA. Lagi best dari layan blog. :D



Ni aku nak cerita ni, masa Indonesia lawan Malaysia yang kita menang 1-0 haritu tu, macam bengang lak dekat pengadil yang bagi kad kuning dekat Baddrol Bakhtiar tu. Tah apa-apa. Bukan kena apa-apa pon. Lepastu masa Ong Kim Swee diarah keluar tu. Lagi tah pape, lepastu kena gantung satu perlawanan pulak. Kesian dia kena tengok dari atas je. Keputusan pengadil banyak berat sebelah. Masa Syahrul Azwari (eh betul ke nama dia ni?) kena tackle, tak ada pulak pengadil nak bagi kad kuning pon dekat player Indonesia. Nasib baik aku tak ada dekat situ, mahu aku sumbat bola dalam mulut pengadil tu.




Masa semi-final. Malaysia lawan Myanmar. Seram-seram jugak, takut Myanmar menang sebab player Myanmar main agak laju jugak. Nasib baik awal-awal dah dapat satu gol!! Tak sia-sia aku jadi pom-pom girl tidak dibayar dekat depan tv. Sakit tekak dok jerit tengok orang main bola ni wooo. Dia punya semangat nak menang tu lain macam. Serious emosi tengok bola ni. Kalau pergi stadium, lagi stress. Brader-brader yang tengok bola, dia punya emosi mengalah kan perempuan normal datang bulan pulak aku tengok. Tapi tak apalah semangat tu yang penting kehkeh



Dan aku berharap untuk malam ni MALAYSIA MENANG!! Tak kira lah jadi apa-apa pon, depa nak main kotor ke, pengadil berat sebelah ke, berat tepi ke, berat badan ke. Harap-harap skuad Harimau Muda kita ni menang! 1-0 pon jadik lah. Janji menang!! Teruskan perjuangan anda wahai pemain-pemain bola Malaysia dan pertahankan MARUAH NEGARA kita!! yeahhh!! (aku pulak yang over tetiba pulak kan)







Sesiapa nak tengok MALAYSIA vs SYRIA ataupun MALAYSIA vs BAHRAIN, boleh lah KLIK SINI. Kot-kot ada rezeki nak menang :D





Akhir kata dari saya, majulah sukan untuk negara. MALAYSIA BOLEH!!!!! OK. Kita kembali ke sri pentas. Sekian terima kasehhhhhhhhhhhhhh *gaya Alleycats*



ok bye!

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Saturday, November 19, 2011

Tolong lah siarkan video ini di dalam TV




Kepercayaan tanpa rasional - BUTA
Rasional tanpa kepercayaan - KONTANG


Tapi selalunya MANUSIA ni akan ingat Allah bila susah dan bila terima dugaan yang dahsyat je kan?? Selalu lah ingat Allah tak kira dekat mana pon kita ada, tak kira time kita susah dan senang. Macam mana Allah nak ingat kita kalau kita tak ingat dia?? Ye dak??



Terbaik punya video daripada Matluthfi =)

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Thursday, November 17, 2011

Korang nampak boyfriend korang keluar dating dengan perempuan lain (awek lain dia). Apa korang nak buat ?

@ serang facebook dia


@ buat benda sama balek, keluar dengan lelaki lain pulak. tunjuk depan dia. baru dia tahu apa kita rasa


@ pergi  dekat dia tampar lapan puloh das terus lepastu break


@ balek rumah  koyak semua gambar dia


@ smackdown dedua sekali. Boyfriend dengan perempuan tu sekali kasi smackdown

@ balek rumah nangis


@ panggil kawan-kawan lelaki korang suruh belasah boyfriend korang tu


@ pasrah je lah dah tak ada jodoh dengan lelaki tu


@ pergi santau dia


@ pura pura jadi salesgirl pergi dekat dia tengok apa reaksi dia


@Gaduh dekat sms. Sopan sikit


@ KITA BAKOOO JEEE. KITA BAKOOO. DEDUA KITA BAKOOO! 


@ ada aku kesah?

==================




Dulu aku pernah jugak buat entri lebih kurang macam ni. Tapi kalau benda ni betul betul lah jadi dekat korang. apa korang nak buat dekat buayapren/boyfriend kau tu? 




Kalau aku,aku akan


@ pura pura jadi salesgirl pergi dekat dia tengok apa reaksi dia




Dan buat dialog kengkonon




"Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada abang *tunjuk kepada EX bf in future*  dan kakak yang sungguh cantik molek ini. Hari ni saya ada bawak minyak.Saya jual minyak sebenarnya. Macam-macam minyak ada. Minyak tanah, minyak masak, minyak petrol dan juga minyak dagu. Haaaaa saya tengok muka abang ni saya tahu sangat lah mesti abang nak beli minyak dagu kan?? Elok bebeno lettewwww.Tapi kan muka abang ni familiar betul lah. Nama abang ni @#$%@#% duduk dekat @%$%! tu kan? Ouh ok lah bang, tak jadi nak jual minyak. Tetiba teringat, mak suruh balek awal masak asam pedas.By the way ni girlfiend baru abang ke ni?? Yang nombor lapan eh? ok bye!"




*sambil senyum sampai telinga dengan girang gembiranya dan lambai ala-ala Miss Universe baru dapat crown terhadap pasangan itu*




Tapi now trend gaduh dekat facebook kan? Semua benda ada dalam facebook tu dah. Orang cerai, orang break dah banyak jadik dah dekat facebook. Dunia di hujung jari gitu. Kalau korang lah nampak korang punya bf/gf dok elok bercengkerama dengan orang lain.Memang itu skandal dia lah senang cerita. Apa korang buat?








Tapi kalau takat bf/gf boleh tahan lagi. Boleh je nak cari lain lagi sebab tak ada ikatan sah pon. Ni kalau yang suami/isteri buat macam ni, memang lagi parah








ok bye!

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Wednesday, November 16, 2011

Coke dan Coca-Cola adalah benda yang sama =p

Apa-apa hal pon layan dulu video pasal Coca-Cola aka Coke ni











Bila tengok video ni, rasa macam best pulak lagu dalam video ni. Rupa-rupanya Tomok yang nyanyi. Hye Tomok! (tetiba hye dekat Tomok kenapa pulak)


Dan agak jakun, rupa-rupanya ada bangunan Coke yang bercahaya dekat PWTC. Eh sejak bila? Aku pon baru tahu sebab jarang lalu PWTC time malam-malam.


Disebabkan aku baik hari ni, aku nak buat mini contest. Contest ni mudah je.Tak payah buat entry, tak payah susah-susah nak link kan aku ke apa. Cuma KOMEN ENTRI INI SAHAJA untuk menang! Ye KOMEN je. Soalan nya berbunyik. *ehem ehem ehem*


Apakah kenangan yang paling anda suka dengan Coca-Cola?? Cerita kan (tidak melebihi daripada 100 patah perkataan)


*bajet macam soalan SPM*


 Komen anda haruslah kurang daripada 100 perkataan.Komen yang paling best akan menang!! Bukan ada satu je pemenang. Aku memerlukan 2 orang pemenang. 2 orang pemenang akan dapat limited edition heritage bottle set!!!


Oh! Inilah botol nya. Eh tak berapa nampak pulak.



Haaa camni lah. Tak nampak sangat? Nak lagi jelas??




Macam ni lah rupa nya




BUKA COCA-COLA BUKALAH SEMANGAT!! Tapi jangan pergi bukak benda lain pulak. Tu cari nahas namanya. teeeeeettttttttttt



Berbalik pada soalan tadi.








Apakah kenangan yang paling anda suka dengan Coca-Cola?? Cerita kan (tidak melebihi daripada 100 patah perkataan)



Kot lah time birthday ada orang hadiahkan kau Coke lapan dozen ke sampai kau terharu nak menangis.Ada kenangan dengan member ke. Apa-apa lah kenangan kau. Ce citeee ce citeee.  :D



ok bye!

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Monday, November 14, 2011

KLEBANG bukan gebang

Haritu aku pergi hantar adik aku dekat UTeM, Melaka. Ada warga UTeM dekat sini?? Selalunya aku malas nak ikut hantar adik aku ni, tapi TER tajin pulak, ikut je lah kan. Aku je yang selamat. Dari sekolah, matrik, universiti semua dekat area Selangor dengan KL je.So nak hantar pon tak ada lah jauh sangat kan? Adik aku ni sesat lak dekat Melaka. Jangan adik aku yang bongsu tu ke Sabah/Sarawak sudah. Tapi bagus jugak, boleh naik kapal terbang. :D



Ibu aku dengan adik aku. Jangan tanya lah kan mana datang penyakit suka bergamba aku ni. Penyakit keturunan barangkali



Penyakit keturunan suka bergambo sudah menurun :D


Tidur satu malam dekat Holiday Inn, Melaka. Dekat jugak lah dengan Dataran Pahlawan tu.




2 jam je FREE. Lepastu kena caj sejam rm6



Dekat bantal depa ada siap tag "soft" dengan "firm". Aku ingat natang tag tag ni memain hanya hiasan je. Rupa-rupanya yang soft tu memang lembut gila bantal tu. Yang "firm" tu aku tak suka. Sebab bila landing kepala, bila kita bangun, elok je berlekuk ikut bentuk kepala. Lepas tu kalau press je bantal tu, dia terus tukar bentuk sepertimana kita press. Walaupun nampak cam canggih tapi aku tak berapa nak berkenan sebab tak berapa best. Tapi nyenyak jugak aku tidur malam tu guna bantal ni. hehh



Ni adik aku yang bongsu punya tebiat. Dia ni memang ada satu tebiat. Kalau pergi mana-mana hotel, kalau jumpa note ni, mesti dia akan tulis suasana hotel tu macam mana. Line bawah paling tak boleh blah. Pekerja lelaki hensem???



Tapi memang hensem pon. Muka iras-iras Galang yang Randy Pangalia tu


Randy Pangalia aka Galang


Lebih kurang macam ni ah muka pekerja lelaki dekat situ. Tapi tak sempat pulak nak tangkap gambar Galang palsu itu


Di keesokan hari nya, pergi KLEBANG. Aku terkebil-kebil je bila dengar nama KLEBANG ni. Orang Melaka tahu lah kot KLEBANG ni dekat mana. Pergi Klebang ni sebab nak rasa coconut shake. Orang kata coconut shake dekat sini terbaik. Terbaik sangat ke kan? Apa kata kita rasa.


Punya lah semangat waja nak cari coconut shake, last last menonong sampai ke mana tah. Terlepas lah pulak. Ramai pulak yang jual mende-mende alah ni. Ibu aku pulak nampak kuih piring. Apa lagi, berhenti lah kejap


Nak apa? Belacan? Cencalok? Ikan Masin? Semua ada


Ibu aku rambang mata nak pilih apa. Semua murah gila.



Hasil rembatan jajan-jajan. Uihhh dah lama aku tak makan mende alah ni semua. Lagi-lagi kuih piring tu. Sedap tahu?? Makan pon kunggg krappp kunggg krappp je layan



Sebab susah nak carik mende alah ni area Selangor/KL , kita rembat lah banyak-banyak. Sepaket RM1 pulak. Memang tak disia-sia kan lah peluang ini untuk bawak balek rumah sebanyak lapanbelas paket



Sebab dah sesat, tanya lah orang-orang situ, dekat mana coconut shake yang terbaik tu. Rupa-rupanya dekat sebelah CALTEX. Kalau nampak CALTEX tu, betul lah tu tempat ni. Sebelah je



Banner punya besar sampai 3 bijik. Boleh pulak sorang pon tak perasan. Depa tak jual coconut shake je, ada lah jugak makanan sampingan. Tapi signature depa, coconut shake lah




Karipap Sardin/ kentang. 3 seringgit. Boleh lahhh rasa dia



Mee/mihun/nasi lemak. Sebungkus RM1.20. Ni pon boleh lahhhhh rasa dia. Tak ada lah sedap sangat. Tak ada lah tak sedap sangat. So so je. Tapi masih boleh diterima tekak



Ibu aku jadi model coconut shake kejap. Haaaaa yang coconut shake ni memang terbaik dari kebun!! Yang tengah-tengah tu coconut shake biasa, kiri kanan coconut shake special. Yang biasa rm1.80, yang special rm2.00. Murah gila kan?? Baik beli yang special, beza doploh sen je. Pastu ada aiskrim lagi. Terbaik!


Sedap wehhh. RM2 je. Kalau dekat KL celah mana kau nak dapat coconut shake rm2 kan?




Siap bungkus lagi. Tapi kalau nak bungkus pon beratur ok. Ramai pulak yang bungkus mende alah ni. Kena mempunyai kesabaran yang tinggi lah kalau nak bungkus coconut shake ni bawak balek rumah. Minum mende ni time panas-panas lagi syokkk. Layan je masuk anak tekak



Sebab tak sabar, dalam kereta sebelum sampai rumah pon dah bukak kuih piring ni. Habis bersepah kereta berhabuk kuih piring



Jakun



Ibu aku lagi best, satu paket tu terus dia habis kan dalam kereta. Di sebab kan dia buat sepah dekat depan. Kita pon boleh lah buat sepah dekat belakang pulak. Yeahhhhh best. Tapi dah sampai rumah, kena kemas habuk-habuk bersepah tu balik. ouhhh tak bestttt =,=





MOOD: Nak melantak kuih piring lagi sepaket.




ok bye!

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Click Me !