Menarik Cantik Tertarik

Sunday, July 31, 2011

Jangan terlanjur di bulan puasa

@ TERLANJUR minum air 100 PLUS


Dulu masa sekolah rendah. Kalau petang petang aku selalu main rounders. Semua dengan cowok cowok ganteng. Time puasa pon memang main bedal jugak lah main rounders. Pedulik hape lah kan. Terkedek kedek lari, terkedek kedek tangkap bola


Time ni pulak baru first day puasa




Pastu aku ni kalau main apa apa memang jenis bangsa kalau bercakap mesti kena memekak. Walaupun cakap dengan orang sebelah. Suara macam nak cakap dengan kawan jauh 8 batu boleh dengar. Nasib baik lah kawan kawan aku tak ada yang pekak lagi setakat ni. Kalau ada, mesti depa salahkan aku


Kalau main rounders, memang suara aku je lah yang selalu dengar dekat padang tu. Sikit sikit kang


"weiiiiiiiiii BOTAK!! lariii tangkap bola cepat! BELAKANG WEI BELAKANG!"


kang dengar lagi


"aishhh kau ni BOTAK. tak boleh harap lah. Esok kau jangan masuk team aku"


NOTE: kepada abang abang botak, sila jangan terasa, time tu ada member botak, semua orang memang panggil dia botak


Memang suara aku je lah yang dengar kan dekat padang tu. Makcik makcik yang selalu mengumpat dekat tempat duduk padang tu pon dah sedia maklum dah dengan jeritan aku. Nasib lah makcik ye. Siapa soh dok situ tengok aku main



Dah penat main, balek rumah, tiba tiba boleh buat buat lupa pulak yang aku puasa.(buat buat lupa yang tak boleh blah tu) haishh


Bukak peti ais. perghhh nampak pulak 100 plus sebotol besar. Tahukah anda pada bulan bulan puasa ini air 100 PLUS itu sangat berharga walaupun hanya setitik? YA! ia lebih berharga dari "sebutir beras ibarat setitik peluh petani" (gaya ala ala model iklan beras)


then kemain sedap aku minum 100 PLUS "gulp gulp gulpppp" perghh nikmat betul bila air masuk dalam tekak. Minum pulak 100 PLUS yang time sejuk punya pulak. Sekali ibu aku masuk dapur. Terkejut aku. Tersembur air 100 PLUS. Ibu aku bertanya dengan rileks nya


"eh! tak puasa ke?"


aku jawab rileks je. tak nak lah nampak menggelabah sangat kan?


"eh! lupa lah. Sekarang ni bulan Ramadhan ea? Dah start puasa ea?"


Muka aku memang muka paling tak bersalah ah time tu. mak aku membidas dengan sopan


" tadi sahur pergi makan ayam masak kurma tu hape???"



adoiii ye lahhh orang ganti puasa lah nanti. Tak memasal je kena ganti puasa. Tapi tu zaman muda muda dulu. Zaman zaman jahiliyah dulu. Sekarang aku mana ada dah buat benda benda lagha ni. aku baik dah sekarang *tepok tepok tangan




@ TERLANJUR korek hidung


Haaa bulan puasa ni jangan korek hidung. Kalau time jammed, memang selalu ah nampak lelaki dok korek hidung. Lelaki je lah. perempuan aku tak pernah nampak lagi. Ada sekali tu aku pernah nampak, yang korek hidung tu hensem koooo. Sekali korek korek hidung sedap je. Muka tu memang feeling yang luar biasa lah. yang tak boleh blah tu, dah korek, siap gentel gentel lagi. euwwwww terus aku rasa muka ko tak hensem



Plus jangan korek taik telinga. Time siang siang hari time puasa lah sibuk nak korek taik telinga. sibuk nak cari KETUMBAT (Shaheizy Sam cakap COTTON BUD=KETUMBAT)


Malam malam karang korek lah sangat taik telinga ko yang berketul ketul tu.




@ Jangan tengok PORNO masa bulan puasa


tak ada nya alasan "TER tengok" "TER nampak" "TER sangap"


karang aku "TER terajang" karang nak???



and pleasee jangan mandi lama lama sambil minum air sekali. Gila desperate minum air masa mandi. Baik minum 100 PLUS terus macam aku. muahahaha. eh! jangan minum 100 PLUS. berbuka nanti baru minum ye adik adik semua



Sama sama lah kita beramal di bulan yang mulia ini. Setahun sekali je bebbb. jangan ingat raya je  setahun sekali. Solat Terawih pon setahun sekali jugak. Pergi lah terawih tu kalau tak nak buat penuh pon. Buat lapan pon jadi lah. Bila lagi nak merasa terawih kalau bukan time bulan Ramadhan ni? ye dak?? Tapi yang penting, nawaitu tu. Ikhlas kerana Allah S.W.T

tajam betul ekor setan sekor ni


Syaitan nirrajim betul lah Syaitan ni. Setan setan semua dah kena ikat, jangan kita pulak perangai teruk dari setan sudah.


Yang bagi mesej ada gambar masjid. bagi pantun selamat berpuasa dan ucapan ucapan sempena menyambut bulan Ramadhan ni . Walaupun aku tahu korang main forward je semua mesej tu kan? muahaha. Terima kasih diucapkan. Sorry tak dapat balas. Kredit tak berapa nak banyak pulak.


Tapi sekarang ni dah kurang dah orang bagi mesej dekat handphone. Sekarang zaman cyber. Zaman facebook. ye dak? letak je gambar ucapan selamat berpuasa, tag semua orang. tak pon copy je ayat mana mana, post dekat wall facebook semua orang. SETEL! kehkeh


AHLAN WASAHLAN SYAHRU RAMADHAN. Sama sama kita doakan dipertemukan dengan Lailatul Qadar tahun ini. InsyaAllah


Renung-renung kan dan selamat beramal. tapi tak payah lah renung lama sangat. AMAL kan je lah terus. muehehe



ok bye!

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Saturday, July 30, 2011

Malaysia Vs Singapura (First time ni tengok bola. dekat stadium pulak. so agak JAKUN)

Ni si Shaheizy Sam punya kerja lah ni. Aku memang tak pernah nak suka tengok bola ni. Sebab aku tak faham kenapa bebudak ni sibuk nak rebut bola yang satu tu atas padang. Letak bola banyak banyak bagi sorang satu dalam padang tak boleh ke?? Dia ni ah hasut aku pergi


SS: jom jom tengok bola dekat stadium malam ni

CE: mende nya. Maleh ah. Orang bukan minat bola pon

SS: Rugi woooo tak tengok. Malam ni Malaysia bakal mengulang sejarah lagi. Malaysia mesti menang. Tak nak tengok Malaysia menang ke?? Rugiii woo tak pergi. (kemain eksaited cakap Malaysia menang)

CE: tak kenal lah siapa pemain Malaysia ni. Khairul Fahmi Che Mat ada main tak yang orang panggil apek apek tu?? (Khairul Fahmi je la yang aku tahu pon. Kenal pon sebab dia ada GOSIP. kehkeh. Yang lain HARAM aku tak kenal)


SS: ada! ada! Safee Sali pon ada

CE: siapa tu???

SS: alaaaaaaaaaaa jom je lah pi tengok. Banyak tanya pulak


hek elehhh dia ni. Sebab aku tak tahu lah aku tanya. Kalau aku dah tahu buat apa aku nak tanya??? Nak tak nak. Maleh nak bertekak. Pergi je lah. Walaupun aku tak pernah nak minat bola ni. Malaysia punya pasal. Terpaksa lah pergi demi pertahankan maruah negara. Ecececeh

Tiket bola warna PINK hoiiiiiiiiiiiiiiiii. kahkahkah tak brader brader ah macam ni. Tiket warna pink :D

Datang datang je stadium. Humak aihhhhhhhhh. Tak boleh nak ramai lagi ke?? Ini baru yang dekat bawah ni. Belum naik atas lagi.Datang datang ada sorang brader ni bagi kertas pass dekat semua orang. Kertas tu meng ingatkan sesiapa datang stadium ni suruh solat . Solat Asar dan Solat Maghrib jangan lupa buat. Bola bola jugak. Akhirat jangan lupa pulekk



eh tapi kenapa tak ramai pon dekat surau???

macam macam fesyen ada

Kanak kanak terbiar

tengok! punya lah ramai manusia. dah macam sardin.

ni dekat bawah. yang nak masuk stadium tu lagi lah. Nak masuk dalam stadium pon berlecak ketiak nak tunggu woii. Pintu pulak bukak satu je. Yang nak masuk berapa riban dalam tu. Satu je pintu bukak. hampeh betul lah depa ni. Bukak lah pintu banyak sikit kot ye pon



Dapat je masuk stadium. Free seating. perghhhhhhhhhh penuh gila orang dalam ni. Mana nak duduk ni?? Punya lah cari tempat. Nak cari tempat duduk pon berlecak lagi ketiak. Pemain bola punya peluh pon tak boleh lawan dengan peluh kitorang agaknya. Nak cari tempat duduk pon penat kemain. Last last jumpa jugak.




Dia ni kalau pasal bola, semangat lain macam sikit

Baru je dapat tempat duduk dah bersorak macam orang gila. Eksaited kemain





Yang tak menahan tu. Bawak "PERAK KEJOR YOP KEJOR" punya banner. Bukan nya MALAYSIA punya. aku pon dah pelik pelik dah asal dia bawak yang PERAK punya. dia selamba je jawab "alahhh dah ni je yang ada, tapi berguna jugak ni. Sebab dia warna kuning. Sama je dengan Malaysia Harimau Malaya, kuning jugak apaaaaaaaaaa. HITAM KUNING HITAM KUNING" (terus nyanyi lagu ERA yang HITAM KUNING tu)


Suka hati lah


time ni depa tengah warm up.

semangat bola. walaupun aku tak tahu apa apa pon pasal bola. ah ghasak lah kan. SEMANGAT tu yang penting! yang lain belakang cerita



Tengok punya tengok, Malaysia pon dah GOLLLLLLLLL. Safee Sali yang GOL kan. Ok aku dah kenal dah SAFEE SALI *bangga



GOLLLLL. time ni kalau masuk lalat lapan ekor pon dia bukannya sedar ni

muka tak boleh blah bebeno. Poyo kemain siap cakap

"tengok! tak sia sia kan I bawak U tengok bola. Baru first time tengok bola Malaysia dah 1 GOL dah. kalau pasni Malaysia menang, mesti U dah suka tengok bola. mesti punya ah. KONPOM KONPOM!"


a'ah. baru satu gol dah pumpang pumpang


time ni Singapura sumbat gol 1 jugak. Kemain semua tunjuk "L" pastu jerit ramai ramai "LOSER! LOSER! LOSER!" hakhak

penuh gila stadium woii. macam macam banner depa sangkut
Aku paling suka yang "100% Malaysians, NO FOREIGNERS" first time nampak, tergelak sekor sekor aku. Sebab dekat Singapura aku tengok mat saleh dalam tu kemain poyo.


Separuh masa pertama habis. Then rehat. Tetiba kecoh kecoh dekat sebelah . Rupa rupanya ada USOP WILCHA datang. Bila dia angkat tangan , semua ikut buat soley soley macam dia.


kemain. siap bawak banner "KITA BAKOOOOO KITA BAKOOOOO" yang warna putih tu

Dan akhirnya keputusan 1-1. Dan Malaysia KALAH.



Time ni dah start protes. Ada yang bakar mercun. yang bakar bunga api. Yang dok campak botol air dari atas ke bawah. Yang pergi main baling baling surat cinta guna kapal terbang kertas. macam macam peel dah aku tengok.



Apa benda yang jadi time bola ni:


@Aku agak tak faham dengan depa yang nak main suluh suluh laser ni. Sampai dua kali kena announce suruh tutup pancaran laser. yang korang nak laser laser apahal?

@yang main baling baling botol pon aku tak berapa nak berkenan

@yang pemain Singa PURA PURA ni. Apahal kau sikit sikit nak jatuh.?? Sikit sikit kaki krem.?? Kang tetiba kepala hotak pulak krem. Apahal dowhhh? banyak sangat benda korang buat. Membazir masa. kejap kejap kang tetiba jatuh rebah. padahal bukan sakit mana pon. tak brader brader betul lah.lembik bebeno. BERLAKON je lebih wei. Boleh lah lepas ni korang berlakon NUR KASIH versi Singapura pulak. KONPOM dapat anugerah pelakon terbaik dekat GRAMMY AWARD


@Pemain Malaysia yang best main dan nampak bermain bersungguh sungguh. SAFEE SALI, Khairul Fahmi Che Mat (cayalah bro, banyak selamatkan bola) dengan lagi satu yang rambut perang tu. hape ke nama tah HADI hape tah nama dia. tu yang OK. yang lain hmmm entah lah. Main macam main main. lagi lagi yang pakai jersi nombor 8. tah siapa tah nama. banyak bebeno buang bola. Aku rasa macam nak sumbat je bola tu dalam mulut dia


perghh kan dah emosi. Tengok bola ni memang emosi ea? aku tengok brader brader dekat stadium tu pon kemain emosi.


Apa apa pon Tahniah lah SINGAPURA sebab menang. dan buat skuad Harimau Malaya Malaysia ni aku ucapkan SELAMAT BERPUASA dan SELAMAT HARI RAYA (in advance)


kehkehkeh. tapi best jugak tengok bola ni. Tetiba pulak aku dah suka tengok bola. sebelum ni kemain kutuk lelaki lelaki yang suka tengok bola hakhakhak.





salah seorang penyokong MALAYSIA yang kecewa gila. Nasib baik frust tak sampai menonggeng


ok bye!

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Thursday, July 28, 2011

Video Ini Anwar Hadi dan Aiman Azlan sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba ini. Terbaik! =)

Anwar Hadi and Aiman Azlan








Memang kena sangat lah depa ni buat video ni time time macam ni. Aiman Azlan mungkin akan jadi salah sorang favourite vlogger aku lepas ni. Vlog dia pon best untuk di layannn jugak.




Boleh tak nak request Anwar Hadi gabung buat video dengan Mat Luthfi pulak lepas ni??? mahu meletop letop nanti woh. Anwar Hadi, kalau anda terbaca entri ini. Harap anda pertimbangkan lah perminaan ni . hakhakhak macam lah Anwar Hadi tu dah banyak masa terluang sangat kan nak baca blog tak semenggah aku ni. ahhh tak kesah lah. Janji vlog vlog depa memang best dan terbaik dari ladang kelapa sawit. kehkeh

May This Ramadan be as bright as ever.
May this Ramadan bring joy, health and wealth to you.

May the festival of lights brighten up you
and your near and dear ones lives.

May this Ramadan bring in u the most
brightest and choicest happiness and
love you have ever Wished for.

May this Ramadan bring you the
utmost in peace and prosperity.

May lights triumph over darkness.

May peace transcend the earth.

May the spirit of light illuminate the world.

May the light that we celebrate at Ramadan
show us the way and lead us together on the
path of peace and social harmony

Wish All of You A Very Happy Ramadan Mubarak



Selamat berpuasa kawan kawan dan jangan sesaja time time puasa ni lah suka suka nak korek hidung depan orang ramai. dah buka puasa nak korek hape pon korek lah. PUASA buat cara PUASA


ok bye!


p/s: Siapa siapa pergi tengok bola malam ni. See u guys at the stadium tonight! Harimau MALAYA!!  Hitam kuning hitam kuning. GO TIGERS!! AUMMMM! :D

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

XPLAY is back in 2011 weiiiii!! :D

(48 hours sticky post. Please scroll down to read my new entry. tu pon kalau aku update lah)


XPLAY IS BACK! XPLAY IS BACK!


ok kawan kawan ku yang gonjeng sekalian


XPLAY sudah kembali untuk tahun 2011 ni (dia dah maiii dah) dan pastinya anda akan disajikan dengan benda benda yang paling hangat dan paling menghiburkan . Dari penghibur tempatan hingga lah penghibur antarabangsa  yang akan menghiburkan anda pada malam itu.


XPLAY tahun lepas sangat lah meletop letop. Mana tak nya, tahun lepas menampilkan DJ terkenal yang berhempas pulas menunjukkan skill  masing masing. Penonton dihiburkan oleh persembahan Mizz Nina, Dj Monkey, Dj FUZZ , Lap Sap dan ramai lagi.





Kehangatan XPLAY ni masih lagi terasa sebab tahun lepas punya XPLAY masih HOT melecur lecur giteww :D


Tu tahun lepas punya cerita. Ni nak cerita untuk tahun ni punya pulak. XPLAY ni dah maiii lagi dah . Depa dah buat COMEBACK. Semestinya lagi best,grand, happening dan HOT pada tahun 2011 ni.



Tahun ni pulak pihak XPLAY menampilkan DJ yang paling HOT di abad ini dan band-band popular akan menggegarkan pentas



So sesiapa yang taknak ketinggalan untuk event ini. Mark your calendars!


Dekat mana event XPLAY ni??


Tarikh: 30 Julai 2011
Masa: 7:00pm
Tempat: Opera, Sunway Pyramid


Artis artis yang terlibat adalah. Mempersembahkan ...


@ Funky Kopral (Indonesia)

- Salah satu band yang tengah HOT dekat Indonesia sekarang
- Band yang popular di kalangan belia dan memenangi banyak anugerah pada tahun 2011


@ Estranged

- Band tempatan yang telah banyak buat persembahan dalam pelbagai event di Malaysia
- Memenangi anugerah tempatan yang berprestij


@ Projek Pistol

- Terdiri daripada pemuzik tempatan yang disegani termasuk Edrie Hashim
- Mempunyai reputasi untuk memainkan apa apa lagu



@ Wicked Aura (Singapura)

- Satu band antarabangsa yang terdiri daripada 12 orang ahli
- Tidak pernah membuat persembahan di KL dan peminat mereka akhirnya dapat tengok jugak depa buat LIVE dekat sini


@ Matt Alfords & MC Vibe will also be rockin’ the party!



@ UOX Battle ’11 Finale – the top 5 bands rock akan berentap untuk hadiah besar wang tunai + kontrak rakaman!




Untuk makluman yang lebih lanjut, check out www.xpax.com.my!



Saya nak pergi tapi macam mana saya nak dapat pas ni?


ok macam ni. Benda yang best nya adalah pintu masuk adalah PERCUMA! Apa yang anda perlu buat adalah pergi ke FB Xpax, "LIKE" page tu dan daftar email anda untuk mendapatkan pas PERCUMA! mudah bukan? macam ni caranya:


1- LIKE Xpax Facebook Fan Page @ www.facebook.com/xpaxfb

2-Check out aplikasi XPLAY dalam page

3-Daftar butiran anda untuk mendapatkan 1 pas PERCUMA!

4-Print dan tunjukkan pengesahan e-mel anda di pintu masuk!





atau anda juga boleh:


1. Reload RM50 untuk mendapatkan 2 pas VIP (untuk menebus minuman aliran bebas semasa acara). Anda juga akan berpeluang untuk memenangi meja VIP untuk anda + 5 kawan-kawan anda! (Sah 22-28 Julai 2011)



Ikut je langkah-langkah mudah ni:


a. Hantar XPLAY ke 28881


b. Anda akan mendapat SMS "Successfull Registration SMS". Selepas itu, tambah nilai min RM50 untuk mendapatkan baucar mudah alih anda dalam tempoh 24 jam


c. Flash baucar mudah alih anda di pintu masuk XPLAY pada hari acara itu untuk menebus 2 pas VIP (sementara stok masih ada, first come first serve)


2. Jadi orang pertama dari 100 ahli-ahli Kolony di pintu untuk menerima baucer minuman PERCUMA untuk acara itu! Anda juga boleh berpeluang untuk memenangi Curve Blackberry 8520 smartphone!(waaa blackberry tu. Nak sebijik boleh? hehe)



 Untuk menyertai KOLONY. Rangkaian mudah alih terbesar di Malaysia ni sekarang ,



Taip KOLONY dan hantarkan ke 25333. sekarang!



ok bye!

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Wednesday, July 27, 2011

Ni ke awek baru Khairul Fahmi Che Mat Apek apek tu?? hmmmm




Kemain nak letak watermark hakhak. Aku agak terkejut jugak dengan benda benda macam ni. Bukan Khairul Fahmi Che Mat ni dah bertunang ke?



ahhhhhhhhhhhhhhh hape benda semua ni?? Aku harap benda benda ni tak menjejaskan game Malaysia esok lah nak lawan Singapura . Siapa pergi tengok Malaysia lawan Singapura? Meh nak pinjam jersi Malaysia satu! :D


Jom ajak SINGA berlari di atas rumput tulen bersama HARIMAU jom!

Hidup HARIMAU MALAYA!!! Yakin dengan bendera kita, semangat kita!!! hidup HARIMAU MALAYA!! PROUD WITH OUR OWN COLOURS...!♥ (kehkeh semangat kemain)



p/s: aku lagi suka tengok Khairul Fahmi Che Mat dengan tunang dia tu lagi . heee. Harap semua nya baik baik sahaja dan semoga dipermudahkan segalannya. Amin =)


ok bye!

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Tuesday, July 26, 2011

Featured in JELITA magazine !! - The Scarflets . wuhuuuu =)

Dulu aku ada buat entri ala ala behind the scene lah kira masa photoshoot untuk Majalah JELITA ni. ada dekat ENTRI INI. Now dah keluar dah dalam majalah JELITA ni. Bulan OGOS punya. Semangat aku cari majalah ni tadi . muahahaha.



Siap point tajuk lagi tuuuu. kemain bebeno. Cover Irma Hasmie. bulan OGOS punya. Sila cari di kedai buku  berhampiran anda sekarang. Kalau dekat belakang kedai Pak Mat Tempe ada jual majalah ni. PON BOLEH beli jugak dekat situ. Tade hal.



teka teki = cuba cari aku yang mana???






pangggggggggggggggggg *pelempang nampuloh das





ouh sudah kantoi nama aku dekat sini. caittt akak ni. Aku dah kata dah boh je CIK EPAL. tapi akak tu nak letak and nak tahu gak nama sebenar aku siap kata


"sedap apa nama awak, kenapa tak nak guna nama sebenar?"


alaaa kak. Saya pemalu sebenarnya sebab tu tak guna nama sebenar. tak nak lah glam sangat.






pangggggggggggggggggg *pelempang lagi doplohnam das. tak sopan betul jawapan. ko ingat ko glam?? nan hadoooo je lah


Then URL blog aku silap pulak. depa tulis "cikepal.blogspot.com" sepatutnya ada 06. "cikepal06.blogspot.com" haa ni baru betul. 06 tu bukan sebab aku buat blog tahun 2006. sebab ada ingat aku letak 06 sebab aku buat blog tahun 2006. hehe bukan lah. Tapi sebab aku lahir 14 JUN. tu sempena birthday aku lah. Bulan enam. kang nak bubuh 1406 cam panjang sangat. tu aku bubuh "cikepal06.blogspot.com"


ouh tapi tak hape lah. kesilapan teknikal lettewww :)

sedikit headline aku letak sini. Tak boleh letak semua. Kang korang ngelat tak nak beli. Pergi beli majalah ni. Baru boleh baca semua apa depa tulis :D

kesian kakak YANA dengan kakak FIRA. sebab tenggelam tak nampak muka dekat tengah tengah tu. tapi tak pe. tahun depan soh depa buat kakak YANA dengan kakak FIRA cover girl ye. muahahaha


cantiknya kakak MARIA.


Kakak LYNA, kakak JEZMINE, kakak SHEA, kakak FIRA, kakak YANA, kakak YANNY, kakak AMI, kakak RINA, kakak AISHAH, kakak EYQA pon cantik jugak. hikhik :)



aku memang suka feeling feeling muda sebab aku yang adik nya pon. Sebab depa semua nak kawen dah dan ada jugak yang dah kawen. lepastu aku suka  akak LYNA KAMAL. sebab dia suka panggil aku "adik epal" atau kadang kadang dia panggil aku "adik (nama manja*tettt)" so aku rasa disayangi dan dimanjai pulak bila orang pangiil aku adik. hakhakhak






pangggggggggggggggg *pelempang lagi nampulohlapas das


Pastu aku suka panggil depa KAKAK . Kang ada cam pelik pelik "kenapa u nak panggil i KAKAK?? kenapa? kenapa?? panggil nama je lah. tak payah lah KAKAK KAKAK"


muahahaha nasib baik lah depa ni memang comel lote mote note dan err sambung sendiri kehkeh


haaa korang jangan lupa beli Majalah JELITA yang bulan OGOS 2011 punya ni ye. Ada lagi page yang aku tak tunjuk. Ni separuh je. Tak boleh lah tunjuk semua. Saja je nak feeling feeling ekslusif sikit. Kang korang ngelat tak nak beli. kehkeh




Btw, a billion thanks to MAJALAH JELITA for this opportunity. Next year panggil lah lagi buat photoshoot. muahahaha



ok bye!

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Majlis bertunang

Amboi kemain lagi korang ye yang dok wish wish selamat bertunang bagai dekat ENTRI BERTUNANG ni. Ada jugak tak sabar nak baca cerita bertunang yang selanjutnya. amboi amboi dont be gelojoh. ni haaa nak cerita lah ni.




ni hantaran nak bagi dekat pihak lelaki. Kira dekat side kitorang yang perempuan ni lah. 13 berbalas 9. Untung pihak lelaki dapat banyak. hakhakhak

eh ni siapa nak bertunang ni??

makcik makcik ku yang gonjol, dan nenek ku dan ibu ku. ahh suka hati korang lah nak teka mana satu makcik, mana satu nenek, mana satu ibu aku

calon calon yang bakal menjadi mak orang tak lama lagi

banyak banyak makanan yang ada. mende alah ni je aku nak snap. DONAT SAMBAL!!! wuhuu. Kalau aku balek JB, benda ni mesti nak cari. Kat JB je aku selalu jumpa mende alah ni. Dekat KL tak pernah jumpa lak


Tapi lauk pauk semua best. Catering jek sebab semua pemalas nak rewang bagai. kehkehkeh. Makan nasi Bukhari. perghh lembut gila nasi. Lauk pon sedap semua.



seperti biasa , pantang nampak makhluk kiut, semua nak culik dia nak ajak main batu seremban

kak ina! si pengantin. eh pe TUNANG. hakhak :D

Kak Ina ni sepupu aku. Dia yang bertunang sebenarnya. Dalam ENTRI BERTUNANG ni. ibu aku ah sponsored kek dengan jeli jeli bentuk buah tu dekat kak ina ni. Yang korang kata aku bertunang tu apahal pulak? aku lambat lagi, tahun depan. takyah tunang tunang, kawen terus. biasa lah gelojoh muahahaha



my mom and my sis :) tengok! semua nak culik makhluk kiut ni.

dekat luar rumah, tunggu pihak rombongan lelaki sampai. nak kaut hantaran. Biasa lah depa ni. agak agak hantaran depa  bagi coklat. Coklat 2 3 ketul dah selamat masuk dalam perut dah masa pegang hantaran

ecececeh suka lettewww dapat cincin tunang

kak ina bergambo dengan bakal adik ipar dia. haaa cun tu awek sebelah tu. ada sesiapa nak nombor telefon? kehkeh. yang baju oren tu jangan nak mengada nak mintak nombor, mahu makan kaki karang

lepas semua dah blah. abang Idlan (tunang dia) pon sampai. datang datang siap bagi bunga dekat Kak Ina dan terus culik makhluk kiut juga. perghh pemes tol anda ye makhluk kiut



dan ini gambar 3 jam sebelum majlis bertunang:



kemain tau nenek aku. Siap ngetest tudung kak ina lagi.

dah udah udah lah tu mak oii (aku panggil nenek aku MAK)

Nanti kitorang carikan atuk baru ye untuk mak.kehkehkeh. mengimbau kenangan lama lettewww. Aku pernah jugak cerita pasal MAK aku ni. agak box office jugak lah dekat blog aku ni kalau cerita pasal MAK aku. kemain tau box office. celah mana box office nya pon tak tahu lah. klik lah kalau rasa rasa MAK aku ni nenek paling gojes dalam dunia ala ala Miss Universe muahaha





ok bye!

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Monday, July 25, 2011

Ada yang cakap muka aku macam RAINA (After School) #EhYeke?

Actually aku tengah blur blur miong miong tadi. Bukak twitter. Ada yang cakap muka aku macam Raina dari kumpulan After School.





K-pop k-pop ni lah ni. Aku tak kenal sangat group perempuan K-pop ni. Yang aku tahu SNSD je. Yang group lelaki aku tahu 2PM sebab ada Nichkhun situ. Kalau Nichkhun tak ada dalam group tu, kirim salam jugak lah aku nak kenal dia. dengan menggelupurnya aku pon google lah si Raina (After School) ni. nak tengok gak celah mana sama. kehkeh.





dan ini hasil meng "google" :












boleh lah aku jadi duta mee segera pulak lepas ni. muahahaha verangan lah kau noks

Tak nak tembam lagi lah kan pipi dia ni. Aku rasa tang berat pipi tu je lah kot ada ala ala sikit. Ahhh kenapa kah perempuan pipi gemok gemok ni disamakan dengan aku??? Cuba samakan aku dengan Jessica alba ke, Selena Gomez ke, Megan Fox ke, Vanessa Hudgens ke. kehkehkeh.



kesimpulannya aku nak kurus.


Siapa ada tips kuruskan pipi? sila bagi tips dengan segera.


ok bye!

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Click Me !