Aku tak tahu lah kenapa FAZURA dengan FASHA SANDHA ni selalu dikaitkan. Mungkin sebab both banyak kontorversi? atau both gedik? atau both selalu mendapat perhatian VIP ? atau both name bermula dari huruf "F"?
tak tahu lah kan. yang penting dua dua ni tak kenal aku. muahaha
Tapi antara FAZURA dengan FASHA SANDHA, ni just personal opinion aku je lah. Aku lebih suka dekat FAZURA =)
 |
| auwwww cuwitnyewwwwww~ |
Walaupun Fazura ni banyak jugak ah kontroversi. tapi tak tahu ah kenapa aku boleh minat dekat dia ni. Mungkin dia petah berbahasa Inggeris kot. Aku ni memang suka dengan orang yang boleh berbahasa inggeris dengan bagus dan fluent ni. Sebab tak silap aku Fazura ni pernah jadi pengacara V ke MTV tah. antara tu lah. yang pasal lagu lagu tu.
Walaupun Fazura ni gedik. Tapi gedik dia gedik yang best untuk dilayan atau dilihat. Alahhh normal lah tu perempuan gedik. but aku tak ada lah rasa dia ni TERGEDIK GEDIK. gedik natural tu ada lah kot. Paling best masa aku layan fazura dalam cerita GOL dan GINCU. start tengok cerita tu, aku terus jatuh cinta dengan FAZURA.
 |
| GOL DAN GINCU |
dalam cerita ni, fazura jadi watak PUTERI. Aku suka tengok perwatakan dia dalam cerita ni. ala ala girlish gedik gedik gitu. Aku rasa dia macambest dalam cerita tu. Tetiba aku nak jadi macam tu jugak. But NAN HADOOOO je lah aku nak jadi girlish macam tu. Aku ni kasar, kalau time bercakap tak ada maknanya nak sopan bagai. suara stok stok memekak je. tak kesah pon lah aku borak dengan siapa pon, voice control aku tak boleh nak kawal, sebab aku rasa aku cakap dah habes slow dah tu. Buck pon pernah cakap
'ehh slow sikit suara u ni, kuat sangat'
ok fineeeeeeeee. malas aku nak bercerita dah. aku tengah bersemangat nak bercerita, terus hilang mood nak bercerita. kang aku senyap betul, dia lak suruh aku sambung cerita. hehh
Tapi aku bengang dengan watak EDDY dalam cerita GOL n GINCU ni. Ashraff Sinclair rasanya yang berlakon jadi watak tu. jadi ex FAZURA. perghh aku memang tak boleh blah sikit lah dengan lelaki lelaki yang playboy ni. lantak lah kau handsome macam mana pon, tapi disebabkan kau playboy. terus aku rasa kau macam LOW CLASS. memang patut pon si FAZURA ni tinggal kan dia dalam cerita tu.
hek elehh aku ni. cerita je pon nak EMO. muahaha :D
 |
| pisau cukur |
Dalam cerita pisau cukur, FAZURA macam gedik gedik sikit. eh tapi tak tahu lah kenapa aku suka bila dia jadi watak gedik. Kalau FASHA SANDHA jadi gedik, aku rasa macam meluat. tapi kalau FAZURA jadi watak gedik, aku sukaaaa je tengok. sampaikan kalau aku ni tetiba esok bangun tidur jadi lelaki. aku nak perempuan yang menjadi teman hidup aku macam FAZURA. tak kesah lah dia gedik macam mana pon. tapi aku nak FAZURA lah.
aku suka penampilan FAZURA. gaya dia ni simple, sophisticated and elegan. tapi pada peringkat umur macam aku ni, belum lagi lah nak dress up macam dia. sebab dia dah ala ala wanita dah. tapi aku suka ah tengok penampilan dia
Aku ni bukan lah penggemar kasut tinggi. Tapi bila aku tengok gambar ni. perghhhhh terus jatuh cinta dengan kasut tinggi. Eh lawalah high heels ni. mana dapat? nak pinjam boleh ? cantik gilaaaaaaa. bila pakai rasa macam PRINCESS.
cakap pasal PRINCESS. aku rasa kalau ada cerita cerita dongeng ke hape nak buat movie nanti, calon terbaik nak buat PRINCESS adalah FAZURA. tak kesah lah puteri hape pon. aku rasa dia ni talented. Muka cantik tu advantage lah kan.
arghhh cantiknya lah FAZURA ni. Seriously,dia ni cantik. Tapi aku ingat lagi ayat dia masa kena terjah dengan nas ahmad dalam melodi pasal kontroversi hape entah. dia ada cakap
"BIARLAH KITA DIPERKATAKAN DARIPADA KITA LANSUNG TIDAK DIPERKATAKAN"
doesnt matter its good or bad. maknanya orang ambil berat dan busy body lah jugak pasal kita kan? sebab kita best untuk diambil tahu. muahahaha. Yang orang sibuk mengata tu, orang tak hingin kot nak amek tahu pasal dia, apatah lagi nak jaga tepi kain nya yang koyak rabak. HIDUP FAZURA !!
aku harap FAZURA baca entri aku ni. hahahaha (aku memang suka berangan artis nak baca blog tak semenggah aku ni. lalalala~)
jangan lupa VOTE blog Cik Epal Gonjeng pulak ea ea ea
VOTE ME
HERE . NOW DAH RANK 5 !.Sila lah vote hari hari ye. Hari ini dah vote, esok pon vote lagi, nanti lusa pon jangan lupa vote jugak! muahaha :D
ok bye!