Menarik Cantik Tertarik

Monday, February 28, 2011

Tiz Zaqyah menyanyi untuk Nur Kasih The Movie




Tiz Zaqyah boleh nyanyi ea? first time dengar dia nyanyi. tak tahu pulekkk dia boleh nyanyi. cuba layan lagu ni







aku rasa dia lagi best berlakon dari menyanyi kot. what do u think?

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Sunday, February 27, 2011

rumah berhantu dekat seksyen 2

Kisah ini adalah kisah benar. tapi bukan cerita aku. aku takde ubah apa pon. but cuba korang layan cerita ni


===============================

9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan,maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].

Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah....[?]
Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya...
Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.

Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi "dagu" orang pertama kena.

Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.

Malam tu kami kena lagi teruk.

Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan dvd dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah...
Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what?
ad a batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.

Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku....taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.

Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!

Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi "dagu" pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul "eye to eye" dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk "Bila masa pulak kami tengok dvd ?". Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul.....kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.

Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.

Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?

Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.

Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini "keras".patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.

Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..

Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah

Ops..Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la...nokia 3310


===================


seram seram gak. tapi last last macam sedih pulak cerita dia ni. sebab sampai meniggal dunia kawan dia tu. tapi memang aku pernah dengar pon. kalau ada busut ke hape, jangan nak ngade ngade pergi main main dekat situ. apatah lagi nak usik usik. sebab busut ni selalunya memang "keras"


dekat kampung aku dulu ada pernah terjumpa busut. tapi time tu aku kecik lagi. tanya nenek aku

"apaaaa tuuuuuuuuuuu?? tinggi nyaaa"

lepastu nak pergi dekat busut tu. tapi nenek aku terus tarik aku. dia cakap jangan main main dekat busut tu. situ tak boleh nak main.


alaa aku time tu kecik lagi. semua benda nak buat main kan? so bila dah besar besar ni , bila ingat balek, baru lah tahu, sebab apa tak boleh main dekat busut tu


lagi satu pengajaran cerita ni, kalau korang nak sewa rumah dekat seksyen 2 tu. plak plak tetiba owner bagi free of charge, tak payah ah korang duduk situ. cari je ah rumah lain

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Cik epal dating dengan Hana Tajima yang comel lagi !

Dating dengan Hana Tajima buat kali ke dua sangatlah menyeronokkan.


separuh. tangan tak bedung

Hana yang comel gilakkk


pada entri dulu yang tanya Hana Tajima dah kawen ke belom. dia dah kawen dah laaaaaa. nanti aku cerita pasal hari dating ni. sekarang adalah mood malas nak blog tapi rajin nak update jugak. ni entri bako bako je. ok bye!

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Friday, February 25, 2011

Kalau lah dapat dating dengan LEE MIN HO ....


dah lama tak jawab tag ni. bagi ah peluang sat lepas gian main tag.


1.Apakah benda yg paling penting dalam hidup kamu

Family


2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dgn wang sendiri

emm apa ea? aku pon tak ingat dah. Mungkin nasik lemak berlauk kan ayam goreng dan mengadap muka encik bangla masa nak bayar kot.

Bangla dekat cafe aku ni ayat dia sama je. kalau aku nak bayar kan. dia tengok nasi aku lebih kurang, pandang pandang slek sikit. lepastu dia cakap

"ni rm3. tapi tak pe la. awak punya pasal SAYA BAGI DISKAUN. rm2.50 je"


aku dah gembira dah dia asyik bagi diskaun je. rupa rupanya perangai dia dengan semua orang memang macam tu. tu la ayat keramat dia.

"TAK PE LAH, AWAK PUNYA PASAL SAYA BAGI DISKAUN"

sebab masa aku nak bayar haritu ada mamat ni dia cakap nasi mamat tu rm4. budak tu dok pekik "haaaaaaa??!"

terus dia cakap " TAK PE LAH AWAK PUNYA PASAL SAYA BAGI DISKAUN. rm3"


sengal punya bangla! nak tunjuk dia inoocent sesuci lebaran lah tu!



3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu


tak kesah la memana pon nak kawen, aku ni tak ada lah demand demand sangat nak kawen dekat mana . dekat KLCC convenction Centre ballroom tu pon ok dah. janji kawen.



4. Berapa lamakah anda rasa hubungan anda berkekalan?


Hubungan dengan siapa dohhhh???



5. Adakah anda dilamun cinta?


setakat ni belum lagi. dulu dulu pernah ah. tapi semuanya sekerat jalan. selalu sangkut dengan buaya darat. adehh



6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?

makan malam tak de lerr. kalau makan siang ada. dekat CHILI's



7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?

aku ni pemalas sikit nak baca buku. baca blog rajin ah sikit. mungkin INTREND kot yang last beli. sebab blog aku keluar dalam majalah tu



8. Apakah nama penuh kamu?


Megan Vanessa Epal . Aku adik beradik dengan Megan Fox + Vanessa Hudgens



9. Kamu lebih senang dgn mak/ayah?


kalau untuk berbincang hal perbadi dengan ibu



kalau nak duit or nak beli barang barang sendiri dengan kepuasan maksima haruslah ayah!


kalau keluar dengan ibu aku susah sikit nak selit selit barang dalam troli. ada je yang tak boleh. kalau dengan ayah aku, nak humban peti ais dalam troli pon apa dia kesah? dia bayar jeeee. best woh ayah aku. mana nak dapat ayah macam ni? kau hado? nan hadooo



10. Namakan seseorang yg kamu ingin jumpa utk pertama kalinya dalam hidup anda?


nak jumpa LEE MIN HO. alaa tak ada ah nak jumpa sangat pon. kalau aku dapat jumpa pon, just nak tanya dia. apahal lah dalam Boys Over Flowers rambut dia macam balung ayam? apa kau ingat kau stylo buat rambut camtu???


Lee Min Ho si balung ayam




tapi kalau dia nak belanja makan. apa salahnya. boleh je nak ternak lemak bersama. pulak pulak dia yang belanja. bertambah tambah kesedapan.



11. Sebutkan 8 nama sahabat yg paling rapat dgn kamu



alahhh kang kalau tercicir satu nama, ada lak yang kecik hati kang


12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?

opkos lah aku cuci.



13. Tempat paling seronok kamu mahu pergi


Disneyland! aku pernah pergi sekali masa dekat Hong Kong dulu. tapi cam sekejap je time tu dan tak menikmati saat saat itu. tapi kalau aku dapat pergi lagi ah lepasni. aku akan enjoy dekat sana sampai muntah



14. Pelukan atau ciuman?


Peluk sambil cium lah best


15. 8 perkara yg amat saya gilai

apa banyak sangat sampai 8?? benda benda yang digilai? emm mungkin blogging kot.

rasa macam best pulak update hari hari ni. hahaha. nasib lah siapa yang masuk kan. walaupun tah pape entri aku pon.

kedua- menternak lemak

tak kesah lah makan apa apa pon, janji sedap, aku bedalll

dah lah dua je lah. banyak lak cikadak kau nak sampai lapan!






16. 8 perkataan yg sering diucapkan


@ gonjeng
@ kau hado?
@ hye korangggggggggggg~
@ bye koranggggggggggggggggg~
@ taik lah! (kalau tengah bengang)
@ sengal doh
@ wei wei wei wei
@ tah pape
@ ok bye!
@ apahal pulak ??
@ aku bako kang! aku bako kang!

aki? cam dah lebih je lapan.? ok next!




17. 8 buah buku yg paling terbaru dibaca

di sebab kan aku ni bangsa yang pemalas nak baca buku. jawapan aku haruslah INTREND sebab nya. aku ada bagi tahu tadi dekat soalan atas


Sila dapatkan InTrend keluaran March ini di pasaran berhampiran anda


18. 8 buah lagu yg saya boleh dengar berulang kali


Dadali - Di saat aku mencintaimu.

serious lagu ni paling banyak kali aku dengar dalam sejarah hidup. boleh masuk genius book of record ni. memang layak sangat. roomate aku tahu ah betapa aku suka gila lagu ni. bangun tidur lagu ni, nak makan lagu ni, nak tidor balek lagu ni. sampai roomate aku pon dah siap terhafal lak lagu ni. padahal dia tak suka lagu lagu indon ni


kang aku cakap dengan dia

"wei wei wei aku nak tujukan satu lagu khas untuk kau! terimalahhhh"


lepastu aku pasang lagu ni. dia dah masak sangat dengan perangai aku. tapi yang peliknya aku tak pernah lagi jemu jemu ataupon muak dengar lagu ni. belum tiba masa lagi kot.


lagu ke 2 adalah lagu buaya darat. tak de ah dengar selalu sangat. tapi kalau dengar memang teringat dekat EX buaya pren. lagi lagi part


"LELAAAKIIII BUAYA DARAT....MULUTNYA MANIS SEKALI...BLA BLA..BLA"

memang kena sangat lah tu



lagu ke 3 lagu Sesungguhnya by Raihan. perghh lagu ni memang best! serious best. syahdu je dengar. banyak banyak lagu raihan. lagu ni paling aku minat sekali


dah ah 3 je ah. banyak songeh lah kau ni. nak mintak sampai 8. ingat aku komposer lagu ke hape?





19. 8 perkara yg saya pelajari tahun lalu

@ jangan mudah percaya dekat lelaki. sebab lelaki kebanyakan ayat manis.

@ Kalau nak kurus jangan banyak sangat makan

@ kalau nak berjaya, rajin rajin ah study bukan rajin hadap laptop

@ sayang orang yang sayang aku bukan sayang orang yang aku sayang

@ percaya dekat kemampuan diri sendiri


@ kalau kena kutuk buat bodoh je ah

@ jangan senang percaya orang yang baru kita kenal

@ kalau kita kat bawah bukan sentiasa kat bawah dan kalau kita kat atas bukan sentiasa dekat atas


20. Apa erti cinta?

eh! apa ke bangang sangat kau ni? cinta pon tak tahu apa. kamus dewan bersepah woiiii. pergi beli satu. macam macam maksud yang kau nak tahu ada situ


ok bye!

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Nina yang comel kiuttt miutttttttttttttttt =))



comelnya budak niiiiiiii. nama dia NINA. dan jumpa dia dekat youtube. faymous woh budak NINA ni. dah lah comel. pipi tembam. lepastu petah lak bercakap.


umur dia 5 tahun kalau tak silap. Ayah dia yang buat video Nina ni pasal tumbesaran dia yang sehat dan kiuttt itewww. ayah dia buat video Nina ni pon sebab nak bagitahu ah progress Nina ni kat family dia dekat US sebab depa sekarang tinggal dekat Japan


orang suka dekat Nina ni sebab muka dia cute je sentiasa. eksperesi muka dia kelakar dan alahhhh budak budak kalau buat benda bijak sikit, pandai cakap, semua orang pon kagum. pulak pulak comel!


tapi dia memang comel. cuba tengok video dia. subscribe ah dekat youtube. seriousss comel. aku tengok satu video dia, terus nak tengok video lain pulak. aku ni memang pantang tengok budak kiuttt miutt ni. pipi dia tombammmm. wooo boleh geng!








nina and her father


seksiwwww youuuuuuuuuuuuu~




Check it out! She's so adorable!







Siap ada quiz show. kemainnnnn










comel kan NINA ? kan? kan? nak tengok video dia lain pergi cari dekat youtube. lemak ah semua nak bagi

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Thursday, February 24, 2011

Promosi photoshoot Annas Easkey. Siapa nak gambar meletop ?? haa meh sini.

Hari ni entri aku semua nya entri promote promote. nasib lah ye. ni aku nak promote dengan korang photographer yang teunggul abad ini. dan sangat meletop letop ye hasil kerja dia ni. ni gambar gambar dekat bawah ni semua hasil kerja ANNAS EASKEY !


meletop letop gambar dia ni. Artis artis banyak yang dah bekerjasama dengan dia ni. Kalau artis pon dah amek. sure sure lah kan gambar dia memang meletop. tapi bukan artis je yang pakai khidmat dia. orang orang hollywood pon nak pakat amek dia jadi photographer. perghhh mantop ye abe Annas Easkey ni!



*bang, dah puji letop letop ni. sila lah belanja Chili's lepas ni




cantiknya HELIZA !!







ni artis jugak ni

nampak cam effect cermin but bukan. awesome!





comel!











Cantik kan gambar gambar dia? ala ala America's next top model gitewwwwwwwwwwwww. now dia tengah buat mega sale katanya. promosinya lebih kurang macam ni lah ye. ni aku cilok dari blog dia yang letop letop tu


SATU SESI PHOTOSHOOT 
20 FRAMES
5FULLY EDITED PHOTOS 
RM350
OUTDOOR SHOOT
 *MAKEUP OLEH SAYA
*(but you have to add extra RM50 for the makeup)
bunyi macam best kan? omaigod! this is the time korang nak book annas, nak gambar lawa kan? nak nampak mcm ala2 model kan? omg! pose tak reti? of course annas akan ajar dear! so whats you waiting for? hey ho lets go! email me:  farick_annas@yahoo.com atau CALL saya: +60137536654
 balance bayar after shoot! promosi tahun arnab!
TARIKH TUTUP BOOKING MARCH 2011 


pasal mekap mekap jangan risau. annas ni pandai mekap orang. ni dia tengah buat promosi ni. uolsss boleh la guna khidmat dia. ni harga promosi. kalau harga bukan promosi lagi ah berganda ganda ye. maklumlah faymous photographer katakan.

kalau dari segi orangnya. Annas Easkey ni sangat lah peramah uolsss. mulot macam hari hari dia dok makan bontot ayam. kalau dia kol aku tu, mahu berejam, selagi kredit tak habis, selagi tu lah dia pok pek pok pek. ada je benda dia nak borak. and dia friendly. Kacak tu opkos lah kan!
*kipas lagi



Untuk maklumat lanjut, sila KLIK SINI


p/s: ehem ehem abang Annas meletop! sila belanja Chili's lepasni ye! jangan sekadar janji manis di bibir.

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Cantik lah shawl dekat SugarScarf ni ! =)

hye semua. kita kembali lagi dalam segmen 'shopping shopping sampai lebam'. aku tertarik dengan satu blogshop ni. dia punya shawl selalu update dan up-to-date. serious semua shawl lawa lawa. tak percaya? meh ah tengok ni. serious rambang mata


nak usha jugak? boleh tengok dekat SugarScarf dekat SINI


yang ni serious cantik gilaaaaaaaaaaaaaaa. i loikeeeeeeee

yang ni pon cantik jugakkkkkkkkkk!!

inner ni untuk dijual

lawa lah!

inner ada macam2x warna

ni style baru



soft =)









serious lawa lawa shawl dekat blogshop ni. tapi kalau dia update tu, korang kena cepat cepat usha. sebab shawl dekat blogshop ni macam goreng pisang panas sikit. baru je 5 minit update dah SOLD OUT.

siapa nak usha shawl/tudung dekat blogshop ni boleh aje.

blogshop - Sugarscarf
and boleh like dekat Facebook dekat SINI

selamat bershopping!

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Cuma Aku - Comelnya heliza !

Saja je nak tempek gambar Heliza. heee. ni lagu baru Heliza Cuma aku. boleh tahan ah lagu dia. santaiii je dengar








Heliza Comel gilaa dalam video ni. tak caye cuba tengok ! =)

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Tuesday, February 22, 2011

50 blog Malaysia Pilihan In Trend. blog cik epal pon terpilih?? wuhuuuuu~

Mula mula tak tahu pon. blog cik epal keluar InTrend hape semua. sekali kak Ami ada bagi link dekat satu blog ni pasal 50 blog pilihan Malaysia InTrend. Time tu dah pelik pelik dah. mana ah dia dapat InTrend March punya sebab rasanya tak available lagi. ye ah now pon belum March lagi.


Then carik lah jugak dekat Mid Valley keluar haritu, tapi tak keluar lagi. yang ada Februari punya cover Juliana Evans. and tadi kol ayah suruh beli InTrend March punya kot kot ah keluar kan.


Sekali ayah balek rumah je. terus berlari kejar kereta. bukan nak sambut ayah balek pon. tapi eksaited sambut Intrend punya magazine. ayah bawak balek cendol, keropok lekor, goreng pisang pon dah tak heran dah. tak pandang dah semua tu. kalau tak, aku lah orang nombor satu bedal keropok lekor.



terus selak bahagian "KLIK dan BLOG" dekat Gaya Hidup. muka surat 138!


waa sekali memang betul lah ada. huahuahua. under section HIJAB. dia ada 5 section, Usahawan, Fesyenista, Perkahwinan, Hijab, Cahaya Mata.





walaupun secoet ni je yang blog aku keluar tapi tak kesah lah. tetap jugak kembang hidung. sebab ayah aku pon kata



"alahhhhhhhhhhh secoet je keluarnya. dia punya riuh kemain. gambar pon tak ada"


ehhhhhh siapa kata gambar aku tak keluar?? keluar ok. ada gak ah 2,3 gambar terselit tu pon dari gambar blog orang lain. yang bestnya semua under HIJAB tu semua aku kenal. dan semua pernah jumpa!! macam kawan kawan je semua yang kena featured. beshhh beshhh






walaupun secoet je pon. jadikkk lah kannn (blur. saje nak kasi efek saspen nak suruh korang beli InTrend bulan ni)



kepada sesiapa yang hantar dekat wall facebook, bagi mesej dekat fon. terima kasih sebab inform blog cik epal kena featured on InTrend March 2011 =)



ok. kepada uolsssssssssss uolsssss jangan lupa beli InTrend keluaran March punya. Cover Fouziah Gaos uolssss. (betul ke tidak aku eja Fauziah Gaos tu. lantakkkk)


Terima kasih kepada InTrend because featured my blog on your magazine!!!



p/s: malam ni tidur kena peluk InTrend March 2011 ! seksaited ! jangan meleleh air liur dekat magazine tu sudah! sebab aku nak tunjuk dekat cicit aku ni

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Click Me !