Menarik Cantik Tertarik

Friday, December 16, 2011

Western Vs Cina

Entri ni pasal makanan. Dah lama aku tak tempek makanan dalam blog aku ni. Makanan western dengan makanan cina. Mana satu pilihan anda? Makanan melayu dah memang hari-hari makan. Nak tukar angin kejap. Tapi ada jugak restoran makanan melayu yang terbaik dari ladang. Next entry aku cerita


Ni haritu aku makan dekat VIVO. VIVO ni antara restoran yang aku suka pergi jugak lah. Untung kalau pergi weekdays sebab dapat mushroom soup FREE



Sedap!


Konon-konon nak diet, makan ikan tak nak makan ayam. Tapi makan Fish n Chips. Diet lah sangat kan??





Roti ni ala-ala Subway lah. Tapi aku suka lagi Subway punya roti daripada yang ini.



Haaaaa yang ni paling best ok! Kalau ada sesiapa nak pergi VIVO, sila lah order benda alah ni. Pizza Blueberry Ice Cream. Serious sedap! Serious tak tipu benda ni sedap! Kadang-kadang aku datang VIVO ni semata-mata nak makan benda alah ni je




Aku memang suka dessert. Dessert eh bukan nya desert. Suka pencuci mulut bukan padang pasir. Walaupun nampak macam pasir-pasir je benda ni, tapi tu bukan pasir tu kacang kot. Tapi serious sedap weh.



Makan pulak dengan vanilla ice cream. Perghhhh layan. Pizza Blueberry tu pon nipis. Nasib baik nipis. Kalau tebal kang muak pulak makan. Tapi benda ni memang sedap ah.



Lokasi ke dua pulak adalah di Mohd Chan Abdullah. Ni outlets dia berlambak dekat luar. Selalu je aku nampak. Ni restoran cina muslim. Semua restoran Mohd Chan Abdullah yang aku pergi semua ada surau. Bagus betul. Restoran ni HALAL. Dont worry be happy



Ni mee apa tah. Aku lupa nama. Sebab banyak sangat jenis mee ni. Tapi tak ada lah "terangkat" sangat. Biasa je.



Nasi goreng Yong Chow kalau tak silap nama benda ni. Serious banyak woiii. Tak habis aku makan. Macam nak makan untuk dua hari tiga malam je. Last-last bungkus separuh bawak balek. Maklum lah aku kan on diet sekarang. Mana boleh makan banyak-banyak sangat. (yo yoooo ooooo je diet nya)



Dulu time sekolah aku suka gila wantan goreng ni. Kalau bunyi loceng je time rehat. Memang aku orang first lah terpacak dekat kantin nak beli wantan goreng ni. Dulu jual satu tigaploh sen je pastu besar-besar penumbuk pulak. Memang syok je bedal kan. Tapi bila sampai wantan goreng ni kecewa aku, sebab aku ingat kan besar-besar penumbuk macam time aku sekolah dulu. Ni cenonet cenonet je dia bubuh. Macam mati segan hidup tak mahu je wantan ni aku tengok. Tapi licin jugak dalam sekelip mata benda ni




Haaaa part ni paling best!! DIM SUM!!! Aku datang sini menghadap dim sum ni je pon takdehal. Dim Sum ni susah nak cari yang HALAL. Tapi aku pernah makan dua kali je benda ni. Dekat Giant dengan dekat Mohd Chan Abdullah ni lah. Yang dekat Giant Shah Alam tu sos dia masin sangat. Terus jadi tak sedap. Haaa yang dekat Mohd Chan Abdullah ni, dim sum dia memang terbaik dari kebun wa cakap lu! Serious sedap! Sos pon sedap!




Terliur aku tengok gambar Dim Sum ni balek. *telan balik air liur*



Dim Sum dekat sini paling terbaik lah yang aku pernah makan so far. Daripada kimchi yang ala-ala korea yang mengarut tah pape tu baik aku telan dim sum ni. Satu plate tu rm3.80. Ada perasa mix vege, mushroom, chicken dan apa lagi tah. Bagi aku yang warna kuning dengan hijau tu yang sedap. Aku lupa perasa apa. Mix vege dengan chicken kot.



Tapi ni semua tak ada lah aku mencekik sorang-sorang. Gila makan semua ni sorang. Macam hidup untuk makan pulak bukan makan untuk hidup.





Ok tu je. Selamat menternak lemak! Bye!

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

72 orang doakan cik epal kurus:

ADEEYA said...

Me love both! :D hihii

Joel Leslie said...

perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, nak makan.

Rina Rossoneri said...

i chose japanese food hehehe

yuyu Zulaikha said...

sedap nyaa T__T.tapi minggu ni tak keluar.. demmm T_T

yuyu Zulaikha said...

sedap nyaa T__T.tapi minggu ni tak keluar.. demmm T_T

Syazwani Mazlan said...

sedapnye!! lapo plak pagi2 ni..:(

umie naziera said...

xkisah western or cina..semua kasi bedal

Zara Nur said...

sedapnyeeeeeeeeeeeeeeeee..dah la lapo ni T__T

pinky said...

nampak macam best giler pizza tu....mcm nak ngap pc jer....peace.......

saharinasaharudin said...

tempting pulak tgk dim sum tu.nak try la :)

Huda said...

tak penah makan dim sum lagi..

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

Waduhhhh terusss rasa lapar lepas tengok semua gambar Makanan Cik Epal ni hehehe

Izzat Aziz said...

kalau bagi harga setiap menu tu, mesti lagi best.. lagi senang nak buat budgeting..haha

Lady Milo said...

Tips utk kurus untuk CE.

Breakfeast like a KIng,
Lunch like a prince,
Dinner like a beggar..

Teehee...(^_^)

Ain SSB said...

Aduhaii Cik Epal...semua sedappppp kot! *airliur meleleh*

CintaZulaikha said...

uishhhhhhhhh, dietlah sgt..kehkehkeh..

DeQWa said...

pernah makan gak dim sum kt restoran chan abdullah bangi,memang terbaikkk!!!...

Pocket said...

pocket suka mkn dım sum.
memang besh.

Ummi Atthiyah ILS said...

perh! time2 lunch, baca entry cik epal. melelehhhh jee~ kelantan mne ade. T____T .

psst.. psst!! muka cik epal ngn lecturer kite nak dekat sama laa!

munirah said...

kat mana ehhh kedai cina muslim tuhhh ? nakkk dim sum :) haha

♥ HanaHyun ♥ said...

VIVO tu kt mne ye cik epal?hehe..tak tau...mcm best je tgk makanan dia..

aRry ReNnwooD said...

wahhhh sdapnyer mitik air liur nie hihi

Momonae Song Yoonji said...

sedapnyaa...perut dah bergelora dh ni!!

CAYANG ALIN said...

salam cik epal..kat mana la mohd chan abdullah tu...huhu..

Iklil said...

Waaa,nampak macam best bila lah ek nak makan.btw mailah belog itew haha

LL Cool J said...

cik epal....sedapnyer dim sum tuh. Sy pun terliur ..errrr..:)

i lurv polka dot eva :D said...

sedapnyer!!!nasib dah lunch..kalo x terliur la saya :)

Aina said...

lapa!!!!!!!!!!!terliur sudah~~Ahaks...

Finaz Jaafar said...

nak yang blueberry tuuuuu!!!

Shawn Razaleigh said...

kau mkn ke apa weh byk cenggini.


kagum kejap

NuruL SyuhadaH said...

sedapnye dim sum :D

saffiya_aleesya @ echa said...

aku lebih suka western food sebab tekak ni tak berapa layan sgt chinese food..

❤ Cik Nissa ❤ said...

serius terbaik la cik epal.mmg boleh leleh...! T_T

khairul akmal bin azman said...

kay suka nasi grg cina..


sodap2!


nasi grg western?
x sedap mane pun..

zuwaidah said...

sedapnyaaaaaaaaaaa.....nasib baik jauhhhh kalau tidak dah lama baham hehehehehhe

lieyana said...

saya pernah pergi sini . huuhu :D

Myiesha said...

lapar pulak tengok dim sum tu..:p

Ms.Siti said...

arghh tetibe rase lapau semacam jek. sedapla nengok
*tertelan air liur

X-klusif said...

perghh..sedap gile aar cik epal..belanja ar blogger yang lapar2 ni..

mishnurlin said...

wah.. sume nampak macam sodap.. :)

ku-cit said...

btul2 menarik n tertarik hah...

Maicher said...

ommmo ommo. dribblingg kot!

sedappp nya.

Diya Edhayaa said...

xpnah ag merasa dim sum.. aduhhh tgk cm sdap..

En. Kronik said...

pasnih layan arabic style plak!

LaLa said...

dimsum tu memg sedap lah...
teringin nak makan lagi ):

Puteri Iqa Izyan said...

aaaaa... ni diet ke ape cik epal? huhu

Atiqah Wadiah said...

lbh t'liur tgk western food~weeehuuuu

Bella Halida Putri 벨라 하리다 푸테리 said...

wooo kak cik epal. *pelik bebenor sebutan xD
benda wantan goreng tu, dekat sekolah saya adaaa. haha
pelbagai jenis dan bentuk pulak tu. 1 patposen, tapi kalau beli singgit dapat 3. :D

fifie said...

Untung la tinggal kat bandar. banyak boleh makan. nyum nyum :)

LittleGurl said...

sedapnyeeeeeeeeeeeeeeee

syieha_wanah said...

sedapnyaaaa.... nyum2

wasabi onee-san said...

perghhhh!! sedap giler!!

htpp://karyakuideaku.blogspot.com

Sahira (: said...

Sedapnya :D
Lapar pulak rasa.

_Shabil_ said...

amboi cik epal...terliur sy dibuatnya..haha..

Rtp Farra Arisha said...

these are all so damn tempting, cik epal!!! :D i'm gonna have a try on them too ^^ hehehe.

Tulus Sweet said...

takdo mano pon makanan cino tu...sey dok cino tak nampak pun dimsum tu kak.makanan cino kek msia yo yg sodap2 eah

tieha ismail said...

whoaaa memang menarik dan tertarik nieyh!

Alieza Dayasari said...

Banyaknyer makan....
hambuih2.....

zOeY zAu YaH said...

sedap2...

Lizzie Chuckguire said...

try seafood spaghetti die. sedap gak tuh!xtaw before ni cik epal ade wat entri pasal restoren ni ke x, but have u try makan kat restoren mohd chan abdullah?

chinese muslim restoren. mmg sedap. u actually ley makan chinese food version yg halal. =)

DanieL AdiE said...

Food....
boleh tau sedap just seeing it from the pictures..
Terus lapar..

*Agak-agak cik epal ingat Adie lagi x??

Bancik said...

nampak sedap...

JAI said...

CE - Restoran Mohd Chan Abdullah yang kat Klang Sentral kat Meru dah try lom? Tengok boleh tahan gak pelanggan..huhu..beringat2 orang yang kuat makan nie..laen kali ajak sekaki..miahahahah

Noor Zaitul Akmar said...

pasni nak ajak member gi vivo the curve lah..igat makanan tu xsedap..thx dear..pasni mkn ape yg u offerr jep...:P

Nizam Ijam said...

banyaknya makan......

viruspronto said...

Perghh, terliur tgk gambar makanan yg lazat2 nih...

Mohd Sukur Ibrahim said...

suka chinese food gak, lagiiiii sukeeeeee western, rahsia saya jadi doraemon heheh..bulat tp cute kekeke

NuRhAnI aFiFaH said...

Kalau butter praw dia lagi sowdapp ! :3

NuRhAnI aFiFaH said...

Kalau butter praw dia lagi sowdapp ! :3

Operasi Hitam said...

wah2.. :D

Hazman said...

Hurmmm.... nak tunggu CIK EPAL belanja makan nie....ngeh3x...bila la tu yekkk?

Lizzie Chuckguire said...

hahahahaha!lawak nye saye. xpasan ade second entri pasal restoren mohd chan abdullah. noob btol saye.kah3!

Click Me !