Saturday, December 10, 2011

Rantai burung hantu = FREEMASON??? Eh yeke?

Dekat news feed facebook aku berderet orang post link pasal rantai burung hantu yang dikatakan HARAM dan ada kena mengena dengan FREEMASON ni. Sejauh mana kebenaran itu? Aku tak tahu dan aku tak berani nak jatuhkan hukum benda alah ni haram, halal , makhruh ,syubhah or etc




Ini lah rupa rantai burung hantu yang digembar-gemburkan itu




Sekarang ni macam-macam warna and style ada


Yeke natang ni ada kena mengena dengan freemason? Banyak gila benda sekeliling kita ni yang dikaitkan dengan freemason/illuminati. Aku ada tanya benda ni dekat FB PAGE aku tadi. Lepastu ada yang bagi link INI


Aku petik sikit lah eh



Sekarang menjadi trend kepada remaja terutama perempuan untuk memakai rantai yang berbentuk binatang seperti burung hantu .soalan sy ,boleh atau tidak kita untuk memakai rantai spt itu ?


Mana-mana perhiasan yang mempunyai gambaran atau mirip kepada sesuatu patung atau binatang samada binatang khayalan seperti kuda yang mempunyai tanduk maka hukumnya adalah haram berdasarkan hukum di mana Nabi melarang meletakkan patung di dalam rumah. 

Sesungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang berjunub.



Dalam hal perhiasan seperti loket yang mempunyai bentuk patung sama ada binatang atau sebagainya ia dibimbangi berlakunya konsep pemujaan dan sebarang perbuatan ini adalah haram di sisi Islam.


Pasal rantai burung hantu ni dikaitkan dengan freemason aku tak tahu lah. Tapi seingat aku masa dekat sekolah dulu, ustaz aku pernah cakap kita tak boleh pakai apa-apa yang menyerupai binatang. Bila jadi kes ini baru aku teringat balek apa ustaz aku cakap. Padahal aku pernah jugak beli natang ni. Tapi bukan aku pakai, cuma aku bagi gift dekat kawan aku sebab kawan aku suka gila kumpul natang-natang burung hantu ni.



Dan ada yang cakap perempuan bertudung tak elok pakai. Sebab rantai ni kan tak ada lah labuh mana. Selalu paras-paras dada je so bila nak pakai mesti nak tunjuk kan natang ni? So kena lah singkat kan tudung bagi nampak. Bila tengok orang lain pakai rantai ni macam stylo je, aku pon pernah lah jugak rasa nak pakai. Tapi bila aku usha rantai je, semuanya pendek. Yang aku jumpa panjang pon, bila test pakai mesti paras dada je. Tak pon lebih sikit.Lebih pon sikit je. Susah nak cari yang betul-betul panjang. Aku ni tak suka sangat cari benda alah yang aku susah sangat nak cari  dan natang leceh-leceh ni. Last-last memang aku kuburkan je lah hajat nak pakai rantai ni



 Kira macam tak elok lah kan nak tayang rantai tertayang dada sekali. Tu kes rantai satu hal, aku lagi geram bila time raya . Nak cari baju kurung nak jugak berangan nak pakai yang lawa-lawa.Yang paling meletop. Tapi yang tak best nya, yang lawa-lawa tu mesti labuci-labuci, manik-manik semua tu dekat dada.Alihkan dekat kain tak boleh ke? Kemain engko kain pon nak lip-lap lip lap. Dah jadi satu hal, perempuan pakai baju kurung kena tayang dada sebab nanti tak nampak berlian ngerlip-ngerlip dekat dada. Aku memang selalu stress bila time hari raya nak cari baju kurung. Bila dah jumpa yang berkenan tu lah, penuh punya berlian dekat dada. Terpaksa cari baju lain.*stress*



Aku memang tak berapa minat sangat dengan aksesori burung hantu ni dan lagi satu teddy bear. Perempuan ramai kan yang suka teddy bear? Kira kalau boyfriend bagi teddy bear besar godang-godang dah habis sweet letteww. Ayah dan ibu aku memang tak ajar pon adik-beradik aku dari kecik main teddy bear,barbie, anak patung bagai ni. So sampai ke besar, adik beradik aku semua tak ada minat pon dengan teddy bear.





Tapi selalu kalau dekat asrama/hostel lah kan, dapat pulak roomate tetiba bawak balek teddy bear besar-besar boyfriend bagi. Aku pulak yang naik seram tengok natang tu malam-malam. Pulak-pulak tetiba pagi-pagi buta terjaga  rasa nak terkencing. Adoiyaiii seram aku bila nak kena hadap teddy bear besar-besar ni. Tapi buat selamba badak je lah kan. Buat macam benda tu tak wujud. Kang terkencing dekat tilam aku ni dah satu hal pulak nak angkut esok pagi karang.




Aku agak takut sikit dengan teddy bear besar-besar dalam bilik ni sebab aku takut benda tu gerak jalan jalan pergi dekat katil aku nyanyi lagu negaraku dan pergi dekat aku kejutkan aku tidur. Pergghhh seram tahu? Imaginasi aku ni tinggi sikit. Benda-benda yang aku tak patut fikir, bila malam-malam tu mula lah menggelabah seriau. Padahal tak ada pon jadi




Tapi aku rasa ramai yang pakai rantai burung hantu ni mesti tak tahu kan benda ni haram ke freemason ke hape kan? Kalau kita tak tahu tak apa. Tapi kalau kita dah tahu, better elak kan lah beli/pakai lepas ni. So kesimpulannya, bagi aku senang je, kalau kita nak pakai benda tu tapi kita rasa benda tu was-was, tak payah lah kita beli or pakai lagi. Tolak tepi pasal freemason, (sebab yang ni aku tak sure,betul atau tidak Wallahua'lam) Tapi kalau nak ikutkan hukum Islam pon, HARAM pakai/simpan benda yang menyerupai binatang. Sebab malaikat tak masuk rumah kalau kita simpan patung or benda-benda menyerupai binatang ni





Jangan nak hentam perempuan je. Lelaki pon tak elok pakai rantai, subang bagai. Lagi-lagi emas




“Sesungguhnya haram (orang lelaki) menyerupai mereka (orang perempuan) antaranya ialah dengan memakai perhiasan yg khusus bagi mereka lagi lazim menjadi hak mereka spt memakai gelang tangan, gelang kaki dan seumpama keduanya.’’- Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah






ok bye!

82 comments:

  1. part kat hostel tu best..
    teddy bear nyanyi lgu negaraku..
    haha(^__^)

    ReplyDelete
  2. nampaknya dah jadi trend rantai burung hantu ni ye...
    mujur la sy x minat hehehe :)

    klu sudi jemput la ke blog sy ^^

    ReplyDelete
  3. hummm nasibla tak beli..memang terfikir gak nak beli..dah ramai orang jual..tadi pegi midvalley pun,asal lalu je perempuan mesti ada yang pakai rantai burung hantu...

    ReplyDelete
  4. lebih baik elakkan je. banyak lagi aksesori lain..:)

    ReplyDelete
  5. femes tul sal rantai burung antu tu~

    eh..yeke??teddy bear pun xbley ea?uhuk3>.<

    ReplyDelete
  6. tau takpe cik epal. sokong sangat. dah nama pun trend. cepat je jadi ikotan. tanpa selidik dulu apa yang patot. good entry cik epal :)

    ReplyDelete
  7. http://zharifalimin.blogspot.com/2011/08/amerika-dan-satanisme-part-1.html

    http://zharifalimin.blogspot.com/2011/08/amerika-dan-satanisme-part-2.html

    cuba baca blog nie .

    ReplyDelete
  8. inna mula2 tu suka jer dgn rantai burung antu nie.. rasa mcm klasik bila pakai tp bila isu nie bperbesarkan, nmpknya inna kena cuba utk xguna rantai nie lagi la...hmm!

    ReplyDelete
  9. oic. ade gk bace kt Fb bnde ni. betul jugak kn. tp ade gk natang ni. HAHA.

    ReplyDelete
  10. kalau patung tu datang nyanyi lagu justin bibir lagi seram..haha

    ReplyDelete
  11. slm cik epal! pakai rantai camtu mmg haram tp sy xtau plak dia fremanson. yeke? tapi,sy slalu simpan teddy bear bnyk2. ade yg bear la,hippo la. camne tu eak?

    ReplyDelete
  12. ramai jgk la kawan Qa ad binantang ni, dorg pakai g kelas lg.. Qa pandang je la, tade rasa pn na pakai sbb ta minat, muahaha!

    ReplyDelete
  13. a'a, teringat lak ustaz ckp zmn2 skolah dulu, gambar natang kat baju pun tak boleh kan, terutamanya kalo bawak dlm solat, terus2 tak leh

    ReplyDelete
  14. ada jugak dgr pasal ni. memang tk pernah terfikir pun nk pakai.

    ReplyDelete
  15. betol lah tu... sbrg benda yg menyerupai benda hidup kite x boleh pakai sbrneynye.. pastuh ade dgr gak la dulu.. (ayah sendiri pon slalu ckp) setiap benda yg menyerupai benda bernyawa yg kite meliki akan menuntut nyawa di akhirat kelak.. sb tu dalam ISLAM tak benarkan kite ada anak patung bagai.. malaikat RAHMAT kompem x masok umah.. kalo nak bergambar pon.. jangan amek gmbr penuh.. [tp degil.. nak jugak] hehehehe...

    ReplyDelete
  16. Btol3..Setuju sangat..Kita pun kurang minat benda cam giini..Maklumlah,imaginasi tinggi can cik Epal..Huhuhuk

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum..
    saya pernah bawak rantai burung hantu tu dan bertanya kepada ustazah tentang hukum memakai benda tu. dia cakap kalau kita pakai loket yg berbentuk haiwan dengan niat sebagai perhiasan takpe jangan pakai dgn NIAT MEMUJA SPIRIT BINATANG ITU. pangkalnya NIAT kita sendiri. wallahualam...

    ReplyDelete
  18. cik epal,saya pon ade terbace tentang bende ni.thanks sbb bg pendapat akak.

    ReplyDelete
  19. saya po ade terbace bende ni kat satu blog tapi tak ingat kat mane.setuju dgn pendapt akk

    ReplyDelete
  20. thank for sharing, hari ni, satu hari duk godeh tenet cari pasal cerita ni. HAHA, nasib lah tak berniat nak pakai pung. fuh!

    ReplyDelete
  21. tak payah pakai benda2 haiwan2 ni...tak elok dari segi agama kan...gambaq pun tak bley letak dalam rumah...

    wallahualam...

    ReplyDelete
  22. kak, klo sepit rambut bentuk rama-rama . takpe kan ? huhu . btw, suka entri ini :) tak suka ponn rantai burung hantu nie . hehe :D

    ReplyDelete
  23. tak pernah terfikir nak beli...
    hehehe...
    kaulau ade rasa ragu2 baek tak payah beli la kan :)

    ReplyDelete
  24. alaaa kalau nak sangat pakai rantai pakai rantai basikal je...lagi panjang dan lagi glemer you..ahaksss...keh3..

    ReplyDelete
  25. If Hello Kitty tu pun xleh gak ke..? LOL

    ReplyDelete
  26. Kalau baju kekanak yg ada gmbr dino,teddy bear tu how ye?

    ReplyDelete
  27. tak yah la pakaı,
    kıta gantung benda laın plak.
    batu ke, kayu ke.

    ReplyDelete
  28. nasib baik xbeli lagi benda alah tu ;)

    ReplyDelete
  29. saya pon tak berminat lansung dengan rantai burung hantu ni sebab dalam agama melarang kita memakai sesuatu yang menyerupai benda hidup seperti haiwan kan .

    ReplyDelete
  30. banyak jual aksesori cenggitu kat luar..dulu akak ada rantai dolphin..pastu da lama2 terpikir plak, baik aku pakai rantai emas ja dr pakai rantai lambang aku sdri pon tak paham..huhu..

    ReplyDelete
  31. Rantai tu memang famouss esp di kalangan teenagers! Tp me tak ada pun. Huhu

    ReplyDelete
  32. Saya ada baca buku pasal iluminati & freemason. dalam buku tu memang ada haiwan seperti helang. burung hantu macam ada kot. lupa pulak.


    kena baca balik buku tu >,<"
    sekeliling kita sekarang ni pun dikelilingi oleh unsur2 negatif iluminati&freemason.

    ReplyDelete
  33. Cik epal...nice and impressive blog.suka baca blog awak sebab kadang2 banyak info ditulis dng selamba dan kelakar.xdelah boring baca. tapi..satu je pendapat saya...kadang2 sy perasan cik epal kerap guna perktaan 'natang'.mungkin bg kebanyakan kita ni, perkataan tu xde bawak apa2 maksud tak elok...tp bg kami di pantai timur ni, 'natang' tu mcm perkataan kasar dan sedeikit ada elemen mencarut. bukan masalah besar dan ini hanya sikit diversiti dlm berbahasa...cumanya itulah kan...saja memberitahu supaya mungkin cik epal aware untuk guna ini next time:)

    ReplyDelete
  34. Cik epal...nice and impressive blog.suka baca blog awak sebab kadang2 banyak info ditulis dng selamba dan kelakar.xdelah boring baca. tapi..satu je pendapat saya...kadang2 sy perasan cik epal kerap guna perktaan 'natang'.mungkin bg kebanyakan kita ni, perkataan tu xde bawak apa2 maksud tak elok...tp bg kami di pantai timur ni, 'natang' tu mcm perkataan kasar dan sedeikit ada elemen mencarut. bukan masalah besar dan ini hanya sikit diversiti dlm berbahasa...cumanya itulah kan...saja memberitahu supaya mungkin cik epal aware untuk guna ini next time:)

    ReplyDelete
  35. dulu saya minat betul dgn rantai2 ni... tapi kalau nak cerita pasal freemason ni bagi saya tak payah lah kalau kita nak kata itu freemason ini freemason sebab bnde2 tu sume mmg dah ada lama dah... kalau kita pakai tapi tak ada niat nak ikut freemason tu tak salahnya... tapi kalau dah memang ni sebab kan hukum mmg tak boleh pakai sbb menyerupai binatang aa better jangan dipakai... =) sekarang dah tak pakai ok! haha

    ReplyDelete
  36. benda natang tu trend terkini ke?
    lagi senang ambik burung hantu yang ori, letak kat dada~ LOLOLOL *gurau

    ReplyDelete
  37. da tawu ni hope yg penah pakai tu tanggal la rantai burong antu tu.ramai sgt kot yg da terikot2.

    ReplyDelete
  38. b4 ni ade jugak teringin nk beli rntai ni..? tp xjd laa ble da tw haram..

    ReplyDelete
  39. ari2 kat jogja belambak owl necklace ni ingat nak beli tp my bf kate 'awk nak tdo dgn burung hantu ke'.terus batal niat nak beli.syukur sgt2 x beli natang ni.

    ReplyDelete
  40. ngee minat giler kot rantai nie dlu..plus senior2 kat sni siap beli on9 sgp hntr k overrrsea !mahal x yah citer :)lallalalal

    ReplyDelete
  41. Part C.Epal berimiginasi tu tak boleh lagu lain ke ? HAHAHA , kenapa mesti negaraku ? HAHAHAHAHA ^-^

    ReplyDelete
  42. hehe...actually dah lame tawu...tp secara specificy nak kaitkan dgn freemason tu agak kabur tapi puak2 elit iluminati/freemason yg terdiri dari vvip U.S.A selalu pergi ke suatu tempat dalam hutan untuk membuat upacara2 misteri didepan patung burung hantu..untuk apa...haa nak tawu lebih lanjut...cari tentang teori konspirasi..byk yg akan kita terkejut...!!! dan dipahamkan juga burung hantu tu melambangkan salah satu dewa apentah bagi penganut2 kabalah yg mempercayai berhala ni....

    ReplyDelete
  43. tak pernah rasa tertarik pun nak pakai apatah lagi nak beli. tetiba dengar cerita dah diharamkan.

    saya pakai rantai emas mak bagi jeeeeeeeee ;D

    ReplyDelete
  44. better pakai rantai motor gitu :P

    ReplyDelete
  45. Dah tahu tak hukum, better elakkan :)

    ReplyDelete
  46. geram gak ad laki yg pkai rantai dgn subang... bende tu kan pnpuan yg pkai... tak tahu malu ke diorg ni...

    ReplyDelete
  47. freemason adalah antara benda paling bodoh yang pernah aku dengar sepanjang 27 tahun aku hidup hahahaha

    ReplyDelete
  48. kat luar sana ade berlambak lagi barang2 yg ada logo and gambar baru hantu ni...craft,cloth diaper,sarung handphone...yang tu x nk pertikaikan??

    bile da jd trend, time tu la keluar freemanson la bagai...

    padahal yg pakai tu, langsung tak TERNIAT ape2 pun...x terlintas pun dlm kepala otak tu.....

    ReplyDelete
  49. Huk alah!=D teddy bear nyanyi lagu negaraku~ rumet ade teddy sebesar owner ni. Seram dah ni.

    ReplyDelete
  50. taktahu menahu pong pasal trend ni T_T lastdate betul aku neh .

    ReplyDelete
  51. even nak solat pun kita tak digalakkan untuk menggunakan pakaian yang mempunyai unsur-unsur binatang.Sebab itulah bila nak solat kita kena pastikan baju yang kita guna itu plain dan bersih. =)

    ReplyDelete
  52. cik epal sila datang baca komen kt entry ini. mekasih daun keladi.. sila-sila la datang kejap.. heeee

    http://belogtokidoki.blogspot.com/2011/12/rantai-burung-hantu.html

    ReplyDelete
  53. Teddy bear nyanyi lagu Negaraku? Haha lawak lah ^^

    ReplyDelete
  54. very good n intresting entry kali nie. yaa. betoi. kita x leh pkai rntai yg brbntuk bnatang. sy tgk rntai tue lama2, naek seram gak. mcm ada bnda yg x baik kat burung tue. then,psai yg baju kurung tue pon, sy stress jugak. mmg nyampah gilaa bila yg bling-bling tue brlmbak kat bhgn dada. apa ctanya tue? nak bg gurl ttup aurat kaa atau apa kan? aihhh... last2, kita jahit sniri jaa laa baju kurung kita, cik epal. hihi...

    ReplyDelete
  55. pernah dua kli nk beli, tapi dua2 kali tu pun xdpat beli. first tu dkat sunway prmd, nk beli last2 xsmpat sbb nak balik dah. pastu masa kat bukit merah, nak beli jugak sbb ade jual kat gerai2 die tu..then tak smpat jgk, mk ayah dh ajak balik. msuk kete trus cite kt mak nk beli rntai tu, dah dua tmpt jmpa tp xsmpat nk beli.. mk pn kata, 'alaaah, ada lah tu sebab musabab Allah tk nk bg ko beli rntai tu..' Aku pn macam 'oh..er...k'

    ReplyDelete
  56. ha'ah cik epal,,part yg prmpuan btudung pkai rntai labuh tu,,tak silap sye,ade ayt quran yg mngatakan haram bg p0mpuan menunjukkan perhiasan yg tersembunyi,,so kire takley la kan?

    ReplyDelete
  57. Seriously CE? I never know all of this..pasal xle nk pki hak yg binatang2 tu pn xtw gk..now kne simpan la all those thing kn..xpn bg as gift to non muslim friends.

    ReplyDelete
  58. cik epal takot teddy bear nyanyi. saye pulak rase macam teddy bear tu dok tenung je saye malam2. kang dok peluk mlm2 die pelok balik tak ke naye. haha.

    ReplyDelete
  59. cik epal takot teddy bear nyanyi. saye pulak rase macam teddy bear tu dok tenung je saye malam2. kang dok peluk mlm2 die pelok balik tak ke naye. haha.

    ReplyDelete
  60. yeahh...byk perkara kiter terlepas pandang...mmg byk...

    then about freemason...realitinya mereka ni mmg wujud...WUJUD...secara umumnya Tunku pun pernah komen ttg organisasi...asalnya organisasi sulit dan ramai dianggotai vvip...namun aktiviti2 mereka secara umum diketahui terlibat dalam kebajikan sosio...tp kenapa mesti organisasi ini sulit diketahui..?? itu yg menjadi teori konspirasi..bkn suruh percaya teori konspirasi....tp Freemason ni mmg wujud cuma kerahsiaan aktiviti2 mereka xdiketahui umum...!!!

    ReplyDelete
  61. haish rantai rupa gini tak tertarek la kaka nak pakai..lain la kalau rantai emas yang bling3 2..baru cantek tertarek kau memang deboomm!!haha :D

    ReplyDelete
  62. bear nyanyi lagu negaraku. tinggi sangat imiginasi tuh :)

    ReplyDelete
  63. er...tapi aku ade brooch rerame...sebab comel sgt.never thought about freemason or watsoeva....cuma, patung2 binatang memang tak boleh dijadikan hiasan, tapi kalau buat main boleh. nabi tak melarang aishah main anak patung haiwan. tapi lepas main aku sorok bear tu kt bawah katil.seram nk tengok mlm2

    ReplyDelete
  64. thanks for the info.. br niat nk beli.. HEHE :)

    ReplyDelete
  65. thanks for the info.. br niat nk beli.. HEHE :)

    ReplyDelete
  66. thanks for the info.. br niat nk beli.. HEHE :)

    ReplyDelete
  67. hurm...ana pown ada bace sal ni kat buku...
    care to visit mine..

    ReplyDelete
  68. ish2..trend2
    makin up to date.

    makin pelik lak

    ReplyDelete
  69. tanx 4 d info CE..lps ni mmg x pakai dh natang ni..

    ReplyDelete
  70. tak pernah tahu pulak ad mnde cam ni , oh sungguh bwh tempurung hidupku rupenye , tapi untuk nasihatnya , jgn lah terpengaruh lah dgn semua ni , semuanya nusyuz je ,, eh silap... semuanya khurafat .

    ReplyDelete
  71. Hmmm, tapi burung hantu tuh siyesly comella CE.. mujurlah saya xbape mina6t sgt burung hantu tuh ;)

    ReplyDelete
  72. Hmmm, tapi burung hantu tuh siyesly comella CE.. mujurlah saya xbape mina6t sgt burung hantu tuh ;)

    ReplyDelete
  73. Hmmm, tapi burung hantu tuh siyesly comella CE.. mujurlah saya xbape mina6t sgt burung hantu tuh ;)

    ReplyDelete
  74. singgah (: nice blog kalau ada masa dtglah blog saya ye

    ReplyDelete
  75. HaHa . Funny !
    Btw , Cik Epal , I'm new here ^^
    visit my blogg if you want . haha . ta paksa meyhh .
    http://bebelan-mizzdonut.blogspot.com/
    :)) terima kasihh .

    ReplyDelete
  76. ala..penah gak tpikir nk beli..
    naseb la xbeli.. (:

    ReplyDelete
  77. hampir2 nak beli..bila dh baca entry Cik epal ni, terus xjd la ank beli, tp minat utk memiliki

    ReplyDelete
  78. hurm..sy da beli pon rantai tuh..pas dah beli,bace lak mende nih..trus bg kawan yg bukan seagama ..:P hurm....thx 4 da info..btw sila2 lah singgah blog sy k...

    ReplyDelete