Saturday, November 5, 2011

First time tengok filem hindustan RA ONE dekat wayang woh

Lately, dah banyak tengok premiere screening (filem mat saleh) dan pratonton filem (filem melayu) So bila sampai wayang, agak tergagau nak tengok cerita apa.

Real Steel - tengok dah
Paranormal Activity 3- tengok dah
In Time - tengok dah. cerita ni best! Justin Timberlake berlakon
Alamak..Toyol - tengok dah
Shark night - tengok dah. cerita ni agak kureng sikit



Tetiba stress tak tahu nak tengok cerita apa. Sekali nampak poster Shah Rukh Khan terpampang megah


Filem RA ONE. Kalau sekali baca jadi RAWAN. Nasib baik tak SAWAN.  Adakah aku membuat pilihan yang bijak untuk menonton filem hindustan di panggung wayang? Dah lah 3 jam hoiiii, sebab ada natang nari-nari joget-joget bagai. Memang lah lama kan. Tapi selalu aku perasan filem Shah Rukh Khan je yang masuk market Malaysia. Kalau filem lain jarang ada. Aku pon balun je lah beli tiket. Bajet Shah Rukh Khan berlakon, mesti agak best jugak kan


Masuk-masuk wayang ada 3 orang je dalam panggung. Nasib baik ni bukan cerita hantu. Mahu terkincit aku dalam tu karang. Tetiba rasa macam ada benda lain pulak yang duduk sebelah ke karang. Tak memasal je. Lagi pon aku pergi ni weekdays, kemungkinan tak ramai tu agak besar lah kan. Sekali layan cerita ni TERBAIK DARI LADANG wooo! 3 jam pon tak rasa 3 jam. Bila habis je rasa macam "aik?? dah habes dah ke?? cepat nya" sekali tengok jam, memang betul dah 3 jam.



Serious aku pon tak percaya aku boleh tengok filem 3 jam ni dalam panggung. Dalam cerita ni Shah Rukh Khan ada 2 watak. Watak first macam nerd sikit, jadi suami Kareena Kapoor, lepastu dia mati. Aku pon pelik-pelik jugak, tak kan lah hero mati awal kot?? Siapa nak jadi hero pulak lepas ni. Rupa-rupanya nanti Shah Rukh Khan jadi robot nama G ONE. Robot baik lah. Sebab nak lawan RA ONE yang macam puaka tu.


Kadang-kadang ada babak yang rasa macam cerita Real Steel pulak. Tapi best ah cerita ni. Kira kalau nak download tu memang tak rugi ah. Serious dah lama tak layan hindustan. Aku agak terkejut dengan diri aku layan Shah Rukh Khan ni balek. Nasib baik cerita berbaloi untuk ditengok




Hari ni aku pemalu. Tak nak pandang kamera. ecehhh pemalu sangatttt. Baru balik event sebenarnya. Tapi kalau aku rajin, aku update ler pasal event tu, tapi aku rasa aku malas.




ok bye!

43 comments:

  1. gorgeous nya cik epal~~~ tgk wayang dgn abg sam keee??? hehe :)

    ReplyDelete
  2. hindustan ? serious best , nak tengok lah kalau CE dah kata best =)

    btw , lawa baju CE .

    ReplyDelete
  3. masa akak muda remaja dulu suka betul filem yang shahrukh khan belakon...kompem tengok la..tapi dulu la..sekarang tak de dah..

    ReplyDelete
  4. berani cik epal pakai warna berlainan na :)

    ReplyDelete
  5. best sangat la ni,sampai 3 jam berlalu tak terasa.

    ReplyDelete
  6. best ke cite nih? mmg xpnh la tgk hindustan kt wyg...kalau pilihan terakhir mgkin la =)

    ReplyDelete
  7. cerita tu tiru cerita enthiran , rajnikanth nya cte

    ReplyDelete
  8. Terbaikk ahh sis . saya sendiri tak tahu ada movie tu , mweheh .Mesti best , dah lah hero dia shah rukh khan , hihi.

    ReplyDelete
  9. cik epal nie bergaya aja . jeles tau ! haha ~

    ReplyDelete
  10. uwaaa~ nak tgk jugaq cite ni, tp kat perak ni tade wayang yg masukkan cite hindustan, huhu~

    ReplyDelete
  11. Wah..akak minat giler sk dik..xsangka adik epal pn minat gak sk..

    ReplyDelete
  12. CE lyn hindustan?ahaksss..cayalah~~

    ReplyDelete
  13. dah lama tak tgk citer hindustan. macam best jer. hehehe..

    ReplyDelete
  14. bestnya aktiviti cik epal ni.. berjalan je

    ReplyDelete
  15. woooa !
    SRK tuu . mmg best ah klu
    semua filem dy berlakon .
    tp.. tunggu kt tv jala:P

    ReplyDelete
  16. Cerita ni la kawan2 Pakistan Ain kat sini dok sebut2! Nak tengok jugak la nnt! hehe.

    Cik Epal semakin hari, semakin cantik bergaya! :D

    ReplyDelete
  17. cik epal makin cantekk la.. sy percaya cik epal da bjya trunkn berat sikit2 kn.. mcm ne cik epal buat ? Hati kne kuat kn.. sy ni smue bnd teringin,wlaupun bnd yg sme je pn.hee

    ReplyDelete
  18. ohh . saya harus tengok boyfriend berlakon ni :D

    ReplyDelete
  19. sy pn g 1st time g tgk wayang filem hindustan cte RA ONE ni....ha3...
    rs cm pelik jer...bese tgk kt hindustan kt umah jer...

    ReplyDelete
  20. ayah angkat sy tuh :P kena tengok ni. heee.

    ReplyDelete
  21. cik epal.. cube try tgk blog saya.. saya review cite tower heist.. best cite ni..

    ReplyDelete
  22. haha, menarik2. tapi Ra One dapat banyak kritikan. SRK dah tak mantap...

    ReplyDelete
  23. saya pun nak tengok cite ni... peminat SRK haruslah tengok kan?

    ReplyDelete
  24. mmg best in time..x tipu..tp nk sbut nme cik epal or cikepal...KEPAL

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. i am a new fashion blogger from indonesia living in singapore :) i really like your blog. i will really appreciate & it will be an honor to have u as my blog member.

    and of course i will folback!:D also, u can mention me anytime on twitter @tiodang if you want me to check out your latest post & leave a comment ^^ ,please list me on twitter, so i will know u're my follower!! ;)

    i've just recommend your post to google!u can check it! that's what u got if you keep in touch with my blog too!! hope u will do the same ^^
    u can contact me at : cheeringwinda@yahoo.com

    ReplyDelete
  27. i am a new fashion blogger from indonesia living in singapore :) i really like your blog. i will really appreciate & it will be an honor to have u as my blog member.

    and of course i will folback!:D also, u can mention me anytime on twitter @tiodang if you want me to check out your latest post & leave a comment ^^ ,please list me on twitter, so i will know u're my follower!! ;)

    i've just recommend your post to google!u can check it! that's what u got if you keep in touch with my blog too!! hope u will do the same ^^
    u can contact me at : cheeringwinda@yahoo.com

    ReplyDelete
  28. amboiiii segaknyaaaa.. anak sapa!

    ReplyDelete
  29. cik epal..nak mintak/pndpat la..
    previously sy de follow 1 blog ne..its happpen to be that blog page 2 contains malware..so secara xlangsung die effect blog page sy.. humm agak2 nak wat mcm mne eh..sy da remve page 2..cik epal penah jadi cm ne x..?pleeeaseee..

    ReplyDelete
  30. hmm mcm best je.. xprnah dgr pn psl ctr ni, tp tgk poster dia menarik!

    ReplyDelete
  31. hahhaa....sejak bile hindustan taw wat cite robot nie.....huhuu

    ReplyDelete
  32. hehhee.....india pom pandai wat cite sal robot????dah maju nampak...huhu

    ReplyDelete
  33. AMBOI KEMAIN TGK FILEM HINDUSTAN DIA XD KEHKEH

    ReplyDelete
  34. TENGOK CAMERA TENGOK CAMERA.KITA NAK AMBIK GMBAR AWAK NI XD

    ReplyDelete
  35. bce entri Cik Epal psl cite nie rse nak tgk plak.bes sangat ker??mes tgk nie..hehe

    ReplyDelete