Wednesday, November 9, 2011

Apa masalahnya dengan lirik lagu melayu?




Aku selalu tengok video MatLuthfi. Tapi ni antara video dia yang 'berani' lah bagi aku. Sesiapa peminat lagu

@ KRU- 3 kata
@ Forteen - Berdua bersatu
@ Sofaz - Terasa di Syurga
@ Alif Satar - Lelaki seperti Aku

Kepada peminat-peminat lagu di atas, sila jangan butthurt selepas tengok video ini


Dia kupaskan pasal lirik lagu melayu yang hiperbola sangat nak tunjuk kan rasa cinta. Aku agak setuju jugak lah sebab kadang-kadang lirik lagu melayu sekarang agak mengarut. Macam si MatLuthfi ni cakap lah "sebenarnya ada beza antara pengorbanan dan kebodohan, seriously" yang part ni memang betul pon


Actually, lirik lagu dalam sesebuah lagu ni memainkan peranan penting kottt. Cuba tengok lagu Lady Gaga



"Dont bother me, Dont bother me,Alejandro (merujuk kepada tuhan)
Don't call my name , Don't call my name, Bye Fernando ..I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)"


 " Don't call my name,Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "


Kita dengar lagu Lady Gaga ni catchy je kan? best je kepala dok layan kan? Tapi dalam video klip dia gagah dok puja-puja dan menyeru syaitan. Lagu Lady Gaga ni lagi tak boleh pakai. Siapa-siapa yang buat ringtone lagu Lady Gaga, hentikanlah. Sila lah remove lagu-lagu dia dalam henpon engko


Lagu indonesia lagi hampeh lirik dia aku rasa berbanding dengan lagu melayu. Naik muak aku dengar lagu Indonesia ni, banyak sangat dekat corong-corong radio Malaysia. Ingat lagi lagu Irwansyah, Ku tunggu jandamu??

"Kutunggu jandamu
Maaf bila ku menyumpahi
Sakit aku cinta padamu
Kau janda pun aku mau"

Kau kenapaaaa nak tunggu tunggu janda orang?? perempuan bersepah lagi dekat luar. Pergi lah ngorat.


Lagi satu, lagu Rossa, Ku Menunggu


"ku menunggu, ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
ku kan selalu di sini untuk menunggumu"


Lagi tak boleh blah, nak tunggu orang putus pulak dah.



Tapi tak semua lagu melayu, lagu Indonesia, lagu inggeris yang merepek. Ada sesetengah lagu je. Kalau nak diikutkan yang peminat k-pop tu, aku rasa lagu depa agak jiwang gak, cuma kita tak paham maksud dia kan. Tu korang rasa best je . Pulak-pulak mamat korea jambu batu pulak. Lagi korang syok je.


Aku tak ada masalah pon nak dengar lagu melayu, sebab bagi aku atleast lagu melayu tak ada yang lirik merapu raban nak ajak pergi sex or puja-puja syaitan. Cuma lagu Mizz Nina dulu lah ada kontroversi sikit kan. Dan lagi satu lagu melayu ni kita paham apa bijik butir dia nak sampaikan. Kalau lagu Lady Gaga tu lagi lah banyak bebeno maksud tersirat. Lagi parah. Nak kata lagu melayu merapu pon tak boleh jugak, sebab aku rasa sama je, lagu inggeris ke, lagu indonesia ke, melayu ke, korea ke, jepun ke, ada je yang merapu. Tapi tak semua lah kan



Kesimpulannya, nak dengar lagu apa, dengar lah, janji lagu tu tak bercanggah dengan agama sudeyhhhhh.Music ni salah satu teraphy minda tahu?


Btw, thumbs up Matluthfi!! Sampai tepuk-tepuk lantai aku gelak (hiperbola) part MatLuthfi dok miming lagu-lagu dalam video tu. Terbaik! Sila lah hasilkan video-video yang best lagi di masa akan datang :D


ok bye!

72 comments:

  1. dik epal..ahkak dengar orang gesek biola ngan pinano je hahaha..feeling kat spa ler kunun..ferasaannnn ;p

    ReplyDelete
  2. mungkin sbb paham tu yg byk songeh tu..kalo lagu English,hapal je,pahamny x..nasib lerr..

    ReplyDelete
  3. haha, setuju.
    "tak sabar menunggu hari esok,seperti mawar yg sedang mekar"

    ReplyDelete
  4. mamat lutfi tgk top n hot kat youtube
    skunk..
    berseni video dak tue

    ReplyDelete
  5. Sangat setuju dgn cik epal.kadang kita nyanyi maksudnya kita sebut perkataan2 tu kan.tapi tak tahu mksud apa yg kita nyanyi tu.bahaya jugak tu. :)

    ReplyDelete
  6. matluthfi ouhhhh haha..
    berani betul dia.. balik malaysia nanti kene kejar ngan KRU baru tau..

    ReplyDelete
  7. saya setuju gak cik epon...kadang2 tu lirik dia hiperbola sesangat pulak dah...

    ReplyDelete
  8. lirik tu luahan perasaan diorang .

    tapi video ni terbaik

    ReplyDelete
  9. kalau mat luthfi bijak berkata-kata divideo,cik epal lak hebat dalam memberi huraian...tahniah cik epal... nama pon music..kalau nak tunggu betul semua lirik jenuh

    ReplyDelete
  10. haha..sangat2 lah betul.. sokong matluthfi 100%.. cik epal ape kurangnye..hehe ;)

    ReplyDelete
  11. saye dah lame banned lady gagap tu hah..since kecoh pasal elemen freemason lam lagu die dulu tu lah..ape yang best tak taw..lagu2 die sume dah delete..

    eh, lupe lak nak tego..hai cik epal! lame tak singgah komen kan? huhuhu.. mesti cik epal rindu saye kan? ahaks!

    ReplyDelete
  12. betullah...lirik lagu sekarang ni macam2!

    ReplyDelete
  13. Kepada tuan punya blog, dengan ini saya meminta izin daripada anda supaya saya boleh mengomen post anda. Suka atau tidak terpulang kepada anda untuk membacanya dan berharap anda dapat memahami apa yang saya komen. Sebenarnya saya tidak ...tahu apa yang saya komenkan di sini, tapi sebagai tukang komen post, bahawasanya post anda terpilih untuk dikomen oleh saya, sesuai dengan kerja saya sebagai tukang komen. Sekali lagi saya menyatakan bahawa diharap anda dapat memahami komen saya kerana apa yang saya komenkan disini amatlah panjang. Tapi tidak salahlah jika komen saya panjang jika isinya padat dan lengkap memenuhi informasi semasa. Mungkin anda hairan apa yang saya komenkan disini, tapi ternyata post anda memang tiada kaitan dengan apa yang saya komenkan kerana secara tidak lansung komen saya ini akan memberi manafaat kepada post anda supaya post anda lebih menyerlah berbanding biasa. Dengan itu teruslah membaca komen saya kerana apa yang saya komenkan disini akan memberi inspirasi kepada anda untuk mengupdate post baru yang lebih informatif, kreatif, progresif dan innovatif. Namun cerita saya disini belum habisnya, masih ada banyak lagi kesempatan yang saya ingin komenkan disini selagi blog masih wujud selagi itulah saya tidak hentinya mengomen post2 siapa-siapa saja yang saya mahu komen. Jadi anda harus berasa bertuah kerana anda bukan saja terpilih, tetapi post anda memang menjadi kesukaan saya, ya saya suka dengan post anda dengan itulah saya tidak henti mengomen tentang kesukaan saya terhadap post anda. Namun komen saya belum lagi berakhir disini. Mungkin anda berasa pening mahupun juling kerana membacanya tetapi tangan saya masih mampu untuk menaip komen untuk anda biarpun apa yang saya fikirkan di benak fikiran hanyalah kosong tetapi tangan ini terus menaip komen. Alangkah sukanya saya jika dapat mengomen post anda di hari-hari yang berikutnya selagi saya masih online, maka disitulah saya mengomen dan terus mengomen siapa saja yang saya suka. Jikalaulah anda tidak meneruskan membaca komen saya disini, mungkin anda telah pengsan, mahupun sedang dibawa ambulance pergi hospital, tetapi jika anda sedang membaca apa yang saya komenkan disini, maka tahniah!! kerana anda seorang yang penyabar. Kerana itulah saya menyukai anda dan juga post anda. Maka dengan itulah lah saya akhiri komen saya disini. Tidaklah saya mampu untuk menaip dengan lebih panjang lagi kerana apa yang saya komenkan tidaklah saya sendiri memahaminya, adalah kemungkinan anda seorang yang gila membacanya. Namun ketahuilah anda bahawa dalam pada saya sedang menaip komen anda, telah habis Mee Sedap 3 bungkus dikala mencari idea untuk menaip komen post anda. Ya itulah kesanggupan saya mengomen status anda, dan dengan itulah berakhirnya komen saya disini.

    ReplyDelete
  14. matluthfi90 is cool.
    awak bila pulak nak join buat klip versi pompuan lak?

    ReplyDelete
  15. betul2..si lady gaga tuh anti islam..nier kita plak duk sokong dia..

    ReplyDelete
  16. hehe.. mmg betol pun hape yang matluthfi kata tu. ;D

    ReplyDelete
  17. lgu melayu lirik ikot logik... klu lgu lain x ikot logik tp itu yg org minat... x paham kdg2..

    ReplyDelete
  18. hahahahhahaha...matluthfi lawak sungguh!

    ReplyDelete
  19. sekarang ne nak layan lagu kena focus kpd lirik pulak. sbb banyak kot lirik merabu je heh...

    matlufi the best!

    ReplyDelete
  20. Dengar orang mengaji Al-Quran lagi bagus..pahala dapat..jiwa pun tenang...^__^

    ReplyDelete
  21. ahhaha,,,,video tu buat nuru guling2 gelak..tp lirik lgu melayu ngn lagu omputeh mmg xsemuanyee baik kn..

    ReplyDelete
  22. matluthfi memang berani!
    hidup matluthfi
    hihi

    ReplyDelete
  23. Lady Gaga adalah salah seorg boneka Illuminati..
    setiap lirik lagu & klip videonya penuh dgn unsur2 illuminati..
    kita saje yg xsedar..sejak i tau tu..
    i xlayan dh lady gagakk ni.. =)

    ReplyDelete
  24. bagus tul matlutfi nie.. stiap seni kata lagu hbs dye kaji..:)
    cik epal pun sama...hehe

    ReplyDelete
  25. betol lagu zaman sekarang nie entah ape-ape maksud die.
    Kadang2 kite main nyanyi je tapi seni kata dia kita tak tahu maksud sebaliknya.. lagi2 lagu dari barat

    ReplyDelete
  26. "aliff satar, could chu please stop talking about me" fuuuu!! hahaha

    ReplyDelete
  27. tp sy suka lagu english sebab lirik dorang sangat2 mendalam. contohnye lagu2 bruno mars

    ReplyDelete
  28. biasa la...bila org kita buat ada ja nmpk xkena..

    ReplyDelete
  29. kau dah kenapa ujangggggggg????

    ReplyDelete
  30. best video mathlutfi ni lawak ! :P

    ReplyDelete
  31. Hohoo suka matluthfi paling takleh blah part last skali video niehh hihihi.

    ReplyDelete
  32. ujang pening ke hahaha..banyak makan daging korban ler tu ;p

    ReplyDelete
  33. dgr je...jgn feeling2 abis...takat bg sedapkan telinga je suda...kan kan kan... :D

    ReplyDelete
  34. lawak jgk lirik2 tu... mmg x masuk akal

    ReplyDelete
  35. haha! setuju ah. Aku pun tensen dengar lagu-lagu sekarang ni.Baik aku nyanyi bangau oh bangau. ada gak selit unsur sains.. siratan makanan.. adu du duyy..~

    ReplyDelete
  36. first time aku tengok ni, tak pernah tau pun kewujudan nye.

    yang penting dia suarakan pendapat dia dan memang betul pun.

    ReplyDelete
  37. saye bukan pemuja lagu2 omputih. tak macam2 sesetengah org melayu yg dok puja sgt lagu omputih. pahamnye belum tentu. tah ape2. bukan masuk bakul ea, tp realiti ;D

    ujang gilo kat atas nun.

    ReplyDelete
  38. cik epal, saya tak suka lagu Lady Gaga.

    tp siyes, lirik2 matsaleh sebenarnya best. kalau tak cy ce dgr lagu2 hero mariah carey n a new day has come celine dion. mane nak jumpa lirik lagu melayu yang macam tu. asek2 aku cinta kau dan dia. adeyh. sampai skang saya suka S club 7. avril lavigne. eh, terlari topik plak. hehe. :))

    ReplyDelete
  39. hha.biasa letew cik epal. semakin hari semakin rmai artis baru dilahirkan. and of coz akn ada lagu baru. liriknya pon tah hape-hape. rentak lagilahh. bingit telinga ni. hdoiiiii. dunia o dunia

    ReplyDelete
  40. perghh.
    dia cool + hensem. :)
    vid dia semua memang best.

    ReplyDelete
  41. haha!! lawok ar mamat ni.. baru tgk mimik muka dia je dah xtahan nk gelak :D

    ReplyDelete
  42. saya ase betol apew yg dikatakan oleh cik epal niew. kebanyakan budak2 zaman sekarang ramai duk layan lagu omputih. sebenar nyer mmg lar xsalah nak dgr lgu omputih, tapi pandai2 lar bezakan ane yg baek dan ane yg buruk.. nice entry.. :)

    ReplyDelete
  43. saya ase betol apew yg dikatakan oleh cik epal niew. kebanyakan budak2 zaman sekarang ramai duk layan lagu omputih. sebenar nyer mmg lar xsalah nak dgr lgu omputih, tapi pandai2 lar bezakan ane yg baek dan ane yg buruk.. nice entry.. :)

    ReplyDelete
  44. aku faham kalau kau suka lagu melayu tapi admit jela yang lebih banyak lagu melayu yang mengarut liriknya.

    ReplyDelete
  45. Sama jugak dengan lagu Rihanna, Umbrella. Kita dok sedap nyanyi lagu dia tapi bila dengar betul-betul sebutan dia, sebenarnya apa yang nak sampaikan adalah

    under my umbrel- LA (TIADA) ALLAH, ELAH (TUHAN), eh, eh, eh.

    Sampai macam ni sekali diorang nak sesatkan kita..

    ReplyDelete
  46. ha3 i love la mat lutfi nie.. btol2, nk tunjuk cinta 2, pergh mcm2 ayt2 nye.. hu3..

    ReplyDelete
  47. matluthfi memng best pon..hihihi...entahnya kat radio mesia asik2 lagu indon aja, dahlah siap msuk carta dah..huhu..hape pon xboleylaah~...

    ReplyDelete
  48. setuju sgt ngan cik epal ni...lutfi oh lutfi...

    ReplyDelete
  49. I'm glad you are not being partial. sbb i think bkn lagu melayu je yg ntah hape2 lyrics.. byk je lagu2 bahasa lain yg merepek2... please la kt org2 yg x sedar diri yg asyik ngutuk lagu bahasa sendirik.. it disgusts me...

    ReplyDelete
  50. ujang asal cik epal?hahahaha..meroyan gamaknya,kehkehkeh :P

    ReplyDelete
  51. seriusssssss bidio matluthfi yg nie paling power ahhhh! memang berani mati r...lepas tgk tu..rasa nak tgk lg sekali...seronokkkkk dengan dak utagha tu duk sembang..kih3 =D
    dah la part miming tu paling comel...he3

    ReplyDelete
  52. best betul dia nie duk komen. tp bla dgr.. cm btul jgak yea.. hahaha. thnks cik epal. suka sngt entri nie.. hahahah..

    *part dia miming lagu alif satr tu. mmg *&^^%^%^%^..... hahhahahaa

    ReplyDelete
  53. ALAHAI, JUJURNYER DIE..HAHAHAHA..PAPE PON LAYAAAN :) TGK VIDEO TIDAK TENANG LAGI BEST :)

    ReplyDelete
  54. Heee..lagu english pun actually kalau kita translate maksud dia pun sama jugak berbunga-bunga..cuma lagu english macam lagi besh susunan lirik dan irama dia..

    Pendapat Kiz la kan..

    Pakaian Lelaki?
    www.kemejakacak.blogspot.com

    ReplyDelete
  55. haha. saya dislike Lady Gagak dah lamao :P

    ReplyDelete
  56. apa yang cik epal cakap kan tu cume btol .
    slalu follow matluthfi :)

    ReplyDelete
  57. apa yg cik epal ckp,yaa..i agree.. sgt2 stuju.. byk lagu laa nie, tnjuk kbodohan..tp...aq pon dok lyan2 gak...hahhaaa...lg brmasalah kan?

    ReplyDelete
  58. cik epal, ape pandangan cik epal ttg lagu PERCAYA PADA LUKA,NASHRIN, (kena percaya ke pada luka??? bukan luka tu berdarah kew?? heeeee =_=

    ReplyDelete
  59. betul2, xsume lagu indonesia,lagu inggeris merepek. n mayb. mat lutfi ketengah kan 4 lagu malaysia yang bagi die merepek. he, pandangan orang kan? he, best video mat lutfi ni wat tergelak terbaring2. =)

    ReplyDelete
  60. sy rs maksud umpama mawar yang sedang mekar tu....
    mawar tu tak sabar tunggu esok sbb die akan mekar spenuhnya....itu yg sebetulnya.harap luthfi boleh faham. time kaseh...hehe

    sy nk blog dier la.klaka...

    ReplyDelete
  61. matluthfi n anwarhadi best!!! hehehe.. =)

    ReplyDelete
  62. stuju bab lagu tu...sy slalu tgk lirik dlu sblm nk minat satu2 lagu terutamanya yg bkn bhs yg kita fhm..tade la nk minat tak tentu pasal kn...lagu best tp lirik ntah pape x best gk

    ReplyDelete