Wednesday, October 12, 2011

Senyumlah. Hidup Ini Indah =)


Aku sekarang tengah jatuh cinta dengan buku ni. Buku ni ada macam-macam kisah. Memang kompilasi kisah motivasi remaja pon. Bila baca buku ni, rasa macam benda-benda yang jadi dalam buku ni sebenarnya berlaku je dekat sekeliling kita.



Ada satu cerita ni tajuk dia “Gemuk pun istimewa”. Perghhhh aku ni biasa lahhh. Kalau bab bab gemuk ni tetiba terasa. Sedar diri tak berapa nak slim dan semangat berkobar je nak slim. Tapi slim nya nan hado je lah. Then ada satu quote dari kisah ini berbunyik



“Kurus? Siapa yang tidak mahu kurus tetapi saya ditakdirkan menjadi remaja yang banyak kekurangan. Namun saya juga mahu berjaya”



Cerita pasal Shima. Badan dia gemuk .Walaupun badan dia gemuk tapi dia budak bijak dekat sekolah. Tetiba dia jadi pelajar terbaik. Yang mana budak mengong-mengong tu dok lah ejek-ejek dia.


“tahniah gemuk!”
“hahaha gemuk-gemuk pon berhasil ye!”
“wah gemuk, hebat lah awak! Haha”



Eh kwanghajar lah depa ni. Kalau aku lah dekat tempat Shima tu. Aku terajang sensorang. Pastu lestik lubang hidung sensorang guna bola ragbi. Rasakan! Hehh. Tapi Shima ni buat rileks je sebab dia dah biasa dah kena ejek macam tu. Lepastu dia hantar emel dekat budak-budak yang ejek-ejek dia tu. Ada ah dia cerita apa benda dia emel dekat budak-budak tu. Esok nya budak-budak yang ejek dia tu semua mintak maaf dekat dia.



Si Shima ni semangat kuat. Dia berkobar-kobar nak kurus.Dia cakap dia bukan lah nak cantik atau dipuji orang, tapi dia mahu kesihatan dia terjaga.



Tu cerita pasal gemuk. Banyak lagi cerita pasal benda lain.Ada jugak cerita pasal Zahira yang malas nak solat sebab dia rasa dia muda remaja lagi siap selamba ilekkk je dia cakap



“saya memang mahu bersolat tetapi bukan sekarang. Sekarang saya masih muda dan rasa lemas sering diingatkan berkenaan solat. Sudah tua nanti saya solatlah!”



Banyak cantik muka kau? Bagus lah buku ni. Banyak kisah remaja yang berlaku di sekeliling kita. Buku yang aku baca ni tajuk dia “Senyumlah. Hidup Ini Indah” keluaran PTS. Buku-buku keluaran PTS ni syokk jugak lah untuk dilayan. Tulisan dalam buku ni mudah dibaca. Senang nak paham bijik butir apa nak disampaikan.Yang mana rabun dekat, jangan risau. Konpom kau nampak apa yang ditulis dalam buku ni.




Kalau ada yang berminat nak beli buku keluaran PTS ni memang bagus sangat lah tu. Sebab depa tengah buat peraduan sekarang. Hadiah bukan calang-calang beb. Semua terbaik dari ladang. Dah alang-alang korang nak beli buku ni, baik masuk je sekali peraduan dia




Cara-cara nya mudah je.


1.Peraduan online bermula dari 1 Okt- 23 Dis 2011.


2.Korang boleh beli mana-mana buku PTS yang terlibat dalam peraduan ini. Nak tahu senarai layari peraduan.pts.com.my


3.Apabila korang dah beli, layari PTS


4.Daftar dan main


dan korang boleh menang benda-benda ni




Korang just bongkar kod rahsia dalam buku PTS dah boleh menang iPad 2 tu woiiiii. Baca buku je dah boleh menang ipad 2. Untung berganda-ganda. Kalau sesiapa menang, tapi taknak ipad 2 ni, boleh lah bagi dekat aku. Boleh aku main angry bird hari-hari. Kehkeh



Nak menang ipad 2? Boleh lah usha-usha PTS ni. Lagi pon buku-buku dalam ni memang tertarik menarik kau memang da bomb betul lah. Mana tahu ada rezeki menang. Rezeki jangan ditolak bebb =)



Ok bye!

32 comments:

  1. baiklah ! nanti saya beli, kehkeh =)

    ReplyDelete
  2. mcm best je..lpas nie nak cri la! ;)

    ReplyDelete
  3. teringat satu buku tajuk die
    'Gemuk Itu Menarik (G.I.M)'
    memang menarik pun

    Gemuk tu hanya luaran je
    it is inside that count

    ReplyDelete
  4. motivasikan diri sendiri jugak lar..=)

    ReplyDelete
  5. cik epal..
    ko tau tak pasal isu angry bird tu? aku tak tau la betul ke tidak..tapi dekat pesbuk kan dorang dok sebok kate yg angry bird ni persenda Islam..sbb..angry bird biru tu kalo kite lestik dy sebut "ALHAMDULILLAH" aku tak sure la sejauh mana kebenarannye sume ni..tapi kalo ko tau apa2..ce ko buat review sikit..huhu~

    [dasar pemalas nak cari info senirik kan aku ni..] btw thanx.. :)

    tetibe teringat isu ni bila ko ckp pasal nak main angry bird hari..

    ReplyDelete
  6. WUWUWUWUW.UNTUNGLAH RAJIN BACA NOVEL YE CI KEPAL.MUKA MCM YAN NI MMG TAK MERASA AAA NAK BACA NOVEL XD

    ReplyDelete
  7. wahhh..cam menarik jea buku nih..kena beli nih :)

    ReplyDelete
  8. waaaaaaaa
    sy gemok juge!
    kekekeke
    suke la buku2 motivasi nihh
    ade cite2 palk
    maceh cek epal
    suggest kan buku nii
    PTS mang beshh kan =]

    ReplyDelete
  9. ingat nak cari jugaklah...bagus untuk motivasi diri...hehe..:)

    ReplyDelete
  10. menarik buku nie harus jadi koleksi nie :)

    ReplyDelete
  11. mcm besttt je bku tu, ana minat bku2 motivasi nih.hee :)

    ReplyDelete
  12. kalau PTS, suke buku iskandar bukan zulkarnain..hehe

    ReplyDelete
  13. Menariknya buku tu...
    Ni yang mahu dijadikan koleksi ni..

    Kalau nak pinjam kat Cik Epal boleh tak? he...he...

    ReplyDelete
  14. akak pun gemuk jugak..
    entah2 macam shima..;p

    ReplyDelete
  15. yang kurus pun susah jugak. sebok sngat ckp 'asal ko kurus sngat haa' disebabkan hanya menumpg utk blaja kat situ terpaksa pekak kan telinga.. hmm dugaan.

    ReplyDelete
  16. tapi PTS bahasa dia skema la.. cadangan.. baca keluaran jemari seni. terbaik!! lagi best.

    ReplyDelete
  17. akak kurus pon kena keji gak..err..buku td org tak berapa nk remaja sesuai baca x?

    ReplyDelete
  18. wahh!!intresting buku nie..kena p cari gak nnti..kena cari gak! hihi..

    ReplyDelete
  19. dah lama giler kot jadi silent reader adik epal kite ni.
    ok, harusss cari buku ni :-)

    ReplyDelete
  20. buku-buku keluaran PTS semua bagus2 :).

    terima kasih ea akak kerana bagitau buku ni, nak terjah lah :P

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. wow, that's amazing :D
    regards,
    http://techno-phones.blogspot.com

    ReplyDelete
  23. buku 2..
    bak mai 1..


    kawan3 mari terjah bku ni.

    ReplyDelete
  24. selamat berjaya peserta2 semua...

    ReplyDelete
  25. nak join jugak... buku-buku PTS memang saya suka.. isi pun menarik jer biasanya.. kalau ada yang dapat jadi penulis PTS tu dia mesti sangat gempak.. sebab PTS susah nak tembus kata kawan-kawan yang pernah hantar karya dorang kat PTS..

    ReplyDelete
  26. hidop ini memang indah kan gemuk kan?..ke camna? :p

    ReplyDelete