Wednesday, October 19, 2011

(review movie) REAL STEEL

Lately, asyik tengok wayang je keje aku ni. Cerita ni dah lama aku tengok, tapi baru terhegeh-hegeh nak update. Orang lain semua dah tengok dah kan. Daya tarikan filem ini mungkin sebab HUGH JACKMAN yang berlakon


Ke aku sorang je yang nak tengok cerita ni sebab HUGH JACKMAN??




Tengok trailer macam gempak je, tengok pelakon pulak ada HUGH JACKMAN, memang tanpa banyak soal dan banyak songeh terus beli tiket tengok cerita ni. Siapa tak kenal Hugh Jackman memang buta filem. muahaha kemain engkooo terus cop orang buta filem mementang lah engkooo kenal Hugh Jackman ni kan. Ingat lagi X-MEN???


Hugh Jackman sebagai Wolverine dalam X-Men. Ko mampu ada besi dekat tangan? Kau hado??



Dah habis macho lah tu bang??



Charlie Vs Max. Aku suka dua-dua watak ni dan pembawa watak.



Alolololololo tomeiii tomeiii.Aku suka tengok budak ni dalam cerita ni



Nama budak ni Dakota Goyo. Apa ke pelik nama engko ni?? Dah macam nama Jepun pulak aku tengok. Perasan tak budak ni yang berlakon dalam filem Thor?? Yang jadi Thor time kecik-kecik tu. Masa aku tengok Thor tu tak jatuh cinta sangat dengan budak cenonet ni, mungkin sebab watak dia sikit. Dalam Real Steel ni terus aku berminat dekat budak ni dan terus nak jadikan dia bakal calon menantu di masa hadapan. Ecececeh kemain 




Best je tengok Charlie dengan Max dalam cerita ni. Terasa hubungan kekeluargaan yang kuat dalam ni. Ouh mungkin aku bias sebab aku minat Hugh Jackman. Time ni Max dok menari nari dengan robot dia si Atom tu. Style gila tengok depa nari-nari. Tapi tak ada lah menari poco-poco



Time ni Max baru jumpa robot yang terbuang di dalam hujan iaitu Atom. Atom ni kecik je. Kira kecik lah nak dibandingkan dengan robot lain. Kalau nak dibandingkan dengan kita, memang bagak gedabak jugak. Sebab Max yang jumpa robot ni, tetiba aku rasa Atom tu pon comel.



Dalam filem ni, banyak robot yang berentap. Selalu tengok manusia yang dok boxing wrestling bagai kan? kali ni kita tengok robot pulak beraksi. Time ni robot cokia mana tah tengah lawan. Tapi yang penting bukan Atom lah lawan. Ni robot Charlie yang mula-mula dok sondol dengan lembu tu. Dalam game pon kalah jugak, habis hancur semua body


part ni pon best jugak. Charlie ajar Atom ni cara cara nak lawan. Tak ada lah ajar mana pon sebenarnya. Sebab Atom ni boleh mengimbas perlakuan owner dia. Apa-apa Charlie buat, dia akan follow lah. Charlie bagi penumbuk, dia pon bagi penumbuk. Charlie nak terajang, dia pon nak terajang, Charlie menari lompat-lompat, Atom ni pon ikut menari lompat-lompat. Apa-apa je lah si Charlie ni buat dia akan ikut senang cerita.


Si Charlie ni pulak bekas peninju yang sangat faymous dulu. Dia ni sangat obses dengan robot sampai dia pon sibuk nak cipta robot sendiri. Mula-mula robot yang Charlie cipta ni kalah dalam game. Sampai lah Max jumpa Atom yang terbenam dalam tanah. Tapi Charlie tak percaya yang Atom ni boleh lawan dalam game sebab Atom ni kan kecik dan dia fikir kalau buat Atom ni bahan eksperimen boleh lah. Kalau dalam game, jangan cari pasal. Kira macam tu ah. Tapi dia tak tahu Atom ni lagi power dari robot-robot lain sampai perempuan jahat mana tah sibuk jugak cari Atom nak beli



Time ni Atom dalam "shadow mode". Ni kira saat-saat genting lah nak lawan robot kwanghajar yang besar gemok gedempol si Zeus tu. Time ni kalau tengok, aku pulak yang rasa nak meloncat-loncat bagi standing ovation time si Zeus tu jatuh. Perasaan eksaited tu lain macam sikit bila Atom vs Zeus ni. Part-part si Atom ni macam nak menang je, mesti kita pon rasa teruja nak tepuk-tepuk tangan sambil sorak. Aku pulak yang dalam tu punya semangat sorak dekat Atom "haaa bagi lagi Atom. tumbuk kuat sikit Atom, tumbukkk tumbukkk! Go ATOM go ATOM. kasi kebabooomm sama itu Zeus. yeahhh!"




Aku pulak yang OVER kemain kan. Tapi serious ah part nak menang tu, aku pulak yang rasa seronok je. Rasa nak loncat-loncat je tapi behave lah sikit kan. Kang orang ingat aku perempuan gila meroyan sesat mana pulak dalam panggung wayang tu kang. Tapi Atom tak menang pon. eh terbagi tahu pulak.



Kalau sesiapa tak tengok lagi, sila lah tengok. Moral of the story, kecik jangan disangka lembik. Besar jangan disangka hebat dan gagah. Nasib baik badan aku kecik. Sebab tu aku tak lembik. Muahahaha perasan badan kecik. *lempang diri sendiri*



Aku bagi 3.8/5 bintang untuk Real Steel. Cerita ni bagi aku best tapi masih lagi tak boleh melawan best nya cerita FAST 5. So far dalam 2011, tak ada lagi cerita yang boleh lawan cerita FAST 5. FAST 5 tu memang terbaik gila babun punya cerita.Cerita FAST 5 je yang aku boleh bagi 4.5/5 bintang. Tapi Real Steel ni bapak lama sampai 2 jam. Tapi nasib baik part robot lawan-lawan tu mengaburi mata dan masa. Part robot bertinju tu best ah .



ok bye!

34 comments:

  1. serious sangat best verita ni..mesti tengok!!! yahooo..jom makan sushi..ahhaha XD

    ReplyDelete
  2. cite ni memang best...saya suka sgt

    ReplyDelete
  3. tak tahu citer nie dah kluar ke belum kat wayang russia... nk alih bahase lagi~~~~ berkurun la jawab nyer~

    ReplyDelete
  4. aku pun baru jer wat review pasal citer ni. aku pun tgk mula2 sebab hugh jackman yg berlakon. tapi citer ni best plus budak dakota tu dan atom sangat comel

    ReplyDelete
  5. pocket suka real steel lagi,
    fast 5 pung dah tgk tapi mungkin hugh jackman lebih disukai lagi dari TheRock yg macho tak hengat tu :D

    last last toretto ngan polis tu?
    uuuuuuuuuuuuu :D

    ReplyDelete
  6. bagi aku fast 5 terbaik jgkk. tiru ko.muahahahaaa.


    cite ni tgk review ko mcm best tp xdela mcm best sgt kan? haihhh

    ReplyDelete
  7. Mmg best cerita ni! Teruja tgk robot2 tu!! Zeus paling mengancam!

    ReplyDelete
  8. eksited betol cik epal nie haaa.. erm.. tak sempat ag nk check citer nie.. bilerlah ade mase yer.. hummm3

    ReplyDelete
  9. Nak tengok cerita ni tapi tak berkesempatan lagi alahaiiiii~

    ReplyDelete
  10. btw, max tu anak gua. Harap maklum :P

    ReplyDelete
  11. 3.85 bintang je..haha,nak tengoklah tapi donlod jelah..hehe

    ReplyDelete
  12. woahhh syoknyee tgk robot bertinju , heee . menarik !

    ReplyDelete
  13. real steel best gila! mase tu sy tgk dgn bf. ktorg x panggil atom. kitorang paggil AZAM. huhu robot melayu :))

    ReplyDelete
  14. huhu...mine citer ni lagi best dr fast 5 sebab ada pengajaran n nilai kekeluargaan :)

    ReplyDelete
  15. best gler cte real steel nie .suraya sampai tengok 2kali :D

    ReplyDelete
  16. suke part budak la kawal robot tue..
    mmg de chemistry

    ReplyDelete
  17. bestt sangatt ke cite nie??macam boring jeee

    (padahal jeles belom tengok)
    kehkehkeh :D

    ReplyDelete
  18. REAL STEEL for me super awesome.
    excited gila tgk Atom lawan dgn Zeus.
    i give 5 star. sbb mmg super fun nd exciting :)

    ReplyDelete
  19. yang biru tu robot kedua noty boy kalau tak silap. robot yang kene sodol lembu warna biru cair.. apa nama tak diberitahu pulak :) memang besh cite ni rugi tak tengok! 2 jam tu berbaloi la bayar tiket wayang!

    ReplyDelete
  20. Suka Hugh Jackman juga..hehe


    http://lontardanlarilajulaju.blogspot.com/

    ReplyDelete
  21. alahai... x sempat tengok lagi... sedihnyaaaa....

    ReplyDelete
  22. suka part last2 tu..rasa nak nangeh je..ayah mana x syg anak kan..huhu

    ReplyDelete
  23. Setuju! FAST 5 still the best among the best... xde lg cte yg bole lwn cte FAST 5....

    ReplyDelete
  24. comel gler dakota,balik tgk cerita ni trus google pasal dakota,pastu cakap ngn bf nak amik jd anak angkat lol!

    tengok cerita ni hari first kuar kat wayang..sbb time tu takde cerita dah nak tgk..igtkan tak best, yela org perempuan ni mane suka cerita pasal robot kan

    tapi....kenape cik epal bg 3.8 ajer???
    kenapa??
    kenapa??

    ReplyDelete
  25. Dalam cite nie secara tak langsung diorang tunjuk teknologi US lagi bagus dari JEPUN... dan rasanya ade gak yang leleh airmata bila tengok babak si MAX KENTON nie nangis bila dapat happykan babak dia time final game...

    ReplyDelete
  26. suka tengok c Max dlm cerita ni sebab dia chomel giler... tapi Fast 5 memang lagi triple awesome.. suka tengok van diesel dalam tu.. :)

    ReplyDelete
  27. nama robot yg kne sondol lembu tu ambush laa.
    yg dlm pic tu noisy boi lerr makcik =.="

    ReplyDelete
  28. yep... sgt best citer ni.. 2kali layan kat cinema.. :)

    ReplyDelete