Tuesday, October 11, 2011

Review Filem Al-Hijab







Filem ni pasal Rafael (Pierre Andre) yang tak percaya lansung pasal kewujudan hantu ni. Dia ni pelakon ekstra dalam cerita ni. Ada satu hari tu, dia dapat watak utama untuk berlakon dalam filem seram.



Dia nak amek feel lah dulu macam mana nak bawak watak tu dengan baik, so dia nak tengok hantu dulu. Sebab dia kan tak percaya hantu ni wujud. Sebab bila dia pergi rumah yang berhantu pon, dia tak nampak apa-apa.


Qiss (Fathia) gf nya Rafael cerita pasal hijab. Dia kata kalau nak tengok makhluk halus, kena bukak HIJAB. Tapi ada orang tertentu je yang boleh bukak HIJAB tu.



Dia ada lah jumpa sorang makcik ni suruh bukak HIJAB. Mak Itam namanya. Yang bukak HIJAB ni Mak Itam, yang tutup pon kena dia jugak. Tak boleh orang lain. Lepas dia bukak HIJAB ni, macam-macam hantu lah dia dapat tengok. Emmm Tapiiiiiiiiiiiiii




haaaa nak tahu? pi lah tengok. Lemak ah semua aku nak cerita.


KOMEN AKU TENTANG AL-HIJAB:




@ Mula-mula aku ingat Al-Hijab ni pasal tudung. Bukak Hijab=Bukak tudung. Dan aku tengok Fathia pulak berlakon. Sebab Fathia ni kan sinonim dengan watak bertudung kan. Tapi Al-Hijab ni bukan tudung. Al-Hijab ni like perlindungan dekat mata kita untuk melindungi diri dari tengok makhluk halus/roh/hantu lah. Kira kalau bukak Hijab ni, merata lah kau boleh nampak hantu.


@ Ada babak yang tak logik bagi aku. Sebab aku rasa kalau dah bukak Hijab, kenapa Rafael tak nampak hantu masa naik lori dengan Ngasrizal Ngasri and the gang tu?? Budak-budak tu je yang nampak, dia tak nampak pon. Dan aku rasa macam gangguan yang dia dapat, macam gangguan orang-orang biasa yang tak bukak hijab pon, sebab ada jugak hantu yang dia tak nampak. Kitorang yang tengok wayang  ni pulak rasa Hijab dibuka sebab semua hantu kitorang boleh nampak dengan mata kasar. Muahahaha



@Lagi satu babak yang tak logik, masa Mak Itam mesej Rafael suruh datang jumpa dia. Bila Rafel tanya mana dapat nombor dia apa semua, Mak Itam tu cakap dia terhutang budi dengan arwah mak Rafael. Terhutang budi apa nya?? Terhutang budi ajar masak asam pedas ke hape? Dan tetibaaa je mesej??? Agak pelik di situ.



@ Hantu-hantu dalam cerita ni macam kelakar. Kalau kita menjerit kan, mesti lepas tu kita gelak. Kira jerit sambil gelak ah. Bila hantu keluar,then orang terkejut, mesti satu panggung gelak. Gelak terkejut ke hape tak tahu ah. Hahaha aku pon tak tahu nak cerita macam mana. Kalau korang tengok korang tahu lah apa yang aku maksudkan




@Melihat pada poster filem ini dengan ada nya terpampang FILEM SERAM TERHEBAT 2011. So aku memang berharap filem ni sangat seram sampai aku nak keluar panggung tak nak tengok dah. Tapi tak seram sangat lah. Cuma ada satu babak je yang aku rasa seram. Time Fathia tetiba bertukar jadi hantu. Haaa part tu terloncat sikit aku. Terkejut mak nyah!




@Apasal eh Fathia ni berlakon macam kaku sikit dalam filem ni??  Time ni dia baru start berlakon ke hape. Nampak sangat macam pelakon baru yang berlakon. Tak smooth sangat cara dia bawak watak ni. Ke aku je rasa dia kaku??





@ Watak Pierre Andre sebagai Rafael aku suka. Aku kira dia bawak watak Rafael ni dengan baik lah.



@Filem ni yang bagus dia, tak tipikal macam filem seram lain yang ada dekat pawagam. Pasal Al-hijab ni kira satu pendekatan yang belum pernah orang buat lagi lah kan. Ye lah kalau cerita hantu je mesti stok-stok jumpa botol dekat tengah laut, flat yang berhantu, pergi penginapan hotel berhantu, sekolah asrama berhantu dan etc. But cerita ni tak tipikal lah. That's good :)


@Walaupun ada babak yang aku rasa kurengggg sikit here and there. Tapi kalau tengok cerita seram aku boleh ingat Pierre Andre. So Pierre Andre punya cerita seram berbeza dan tidak tipikal lah macam pengarah filem seram yang lain. Tahniah Pierre Andre!


@Cerita ni macam dah boleh diagak apa jadik cuma aku tak sangka ending pulak tergantung macam tu.Dan aku tak sangka pulak yang aku sangka tu ending rupanya. Tak tahu lah kot-kot ada Al-Hijab 2 ke Al-tudung 2 ke apa pasni kan.



Tapi ibu-ibu mengandung dan orang yang ada lemah jantung, tak digalakkan tengok cerita ni. Kang tetiba kena bawak hospital kang kejung terkejut tengok cerita ni punya pasal. Dah satu hal pulakkkk.


Rating filem aku bagi: 3.5/5




ok bye!

41 comments:

  1. kne p tgk nie..sbb nk rse pengalaman terkjut+gelak tue...kekeke

    ReplyDelete
  2. best ker citer ne?
    cik dolly ta tengok agy neyh..hukhuk



    CiK DoLlY dAh fOlLoW Ur blOg
    PlEasE fOlLoW My bLoG aT: http://cikdolly90.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Hehehe .. mcm pelik je bila cik Epal cakap bila tengok hantu tapi org ramia ketawa terbahak² .. Nampak sangat cite tu mcm tak logik .. (",)

    www.anastasyea.com

    ReplyDelete
  4. betul la.. tapi seram sangat macam ist part yang isteri pekin kena tinggal kat kereta sorg2 pastu awek yg kena rasuk tu menari2 dlm gelap..pastu dtg nak bukak pintu keta..

    omg! tu seram sangat ok! meremang je!

    ReplyDelete
  5. br nak feeling2 seram. haha ! kena pi tgk nie !

    ReplyDelete
  6. aku tak faham betei nape hantu2 tu nak kacau rafael?biar je la dia boleh nampak hantu pon..kasi nampak je sudah.nak kacau2 watpe..rasenye kalau hantu joget2 masa opening cerita tu yg dijadikan subjek cerita ni pun aku dah menangis2.mmg awal2 tu rasa mcm nak keluar panggung sebab seram sejuk tengok hantu tu berjoget kat jalan mati tengah hutan.

    ReplyDelete
  7. kan kan kan masa nur fathia bertukar jadi hantu mmg tekezut mak...ahahha

    ReplyDelete
  8. mmg ade jerit2 terperanjat,lepas tu gelak gelak ahahhhaha :D

    ReplyDelete
  9. Maknanya, x de yg boleh pecah garapan pertama Pierre dlm Jgn Pandang Belakanglah ni..

    ReplyDelete
  10. salam. cik epal. say pun dah tengok dan buat review juga pasal cerita ini, feel free to read,. btw. cerita ini memang ada yang tak berapa nak logik tapi boleh dikatakan seram juga la. ada banyak element baru yang ditampilkan oleh pengarah. tapi serius memang ada banyak aksi kejutan dlm filem.

    ReplyDelete
  11. belum tgk lagi..so xnak komen ape2 heee..

    ReplyDelete
  12. rating 3.5? bundarkan je lah jadi 4.

    ReplyDelete
  13. Mmg fathiya masa nie baru lagi berlakun,.. 1st lakonan dia dalam industri, tue yg kaku semacam,.. x kena langsung dengan pierre...

    ReplyDelete
  14. yap setuju! ending dye 'sedey'...tak puas tengokkk!!! n masa saya dalam pgung pun jadi bnda yang sama! semua org gelak masa babak2 terkejut pelik kan??? huhuhuhu

    ReplyDelete
  15. dah tengok cite ni.sebagai sorang peminat cite seram(ecece), memang filem ni seram tu tak sampai.sebab jalan cite die xbape kuat.tp tang babak kelakar tu mmg syok woo..masa naik lori. overall not bad la cite ni.tp bg sorang penggemar cite seram ni, seram tak bape nak seram.jgn pandang blkg lagi seram.adios.hoho

    ReplyDelete
  16. slalu kte gelak je kalo tgk citer hantu Melayu sbb hantu die lawak...hehehe

    ReplyDelete
  17. Seram ke Cik Epal sampai boleh pulak orang ketawa...he....

    http://secretissecret11.blogspot.com/

    ReplyDelete
  18. hmm ramai ckp yg lakonan fathia masih di tahap kaku yg hamat. err tak berani nk tgk kekakuan dia sbb kang ijah pulak yg pitamz dlm panggung ahahahah

    ReplyDelete
  19. akak pun dah tengok, memang tak seram sangatlah!

    ReplyDelete
  20. pieere andre wahhh ^_^
    cik epal, gambar cik epal dengan pieere takde ke?.. mueheheheh.

    ReplyDelete
  21. mekaceh la cik epal..ngat baru nak gi tengok cz title macam best..tapi cam hampeh ye..naseb tak tgk lg..klu tak buang karan jer..hehe

    ReplyDelete
  22. haha, yup ! first dgr pon, egt cter pasal tudung,muahaha.

    yeahh..setuju ! aneh sebab after dia da bukak hijab but still ta nmpk hantu yg kacau dia mlm tu.. aneh disitu....

    shooting kat Kluang. nk uma mak itam tu kat gunung lumut, rasa mcm tanak g situ daa..ahaha

    pasti, muvee ni best ! :)

    ReplyDelete
  23. same cik epal..citernye x seram sgt...-__-"
    tapy bolehla,ubat rindu pada jpb.

    ReplyDelete
  24. waktu tgk cite nie dalam cinema tuu watif sowm jew yg terjerit tp wat x tau jew..hehe..

    btw ary tuu jumpa cik epal n ss kat ts..cik epal lawa laa...

    ReplyDelete
  25. Macam best?:D Kena pg tengok ni.

    ReplyDelete
  26. salam cik epal..

    tolong promote video ni..adik UIA gak ni..very talented!
    dpt masuk Top 10 Berjaya Youth Short Filem Competition..tq!

    http://www.youtube.com/watch?v=5LFxSe1AwOI&feature=player_embedded

    ReplyDelete
  27. ade dah kat astro first kot.leh tgk nih.hik3

    ReplyDelete
  28. da g tgk da cerita ni...mmg seram sgt2..satu pawagam menjerit..lepas menjerit 2 kiteorg gelak..aku pun xtau nape..bkn ada lawak pun mgkin gelak sbb menjerit kot..hehehehe..yg part aku ingt lagi masa fathia dtg umah rafael 2..yg rafael lap rambut fathia..sume org ingt fathia akan brtukar wajah jadi hantu tapi xpun..hehehhee

    ReplyDelete
  29. fathiya kuweng la..

    ehe...



    cbe nealofa yg berlakon


    filem ni..


    confirm ramai laki bawk awek dowang tg
    wyg.

    ReplyDelete
  30. terkejut sambil tergelak ... macam best je part tuh . hehehe

    ReplyDelete
  31. Sama lah. Saya rasa pun tak takut sangat but lawak je yang banyak! :D

    ReplyDelete
  32. rating sku 3/10.. tak beshhhh cite ni

    ReplyDelete
  33. PIERRE ANDRE MEMANG HEBAKK DLM FILEM NI XD

    ReplyDelete
  34. blom tgk lg..tp between karak ngan citer ni mana lagi best? kalau citer ni lagi best, maybe nk tgk :)

    ReplyDelete
  35. Pika kat Egypttt. Nak tengok Al-Hijab jugakk. Adoiii.

    ReplyDelete
  36. setuju dgn CE..


    Ingatkan mmg betul2 terseram 2011..
    tapi bila p tngok..sedikit hmpa..

    ReplyDelete
  37. aah , memang cmtu , masa kita orang g tgk . jerit bagai nak rak . then gelak satu panggung . tengok tak ada apa yang lawak pun . tapi bagi farra palin seram yang masa nak ending yang dekat tepi katil , perghhh , terkejut masa tu . adehhh .

    ReplyDelete
  38. salam...
    sekadar berkongsi..
    x silap sy, kwn sy yg turut sme terlibat dgn pembikinan filem ni kte cte ni dh d buat 2thn dlu..
    klu d pk2 mmg fathiah ni bru je blakon..
    thats y nmpk kaku jer..
    n mmg ade smbungan..
    myb smbungan 2 akn rungkai pe yg keliru dlm hijab 1 nih..
    thts oll
    thnx!

    ReplyDelete
  39. ko review citer ni lmbt sgt..aku xlarat tgguthen aku decide g tengok la memndgkn pieere andre ni agak fav la di hati ku sjk filem jgn pndang belakng tu..

    tp mmg agak kecewa la bile muvie ni xmcm aku aspect..mcm ko ckp, part yg bell ngasri, munir n sorg lg sape tu, diorg leh nmpk hntu tp pierre xnmpk..pastu de mkhluk2 kcu dia mcm filem antu lain jek..xyh bukk hijab pn leh kna kacau..

    ptutnye bile dh buke hijab, dia akn nmpk setiap sudut antu tu ada..kn setan tu merata2 ada..ni blh kire ngn jari jek hntunye..n 1 thing, starting mcm filem karak..kemain jek seram..tp..preview film jerk..

    ReplyDelete