Friday, October 7, 2011

Fish n Chip dekat Chili's yang masin

Haritu ada photoshoot untuk satu majalah ni. Majalah apa tu dirahsiakan. Tunggu keluar dulu, sebab nak tengok muka ok ke tak dalam tu. Kalau seram, tak nak bagitahu majalah apa.Kalau ok, baru bagi tahu. muahahaha. Aku mana lah reti mekap mekap kan muka aku ni. Keluar muka togel macam tu je selalu. Cakap dekat akak editor tu awal-awal.


"kak, saya tak reti mekap-mekap muka ni.Ni photoshoot ni kena amek gambar muka ke?" (soalan bodoh, kalau taknak amek muka, buat apa dia soh datang studio pulak kan)

"ouh tak pe. takpe. awak bawak baju je. Make up artist kitorang sediakan"

"wokehhhhhh kak."






Cakap awal-awal dengan akak tu aku taknak cukur kening bagai. Tapi akak mekap artist tu memang jenis tak cantas kening orang lah. Sebab dia kata dia taknak share saham dosa. Bagus lah akak ni. Sebab kawan aku pernah cerita, dia pernah photoshoot dengan satu majalah ni. Mekap artist tu pulak maknyah. Dia main sesuka je main cukur. Tak cakap apa pon, terus main cantas je. Tapi tak semua maknyah lah macam tu. Mekap-mekap main cantas je kening orang. Aku tanya jugak apa relevan nya nak cukur cukur kening ni. Kalau tak cukur kening tak cantik ke??? pastu akak tu cakap

"orang cukur kening ni sebab kalau kita nak mekap kan orang senang. Nak bagi nampak kening dia terurus. tak serabut"


"behtu kak, kalau tak cukur, bukan akak boleh ejas jugak ke bagi nampak teratur?"


"boleh je kalau tak cukur. Tak cukur pon tak ada masalah pon sebenarnya. akak pon tak pernah cukur-cukur kening orang ni dek. Sebab nanti akak pon share saham dosa sama. Tak cukur pon kita boleh rapikan guna teknik solekan yang betul"

"oooooooooooooooooo"


Tapi kalau mekap artist ni selalunya aku prefer perempuan dari maknyah atau lelaki yang mekap kan. Sebab kalau perempuan yang mekap kan, dia sentuh muka kita pon tak ada hal. Aku suka akak ni tenyeh-tenyeh muka aku :D



Kadang kadang aku rasa muka aku tembam macam tempayan. Sebab tu bila aku pakai tudung, sebolehnya aku sorok pipi aku. Sebab masa aku mula-mula sampai, memang aku pakai tudung macam biasa aku pakai lah. Sorok pipi dan muncung-muncungkan atas tudung tu. kehkeh. Sekali akak tu tegur

"Kenapa awak pakai tudung macam tu? Tak lawa lah. Nampak macam orang tua."


"hahahahahaha macam orang tua? SENTAP-HATI-MAK-NAK!! hahaha. kenapa macam orang tua?"

"Sebab awak sorok kan muka awak"

"Memang nak pakai macam tu sebab nak sorok pipi. Pipi macam tempayan."

"hahaha apa lah awak ni. Cuba lepasni awak pakai tudung tunjuk penuh muka awak. Perasaan awak je tu rasa awak tembam macam tu. Awak pakai macam awak biasa pakai tu lagi nampak tembam sebenarnya"

"eh yekeee? tak ada konpiden lah kak nak tunjuk pipi. hahahaha"

Tapi semua tudung aku hari tu akak editor majalah  tu yang set kan. Semua nampak pipi booolat aku. Tapi bila dia pakai kan, rasa macam konpiden je berpipi tembam. Tapi bila aku pakai sendiri macam tu, mesti aku seram tengok muka sendiri. Then akak tu cakap.

"Love the way you are. Apa-apa yang ada dekat kita ni semua anugerah Allah. Everyone is beautiful in their own way. Perasaan awak ni je rasa awak macam tu."


Tetiba aku terus rasa konpiden berpipi boolat!!! muahahaha


Dah abeh shoot semua, aku pon tak tahu nak pergi mana. Akak tu cakap tempat ni dekat je dengan MidValley. Aku kalau dengan MidValley ni perasaan lain macam sikit. Suka bebeno aku pergi MidValley tu. Dah sampai MidValley jalan sensorang macam bosan lak. Saja ajak si gendut tu, boleh makan sekali. perut pon dah berkeroncong tahap gaban dah ni





Bila si gendut sampai-sampai je. Si gendut tu tengok muka aku. Terkejut dia. Sampai urut-urut dada. Over betul dia punya terkejut. "uihhh ingatkan siapa lah tadi dok tegur. terkejut. Macam orang lain dah. Serious tak kenal tadi kalau awak tak tegur" *sambil urut-urut dada*




Tah pape dia ni. Macam beruk maknyeh je reaksi muka dia.








Si gendut yang suka membebel macam mak nenek. Pengsan aku kalau dia ni dah bukak mulut


Makan dekat Chili's. Tetiba rasa nak menternak lemak dekat sini pulekkk


ni si gendut punya. crispy honey chicken apa ke benda tah nama. Dulu aku pernah rasa benda ni. Sedap lah bagi aku



Aku memang suka Fish n Chips tapi yang Chili's punya tak pernah try. So aku try. Disebab kan aku suka mashed potato dekat Chilis ni. Chips tu pon aku tukar kepada mashed potato.Mashed potato dia aku suka. tapi ada sesetengah orang tak suka. Sampai-sampai je Fish n Chips ni. Besooo gila. Terkejut aku. apa ikan ni kena suntik botox lapanpulohnam kali ke hape besar bagak sangat ni??? tapi part yang paling tak best nya





 Tepung je lebih dari ikan. Lepastu MASINNNNNNNNN!!! Aku nak tukar pon malas, so ngadap je lah. Sebab nak tunggu pon kemain lama. Kang berejam lagi tunggu, tu maleh tu. Tapi servis Chili's dekat MidValley ni lembap lah. Pastu time aku makan ni, nak bayar, system down lah pulekkk. Kena tunggu lagi. Dah ah makan benda masin, lembap pulak tu buat kerja. So sesiapa yang dekat Chili's ni. Servis dan kerja tu kasi mantap sikit lah dek nonnnn.





Muka nak mintak penyepak je dia ni. Lambat punya pasal, masam mencuka. Cara garpu dia pegang pon macam nak bunuh aku dekat depan. Nasib baik tak tercocok garpu tu dekat muka aku. Kang satu hal pulak lagi memekak dalam tu



Tetibaaaaaaaaaaaa. Dah macam orang buta dah


ni shades si SS lah ni. Apa ke meroyan sangat pergi mall bawak shades. Saja ngetest pakai ray ban laki ni apa rasa. Tapi kalau dalam mall pakai tak best lah. Nak shopping pon tersekat-sekat permandangan. Nampak gelap je. Baju warna biru cair pon nampak macam kelabu asap. tetiba jadi buta warna. Macam orang buta pon ada jugak. Sebab tu aku tak faham kenapa orang nak bawa shades masuk dalam mall. Apa matahari terik sangat ke dalam mall ni?? Silau sangat kah??



Tapi dia bawak dia bukan pakai pon. Tu lagi aku tak paham. Baik takpayah bawak kalau tak pakai.Tapi dah dia tak pakai, meh sini aku amek buat bergambo. muahaha




ok bye!

134 comments:

  1. cik epal serius ko nok!!! cantik gila ok!! nmpk muka nmpk kurus sikit yg ni kite suke aummmm!!!

    ReplyDelete
  2. haha cik epal, betul kata tukang make up tuu, cik epal mesti cute kalau nampak pipi tuuu~ awwww~ comell..

    ReplyDelete
  3. siyes Cik epal sangat stunning!! tukar style pakai tudung macam ni la Cik Epal..tak tembam mana lah pipi CE, tembam lagi pipi Lisa Surihani!! =P

    ReplyDelete
  4. amboiiiiii..amboiiii...cik epal lawa gilaa make up..

    hehhehe..:)

    ReplyDelete
  5. hahaha..klaka lah=D..nway cik epal cantik sgt2!!patut pun SS ter tanjat2 boboy hehehe

    ReplyDelete
  6. ok jea pun pakai mcm tu..better stail tudung mcm ni lagi ok dr y selalu tu..tutup pipi..hekhekhe..lawa OK!

    ReplyDelete
  7. ikan dy fresh dari laut..masin air laut tak hilang lagi tu gamaknye..[mmg mlampau ler~]

    ReplyDelete
  8. pipi chubby lagi best lahh cik epal.dari orang yg pipi cengkong macam zombie je aku nengok.
    wakakaka :D

    ReplyDelete
  9. pipi chubby lagi best lahh cik epal.dari orang yg pipi cengkong macam zombie je aku nengok.
    wakakaka :D

    ReplyDelete
  10. lain bebenor bila CE mekap ! cantik :)

    ReplyDelete
  11. you look totally different in this entry ( in a good way fo sure..)..

    ReplyDelete
  12. ni baru btul2 gonjeng cik epal..

    ReplyDelete
  13. ni baru btul2 gonjeng cik epal...

    ReplyDelete
  14. pipi tembam itu aset cik epal..'kau hado'????hehehe.;;

    ReplyDelete
  15. CE chantekkk pakai tudung camnih..pipi tembam lah toomeyyy <3

    ReplyDelete
  16. ya Allah dah mcm farahdhiya dah CE!! x)

    ReplyDelete
  17. cantik giler Cik Epal...love it!

    ReplyDelete
  18. Ci Epal..udah mcm retiss dah..sgt cantik hokeh..

    ReplyDelete
  19. yang macam orang buta tu..
    C.U.N...!

    ReplyDelete
  20. salam cik epal...cantik n cun la cik epal ni...:)

    ReplyDelete
  21. comel la cik epal!!! kekalkan macam.. haha..

    ReplyDelete
  22. salam cik epal...cantik n cun la cik epal ni...:)

    ReplyDelete
  23. CUN AR EPAL...

    MMG BETUL LA CAKAP MAKEUP ARTIS TUH.. DAN PATUTLA SI SS TERKEJUT BERUK...

    SIYES.. MMG CUN..

    SO.. LEH LA TUKAR STAIL TUDUNG PASNI...

    ReplyDelete
  24. suke pic yg no.2 dari atas, mmg chanteq habes cik epal ni ... suke jugaq pic "org buta" 2,vogue~~

    ReplyDelete
  25. sekali pandang .. the second picture tue ader iras2 sikit macam mak hanis zalikha la...

    ReplyDelete
  26. kewwlasss kau jahh..meletupss mekap!!

    ReplyDelete
  27. part yg buta 2 memang cun gilak ^^

    ReplyDelete
  28. wah jelita nya akak,hehe nak beli majalah tu nanti!

    ReplyDelete
  29. cantik la style tudung ni..lepas ni boleh la tolong ajar k.....

    ReplyDelete
  30. seriouly cik epal makin cantikkkkk!

    ReplyDelete
  31. hahahha kelaka ok kau ni..:)) bile nk jumpeee ehhh teringinss lor..

    ReplyDelete
  32. cantik gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!! ikhlas, KuAteeraHamzah :D

    ReplyDelete
  33. kekekekek
    sy gelak sowg2 je kak bace entri ni
    bile bce entri ni tetibe sy pon berkompiden memiliki pipi bolat!
    hihihi
    love the way u are kan?
    hehehe
    sedapnye la makanan tu
    akak dh berjaya buat sy lapo
    yay!
    heheheh

    ReplyDelete
  34. cik epal!!!syue pun nak terkejut cm SS la!! mmg cun wor..lenkali pakai tudung cmtuh tao..kemas cumil..hehhe..

    ReplyDelete
  35. hahaha.. yup.. yg macam org buta tu chun... wahh..

    ReplyDelete
  36. wow!cantik..n nmpk muke kurus (^_^)

    ReplyDelete
  37. wah dah bertambah cantik la cik epal ni :)

    ReplyDelete
  38. kelasssss kau maria.. ada gaya, baru boleh berjaya. HAHAHA

    ReplyDelete
  39. cik epal.. cantik la dah mekap..

    dah mcm yuna lak..

    ReplyDelete
  40. Lain kali tak yah cover2 pipi tu..

    ReplyDelete
  41. weewit.. cik epal,amboi bergaya dengan ray ban nampak! ;D

    ReplyDelete
  42. Cik Epal lawoooooooo ! vouge gitu ! wohaa ! :DDD

    ReplyDelete
  43. cantik la klu cik epal pkai tdg cam akak tu ckp..serius...xda mslh la tyg pipi cute tu..lg la comel...

    ReplyDelete
  44. Cantiklahhhhh. Tukar tudung style mcm ni. *tskk tskk kak ayu jerk asik dok pki syria sbb senang dan pantassssss. Hehe.

    ReplyDelete
  45. kan aku dah kate jangan sorok pipi hahah sedas kau kena mak!

    ReplyDelete
  46. CE, u look totally gojes okeh.
    cun gilos..
    setuju dgn cik tukang mekap ckp yg muka CE actually x tembam..
    cm mybe jenis mcm tu, bile senyum pipi naik sikit..
    but i think cantik la btk muka CE ni.
    :)

    ReplyDelete
  47. cik epal lg lawala klu pakai shawl care lain. hehe ;)

    ReplyDelete
  48. pic yg last tu memang vouge giler!
    dh mcm pic photoshoot dah!

    ReplyDelete
  49. amboi
    masuk majalah gitu..nice dressing!
    aah
    mmg de nmpk kuwus sikit..
    ni bukan komen entry mmbodek..hehe
    keep it up berupdate blog ya!

    ReplyDelete
  50. Nampak lain Cik Epal make up mcm tu. Comel sgt! :D

    ReplyDelete
  51. cik epal cun!!
    best ape ada pipi camtu..
    bukn semua org ade..

    ReplyDelete
  52. cik epal.. mira pun berpipi bulat

    ReplyDelete
  53. rasa geram x bila kite pakai baju cecantik tapi boipren kita x abis2 t-shirt ngan jeans je... potong betul la hehehe

    ReplyDelete
  54. epal, kau memang cantik. pipi tu wat kau nampak cute :)

    ReplyDelete
  55. macam Faezah ilai pon ade dah:)

    ReplyDelete
  56. Fuyoooo CE! gilewssss mantoppppp dan menawan! lain toi nampak CE mekappppp..nampak makin kuwus! chaiyok2!! heee

    ReplyDelete
  57. hari tu pergi main masak2 kat blogger masterchef, sekali ada sorang ni tegur: "muka u macam Cik Epal la..." fengsannnn... :p

    ReplyDelete
  58. AWak.. nampak cool sangat pic awak pakai shades SS.. :)

    ReplyDelete
  59. serius super lawa muka Cik Epal . (:

    ReplyDelete
  60. sekali lg..cik epal seswai x mekap..sekian..haha

    ReplyDelete
  61. cik epal cun sngt..nmpk krus cket...mati2 ingt nora elena pkai tudung gamba yg first tu...hehe

    ReplyDelete
  62. pic last tuh giler gorjes doe aku katerrr..

    ReplyDelete
  63. ramai gile komen setuju utk cik epal berubah style pkai tudung.. kite tengok pas ni.. cik epal ni ada bran bukak2 pipi ke x heh.. ;)

    tp mmg lawa pon.. mcm nmpk lagi kecik lak pipi pki camtu,,

    ReplyDelete
  64. Seriously comel gila , no doubt .

    ReplyDelete
  65. cantik howt mantop malatop hahak . =)

    ReplyDelete
  66. pergh gorgeous gila! (selama ni tak pernak komen kt blog cikepal, tp hr ni drop jugak komen sbb teruja)

    ReplyDelete
  67. siyez cantek n nampak hot..specially bila pkai shades tu..

    ReplyDelete
  68. wahhh ! Cik Epal Comeyyy. meh nak kiss ciket . muahhhxx. HAHA .:) Suka PIPI + Mata cik Epal .. huhuhu ~

    ReplyDelete
  69. CE cantekkkk!!!
    wah,suke la ye encik SS tgk ;p

    ReplyDelete
  70. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  71. cik epel muka lepas make up macam siti saliha lah, ahaa. cantik.

    ReplyDelete
  72. CE bila mekap sebijik macam muka ibu CE..cantik

    ReplyDelete
  73. Comel sih cik epal nehh. Nnti anak kuar pung pipi tembam tembam :D

    ReplyDelete
  74. cantik. tapi kan. makan kat mid x pernah ada masalah pun. haha/.

    ReplyDelete
  75. Cik Epal, you look gorjes gila dah make-up (not saying you're not kalau tak make up. Without make up pon you're still cute) but serious gambar yang kedua tu macam retiss dah! Padan la SS terkejut! haha. And I think your cheeks are absolutely fineeee! ;)

    ReplyDelete
  76. wahhh, comel yang teramat sgt~ :D
    cik epal, pipi kita sama je, tembam. redha je la. teheeee ;)

    ReplyDelete
  77. WOW, seriously you're gorgeous~!

    ReplyDelete
  78. Cik Epal ! siyes lawa gila bila make up. but bile natural lagi lawa.
    SS tak make up sekali ? HAHA

    ReplyDelete
  79. kalau nk kurus sng ja..duit mkn kau tu kau bg kt aku..hahahaha

    ReplyDelete
  80. cik epalll,,,serius oke,,,sngaatt chantek,,,lg chanteekk ad pipi cm gi2,,,waaaahh,,jeleesss oke,,,,,tp nak ckp 2 jee,,snggaaattt chanteekk,hahahaa

    ReplyDelete
  81. hye cik epal!! lama dah x menyempit komen2 ni.hehe..waduh kok! kamu cantik banget sekali..(tetiba lak speaking indon da)..cantik la sis..:)
    stylo milo gitu..:)

    ReplyDelete
  82. cik epal..arito pic cik epal tuh msa sy npk cik epal..
    comei seyhh cik epal..dh kurus dh tgk..:D

    ReplyDelete
  83. wahhh... mmg k0 nmpk kurus lah.. yg pnting pp tu, cntik style tdung tu... sweet sgt... :)

    ReplyDelete
  84. CE ! serious lawa dan gojez dan lawa.. !! jealous much ohhhh

    ReplyDelete
  85. budak UIA dengan midvalley memang dekat dihati kan? haha

    haritu buat physics 1 dekat dengan CE dalam AMF. rasa bangga kejap :)

    ReplyDelete
  86. Cantiknyaaaa!!!! :D

    Sekali tgk macam Ezlyn laaa!

    ReplyDelete
  87. cik epal sayang,boleh tak awak buat tutorial on cara pemakaian shawl satin seperti dlm entri ni...coz anda nmpk sgt awesome!dan sy teringin nk jadi awesome spt anda <3

    ReplyDelete
  88. : Cik epal cantekk sgttt... (++,)

    ReplyDelete
  89. cantik...
    lawa...
    tomey...
    cute...
    dh mcm artis dh cik epal..hehe

    ReplyDelete
  90. cantiknya cik epal!!!comel.okei.start from now pakai tudung mcm ni okei.

    sebab cik epal jrg sgt mekap (just for photoshoot).sekali mekap lawa sgt.


    NAK TENGOK FILEM TERBARU KEKASIH CIK EPAL??JOM LAYARI WEB INI.
    http://houseofmovie.blogspot.com/

    ReplyDelete
  91. cantiknya cik epal!!!comel.okei.start from now pakai tudung mcm ni okei.

    sebab cik epal jrg sgt mekap (just for photoshoot).sekali mekap lawa sgt.


    NAK TENGOK FILEM TERBARU KEKASIH CIK EPAL??JOM LAYARI WEB INI.
    http://houseofmovie.blogspot.com/

    ReplyDelete
  92. cantik make up . naik pipi . i likeeeeeeee :D

    ReplyDelete
  93. aku nampak mamat tu semalam kat stabaz..dan aku yakin ngan member aku xsilap..ye dia..mamat dlm gambar tu..

    ReplyDelete
  94. siryesly....cik epal nmpak cantik sgt!!!

    ReplyDelete
  95. segak apa brpipi boolat... :)
    tmbah2 bila snyum...
    comeyy aja...

    ReplyDelete
  96. cik epalll..nk tanyeee~ cane kite nk highlightkn kelopak mate tu??i mean area tmpt kte bubuh celak slalu tu...santek mate cik epal after kne mekap...=D

    ReplyDelete
  97. u look so pretty in this pic. cantik dia make up. serious lawa melampau.

    ReplyDelete
  98. cantik je dh make up, x make up pun cantik jgk :)

    ReplyDelete
  99. saye sokong dan suke banget kalau cik epal pakai tudung cmtu~ jgn tukar agi... chumel sunggoh!

    ReplyDelete
  100. cantik oh makeup cik epal..i likeeee..=)

    ReplyDelete
  101. cik epal, cantik nye akk make up. sumpah cantik :>
    pipi cik epal cute.

    ReplyDelete
  102. cik epal serius gila sgt kurusss!!!! cantik makeup piwittt

    ReplyDelete
  103. Cik.E!! gila chantek kot!! len dr sllu..da gaya artis je!..cun!cun!^^

    ReplyDelete
  104. UISHHH...OMG.cik epal nmpak dh kurus tau.ape rahsianya?sy pun nk kurus mcm cik epal jgk..

    ReplyDelete