Tuesday, October 25, 2011

Battlestar Galactica yang bikin jantung gugur dekat Universal Studio Singapore. Semputttt

Tahniah kepada sesiapa yang telah meneka dengan tepat yang aku pergi ke Universal Studio Singapore di ENTRI INI. Seploh markah untuk anda. *tepuk-tepuk-tangan* . Mungkin tahun depan ke California pulak. Yo yo ooo je kan nak pi California pulak =p


Aku pergi Singapore ni untuk ke Universal Studio Singapore je. Tak ada nya jalan pergi Singapore pon. Cara-cara aku pergi cara jimat. Mula mula tidur hotel dekat JB satu malam. Esok nya baru pergi Singapore. Ayah aku amek agen mana tah. Dia lah amek kitorang dekat Hotel JB then bawak masuk Singapore. Satu hari dekat Singapore. Pastu malam tu balek JB balek. Kira aku tak ada jalan jalan pon pergi Singapore ni. Hanya pergi Universal Studio je. Tapi passport kena bawak lah gak

Time ni dekat Johor lagi. Tengah menunggu orang ambil nak bawak masuk Singapore selepas menyemak passport dekat imegresen.



Dah sampai Universal Studio Singapore dah!! Cepat je kan? Tak sampai 2 minit baca pasal JB dah sampai Singapore pulekkk. =p


Untuk entri ini, nak cerita pasal roller coaster yang aku naik je lah. Lain-lain entri cerita pasal benda lain pulak. Macam macam menatang ada dalam USS (Universal Studio Singapore) ni



First and foremost, sesiapa yang dah pernah pergi USS ni, mesti akan terserempak dengan natang roller coaster GALACTICA ni dulu. Aku nampak natang ni je, rasa macam semangat berkobar-kobar nak naik. Maklumlah eksaited. Jakun pon ye gak. Lepastu tak payah beratur panjang pulak. Naik-naik je terus dah boleh naik dah natang ni


Ada warna biru dan merah. Mula-mula aku naik yang biru punya. Pastu baru merah. sebab tengok yang biru tu macam lagi mencabar je dari merah



Mula-mula naik yang biru ni. Mak oiiiiiiiiii. Nak gugur jantung aku sampai rasa nak terkincit lepas naik benda alah ni. Punya lah laju gila. Pastu suka suka dia nak terbalik, nak tertonggeng, pusing empatpuloh lima darjah ke hape. Dah ah laju gilaaaa. Memang masa aku naik natang warna biru ni, asyik menjerit je. "omakkkkkkk omakkkkkkkkk aaaaaaaaaaaaa tolongggggg aaaaaa" Nasib lah siapa duduk sebelah aku kan kalau pekak




Dah ah dalam kepala otak aku tengah terbayang cerita FINAL DESTINATION yang sorang sorang mati dekat roller coaster. Tahu tak dia akan jadi double seram?? Jerit sebab takut jatuh ye gak. Sebab masa dia terbalik tu, rasa macam penghadang dekat badan kita tu rasa longgar je. Rasa macam berpotensi je untuk jatuh. Tapi yang biru tu memang terbaikkkk ah. Nasib baik tak lama sangat. Yang warna merah tu aku tak suka sangat, sebab dia banyak kona lap. Pening kepala bila turun. Tapi yang warna biru tu memang roller coaster yang terbaik ah pernah aku naik.




Then pergi dekat Mummy ni pulak. Sebelah Galactica tu je. Yang mummy ni aku ingat ada show ke hape dalam tu. Rupa-rupanya roller coaster lagi dalam ni. Naik lagi. Part aku naik tak ramai yang beratur lagi. Kena tunggu 5 minit je pastu boleh naik. Yang roller coaster dalam mummy ni banyak part terkejut. Depa cerita ah pasal mummy ni. Mula mula rilek je masuk. Dia jalan pon slow je. Sekali tetiba laju naik atas, boleh pulak dia gostan ke belakang dengan laju nya. Mahu tak terkincit?? terkejut tahu?? Main-main gostan pulakkk. Lempang kang


Pastu konon konon Mummy tu nak makan kitorang. Masuk lah dalam mulut mummy tu. Konon-konon kena telan ah. Masa kena telan ni gelap gila hoiiiiii. Sebab dalam terowong. Dah ah gelap, badan ko rasa melayang terkontang kanting kiri kanan atas bawah. Serious rasa nak terpelanting dari rail. Kwanghajar punya mummy. Tapi still tak boleh melawan kepuakaan GALACTICA warna biru tu ah. Yang tu memang terbaik



Blah lah ko bang. Kau ingat badan kau taff kau hensem? Mende alah ni gatal woooo. Pantang nampak perempuan. Mesti dia nak datang dekat ngorat ngorat



Makluk tinggi lapanpuloh enam kaki



Ni geng-geng dia ah ni. Aku rasa nak je sepak kaki dia masa jalan bagi jatuh.Kuis kuis sikit ke. Jalan pon terhenjet-henjet. Ketis sikit ni konpom jatuh sebab dia tak sestabil kita.  Nasib baik aku baik hari tu. Tak ada nak buat kerja keji. Kalau tak mahu duduk dalam lokap dekat Singapore. Baru feeling foreigner kejap kan




 BUKTI mamat ni miang keladi



Dah cakap dah. dia memang gatal. Pantang nampak perempuan. Dengan lelaki ilek je stedi tayang muscle. Siap pose macam Malek Noor lagi. Hek elehhh Aku lestik guna batu besor dok pecah-pecah kan muscle kau ni karang banggg baru tahu. Kau ingat badan kau taff macam Kim Jong Kook lah?? blah laaaa




haaa tu ada lah yang pi google KIM JONG KOOK tu karang tengok badan taff dia.


Tapi lepas aku naik roller coaster dekat Mummy ni, aku saja kenakan ibu aku suruh dia naik. Cakap dengan dia . "bestt ni buuu. tak ada mencabar sangat pon. dia goyang kiri kanan je . Tak ada tunggan terbalik pon. Tak takut sangat. Rugi bu datang sini bayar mahal-mahal tak rasa naik ni. Ce naik ce naik"


Ibu aku pon terpedaya dengan aku . YESS! pastu dia pon naik. Tapi part dia naik tu kena tunggu 25 minit lah. Sebab time tu orang dah mula kerumun port mummy ni. Dia keluar je dari roller coaster ni terus cekak pinggang pegang kepala tanda pening. Pastu dok gelak gelak


IBU: eeeeeeeeeee bertuah betul lah budak ni. Nasib baik ibu tak ada darah tinggi. Pening kepala naik. Ni dah agak dah mesti dok kenakan ibu ni. Pandai bebeno berlakon. Mula-mula ibu nak patah balek jugak sebab tengok macam seram. Tapi orang dah ramai dekat belakang beratur. Tu naik je tu. Tapi nasib baik best. Tapi memang ibu tak kan naik dah lah. hahahaha



huahuahuahuahuahuahuahua time ni memang aku gelak guling-guling. Siapa suruh terpedaya dengan muka innocent aku. kehkeh.



Lepas pergi port mummy. Ni pergi port fairytale pulak. Nama tempat ni "Far Far Away" . Yang ni roller coaster gak. Tapi budak-budak kecik boleh naik. Yang 3 roller coaster sebelum ni bebudak tak boleh naik. Disebab kan budak-budak boleh naik aku assume benda ni tak ah berpuaka sangat macam yang 3 sebelum ni



Lepas naik je benda ni, lagi sekali suruh ibu ayah aku naik pulak. Ayah aku tak try lagi.

CE: Ayah, naik lah benda ni. Tak ada takut pon. Ce tengok. ramai je budak budak kecik naik ni. Tak ada apa pon benda ni. Biasa je. tak laju macam yang tadi tu

AYAH: ye ke? ok ke ni?

CE: ok yahhhh. ok! Ce naik, mesti ayah kata tak mencabar sangat


Ayah pon naik lah sekali dengan ibu aku. Aku dengan adik-adik aku tunggu dekat bawah. Dia habis naik je. Guling-guling kitorang gelak.

AYAH: uihhhh pening kepala ayah. Mahu naik lagi darah tinggi ni karang. ayah pejam mata jeee. Tak tengok apa pon jadik. Laju betul

CE: hahaha ok yah?? terbaik tak yah? Tak ada lah mencabar sangat kan??

AYAH: tak mencabar apaaaaa . hahahaha. pening dah kepala ni.


Saja je nak soh ayah aku merasa naik roller coaster. Sebab dulu aku pergi Disneyland, galak dia dok kena kan makcik aku suruh naik benda-benda macam ni. Pastu dok gelak kan orang. hahahahaha



Dekat sini banyak gila natang natang ni. Kau jalan kang terserempak dengan itik. Jalan lagi terserempak dengan beruk. Jalan lagi terserempak dengan beruang. Jalan lagi terserempak dengan Shrek pulak. Memang ni tempat binatang-bintang dibebaskan dan pandai bergambo. Macam macam ada





Ok tak payah tanya lah mana datang penyakit suka bergambo aku ni kan?? Konpom dari genetik ni



Kalau aku rajin aku cerita lagi apa jadik dalam USS ni. Ni pon dah stok cecah lantai sangat dah punya entri ni


ok bye!

69 comments:

  1. awat hang x ngorat mamat miang tu balik, dik?
    biaq dia terkulat-kulat. hahaha

    ReplyDelete
  2. sonoknyer...nanti nak gi jugakla...

    ReplyDelete
  3. environmnt die mcm sunway sikit. hehe

    ReplyDelete
  4. bila la akak boleh pegi USS nih...huhuuhu...

    ReplyDelete
  5. seronoknya pergi sana..enjoy ya..

    ReplyDelete
  6. waaa utunglah dah naik galacticaaa.mase kite pegi aritu still tengah maintennace lagi T__T

    ReplyDelete
  7. hahahhaa sangat miang..tunjuk tunjuk tetttttt...
    auw auw geli kak bedah ;p

    ReplyDelete
  8. best nye.. nak jgak merasa naek roller coaster tu... :)

    ReplyDelete
  9. bestnyerr..sy dok johor pun xpegi lg..kikiki...

    ReplyDelete
  10. waweee....tgk pn dh excited..
    cik epal cite la lagi psl USS ni...next month kami nk p sane plak...so bleh la dpt info and dpt bygkan cmne tmpt tu nnti..

    plzzzz...cte lg tau pasal USS ni;)

    ReplyDelete
  11. bestnye dapat naik roller coaster

    ReplyDelete
  12. hahaha...USS mmg besh lah..
    btw, cik epal minat kim jong kook gak eh?
    ;)

    ReplyDelete
  13. woahhhh...seronok nya..bila la saya dapat gi..hehe

    ReplyDelete
  14. bestnyer universal studio spore.....

    mesia xde lagi...hehehe

    ReplyDelete
  15. damn jeless..skng nk msuk USS tuh brpe eik? I thought lam 160++ eikk?

    ReplyDelete
  16. sejuk x kt sane?hukhukhuk

    FL pon g sne jgk..igtkn g ngn kamo~

    ReplyDelete
  17. besttnyeee..takde peluang lagi nak pergi USS ni. :)

    ReplyDelete
  18. @mieza: harga nak masuk sini dalam rm290 gak lah

    ReplyDelete
  19. mamat tu muka tak de perasaan aje..

    ReplyDelete
  20. Cik Epal, sronoknye!!! nak pegi jugak!! ^^

    ReplyDelete
  21. huhu.... best la n3 kali ni... baca sambil senyum2 lagi...nak pergiii la jugak

    ReplyDelete
  22. wah bestnye...rasa nk pegi je....

    ReplyDelete
  23. Cik apple, baru saya perasan...kene hati-hati ngan mamat miang tue..kalau perempuan tak pakai tudung, and baju terdedah didada sangat bahaya..coz he can see from above kan!

    ReplyDelete
  24. Wah..at least dh smpi Singapore..Aku? Sabah & Sarawakpn lom agi..huhuhu

    ReplyDelete
  25. hohoii.. sdap nau kenakn ibu gn ayah kn.. kih3..len kali CE cabot je kaki makhluk tggi 2.. hehe

    ReplyDelete
  26. best gila..haha..sweet2 sume stu family..=)

    ReplyDelete
  27. wah..berjalan je keje cik epal nie..hihihih..cik epal nt kalau g lagi ajak kite taw..sumpah nk ikot~!!

    ReplyDelete
  28. CE mase ko pegi ni yg Jurassic park tu bukak x lagi. best wohhh.. aku pegi awal tahun arituh. Pastu yg dekat jurassic park tu diorg nk tutup wat penyelenggaraan. sangat best hokey! Nnt nak pergi lagi la.. hehehe

    ReplyDelete
  29. Ahaa.. nk tanye lagi, ko bli tiket online ker atau thru agent tu yg blikan? coz kalo beli sendiri dekat Wisma Genting kat KL ni trus dpt tiket die & dpt diskaun lagi & then tido kt TUne hotel danga bay. Kat tune da ada feeder bus tiket feeder bus leh bli situ jer. I think lagi murah kot dr pakai agent ni.

    ReplyDelete
  30. wwwoowww tinggi gilaa laki tinggi tuuu

    ReplyDelete
  31. naik roller coster mmg tak le jawabnye -_-'

    ReplyDelete
  32. huuuiihhh...teringin gile nak gi kat sini...hadoooiihh...


    eh,KIM JONG KOOK??RUNNING MAN??hahaha!! the Commander Sparta!! :p

    ReplyDelete
  33. ewahhh best nyer satu hari nnt nak smpi sana la

    ReplyDelete
  34. Cantik outfit cik epal! :D Ive been there before tapi time tu galactice tak bukak lagi. Yg naik roller coaster the mummy tu pon paling menyeramkan. Huuuu.

    Anyway, take care cik epal! <3

    ReplyDelete
  35. @Chieda: jurassic park tu dah bukak dah. cuma transformers je tak bukak lagi. yang lain ada. Tak tahu ah through agent ke x. sbb ayah yg bayar.sbb tu xamek tahu sgt sbb bukan duit sendiri yang kuar hahahaha keji. Mungkin lah kot lagi murah kalau cara beli camtu . dulu bayar berapa?

    ReplyDelete
  36. seronok baca entri neh , macam berada kat uss jugak . :)

    ReplyDelete
  37. waaa..seronoknyer tgk CE n family g olidayyy~

    ReplyDelete
  38. akak naik gak battlestar gallec tuh..bley tahan gak la kecut perut tuh,rasa hilang kaki kejap..hehehe

    ReplyDelete
  39. bestnye bole jalan2.. heee sweet family :)

    http://alturl.com/67tsy

    ReplyDelete
  40. CIK EPAL !~ BAK SAINNNN BOLEH..?? HOHOHO RETISSS NI..RSE NYE PENAH DULU SINGGAH BLOG NI..KALO XKEBERATAN JOM LAH JENGUK BLOG BRUK SY..SY NI NEWBIE..NAK BELJAR DR CIK EPAL BOLEH..? ACU NAK JUGAK JADIK RETISS..!~ HAHA wt muka kesian..

    ReplyDelete
  41. very the best! nk pegi jugak one day! :)

    ReplyDelete
  42. cik epal, cuaca kt singapore mcm mane?hujan tak??next 2 weeks, planning to go to USS. takut hujan jeeeeee. huhuhuhu :)

    ReplyDelete
  43. mcm seram plk tengok makhluk tinggi tu.

    ReplyDelete
  44. ek..janganlah lah lastik muscle i..penat tau i teringat-ingat dekat u sampai i terpaksa google cari blog u..**u..bodi i taff kan?..wink2!

    ReplyDelete
  45. seronoknyeeeee... yg duk sebelah sngapore nii pon tk pegi-pegi lagi.hehek

    *ter-sngt lahh jeless

    ReplyDelete
  46. Xsabo nak ke USS dis week... CE jom pi lagi skali

    ReplyDelete
  47. xsabo nk ke USS dis week... CE jom pi lagi skali

    ReplyDelete
  48. nice blog...terrrrrrrbaikkkkkkkkkk
    hahaha...follow pakjoe sbb pakjoe dh follow

    ReplyDelete
  49. duduk hotel apa kat jb cik epal??

    ReplyDelete
  50. duduk hotel apa kat jb cik epal??

    ReplyDelete
  51. kte da pnh gi USS ni..not bad la..tk naik roller coaster tu..almaklum,"berani" sangat..hahaha..

    **hai cik epal, kite jmpe ms tgk cerita Shark Night=)**teruja gila jumpa CE..hoho

    ReplyDelete
  52. @nour eyza: duduk dekat citrus hotel jeeeee

    ReplyDelete
  53. waahhhh~ cik epal naik battlestar galactica tu? berani cik epal ek.
    masa saya pegi aritu, dia x bukak lagi. ada masalah teknikal ke ape ntah.
    btw, camane cik epal naik roller coaster pakai skirt ek. bahay tuh. kehkehh~ ;DD

    ReplyDelete
  54. woo mcm best je tempat tu. nak pi gak. haha

    ReplyDelete
  55. roler koster tu mahal x?

    bopa RM ek?

    ReplyDelete
  56. cik epal pun tengok runningman ke ? hihi

    ReplyDelete
  57. skg memang style orang pergi USS ek..FL pon buat entry yg sama jugak..

    ReplyDelete
  58. Love your review

    satu menyampah nye USS ni dorang bukak attraction sikit2.

    Lepas ni ada Transformer ride pulak entah bila bukaknye. Top secret betul dorang belum announce macammana bentuk ride ni, tapi nampak sebijik macam kat filem wayang tu.

    ReplyDelete