Friday, August 19, 2011

Rise of the Planet of the Apes. Apakah yang best sangat pasal babun ni??





Siapa dah tengok cerita ni?? Aku pon terkejut dengan diri aku sebab sanggup nak tengok cerita babun ni dekat panggung. Tah macam mana tah, janji nak berbuka puasa dengan SS dekat MidValley. Tapi aku sampai awal pulak. Dia soh datang pukul 5. Aku sampai pukul sebelas. Punya lah punctual tak beragak aku ni kan. haaa melanguk lah aku sensorang dekat Mid Valley tu kan. Dia soh pi tengok wayang dulu ke hape. Lama lagi nak tunggu




Aku pon cari lah movie yang masuk dalam pukul 2pm. If pukul 2pm, Zohor dan Asar boleh solat. Kang amek pukul 4pm mahu lebur Asar aku. Tu satu hal. aku pon tengah konpius nak tengok cerita hape.Dah sensorang, sensorang lah kena buat keputusan. Tapi movie "Rise of the Planet of the Apes" ni je yang pukol 2pm. Ahhh bantai je lah beli tiket cerita ni





Aku tengok poster cerita ni gambar babun. Aku dah rasa macam aku salah pilih movie je ni. Adakah aku membuat satu pembaziran nak tengok babun dalam movie.?? baik aku pergi ZOO je kan tengok babun.gedebak gedebuk dah pukul 2pm. aku pon masuk panggung



Disebab kan aku tengok sorang je. Seat sebelah aku kosong mula mula. Aku dah harap harap mamat hensem dok sebelah aku ke hape kan. Feeling nak tengok babun tu lebih sikit kan? Tiba tiba ada sorang mamat ni dok tengok tiket dia, tengok seat sebelah aku. cehhh bangla rupanya. Bangla pon bangla lah. Aku datang nak tengok babun , bukan nak tengok ko kan? Tapi kecewa gak lah. sebab mengharapkan mamat hensem dok sebelah memula. muahaha keji bebeno  fikiran di bulan bulan puasa ni




Then cerita pon start. Perghhhhhhhhhhhhhhh aku boleh cakap cerita ni BEST GILA!!! Best pon tak gila macam ni hoiii! Aku tak tahu pulak James Franco berlakon cerita ni. Aku minat jugak lah dekat mamat ni. sebab dia hensem! Pulak pulak dia berlakon jadi doktor dalam cerita ni. Memang double best lah!



James Franco!!! auww~ :D

Meh lah aku cerita sikit cerita ni pasal apa. Will Rodman (James Franco) dia ni doktor hape mende tah. yang kaji kaji ubat tu. Aku tak tahu nama saintifik dia. Tapi yang pasti dia doktor. Dia ni nak cari satu ubat yang boleh ubat penyakit Alzheimer. So dia dah dapat lah kaji virus ALZ-112 ni. sebab ayah dia sakit Alzheimer ni. Mula mula dia test dekat cipanzi betina yang bernama "Bright Eyes". Tapi memang dia bijak lah lepas tu. Tapi "Bright Eyes" ni mati. but dia meninggalkan baby dia yang bernama CAESAR.




Time CAESAR ni kecik kecik kan comel gilaaa wei. Aku tengok cerita ni terus rasa aku nak bela babun sekor. Comel tengok dia main lompat lompat. Tapi kalau simpan dekat rumah aku ni. Mahu jahanam semua periuk mangkuk mak aku dia buat main kan? Simpankan je lah hajat nak bela babun ni.



Will ni pon bela lah CAESAR ni. Tapi CAESAR ni bijak gila tahu?? Sebab dia terikut gene mak dia. Mak dia kan si Will ni dah bagi dengan virus bijak tu. So Caesar ni dah terikut lah.Bila dia tengok babun ni bijak dengan virus ALZ-112 ni. Dia pon bagi test dekat ayah dia. Mula mula ayah dia OK tau bila dapat virus tu.Then dia ingat dia dah berjaya. Tapi lama lama ayah dia makin teruk pulak.Dan sebenarnya virus ni sangat efektif dekat babun. Tapi tidak pada manusia



time ni CAESAR amek virus ALZ-112 ni nak sebar dekat kawan kawan dia. bagi kuat dan bijak macam dia jugak



eh aku malas lah nak cerita lagi. Penat aku taip. Karang korang bukan tengok pon. hehh. Tapi overall aku sangat puas hati dengan cerita ni. Aku bagi 4.2/5 bintang. 4.2 bintang over 5 tinggi tu hoiii. Cerita ni lagi best dari Captain America dan Transformers . Serious wa cakap lu. Tapi cerita ni sedih jugak lah last last. Menitik air mata kejantanan aku bila tengok scene last woh. Malu aku nangis dalam panggung. Tak macho dah. Pasal babun je pulak tu. Tu aku tak puas hati tu


time ni sedih gak depa hantar CAESAR ni dekat Zoo. Tapi penjaga dalam ni sangat bongok. Nyampah aku! korang tengok korang tahu lah macam mana depa ni layan Caesar ni semua dalam kandang


heroin cerita ni. Muka macam pelakon Bollywood aku tengok minah ni. Tapi tah hape nama. Malas pulak aku nak google. dia ni doktor jugak dalam filem ni

Teknik CGI dalam cerita ni terbaik lah! walaupun aku tahu babun tu bukan nya bebetul punya babun kan. CGI je lebih. Tapi nampak macam real gila dowh.





Pesanan terakhir daripada aku. JANGAN-PANDANG-RENDAH-DENGAN-CERITA-YANG-BABUN-BERLAKON-TAHU???-SEBAB-DEPA-PUNYA-CERITA-LAGI-BEST-DARI-CERITA-ROBOT



Ok bye!


   

72 comments:

  1. pmpuan tu mmg dr bollywood, aktress slumdog millionaire, frida pinto.

    cter babun lagi sronok dr cter koboi dikejar alien tanpa bersebab.

    moral of story to us:jgn underestimate keupayaan seekor beruk

    ReplyDelete
  2. babun tu comel jugak. kehkehkeh

    ReplyDelete
  3. hari tu ingat nak tengok cite nie tapi tukar plan tgk cite Horrible Bosses. cite tu best gak tau CE. kelakar gila ;D

    ReplyDelete
  4. heroin filem tu kan freida pinto yang berlakon dalam filem slumdog millionaire tuhh..kenal kan???

    ReplyDelete
  5. laaaa patut lah macam penah nampak. aah yg berlakon slumdog millionaire tu. baru pasan =p

    ReplyDelete
  6. farahzaba: horrible bosses yang jennifer aniston berlakon tu ke?

    ReplyDelete
  7. mcm best jer..rasa nak tgok pula...^^

    ReplyDelete
  8. lizzie: cowboy vs alien tak best ea?

    ReplyDelete
  9. antara babun dengan bangla sebelah, mana ensem? hehehe

    ReplyDelete
  10. aku dah 2 kali tengok muvi ni..memang best..rasanya tgk cite ni lg tacing rasa nk menanges drp tgk cite 'skali lg' 2 kot..

    ReplyDelete
  11. tringin gak tngok..tpi kite tak mnat la spesis2 monyet ni..fobia..hee

    ReplyDelete
  12. Ouhh james franco! kena tgk niee! next week final destination plak cik epal.. hehe

    ReplyDelete
  13. haha. ni yang nak download nih

    ReplyDelete
  14. Best ! Best ! Nak tengok jugak lah !

    www.anastasyea.com

    ReplyDelete
  15. citer ni memang best..sedeh romantik action bnyk element diselitkan dlm citer ni..hehehe..babun tu kalau sekali tengok mcm..mcm...;-p

    ReplyDelete
  16. BETUL2 CIK EPAL CITE NI BEST GILEEWWWW! suka tngok babun 2 haha comel

    ReplyDelete
  17. psstt pssstt cik epal, my incik kesayangan baru jerk pau cd cetak rompak semalam. huahuahua. tu pon dye kata best. adoi kalu tgk kat wayang ne mesti lagi best gila!!!aarrghhh nak tgk jugaklah.

    ReplyDelete
  18. heroin tu mmg bollywood..dlu jd heroin citer slumdog millionaire..

    best eyh citer ni? nk tgk gk la..

    ReplyDelete
  19. kalau betul2 besttt..esok nak g tengokk jugaaaa....

    ReplyDelete
  20. antara cerita yang sgt berbaloi utk tgk kat pawagam :)

    ReplyDelete
  21. cerita ni famous masa zaman 80-an dulu x silap. dia remake balik rasenye.

    ReplyDelete
  22. Muni da tgok. Pilih cite ni sebab takut bulan pose tertengok cerita 18sxxx kan coz Muni kuar ngan kwn lelalki=maluuu...hihi...sblm tgk,muni dah baca preview die. Memang bst gila mengalahkan harry potterrr

    ReplyDelete
  23. yes! dah tengok. MEMANG LAGI BEST dari captain america kannn :D

    ReplyDelete
  24. tak tengok lagi, part 1 dah tengok, yg ni bila yek

    ReplyDelete
  25. yeap..cite ni mmg tebaekk..siyes GCI dia mmg mantop!! :)

    tgk ceaser tu pun ada sifat belas ehsan nk slamat kan kengkawan dia.ni maknusia semakin ari semakin teruk ngalahkan sifat binatang..aloiiiiii

    ReplyDelete
  26. cik epal!!! kiter pon dh tgk....hikhik...babak yg kiter touching bila ceaser nk kena tinggal kt tmpt chipanzi tue...

    ReplyDelete
  27. wah..cm best. mmg keupayaan babun tak boleh dinafikan. HAHA

    ReplyDelete
  28. wah,cik epal cite macam best jer cite ni...biar betol lagi best dari transformer

    ReplyDelete
  29. x boleh bygkan kalau babun betul2 berlakon..

    ReplyDelete
  30. haha..sama lah kita..
    memula tgk member beli tiket cite babun??
    mood dah tak best masa tu...
    mcm nak tgk animal planet je..
    sekali haaa ko...
    best gile...

    ReplyDelete
  31. haih cik epal mempengaruhi aku nak tgk citer ni la plak.mcm tertnye2 plak bile cik epal xreview habis sinopsis die.ish nak tengok !

    ReplyDelete
  32. mmg best n sgt sdeyh ble caesar kena kurung ! almost cried :( setuju ngn cik epal , babun mcm real ! haha, even i asked my fren are they real?? waitg for final dest.5 plak !

    ReplyDelete
  33. nak tengok cerita ni sebab nak tengok tom felton je. super hot kut walaupun evil hahaha

    ReplyDelete
  34. dah tengok jugak..best sgt cter ni..x rugi bayar tiket wayang kan CE??huhu

    ReplyDelete
  35. Movie ni memang the best ! Memang jauhhhh lagi best nak dibandingkan dengan Transformers yang mengarut tuu.

    Lagi 1 Cik Epal, jangan sesekali pergi tengok Cowboys & Alien. Tak best langsung sampai bila keluar panggung, muka dah macam alien sebab bengang. =.="

    ReplyDelete
  36. ala yg layan jahat kat babun tu tom felton yg jd draco dlm harry potter..

    ReplyDelete
  37. cerite 'babun' ni memang best..dah tengok siri2nya yg t'dahulu!

    ReplyDelete
  38. Sofea tak tengok lagi !!!!! sebab tengok gambar babun... xde selera nak tengok tp ramai kata best kannn wuwuw

    ReplyDelete
  39. cik epal mana aci comment blog jimmyjimmbo jew comment la blog sye jugak hahaha...

    ReplyDelete
  40. amboii kul 11 pagi dah tpacak kat mid bln2 puasa ni. klu sy, xsggup.. huhu eh best ye cte ni? nti nak tgk! tp mcm seram je tgk rupa monyet tu T__T

    ReplyDelete
  41. mega movie smalam pun cite sal babun, eh beruk.. scene yg paling dayun ingat dalam cite tu smalam bila beruk tu gtaw yg kaum beruk ni taraf dia lebih tinggi dari monyet. ada gak lagu tu..hehe. rasa cam nak tengok cite yg cik epal tengok tu.

    ReplyDelete
  42. dah tengok !!! memang best cita ni. airmata saya pun mengalir cik epal.. hahahaha kesian jiran will... last scene die bersin darah or batuk darah tak silap.. huhuhuh pilot tu memang nasib malang la... xD

    ReplyDelete
  43. cik epal.. babun tu yg bontot merah tu aaa... ini cimpanzi.. :) btw, trus book tiket pas bace entry ne.. eheee.....

    ReplyDelete
  44. cite ni memng besh laaa cik epal! hehee:P

    #sukee domoo jee...bukan babun..*tetibe *


    hahhahaa;D erk..okbai^^

    ReplyDelete
  45. Best ye? Wokeyhh! Ain tak sabar nak tengok citer ni sebab ada Tom Felton (walaupon dia jahat) dlm tu je! haha.

    ReplyDelete
  46. mcm best je..ke sbb cik epal yg promote ni..ahah..ok2.cuba2 cri masa free untuk tgk cite ni..thx

    ReplyDelete
  47. hoo..nmpk mcm best.
    nnti nk tgk jugak laa.
    oh!hr tu dila tgk behind the scene cite ni.
    yg jd caesar tu manusia.
    dy make-up ke ape ntah.x igt.
    tp memang manusia laa yg bwk watak tu.hehe! ;P

    ReplyDelete
  48. tahu tempe.. citer mega movie semalam kat TV3 pun pasal babun jugak..

    ReplyDelete
  49. memang best citer ni..akhirnya semua cipanzi blk ke hutan :)

    ReplyDelete
  50. ehh! heroin 2 bkn dlm cite slumdog millionaire ke? nak g tgk gaq la cite ni, hehe~

    ReplyDelete
  51. rase mcm best je suma cita. haha. cita ni best. koboi alien best, bos yg teruk pun best. haha

    ReplyDelete
  52. tol ke lagi best dari captain america cik epal? captain america memang best, xcited lak rasa nak tgk cite babun nih..hihi

    ReplyDelete
  53. hahaha..

    cian cikepal layan citer babun sensorang./

    meh scc temankan lain kali..

    tgk citer sal kambing plak pasnie yokk! :P

    ReplyDelete
  54. erk....babun tu ape ke..??
    ke ape tu babun..??
    yg mn dl ye...??hihi

    ReplyDelete
  55. cik epal buat saya nak tengok cerita ni.!
    teringat plak cite jebon.
    yang melayu punya tuh.

    ReplyDelete
  56. cik epal buat saya nak tengok cerita ni.!
    teringat plak cite jebon.
    yang melayu punya tuh.

    ReplyDelete
  57. haha, nak tergelak baca post cik epal. rase cm nak tgok je cite baboon nih. hehe.

    ReplyDelete
  58. haha. kelakar :). tak sabar nk tgk. konpem bukan kat panggung la. hahaha

    ReplyDelete
  59. hahaha..macam best je citer nie...ingtkan sekuel dari film planet of the apes je..nnt nak download lahh haha

    ReplyDelete
  60. hhahaha..yang part bangla tu sngt awesome..hahaha XD

    ReplyDelete