Monday, August 15, 2011

"Rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana?"


Someone emel aku bagi cerita ni. Aku tetiba rasa nak share. Kisah benar tentang seorang pramugari.Selalu orang emel cerita cerita macam ni mesti aku tak habis baca. Tapi disebabkan kisah ini sangat menarik hati aku. Aku baca tak berhenti or skip pon dari awal sampai habis. Semoga sesiapa yang baca dapat ambil pengajaran dalam cerita ni


suka gambar ni. COMEL! :D


Ok mari mulakan :

=======================



Artikel dari Hj.Mazlan Hj.Nasron. Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.



Walaubagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya baru 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.



Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak.



Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.



Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah.



Tiba di Madinah, semua orang turun daripada bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. Tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecah bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.



Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan.



"Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.



Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.




"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya, kita bawa dia ke hospital," kata saya.



Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.



Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.



Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.



Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.



Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?? Saya bertanya kepada wanita tersebut;



"Kenapa kakak menangis?"


"Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."


"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.


Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya ;


"Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak tendang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.


"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."



"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa koma?" tanya saya lagi.


Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan ;

"Mazlan...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini."


"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung.Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."


"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini, putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik", tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.



Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya ;

"Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih, pedih yang amat sangat, tak boleh nak diceritakan."

Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.



"Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar. Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. Tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar."



"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.



Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat daripada nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui, azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.



"Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah, akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."



Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.



"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat, kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.



Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.



"Kakak, yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa? Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke." tegur saya.



"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar."



Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqada'kan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.



"Tak boleh Mazlan. Kakak takut, kakak dah merasai pedihnya azab Tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul-betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya ;

"Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."



"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni? Allah..."



"Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."



Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Walaubagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?



Tidak.

Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?


Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis.

Adakah ia bercanggah?

Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa...

"Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..."

Itu dah terlambat.


==============

Terkesan jugak bila baca kisah ni. Mula mula aku macam tak percaya jugak akak ni boleh rasa azab azab tu semua time dia koma. But lepas kejadian tu dia bertaubat nasuha semua, aku just ambil iktibar je lah dalam apa yang tertulis dalam cerita ni.


Best jugak bila baca benda benda pengalaman orang ni. Dalam masa yang sama, kita boleh muhasabah diri kita jugak kan? Bersyukur kita boleh bernafas lagi dekat bumi Allah ni dan bertaubat lah sebelum kita terlambat.


Renung-renung kan dan selamat beramal =)



ok bye!


87 comments:

  1. thanks cik epal kongsi ni .
    salah satu yang boleh jadi pendorong eianz supya terus kekal bertduung .

    amin ;'D

    ReplyDelete
  2. Allah itu maha adil lagi penyayang ..

    www.anastasyea.com

    ReplyDelete
  3. pernah dapat emel sebegini...

    perlu dijadkan iktibar

    ReplyDelete
  4. diri bukan untuk diperagakan kpd manusia,tetapi untuk diperhambakan kepada Allah Taala.. ^_^
    good entri :)

    ReplyDelete
  5. pernah jugak baca cerita ni dulu..memang termenangis jugak lah...

    ReplyDelete
  6. mcm cerita dlm mastika.. dulu slalu bce.. hehe..

    ReplyDelete
  7. kisah ketika berada di makkah..najah dlu mmg suka baca ksh2x mcm nie..mcm2x ada..ade yg air mandi bertukar jd panas..sesat dalam masjidilharam..mcm2x lgla..thanx 4 sharing..:)

    ReplyDelete
  8. Astaghfirullah..
    moga Allah ampunkan dosa CE dan semua muslimin
    btw, cite2 cm ni dh memang banyak jadi mase org koma..smoga kite mndpt hidayah Allah

    ReplyDelete
  9. Ya Allah takotnya dengar cerita akak tu.. bile pikir balik camne la perempuan yg xpakai tudung tu kalo satu helai rambut sama dengan satu dosa. kalo banyak??? berapa dosa dye.. subhanallah... insyaallah ambil iktibar dari cerita akk tu.. (^_^)

    ReplyDelete
  10. Dah baca cite ni dulu.
    Takut bila dia cakap camtu sbb kdg2 kita tak sedar. Depan sepupu yg juga bukan muhrim tu pun masih tak terjaga aurat.

    Moga ramai yg ambil iktibar.
    Thanks Cik Epal.

    ReplyDelete
  11. subhanallah...
    insaf ble bce ni.
    cdey n takut dgn blsn Allah.
    Semoga kte semua djauhkn dr azab seksa d dunia n akhirat.

    ReplyDelete
  12. cerita yang berpengetahuan...ingat2 ye wanita islam.....sy pu kena ingat jugak utk diri sy...selamat berpuasa

    ReplyDelete
  13. pernah baca artikel nie..sangat menyentap jiwa raga!sapa makan cili of kos terasa pedas nyer!
    sampai skrg terngiang2 cerita nie dalam kepala~~

    ReplyDelete
  14. ouhh. ni citer penah msuk wyang dah. pape pun. trima ksih ats nsihat tuu. trksan jgk la

    ReplyDelete
  15. ya Allah ya tuhanku.. yana tak mampu nak komen apa2.. meremang bulu yana baca entri cik epal kali ni..

    ReplyDelete
  16. selamat beramal,,dan mengambil pengajaran..salam ramadan.

    ReplyDelete
  17. tertiba termenung seketika...

    Harap harap dijadikan pengajaran buat kita semua...

    ReplyDelete
  18. bagus di jadi kan pengajaran ..

    ReplyDelete
  19. Penah baca cite ni..Tapi papepun terima kasih mengingtkan kembali..insaf!

    ReplyDelete
  20. Nice one huhu nak share sumthing dengan cik epal-------> http://www.youtube.com/watch?v=-732Vf9L55A&feature=related

    any comment about this cik epal?

    ReplyDelete
  21. so x der alasan pun sebenarnya dengan belum dapat hidayah atau belum bersedia..bayangkan kalau tiba2 kita dijemput Allah..kita bersedia x? kita tahu x? jadi sepanjang masa dan setiap masa kita kena muhasabah diri kita..jadi anytime Allah jemput kita ..kita dah ada bekalan ..so x der ALASAN x bertudung bagi orang islam..kan..hehe

    ReplyDelete
  22. terima kasih cik epal sebab kongsi perkara yang bermanfaat ni..

    ReplyDelete
  23. *crying badly* tak pernah rasa macam ni , this is my first time menangis baca kisah macam ni. soon, in very soon. insya Allah . pray for me =)

    ReplyDelete
  24. abyan suka bila cik epal buat entry cam ni.. ala2 dakwah gitu :)

    ReplyDelete
  25. orang yang tak kena azab tak kan jadi camtu pnya . eee . bukak la hati aku :)

    ReplyDelete
  26. subhanAllah..kuasa Allah SWT
    semoga kita mendapat pengajaran..dulu eka pon tak bertudung.ikut sangat fesyen2 ni..nak nampak cantik konon..tapi bila dah makin besar,makin matang..mula terfikir..apa yang kita cari..nak cantik ke nak dosa ke nak pahala ke......
    Alhamdulilah..mahu terus kekal begini........

    tq for sharing kakak epal...

    ReplyDelete
  27. cerite yang memberi bnyak pengajaran....peh takot ble die c erite pasal azab2 tu semue....meberi iktibar kepade diri sendiri...

    ReplyDelete
  28. pernah baca pasal ni. MasyaAllah..

    ReplyDelete
  29. boleh dijadikan iktibar cerita ni..

    ReplyDelete
  30. Cik Epal , terima kasih banyak-banyak kerana sudi share maklumat ini . Dulu , saya keluar rumah banyak kali tak pakai tudung . Bila ditegur alasannya mesti mcm ni " Saya budak kecik lagi lah . Bukan dosa pun ." Bila difikir-fikir , siapa yg tanggung dosa kita tu ? Sanggup ke kita tgk ibubapa kita diazab kerana kita yg buat dosa tu .
    Nauzubillah ...

    ReplyDelete
  31. hurmmmm,,benar 2 mmg benar,,
    tpi point dia bkn pasal ttop rambot nyer,,kepada wanita2 sekalian,,menayang kn kejelitaan dan keayuan wajah dan tubuh badan anda juga adalah BERDOSA!!
    sile2 lah tgok gamba2 y anda tyngkn 2,,sesuai ke x.. :)

    ReplyDelete
  32. hurmmmm,,benar 2 mmg benar,,
    tpi point dia bkn pasal ttop rambot nyer,,kepada wanita2 sekalian,,menayang kn kejelitaan dan keayuan wajah dan tubuh badan anda juga adalah BERDOSA!!
    sile2 lah tgok gamba2 y anda tyngkn 2,,sesuai ke x.. :)

    ReplyDelete
  33. pernah bace dulu.. dulu feyqa xpkai now dh pakai, ALhamdulillah

    ReplyDelete
  34. perkongsian yang baik walaupun sudah lama kisah ini disisarkan dimastika.

    betul wajib tutup rambut tapi kena faham menutup aurat bukan sahaja tutup rambut tetapi kena labuhkan tudung menutup buah dada, tidak ketat dan jarang malah bila sudah memakainya kena buat checklist aku berasa cantikkah memakainya??jika ya kena semak kenapa kita rasa cantik dan kepada siapa kecantikkan itu mahu ditayangkan. Begitulah juga aurat2 yang lain. Wallahhualam.

    ReplyDelete
  35. ayah saya penah tdo n mimpi dikelilingi api y sgt besa n banyak.die lari2 cari jln klua tp x jumpa..bangun2 dy trus sembahyang..

    dengar pon saya takut tp kadang2 saya berharap utk bermimipi mcm tu jugak bia betul2 terkesan saMPAI bile2,bukannye sebulan dua..

    ReplyDelete
  36. Cik Epal. nak share boleh ngak?

    ReplyDelete
  37. pernah baca artikel ni dlm satu buku. Lupa title apa. Dalam buku tu, banyak lg kisah yg kita boleh ambil iktibar.pernah baca artikel ni dlm satu buku. Lupa title apa. Dalam buku tu, banyak lg kisah yg kita boleh ambil iktibar.

    ReplyDelete
  38. perghh,meremang segal bulu aku baca cik epal.takutt lah.aku nak pakai tudung lahh :')

    ReplyDelete
  39. semoga cerita sebegini memberi iktibar kepada semua orang ..
    Allahu Akbar :)

    mohon share ya cik epal :)

    ReplyDelete
  40. dulu saya pun x pakai tudung..lama tak pakai..hmm..berdosanya saya..smoga allah ampunkan dosa2 kita semua amin...

    ReplyDelete
  41. alhamdulillah :) i'm touched, teringat pulak dulu mcm mana susah and liatnye bile start pakai tudung.. :)

    ReplyDelete
  42. Mmg meremang bulu roma bc. Pakai tudung sahaja pun tak cukup lagi, amalan2 yang dituntut jgn lupa kann.

    ReplyDelete
  43. syukur Allah berikan akak tu peluang.. ney bukan semata-mata soal tudung..tapi ney soal ibadat kita. solat, pergaulan, percakapan..ya Allah..aku pun tak sempurna mana..

    ReplyDelete
  44. Alhamdulillah ramai yg dh psg hajat nak bertudung lepas baca entri ney. Tp kpd yg btudung pulak, perbaiki diri kita jugak. Jgn dok seru org supaya btudung tp at the same time kita rasa kita bagus sgt smpi x perlu tambah amal ibadah. maaf jgn terasa. komen sy ini bsifat umum. =)

    ReplyDelete
  45. takutnya bila baca cerita2 macam ni

    ReplyDelete
  46. macam yang dalam cerita Maut tu kan? anyway tanx CE share cerita ni. moga lepas ni saya lebih jaga aurat saya... :)

    ReplyDelete
  47. wuuu..bergenang air mate smbil bc ni..kalau ade yg x trkesan kat hati gak tu x taw la cmne..

    ReplyDelete
  48. akak sygg! =) im so touched sbb sy nie on off je.hemmm.
    sgt takowt..
    can i share..?mntk izin nie...

    ReplyDelete
  49. bertudung pun perlu ada caranya jugak kan, yang penting aurat di tutup dengan sempurna dan bukan sekadar berfesyen :)

    ReplyDelete
  50. thanks 4 sharing cik epal..

    sgt terkesan.. T_T

    ReplyDelete
  51. Thanx cik epal.. tersentap jgak bce entri nie.. doakan saudara2 kita berubah yea, termasuk dri sendri.. amin.. kena wat kempen kan, Hijrah berhijab ker kan.. huhu

    ReplyDelete
  52. terharunye baca.rasa macam kena kat diri sendiri je azab tuh.subhanallah.

    ReplyDelete
  53. huhu takut nya .. part yg buah dada tu ngeri sgt ... wpun dah prnah baca cerita ni tapi sgt terkesan .. semoga kita semua berubah ke arah kebaikan ..

    yg bertudung teruskan lah hgga ke akhir hayat ..

    dan yang tak bertudung mulakanlah hari ini .. mana tahu Allah bagi satu perasaan lain bila dah bertudung ... insyaAllah

    ReplyDelete
  54. errr... takut gak dengar... huuu.. pakai la tudung yaaa.. (cek tayah.. huhu) peace no war..

    ReplyDelete
  55. memang berkesan. kak zu dah ada email ni dulu

    ReplyDelete
  56. serius...di bulan ramadhan ni..aku bersyukur tuhan telah buka kan pintu hati ku tuk bertudung...tapi tak taw camana nak memulakannya....sebab aku takut bila aku pakai tudung nanti, aku takut pakai tudung di padankan dengan baju lengan pendek yang ketat..seluar ketat...sebab boleh di katakan baju aku semua stail macam tu....wahai wanita2 yang bertudung boleh bagi petunjuk camana aku nak memulakannya..
    mood : masi dalam di lema..

    ReplyDelete
  57. Salam.. btl tu.. ramai org Islam atas nama je Islam.. hope bila dengar kisah2x seperti ini yakni kisah benar, moga kita sama sama mencari cahaya keimanan. Selagi ada masa minta la keampunan. Allah s.w.t itu maha pengampun lagi penyayang. Ramai gak yg saya penah dengar dan tgk minum arak ada dalam negara mahupun luar negara.. Moga mereka akan temui hidayah dari Allah. amin..

    ReplyDelete
  58. thanks cik epal sbb sudi kongsi story ni

    ReplyDelete
  59. macam dalam drama.. ada kat tb. huhu

    ReplyDelete
  60. selalu dapat email cerita yang memberi iktibar..

    TAKUT! Allah Maha Pengampun..

    ReplyDelete
  61. Cik epal , meh follow saya meh XD nice entry :D

    ReplyDelete
  62. tu azab yang tak pakai tudung, kena ingat gak...gambar kita yang terdedah, yang x pakai tudung pon berdosa kalo orang bukan muhrim tengok,

    So kalau ade yang simpan gambar2 tak pakai tudung, yang terbukak aurat tu, remove2 la...

    sekadar ingatan untuk diri sendiri jugak..wslam :)

    ReplyDelete
  63. salam perkenalan... hye.. cerita ini penuh dgn tauladan.. masih byk lg dosa kita yang kita buat.. xterkira bnyk nya... Allah maha berkuasa..

    ReplyDelete
  64. sangat seram..wani ada buat entry pasai post cik apple ni.. kita pasti akan berjumpa yang maha pencipta..

    ReplyDelete
  65. subhanallah.
    terima kasih sbb kongsi cerita nie.
    kadang2 saya rasa sedih sangat, masih ramai lagi orang islam di malaysia ni yang tak bertudung.
    saya bukan nak cakap saya ni sempurna.
    kadang2 saya rasa nak sangat tegur kawan baik saya supaya pakai tudung.
    mungkin dengan cerita ni, insaallah boleh sedarkan dia n ramai lagi perempuan islam yang masih belum bertudung.
    saya mintak izin nak share cerita ni ye :)

    ReplyDelete
  66. dah pernah baca kisah nii. and kalau tak silap, ada sama sikit macam film MAUT arahan BADA. tapi dia lain sikit sebab dia tak pegi haji je.

    ;) sangat menginsafkan bila membaca. hope kita sama2 dapat jaga maruah diri sampai bila2. amin ;)

    ReplyDelete
  67. harap ia akan jadi pengajaran dan iktibar pada kita semua

    ReplyDelete
  68. thanks cik epal share prkra y bek .. :)

    ReplyDelete