Monday, August 8, 2011

Lelaki curang?? Pasangan Curang?? Ahh semua nak curang. Apa pon tak boleh!

*ENTRI INI untuk sesiapa yang emel aku cakap pasal pasangan korang curang, ada orang ke tiga and so on.Yang ada emel aku pasal tunang dia tetiba tak kasi contact kat henfon, suruh call pakai tepon rumah, yang tetiba pasangan dah berubah. ahhh macam macam emel aku dapat baca masalah depa ni Aku bukan Dr Love ke hape. Sesikit boleh lah nak advise kan. Sebab ni antara pengalaman aku jugak lah dulu dulu.Baca lah kalau rasa nak baca.Entri Re-post





Aku suka gambar ni. nampak sweet. heee =)




si A dan B tengah berbual bual sambil makan cekedis.



A: Aku ada problem la.

B: Problem pasal apa pulak dah?

A: ni haa. Boy friend (buaya friend) aku ni buat hal lagi.

B: Dia buat apa lagi dekat kau? Hadoi la. Tak habes habes lagi kah?

A: hmmmmm aku macam kurang percaya la dekat dia

B: kenapa kau tak percaya dekat dia?

A: Dia tiba tiba buang facebook dia sebab aku add dia. Yang aku pelik perempuan lain yang lawa lawa boleh pulak dia add. tapi aku suka suka je dia buang. Lepas tu, dia terus buang facebook dia. Status relationship "single".

B: haha

A: dia macam sorok something la daripada aku. then, dia kata itu PRIVACY dia. So aku tak boleh nak add dia dekat facebook dan tak boleh kacau so-called PRIVACY dia tu la sangattttt.

B: Macam ni la. Kau bagi je la privacy yang macam dia nak tu. Tak payah la nak add dia or tak payah la susah susah kau nak tahu dia curang ke tak belakang kau dekat facebook dia tu

A: Kalau dia curang pon buat bodoh je la ea?

B: tak payah la buat bodoh. kau memang dah bodoh sebenarnya. haha. Kalau dia dah memang curang, bukan takat facebook dekat mana mana pon dia boleh curang kalau dia nak. tak lah macam ni. Kau biar je la dia nak buat apa. If dia kata tu privacy dia. dah! kau tak payah sebok sebok serabutkan kepala otak kau nak fikir semua apa dia buat and so on. Give him space

A: Kalau dia cakap dia single dengan semua perempuan tu?

B: biar je lah. Lagipon kau bukan ada ikatan apa apa pon dengan dia. Even kau bertunang pon, bukan jaminan yang dia tu hak milik kau. So, kalau dia nak curang ke apa. Kau tak rugi apa apa pon. Dia la yang rugi, sebab curang dengan orang yang setia dekat dia macam kau. Yang kau sayang sangat dekat dia pehal? Aku tengok dia anggap kau biasa je.

A: entah la. bab hati dan perasaan ni. biasa lah. (muka sedih la konon)

B: Mungkin dia sayang dekat kau. Tapi sebab dia muda lagi. So, dia rasa better dia banyak kawan perempuan. Dan mungkin jugak nak cari yang terbaik?

A: hek elehhh tak ada alasan lain ke selain mencari yang terbaik? sungguh tahi bull ok alasan itu

B: lelaki memang macam tu wei. Susah la kau nak dapat yang betul betul setia. Kalau ada pon one in a million. Macam pakcik aku. dah kawen dah, tapi baru baru ni kawen kali ke dua plak. Aku pon terkejut kau tahu? nak kata dia tak sayang isteri first dia tu. dia sayang je. Tapi mungkin dia dah gatal nak berbini dua. tu kahwin tu. Biasalah lelaki. pantang nampak dahi licin. haha


A: Kalau lepas ni aku dapat tahu lagi dia ada perempuan lain macam mana??

B: Come on la! kau hidup dalam dunia ni untuk dia seorang je ke cik akak?? wake up la wei. banyak lagi benda kau boleh kecap dekat dunia ni. Hidup kau bukan sebab seorang lelaki ni je ok. Kau kejar cita cita kau dulu. Kalau dia taknak kau, dia curang dekat kau, kau nak kesah apa? Janji diri kau tu. be someone! be someone yang boleh dibanggakan. Kau ingat tak ada orang nak dekat kau? mungkin la kau tak jumpa lagi

A: tapi aku sayang dia.

B: tak kesah pon nak sayang orang. tapi jangan terlampau. Biasa biasa je. Dia pon belum tentu lagi jadi milik kau. Dan aku rasa kalau dia jodoh kau, SEBANYAK MANA PON PEREMPUAN YANG DIA JUMPA, SEBANYAK MANA PON DIA PERNAH COUPLE. AT LAST DIA MESTI CARI KAU BALIK. PERCAYALAH CAKAP AKU.

A: kalau aku ni di antara stok stok yang dia simpan?

B: kalau lah kau ni ditakdirkan just jadi skandal dia je or memang dia dah ada steady girlfriend dia yang lain, kau redha je la. mungkin dia bukan terbaik untuk kau. kau kena ingat. Kita akan jumpa orang yang SALAH dulu. barulah kita dipertemukan dengan orang yang betul.

A: hmm

B: dah lah wei. Aku memang menyampah betul tengok perempuan yang kena main dengan lelaki ni. Kena main tu satu hal. Lepas tu emo emo satu hal. Rileks sudah. Hidup ni kena enjoy. bukan tension manjang. Lelaki ni memang perangai diaorang dah memang macam tu. Tak boleh nak buat apa lah. If dia memang setia or dia memang buaya. itu dia sendiri lah yang boleh decide. lagi satu kalau kau betul sayang dia la kan. FIKIR APA YANG KAU BOLEH BAGI DEKAT DIA. JANGAN FIKIR APA YANG DIA BAGI DEKAT KAU. mungkin benda tu yang special ada dekat kau berbanding dengan perempuan perempuan lain yang dia pernah kenal.

A: =)

B: aku tak mintak banyak la dekat kau. just be someone! be somebody! Jangan sebab lelaki kau down. Banyak lagi benda kau nak fikir sebenarnya daripada kau nak fikir dia tengah wat ape, curang ke hape. Ignore je lah benda benda bodoh and tak penting macam tu. kalau dia betul betul jodoh kau. kau lari macam mana pon. kau akan jumpa dia jugak. Kalau tak tu, kau redha je la.


cekedis yang di makan tu pon tak habis habis. syok sembang punya pasal. lagipon cekedis tak baik untuk kesihatan. Makan cekedis masa lepas terawih. Kami puasa.  hikhik


=================================



ya Allah, jika benar dia jodoh ku.. kau satukanlah kami.. jika benar dia milikku, kau dekatkanlah hati-hati kami dengan kasih sayang yang mendalam.. jika benar dia yang terbaik buatku.. kau peliharalah perasaan cinta antara kami.. agar kami saling mengasihi.. agar kami saling menghormati..




jangan ya Allah.. kau uji hati-hati kami dengan ujian yang tidak sanggup kami terima... sungguh ya Allah, aku lemah dalam mengharungi segala ujian yang engkau turunkan.. benar ya Allah, aku sangat mencintai dirinya dan keluarganya..



Tapi seandainya kami tidak dijodohkan untuk bersama.. dan dia bukanlah yang terbaik untukku ya Allah.. kau tunjukkanlah kebenaranMu agar hati ini akur atas kehilangannya.. Kau jauhkanlah hati-hati kami yang dulunya bersatu atas dasar kasih sayang.. kau berikanlah kekuatan buat hati-hati kami agar kami redha dengan ketentuanMu ya Allah..


Jangan Ya Allah.. jangan kau jauhkan hati-hati kami dengan perasaan benci dan saling berdendam.. Engkaulah yang Maha Berkuasa memegang hati-hati kami... Engkau berhak ya Allah.. untuk menjauhkan hati-hati kami kerana Kau Maha Mengetahui yang terbaik buat kami...



Aku mohon ya Allah, cekalkan hati ini.. lindungilah dia jauh disana.. pertemukanlah dia dengan insan yang lebih baik dari sebelumnya.. Agar dia terpelihara, agar dia bahagia....


Jika dia tidak lagi jodohku dan bukan milikku.. kau pertemukanlah aku dengan insan yang boleh membahagiakanku......

*credit to LUMUT for this DOA




 Always remember to love your fellow humans. But true love is only reserved to Allah,the one and only God. =)



p/s: Cuba teka aku yang mana. A ke B? muahahaha

77 comments:

  1. betol. doa itu senjata umat islam

    ReplyDelete
  2. ...kerana jodoh itu pasti! hehehe

    ReplyDelete
  3. cik epal..entry ni sdey la sbnanya...;( tlg la bg i nasihat yg bernas utk lupa kan ex..ha..

    ReplyDelete
  4. dgr tu pompuan..,


    cuak kena tggl sebab dah menggedik dan menggatal dgn laki tu kan?? tu pasal takut terlepas..


    renung2kan dan selamat beramal


    sekian.

    ReplyDelete
  5. comel nye cte. suka ! btol tu. jgn emo2. chill . heee

    ReplyDelete
  6. dlm dunie nie bkn sowng je lelaki . . .hihihi kumbg bkn sekor. . cik epal i copy pste u punyr doa bole kn..

    ReplyDelete
  7. betul3..syg mcm mna pun kita dgn human, kita still ada tuhan :)

    ReplyDelete
  8. me ingatkan cik epal nak kupas psl KFCM heheh

    ReplyDelete
  9. Terbaik ni cik epal~~ tenkiu2..
    terkena sebijik kat muka! tapi ni bkan kes curang la..tapi kes ngelat2 ni...dugaan ramadan..sedey kot :(

    ReplyDelete
  10. terbaekkkkk ar cik epal jadik motivator!haha

    ReplyDelete
  11. hm... bnyk tu prob curang...
    i still dnt hv any expernce but dri sini bnyk input :)
    tq

    ReplyDelete
  12. betoi tu CE..
    biar kte ni jd somebody yg boleh dibanggakan.

    ReplyDelete
  13. salam ci epal: mama rasa memang betul tu kalau dah die curang buat apa masih nak tunggu lg...
    bukan die sorang yg ada kat dunia ni
    ramai lagi lelaki yg baik dan terbaik masih ada...
    kalau betul die mmg curang lepaskn dan bina hidup baru itu lebih baik kn..
    semoga kita akan bertemu lagi dgn yg lebih baik dr nya...InsyaAllah...

    ReplyDelete
  14. jodoh di tangan Allah..
    Andai kita sayang melangit pun tapi kalau dia bukan jodoh kita, memang tak kan ke mana...

    yang penting, make sure jaga diri, jangan senang serahkan dara kepada lelaki sebelum dia sah menjadi suami...

    ReplyDelete
  15. tapi..hanya masa yg boleh buat kita lupakan dia..perit tuuu...

    ReplyDelete
  16. nk tmbah skit leh x??xsume laki cmtu...mayb majoriti but not at all..trase kite...pastu nk mintak izin copy doa tu ek??

    p/s: blogwalking.. =)

    ReplyDelete
  17. KOMPEM YANG BANYAK BEBEL TU CIK EPAL..KAN??KAN??KAN??HAHAHAHAHAHAHAHA..

    ReplyDelete
  18. setuju sangat dengan entry nie.. huhuh

    ReplyDelete
  19. 1stly, suke gmbr/lakaran tu.. cntik+swettt sgt... ^^,


    n sgt2 sukeeeee doa tu..


    thx,cik epal.. ^_^

    ReplyDelete
  20. sukaa entry nehh! nak share heh cik epal (:

    ReplyDelete
  21. hurmm cerita tu sama ngan situasi sy..skrip tu hampir sama dgn skrip sy dan sahabat sy.. thanks cik epal yg deboommm!!

    ReplyDelete
  22. skrip tu sama mcm skrip sy ngan sahabat sy..betul apa yg dikata..Thanks cik epal yg deboomm!!

    ReplyDelete
  23. setuju dengan cikepal lagi.
    chill cukup, jus let go
    orang yang tak reti appreciate tu. ;DD

    ReplyDelete
  24. terbaek lah..hehe..best2..setuju sgt ngn si B..ehehe..cik epal yg B kot...hehe

    ReplyDelete
  25. adooyyyyaiiii...
    sakittttttttttt

    ReplyDelete
  26. lau bab curang ni...dua-dua ada...laki boleh curang..pompuan pun ada gak yg curang.....hurrmm...

    ReplyDelete
  27. B kot! hehe

    cik epal! akak ade emel kt awak tp lom lg reply..huhu

    ReplyDelete
  28. cik epal of coz la yg bernama B tu..hehehe

    **betul ke??slh mampus..keh3

    ReplyDelete
  29. huwaaaaaaaa!!!! rase mcm cik epal tgh ckp ngn saye aa...T.T

    rasenye cik epal yg B tu..huhu~

    ReplyDelete
  30. pnh bc kisah nie, mmg betul2 membuka mata seorg pempoan,xpyh nk meratap sgtlah klu kne dump... :)

    ReplyDelete
  31. cik epal...ni topik hangat ni!!!! pasti cik epal kena bwt entry...mcm ne nk kenalpasti pasangan anda curang plak!!!

    ReplyDelete
  32. bagus btol nasihat cik epal..tp memang btol pon ape yang cik epal ckp..

    #Giveaway: AKU BELI KE TAK????????

    ReplyDelete
  33. cik epal yang A, betul dak ? heehehe

    ReplyDelete
  34. marilah kita berdoa supaya mendapat pasangan yang baik dan sekufu dengan kita.. :)

    ReplyDelete
  35. aku suke entry ni pasal ade kena mengena dgn aku skrg muahaha :D

    ReplyDelete
  36. betul tu...lelaki bukan sekuntum!!! tak perlu nak meratap merayu bagai... kalo org dah taknak watpe kita nk terhegeh2 kan...better teruskan idup...yg akan datang maybe lebih baikkk....

    ni bkn tuk girl je...lelaki pun sama la...sometimes lelaki baik..girl wat hal...so papepun tak payah nak mengalah lelebih!...sekali dua bagi muka boleh la...masuk kali ketiga..boleh blah la!! huhuhuu....

    ReplyDelete
  37. nyampah la aku dgn laki bangang camni..aku hot cam megan fox pon, kalo dapat lelaki gampang kene tinggal jugak kan..

    ReplyDelete
  38. laki bukannya sekuntum dua :)
    berjuta2 kann ?

    ReplyDelete
  39. mcm ad kene mengena dgn kfcm je,hehehe

    ReplyDelete
  40. Tak payah nak gelabah sangat, selagi hanya berstatus BF mahupun tunang. Hati kita nie senang sangat terpusing bila nampak benda lagi baik depan mata. Dan nama pun ada nafsu.

    Cuma kepercayaan, bertolak ansur, perlu diperkemaskan dalam hubungan.

    Kalau tue tak boleh jugak mungkin dah bukan jodoh, dan hanya perlu dijadikan pengalaman hidup.

    ReplyDelete
  41. no komen..hati dan perasaan mmg susah nak describe

    ReplyDelete
  42. salam cik epal.. terbaik~! :)

    ReplyDelete
  43. PERADUAN MENEKA..

    sy rasa.. cik Epal adalah B

    confirm.. :)

    ReplyDelete
  44. Moral of the story.... PINGGAN TAK RETAK , NASI TAK DINGIN.... ish3x... sorry teremosi la pulak....

    ReplyDelete
  45. rilex sudah.. yg putus2 ni bnyk emo je..

    ReplyDelete
  46. ala...mestila yg de kepohest dlm dialog tu...
    =D hihikk...

    ReplyDelete
  47. Cik epal, thanks for this entri. Sangat-sangat terima kasih!

    ReplyDelete
  48. setiap yang berlaku ada hikmahnya

    ReplyDelete
  49. TERBAIK!! cik epal, nk mintak izin copy doa tu ea ^^ xbg pun nk gak~ hihi.. TQ :)

    ReplyDelete
  50. cik epal, ni first time saya comment blog cik epal (:

    first of all,
    i would to like say TERIMA KASIH BANYAK BANYAK kat awak sebab entry ni dah TERbuat saya mengeluarkan air mata and yes, it touched a string !

    dialog dialog ni buat saya teringat ingat :

    -Hidup kau bukan sebab seorang lelaki ni je ok. Kau kejar cita cita kau dulu. Kalau dia taknak kau, dia curang dekat kau, kau nak kesah apa? Janji diri kau tu. be someone! be someone yang boleh dibanggakan. Kau ingat tak ada orang nak dekat kau? mungkin la kau tak jumpa lagi

    -tak kesah pon nak sayang orang. tapi jangan terlampau. Biasa biasa je. Dia pon belum tentu lagi jadi milik kau. Dan aku rasa kalau dia jodoh kau, SEBANYAK MANA PON PEREMPUAN YANG DIA JUMPA, SEBANYAK MANA PON DIA PERNAH COUPLE. AT LAST DIA MESTI CARI KAU BALIK. PERCAYALAH CAKAP AKU.

    -Kita akan jumpa orang yang SALAH dulu. barulah kita dipertemukan dengan orang yang betul.

    -lagi satu kalau kau betul sayang dia la kan. FIKIR APA YANG KAU BOLEH BAGI DEKAT DIA. JANGAN FIKIR APA YANG DIA BAGI DEKAT KAU. mungkin benda tu yang special ada dekat kau berbanding dengan perempuan perempuan lain yang dia pernah kenal.

    -kalau dia betul betul jodoh kau. kau lari macam mana pon. kau akan jumpa dia jugak.

    hm thanks cik epal.

    ReplyDelete
  51. kalau ade gambar laki curang mane2.. send la kat ak.. bley ak troll sket org tu.. hobi mase lapang ak troll orang. hahaha...

    ReplyDelete
  52. wah...cik epal cite pasal ati dan perasaan ni...jgn percaya sgt dgn asmara2 ni

    ReplyDelete
  53. cik epal mmg terbaik dr ladang..terus doakn cik epal kurus pas bace entry ni..hehe...

    ReplyDelete
  54. girl tend to do something out of ordinary when it comes to love kan.. angau terlebih pon ye.. hee entri best.. even rasa pedih tapi tu hakikat kan... thanks for sharing..=)

    ReplyDelete
  55. salam.....aku suke the way kau jawab tu..=)....tk care....

    bile aku bace doa yang aku tulis dulu tu..aku terigt saat aku nangis2 taip doa tu....hari ni ramai yang baca..=)

    ReplyDelete
  56. sy suke entry nie...btul sgt2..wat pe nk meratapi owg yg x reti nk hargai kita..mayb ade hikmah sume bnda nie terjadi =) sgt suka doa2 2..

    ReplyDelete
  57. memang sakit bile kite diduakan..bukan senang tok ubat diri dari luke cinta..tapi pape pown life must go on...setiap yang berlaku ade hikmah disebaliknyer

    ReplyDelete
  58. udah bahagia hdup ini tnpa lelaki yang digelar kekasih.. kawan-kawan sntiasa disisi..

    ReplyDelete
  59. doa tu mmg menjadi la cik epal...dulu penah gak kene tinggal2 ni...pastu aku redha la ngn ketentuan Tuhan...then hari2 berdoa supaya Tuhan bukak kn pintu hati dia...then dia muncul balik dgn sendri slp 2thn...btol kate org sejauh mn dia pegi kalu tu jodoh kite,kite akan bersatu...dan mmg betol dia pn dh jad husband aku...ank pn dah satu...yaahhoooo!!!

    p/s:love is miracle...

    ReplyDelete
  60. suke sgt cite part ni ade ilmu sikit pasal baba ni.. tq cik epal...

    ReplyDelete
  61. rasa nyer cik epal adalah orang yang menghadapi masalah iaitu si A Ssbb dulu tak silap masa cik epal publish entri nie ada probs dengan SS kan??
    hehehe

    ReplyDelete
  62. erm...cik epal tolong ler..wat entry tuk org2 yang bru putus tunang lak~ nsht ke pndgn ke entry lwk ke tuk mencriakan balik aty2 org tue~~

    ReplyDelete
  63. aku suke entri ni, leh sedarkan semua perempuan utk lebih kuat dan tabah . hey perempuan, we can stand and live without man rite ?

    ReplyDelete
  64. macam tertouching kejap bace doa kat bawah tu. sob sob T_T

    ReplyDelete
  65. love this entry so much esp dialog tuh! thanks alot . entry yang sedih tapi everything is true :')


    -Hidup kau bukan sebab seorang lelaki ni je ok. Kau kejar cita cita kau dulu. Kalau dia taknak kau, dia curang dekat kau, kau nak kesah apa? Janji diri kau tu. be someone! be someone yang boleh dibanggakan. Kau ingat tak ada orang nak dekat kau? mungkin la kau tak jumpa lagi.

    -nak share eh :')
    http://kyralovelious.blogspot.com/2011/08/feelings-change-memories-dont.html

    ReplyDelete
  66. hmm..speechless bila baca entry ni mungkin..tapi betol lah laki lambat nak matured..dorang belom puas hidup lagi then cari semua pompuan konon nak cari yg terbaek buat bini..atoyai..naseb perempuan ke? tak jugak perempuan yang biarkan diri dipermainkan..kan..

    ReplyDelete