Monday, August 22, 2011

Kad Raya semakin pupus



Semenjak dua menjak tiga menjak zaman IT semakin canggih manggih ini. Budaya menghantar kad raya sudah semakin pupus dah aku tengok. Aku pon dah tak semangat dah nak hantar hantar kad raya ni



Dulu dulu zaman sekolah, kemain semangat kot hantar kad raya. Siap bangga lah kalau dapat kad raya paling banyak. Macam kan ada pertandingan siapa dapat kad raya paling banyak je sampai bangga kembang hidong lapan cm kemain bila dapat kad raya.



Dewasa kini (cehceh macam nak buat karangan SPM) budaya menghantar kad raya di kalangan penduduk Malaysia telah pudar dan semakin pupus.




Kalau aku nak bagi kad raya dekat kawan kawan aku. Aku suka yang ada kartun kartun. Sebab kartun dalam kad raya selalu comel comel


Tapi dulu masa zaman sekolah, apa yang aku tulis dekat kad raya mende mende sama je manjang cuma nama je tukar. Antara benda wajib tanya dalam kad raya






"Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh


HOIII ****** (nama setiap kad akan bertukar)


*part ni semua kad sama


Baju raya ko berapa pasang tahun ni?
Mak ko beli kuih raya berapa balang??
Baju raya ko warna apa?
Ko agak agak tahun ni ko dapat duit raya berapa banyak??
Cantik tak kasut raya ko tahun ni??
Masa ko balek kampung kan... ko ada tak pasang lagu Sudirman yang balek kampung tu??


Ok tu je aku nak tanya. di kesempatan ini aku ucapkan selamat hari raya dekat ko. Ko jangan makan banyak sangat time raya ni nanti kau gendut. Aku mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki kau kalau aku ada buat salah. Kosong kosong lah wei. Hari raya ni tak baik kalau kita tak memaafkan antara satu sama lain



SELAMAT HARI RAYA!! Nanti bagi aku duit raya tau!


Pecah kaca pecah gelas. dah baca, kena lah balas! (yang ni wajib!)


=)"




Lebih kurang macam ni lah aku tulis dalam kad raya dekat semua member member aku. Niat di hati bukan ikhlas sangat pon nak kasi kad raya. Niat sebenar sebab nak kumpul kad raya je. Masa dulu dulu kalau dapat kad raya tu macam menang grammy awards je aku rasa. Sampai dok banding kan dengan adik adik aku kad raya siapa paling banyak. Pastu sure sure lah aku paling banyak. Pastu ejek dorang "hahaha korang ni tak banyak kawan lah. kad raya pon tak banyak. mesti kera sumbang dekat sekolah"



adik aku memang dah biasa dah kena ejek dengan aku setiap kali hari raya



Tapi tu lah kan. Sekarang ni semua dok pakat wish sms je. Aku yakin malam raya karang berderet mesej masuk wish hari raya. yang ada gambar masjid, pantun raya. tulisan arab kemain. tengok ah. Tak pon dekat facebook. gambar kad raya tag semua kawan kawan yang ada sebab nak wish hari raya. alahh bak kata orang. DUNIA-DIHUJUNG-JARI-JEWWWWWWW. sebab tu semua benda pakai facebook dengan sms je




ok lah jugak kan. Kesian pulak dekat posmen nak hantar kad raya berlambak lambak dekat semua rumah. Kepada kawan kawan aku, aku ucapkan selamat hari raya Aidilfitri.Saja wish awal awal. Aku malas nak hantar mesej. Kredit aku mesti akan habis masa malam raya (Alasan orang kedekut kredit) Puasa korang semua penuh tak hoiii??




ok bye!

52 comments:

  1. wah...cik epal featured dlm InTrend Sept la...Maria Elena pun sama..tahniah yer :)

    ReplyDelete
  2. pecah kaca pecah tong
    sudah baca harap gantung..

    klasik...hehehe

    ReplyDelete
  3. cik epal: nak kad raya satu! hehehe

    ReplyDelete
  4. cik epal...nak kad raya...nak kad raya...

    ReplyDelete
  5. tahu tidak mengapa . rindu zaman sekolah dulu T___T

    ReplyDelete
  6. sokong cik epal. kita rindu nak dpt kad raya. cik epal bagi kita kan raya taun ni ? :))

    ReplyDelete
  7. dayun rindu nk dapat kad raya.. kalo p kdai skrang ni mesti dok tilik2 kad raya, berangan posmen antar sebakul!

    ReplyDelete
  8. ha'a kan. sekarang x main la kad2 raya bagai. taun ni dapat sekeping jerr

    ReplyDelete
  9. hehehhe..macam lebih kurang je ucapan kite kt kad rayer tu!hahahhaa

    terkenang zaman dolu-dolu

    ReplyDelete
  10. haha..Tau tak pe.. best kott time dulu2.. kalau sekarang nie, malam raya je line semua mcm hampess.. nak call or send msg mmg makan masa berzaman gak la..

    Anyway selamat berpuasa n selamat hari raya CE. =)

    http://princessofhemp.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. Saya pun nak ucap Selamat hari raya Aidilfitri kat Cik Epal (",)

    www.anastasyea.com

    ReplyDelete
  12. haha...teringat lagi...lepas dapat kad raya siap gantung2 kat dinding...tunggu posmen datang...semangat la kan..main balas2 ha siap ngn pantun..sekarang susah dah nak jumpa kad raya..

    ReplyDelete
  13. selamat hari raya cik epal!! jgn lupe bg duet raya kat saya!!

    ReplyDelete
  14. ha'ah...dah lama tak pakai kad raya ni...kalau ada pun anak-anak bg kat kawan sekolah dia je...saya sms je...
    tapi best dulu-dulu zaman sekolah dpt kad raya...siap gantung kat tangga lagi...

    ada lagi pantun last..

    pecah baca pecah ruyung,
    dah baca harap gantung.

    ReplyDelete
  15. betul2...skrg ni kad raya dah xpenting dahhh.kalo dulu kad raya wajib ada...siap lekat kat dinding umah lagiii

    ReplyDelete
  16. cik epal nak kad raya!!! Tak kira.nak jugak!!!! Kalau tak aku mogok tk nk makan ketupat raya nanti.muhaha :D

    ReplyDelete
  17. hahahahaha....seronok nye kalo dapat kumpul kad raye lagi.
    *abg2 posmen da gemok2 sbb da x bnyk nak hantar surat lagi.HUHU

    ReplyDelete
  18. abang2 posmen pon da gemok2 sbb da x bnyk surat nak hntar ==.

    ReplyDelete
  19. sekarang ni kalau dapat kad raya adalah fenomena pelik..

    ReplyDelete
  20. ahaha..nak kad raya dari cik epal..:P

    cik epal da baca ni?

    http://xamreenaxeer.blogspot.com/2011/08/fatin-liyana-eksklusif-dari.html

    nanti nak buat review tuk cik epal jugak mao??:P

    ReplyDelete
  21. x pupus lah!
    org baru jer pos kad raya kat post office tadi..
    ada dekat 20 kad raya yg nak dihantar..
    huhu..~~ ^^

    :: alwanPelangi.com ::

    ReplyDelete
  22. rinduu nyer nak dapat kad raya ! hehe
    entry yg best cik epal ;)

    ReplyDelete
  23. yup.. nk menjimatkan alam sekitar.. hu3

    hai cik appel bnyk tul dpt wit dr Nuffng.. hu3.. bgs.. nk jd kan cik appel ni sifu lah.. hu3

    ReplyDelete
  24. ms zaman mama dulu bg kad raya siap susun duit raya syiling 1sen or 5sen or paling koman pun 10sen huhuhuhu seronok .....

    ReplyDelete
  25. pecah kaca pecah gelas tu paling top lah dulu kan =)

    ReplyDelete
  26. Tauke jual kad raye pon da bankrap skrg..last2 tukar bisnes jual mercun..lg laku wooo..hahaha.."nak anta kad raya tak sempat, gune sms lg cepat"..;))

    ReplyDelete
  27. kedekut kredit? ahaha..boleh geng nih!

    awal lg nak wish..tunggu malam raye baru wish oke..;p

    ReplyDelete
  28. pecah kaca kena kapan
    sudah baca harap simpan.
    kehkeh

    ReplyDelete
  29. da lme tak dpt kad raya.... da betahun2 rasenye.. sob sob sob

    ReplyDelete
  30. tu la kan kemajuan teknologi membuatkan tradisi kad raya ni semakin pupus...tapi masih ada juga yang menggunakan kad raya..phat sendiri pun baru dapat satu kad raya daripada geng bloger iaitu cik ana hehehe...selamat hari raya maaf zahir batin...jemput singgah blog phat ye...

    ReplyDelete
  31. ade buat entry tuk cik kutooo BACE LAH YERK.. http://kutooobamboo.blogspot.com/2011/08/peh-tak-ku-sangka-cik-epal-pya-feedjit.html

    ReplyDelete
  32. erm, betulla cik epal. kad raya memang da makin pupus. seme duk pakat wish kat fbook tak pun emel..

    ReplyDelete
  33. Myra dalam proses nak hantaq
    POSKAD raya thn nie.. Cik epal nak???

    Leh bagi nama ngan alamat kat

    normj1001@hotmail.com

    ReplyDelete
  34. sama mcm kakak aku .tensionnn je..suka ejek kalau takde kad raya..mentang2 la akak :(

    sobsss...last2 tulis kat diri sendri..

    ReplyDelete
  35. zaman dah berubah... dunia dah maju =_=

    ReplyDelete
  36. skrg dh takde mase kot...g pun gune sms lg jimat hehehe

    ReplyDelete
  37. Truee! Dulu time sekolah selalu dapat kad raya now sms jerr :/

    ReplyDelete
  38. hihihi pecah kaca pecah gelas..
    sudah baca cepat la ke blog syieda jugak utk balas..^_^

    syieda leh raya :)

    ReplyDelete
  39. saye masih gune kad raye hingge ke hari ni! ;D nak bg kat cik epal kot2 private address kan. ehe^^

    ReplyDelete
  40. saya tiap2 tahun akan bagi kad raya. tak kisah la kalau tak dapat balasan kad raya balik
    rasa seronok teruskan tradisi ni lagi

    sbb kad raya ni penuh nostalgia
    tahun ni saya beli 40 keping kad raya untuk kawan2
    ada juga yang ejek kata ketinggalan zaman tapi bagi saya itu satu kepuasan

    ReplyDelete
  41. awalnyer cik epal wish..btw,slamat hari raya jgk utk cik epal n INCIK SS..hehe :)

    ReplyDelete
  42. Semalam je baru beli kad raya taww cik epal. Jom beli kad raya, haha.

    ReplyDelete