Tuesday, August 2, 2011

Cara nak handle anonymous dekat blog?? Tak payah handle, depa memang senget pon. muahaha

Lately aku banyak received emel berbunyi macam ni ah lebih kurang:

"cik epal, macam mana cik epal handle haters?"

"saya bengang dengan orang komen blog saya ni. saya tak kenal pon dia. kenapa dia nak kutuk saya?"

"kenapa anonymous ni selalu kurang hajar? ada tips tak macam mana nak hilangkan tension dengan komen diorang ni??"



Aku susah nak balas satu satu. Kalau soalan lebih kurang ke arah ni. Kang aku membebel dekat emel. panjang sangat kang. berpinar lak mata korang bukak emel karang. Aku cerita sini je lah ye.


Actually entri ni aku pernah buat dulu. In case, ada yang baru baca blog aku ni terlepas entri ni ke? meh sini la aku cerita




anonymous = unknown



If blogging ni, anonymous mungkin ada yang tidak mempunyai blog sendiri,or boleh jadi jugak Annoying Mouse. Dia ada blog tapi tak berani reveal siapa diri sebenar. biasalah PENGECUT.



Actually tak payah la dok risau sangat pon dengan anonymous ni dan tak ada benda yang special pon dekat si anonymous ni pon. sebab apa:




@ anonymous sangat pengecut

Bear in mind spesis spesis anonymous yang kurang ajaqqq ni. memang spesis spesis pengecut.  Aku yakin dorang ni bukan berani sangat pon. kau dah pandai kutuk kutuk orang, tapi hide identity. hek eleehhhh very the LOSER ok.


Aku pernah jugak la kena kutuk kaw kaw punya dengan blogger yang ada identiti, yang ada link. Aku cam takdehal sangat pon sebab dia berani. Until now, aku tahu dia benci aku.tapi  atas reason apa pon aku tak tahu la. Suka hati lah dia nak benci. Sebab aku tak kenal pon depa personally. Nak up "entri khas" untuk aku ke. Suka hati lah nak judge aku macam mana. Tapi buat  rileks je lah. Apa ada hal. ye dak??


Cara nak handle anonymous:


@ buat bodoh sudeyhhhhh


Come on babe. Siapa yang hidup dalam dunia ni yang tak ada orang benci? Even kita sendiri pon ada benci orang kan? Buat bodoh adalah jalan yang terbaik untuk handle malaun malaun anonymous ni. biasa la dorang ni, loghat sikit. Buat bodoh dengan orang yang bodoh. apa adahal ye tak?




@ mengalah untuk menang



Jangan bertekak tak sudah sudah dengan malaun ni. Bukan kau dapat hape pon. Bukan depa bagi duit, bagi makan minum hape pon dekat korang.buat sakit hati je kalau melayan. daripada kita yang sakit hati, baik kita buat dia sakit hati. muahahahahaha. Aku memang suka part berlawan dengan anonymous pengecut ni. Bertekak dengan depa yang senget ni adalah FUN :D



Tapi takyah lah nak bertekak dengan dia. TAK BERBALOI PON. MENGABEHKAN BOGHEH AJOOO. So if dia cakap pape pasal kita pon. Ignore and bagi je lah dia menangggggg. dah nak sangat dia menang kan? ambik ambik! Senyap je and tak payah nak balas apa yang dia cakap. Kau boleh balas tapi balas dengan nada sinis dan COOL. so kau tak akan sakit hati dengan orang orang kepala otak senget benget ni. Dia yang berdarah nanti meh. Orang gila kita jangan la dok layan sangat. Dah dia memang gila, kalau kita layan, kita pulak yang ikut sewel macam dia wat hape.







Tapi kalau nak tengok pada sisi yang bagus. Ada anonymous komen blog kau tu kira kau patut bangga gak. sebab apa?



@ depa jealous lettewwww~


Mungkin mereka tak ada apa yang anda ada. So sebab tu lah cemburu buta tu. tapi takpe, cemburu tanda sayang. sebab tu caring terlebih tu. Kau ingat senang ke nak bagi orang caring gila dengan kita??? susah derrrr





@ mereka prihatin



kau ingat senang ke ada manusia yang willingly dok godek blog kau, facebook kau, twitter kau dan apa lagi la social networking site yang kau ada semata mata nak cari salah kau??? Walaupun dia tahu benda tu buang masa dia je. tapi dia sebok nak buat jugak. Gagah dok cari salah kau semua. Bukankah dia seorang yang CACAT MENTAL nya?? Actually they hates you but they are so damn much love in you! haha.






@ keep your friend close and your enemies closer



actually sebab anonymous ni la kau boleh tahu apa kelemahan kau. which is it good for me. frankly speaking, aku lagi suka dapat komen kritikan daripada pujian. tapi tengok jugak la kritikan yang macam mana. kalau kritikan membina bagus la. kalau kritikan menjatuhkan dan menjahanamkan, aku anggap je la pengirim komen tu SEWEL.



 Bila kau tahu apa kelemahan kau, dekat situlah kau boleh berubah and menjadi seorang yang lebih baik.  =)














Actually, if someone hates you, you should be proud because either they are jealous with you or you got any X-FACTOR which they dont have. So nothing to be worried. -Cik Epal






muahahaha suka suka buat quote sendiri. ahh lantak.



Senang je, karang bila ada yang butthurt ke, tengok ah tetiba ada anonymous komen, tak pon tetiba ada orang komen guna google account, bila bukak profile "Profile Not Available" ataupun menggelupur buat account gmail kejap tadi semata mata nak komen entri kau. Gigih tau. Hehe.




And lagi satu







Kita ambil contoh dekat orang orang yang berjaya, mana ada orang yang berjaya ni tak ada orang yang benci?? Mesti ada je yang benci. Paling kuat yang jeles mesti berlambak. Dekat orang orang yang berjaya ni lah kita boleh belajar dengan depa sebenarnya. Bukan SENANG nak SENANG, bukan SUSAH nak SUSAH





Dalam hidup ini. mental kena kuat and keep positive. Orang orang berjaya semua nya mental dia positive. Kalau orang benci kita atas reason yang kita sendiri pon tak tahu . And kita kenal dia  pon tidak. Biar je lah depa nak cakap apa. Tak bagi effect apa pon dekat kita.Mulut orang sampai bila bila pon tak boleh nak tutup?? ye dak??





Jangan risau kalau kita dikutuk dan dikritik. Kalau kita kena kritik sebab benda yang tak sepatutnya kita buat,kita patut bersyukur sebab ada orang masih sayang dekat kita and nak kita berubah. Sometimes kritikan yang kita received boleh buat kita jadi insan yang lebih baik pada masa hadapan dan akan improve diri kita. kalau depa kutuk kutuk saja nak cari pasal. bolayannn sudeyhhh~






Buat yang selalu emel emel aku tanya pasal haters/anonymous. ni je lah yang aku mampu jawab atas soalan korang. Ambek lah karangan SPM punya panjang aku bagi. lantak lah kan. Siapa suruh tanya aku soalan macam ni. kan dah berpinar mata baca. Harap korang ok lah dengan explanation merapu aku ni :D








ok bye!

61 comments:

  1. cik epal..kita pon penah kena anon senget jugak....

    dah la mengata dekat shoutbox...atas nasihat eka buang jugak walau ada yg kata kenapa mengalah...

    mengalah bukan kalah ye dak..

    tapi yg eka terharu,,dia sanggup godek entry lama eka semata2 nak kata eka bermegah dengan followers 600..mak ai..melampau pulak rasanya...huhuhu

    tapi takpe..dia kata blog eka tak best,tapi ada jugak yg baca dan komen...

    tq tips ni..hehe

    ReplyDelete
  2. retis haruslah ade haters. hihik^^

    ReplyDelete
  3. HEHEHE , Lyssa suka sanagt entry kali ni .. Tapi , Lyssa nnak tanya..
    Macam mana pulak , kalau Cik anon nih, ambik link Lyssa.. maki blog org lain dekat Shoutboxx ? hee. Teruk case tuh.. tak pasal2 , kita plak yang kena ...

    ReplyDelete
  4. hahaha suka gila entry ni. betul pe cik epal ckp tu. jgn layan sgt cik anon ni. nanti kite yg sakit hati. huhu

    ReplyDelete
  5. cik epal punye quotes syok!. :)

    ReplyDelete
  6. so far tak pernah dapat komen annonymous yg pengecut..semua komen membina jek..haha

    ReplyDelete
  7. panjang berjela entri..boleh pulak i bace sebutir2 sampai habis ni..kalah baca magazine gosip artis tu pun main skip jugak..muahaha. Cayalah cik epal.nice review.

    ReplyDelete
  8. setuju dgn entry cik epal!

    anonymous = annoying

    ReplyDelete
  9. Suka sgt dgn quote cik epal. Huhu. Sy sgup beli jelita utk tawu name cik epal. Ngee.

    ReplyDelete
  10. Cik epal,nnt klu ko wat post..ko buh skali doa supaya x cemburu n iri hati..mn tau anon2 tu baca,ngan takdir Allah dorg berenti busuk hati.hahahah

    ReplyDelete
  11. respect ah cik epal...bgs2,suka ngan cara cik epal.=)

    ReplyDelete
  12. Cik epal next time ko wat post cmni ko jgn lupe buh doa cemburu n iri hati.mn tau dgn takdir Allah si anon2 ni baca terus x jd busuk hati dh pastu

    ReplyDelete
  13. terbaik...saya suka statements yg cik epal kuarkan...
    tambah satu lagi bleh?
    I live to please myself and not everybody else!
    Until you have read my book, never judge me!
    Ok tak?

    ReplyDelete
  14. saya setuju sangat.. high-five, meh!!! anonymous nie.. dalam inter net berani cakap tp kalau jumpa kat luar terketar-ketar nak kuarkan perkataan kat mulut dia tuh.. apa jenis org lah nie..

    ReplyDelete
  15. dalam banyak2 haters, ade jugak yang drop cmment.hehehe

    ReplyDelete
  16. say setuju sangat dengan cik epal, high-five sikit! anonymous nie.. dalam internet jer berani bukak mulaut luas-luas tp kat luar biler jumpa ter ketar-ketar mulut nak cakap..ape jenis orang lah nie

    ReplyDelete
  17. Marah nampak cik epal. hihihi. Biasa la tuu, orang cantik macam cik epal siapa yang takda yang mencemburui. Tol tak???

    ReplyDelete
  18. kalau saya memang saya abaikan... malas nak layan.. tapi bila kita buat entri ker apa ker.. ada je yang tiba2 terasa konon nak tikam anon yang komen blog kita.. kelakar la anon.. selalu gelabah.. =p tapi diakui, ada jugak anon yang baik hatinya.. hehe

    ReplyDelete
  19. Anonymous memang pengecut..geram!!!!! Pernah kena dulu...

    ReplyDelete
  20. thanks sgt..really help me muchies..:D

    ReplyDelete
  21. sangat suka dgn entry ini.. *thumbs up*

    ReplyDelete
  22. suka cik epal ckp 'Buat bodoh dengan orang yang bodoh'.. retisssssss cam cik epal mesti ramai yg jeles..huhu.terkejut sampai ternganga cam tak caya cik epal dtg komen kat blog

    ReplyDelete
  23. anonymous = Annoying mouse
    like X1000 kali. huhu :D

    ReplyDelete
  24. baeklah cik epal..saye berani..sy bkan anonymous..haha

    ReplyDelete
  25. Entah kita lepak suda. Kita xbole nk bg semua org suke kat kita. Adat lah tu ad org xsuke2. Yalah manusia mane pernah puas ap yg dorg ad kan. Kadang2 dengki sana sini. Wat xtahu jek. Mengarot jek dorg yg haters2 tu. kasik middlefingerup jek. ok ape gua mengarot nh. hahaha kthxbye.

    ReplyDelete
  26. berdiam lebih baik daripada berkata-kata

    ReplyDelete
  27. suka giler semua quote dalam entry ni...huhu

    ReplyDelete
  28. cik epal..
    fa ade tag cik epal kt satu contest nyh..
    tq..

    ReplyDelete
  29. serius, suke giler entry ni, terbaik lah cik epal ni. betul ow, anonymous ni pengecut. setuju sgt part yg kalo cemburu tu dia jeles dgn kita, betul ow,, yg selalu duk bukak blog kite fb kita hr2, nth ape gile na usha, sibuk na amek tahu hal org, now qa da private blog n deaktif fb..hmmmm

    ReplyDelete
  30. agree!100% agree bila cikepal kata anon caring kat kita.kekekekke

    ReplyDelete
  31. agree!100% agree bila cikepal kata anon caring kat kita.kekekekke

    ReplyDelete
  32. mantop entri ni,,suka2,,depa sebenarnye jeles..hihi

    ReplyDelete
  33. sangat suke entry nk handle anonymous ni..lg2 quotes cik epal yg meaningfull tuh..boleyh la pinjam ek ?hehe :) slmat berbuke puase cik epal :)

    ReplyDelete
  34. hebat nyer karangan SPM cik epal..btw,nice entry cik epal..cik epal mmg cool gilak-gilak..hehe ^.^

    ReplyDelete
  35. hehehe..ska sgt entry ni! lg femes kta, lg rmai org haters..mang btul ah kta mr.k, ska tgk cra cik epal lwan haters. hehe...salute ah!! :D

    ReplyDelete
  36. dapat A++ la karangan SPM ni.haters kat mana2 pun ada,apa yang penting cara kte nak handle dorg:)

    ReplyDelete
  37. I love you cik epal. Nak copy beberapa kata azimat utk si anon masuk dlm blog utk si anon tatap. Apalah salah kita keturunan epal ni kan...

    ReplyDelete
  38. agree 100% dgn cik epal! :)
    alaa..kadang2 tu dh mereka2 tu jenis busy body sejak azali.so biar je they all teruskan hidup menjadi busy body till the end of their life. :)

    ReplyDelete
  39. betul kata CE tu.. bukan senang nak jadi senang n bukan susah nak jadi susah..

    kita manusia biasa, takleh nak puaskan hati semua orang..

    bagi saya yang penting kita jadi diri sendiri.. tu je.. *peace :)

    ReplyDelete
  40. betul2. saya sokong! :)
    jeles lettew! :P

    ReplyDelete
  41. bagus la entry ni..btw anonymous yg suka mengkritik ni sbnrnya pengecut sbb komen atas nama 'anonymous'..klu berani, komen la guna id sendiri..
    :)

    ReplyDelete
  42. hu2..suke2..well pe yg cik epal cakap nie actually blh diapply dlm khdpn seharian..betoi kan cik epal..an3~

    ReplyDelete
  43. kalau rase2 blogger takot nak hadapi & malas nak bace komen yg mnyakitkan ati tu.. juz tukar setting. saya pernah kena.

    Pergi pada SETTING>COMMENTS.Then cari 'who can comments?'>jangan tick pada 'anyone'

    macam saya tick pada 'Users with Google Accounts'

    ReplyDelete
  44. Memang takde org yang akan puas hati dengan kejayaan kita.Belum pernah ada anon yang gila buat mcm ni.Harap2 takde la.amin.

    ReplyDelete
  45. Annoying Mouse... kah..kah..kah.. Ini lawak antara bangsa ni...

    ReplyDelete
  46. penah anonymous mencarut dekat entry sy..padahal entry tu pasal semut cali je kot.pelik betul.anon tu gile ke agaknya?

    ReplyDelete
  47. cik teha anon tu mmg gila tu..dia ketagih nak maki2 org jer..golongan2 mcm ni mmg susah nak difahami..unpredictable

    ReplyDelete