Monday, July 18, 2011

(RESEPI) Triffle Cik Epal Gonjeng :D

Hye koranggggggggggg~

Hari ni kita dalam segmen masak memasak bersama "Chef Cik Epal Gonjeng" hape ingat aku tahu mencekik, mentekedarah dan menternak lemak je ke? Aku pandai masak jugak lah *angkat kening dua dua belah gerak atas bawah selama lapanpulohnam saat


Apa yang aku kecoh kecoh kan dalam ENTRI INI nak buat triffle ni, akhirnya menjadi jugak.



OK mari kita mulakan. Mula mula kita tengok dulu macam mana rupa Triffle ni


oooo macam ni  ghupe bentuk mende alah TRIFFLE ni

OK mari aku kenal kan bahan bahan yang aku guna untuk buat TRIFFLE di atas.

Jeng jeng jeng. Calon Calon nya adalah:




@1- Whipped Cream (any brand boleh janji HALAL)
@2- Swiss Roll (Any brand boleh janji HALAL jugak)
@3- Kristal Jelly
@4- Susu Sejat IDEAL
@5- Badam
@6- Tepung Castard

Dah kenal dah kan calon calon yang bakal dihumban ke dalam triffle ini? ye hensem hensem semua  ya. Ouh tertinggal lagi satu calon yang tidak kurang juga kacaknya


TADAAA!! Nata de Coco

Dekat gambar atas tu sepatutnya ada Fruit Cocktail. Sila guna Fruit Cocktail juga. Nak guna buah buahan lain pon macam Peach, strawberry, Laici, pon boleh lah sukahati kau punya triffle pon. Kau jugak yang nak mencekik. Jangan kau pergi guna buah DURIAN sudah lah. kang jahanam resipi triffle gonjeng ni kan


Cara cara nya adalah:


Bukak semua swiss roll yang dalam paket ni haaa. humbankan semua di dalam bekas/loyang ke hape mende alah tu orang panggil. Tapi kalau boleh nak yang transparent lah. Nampak sikit apa hasil kerja kau nanti. Susun elok elok dalam ni dan mampatkan kalau boleh




Lapisan ke 2. masuk kan jeli. Jeli tu sila masak dulu ye. Cara cara nak masak jeli ada dalam belakang kotak. Alaaa masak jeli ni senang je. Letak air, dah siap dah jeli pastu boleh tuang dalam bekas ni. Tunggu lah jeli keras sikit. Macam aku ni jenis tak sabar, malas aku nak tunggu tunggu jeli ni keras bagai. aku humban je terus whiipped cream untuk lapisan ke 3. Tapi jangan letak semua. Letak just nak tutup layer jeli tu je



Untuk lapisan ke 4, kita memerlukan kastard. Ye cara memasak kastard ni sangat mudah ye adik adik. Jangan risau kalau anda belum menduduki SPM lagi atau tak ada sijil SPM pon. mudah je nak buat. Masukkan tepung kastard. agak agak lah nak masuk. Dalam empat sudu besar ke. Pastu masukkan susu sejat IDEAL dalam ni, . Kacau kacau sampai pekat. tutup api. Dah! siapppppppppppp dah tepung kastard. Senang tak? senang tak?


Aku suka bau tepung KASTARD ni. bau dia sedap macam bau KASTARD!




Then tuang kastard yang kau masak tadi letak dalam bekas ni. Lapisan ke 5 pulak. Letak lah apa jenis buah buahan yang kau ada., Aku letak fruit cocktail dengan nata de coco. ada orang suka letak laici. boleh jugak. Letak strawbery pon boleh. peach ke. eh suka hati lah nak bubuh apa pon.



haaaa penuhkan je macam ni haaa. Korek korek semua buah yang ada tu. dah siap!


Lapisan atas sekali, letak baki baki whipped cream yang tinggal tadi. Letakkan untuk bahagian atas sekali. Then letak badam. Badam ni sila goreng dulu ye nak bagi rangup. Tapi gordeng Badam ni tanpa minyak lah. Jangan pulak kau letak minyak. Apa ingat nak masak badam masak lemak cili api ke? ok pastu siap dah. masuk dalam peti ais. Tunggu lah dalam sejam dua jam ke. Bende alah ni makan sejuk sejuk baru sedap!


Ni lah rupa lapisan layer nya. agak tak senonoh sikit bentuk layer layer nya. Sebab aku tak tunggu jeli tu keras. Biasalah gelojoh nak cepat siap je. Tapi aku sarankan pada sesiapa yang nak buat, time dah lepas letak jeli tu, sila tunggu dia keras dulu dalam 30 minit. Tengok jeli aku, habes kacau semua layer, sebab tak keras lagi aku dah pergi masuk mende alah lain. ahh lantak lah kan. dah kata triffle gonjeng, memang macam ni lah ghupe.




Antara resipi resipi yang aku pernah share dalam blog aku ni :

@oreo goreng
@Colourful Oreo Chocolate Chip Cheese Cake (saje je bagi nama panjang tak nak kalah)


ok selamat mencuba! =)





ok bye!

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

51 comments:

nuradilah_osman90 said...

Hmmmm sedap nye! Boleh lah try lepas ni, guling2 lepas buat. Hihi :)

isyam mirah said...

nmpk sedap..nk try wt la..hihihi..
yg part utk SS cik epal tu sunggoh comel..hehee

misz myza said...

wahhhhh... nak cube lahhh.... dah la kita ni x pndi msk.... hahahahahaha

wanda said...

sedapnye nengok..!!ni yang buat saya nak cuba rsipi cik epal nih..hehee

DeQWa said...

hehhe...lawak la cik epal nie,ala,rupe buruk xpe...yg penting sedap!!!...kan kan kan

ieyfa syifa said...

haha, terbaek la !

missbby said...

sedapnyaaa cik epal..bak meh sikit..:)

Atiqah Wadiah said...

lazatnyerr triffle gonjeng nih cik epal..nk order utk raya bulih?? :)

mocha~ said...

wah! nampak sedap~

Cik Nursya said...

wahhhh.. nampak sodappp nihhhh...!!

Bob Marley said...

lawakla cikepal nie :))

PutEra Boi said...

macam senang erk.kompom aku pun bleh baljar buat pas nie. tak tfikir

KiD said...

cam sedap dan mudah aje... nak try lah!!

hadinesta said...

wah! triffle tu. fav gua. serius tergoda :D peace

Misz Ayu said...

suka kastard sebab rasa kastard hahahha... sedap gayanya nehhh bak sni skitttt

Miss Xyz =) said...

argghh terliur la plakk.. aikk, Shahiezy Sam je ke? Saya ni? xpela.. Who am I kan.. huhu

miss senyum said...

baru nk inbox fb cik epal snyp2 mintak resepi. tau2 dah bagi, sygggg cik epal hikhik ;)

cart kartika said...

wow!!! bestnyer... tgk gmbr pon da terliur.. hihi ika nk try wat la. t lau x mnjdi nk tye2 cik epal ! =D

Minah Blur said...

seng je rupenye.. main campak2.. tepek2 jek.. bleh try ni. HAhA taw takpe. rugi in.shaheizy sam. wakakaka

Miera Aziz said...

Wah! Bestnyee! Senang! Nnti nak try laaa. Thanks :)

~NajiLaA~ said...

ahhh!!sedapnye nmpk!!!huhu

MOYAlisa said...

dap dap nyewwwww

Ms Bery said...

Wah terliur tengok..
Nak try la lepas nie..
Thanks Cik Epal sudi kongsi resepi.. ;)

imm eusoff said...

setiap ape gambar yang cik epal post dalam entri, semua nampak best!

sekian :)

cheqwa said...

perrrgh,cikepal bukan sekadar blogger yang hebaaak,dia juga hebaak di dapur!yeaah...hahaha.suka baca blog cikepal,sebab baca blog cikepal pon dah tau cikepal nih orang peramah ;D

ika radiusite said...

hahah klaka lah cik epal gonjeng!
pasni akak nak buat jugak wek ;p
tapi time puasa lah hehehe..

kedai cinta Raudhah said...

thanks 4 sharing resipi nie,,,mcm senang je kan....hehu.

Fareha Rahmat (Bos Besar) said...

mak aiiiiii geramnya tgk benda alah makanan ni....lapar perutku

coklatberapi said...

wahh nak juga.mcm sedap guling2 je!heee

Ana Farhana said...

wahhhh !

mcm besttt je ni cik epal..

:D

aida4eva said...

cik epal..yg whipped crem tu kena pukul2 dulu or terus humban je??

nak taw ni:) nk try balik umah ni..haha

*jenis gelojoh*

aida4eva said...

cik epal..yg whipped crem tu kena pukul2 dulu or terus humban je??

nak taw ni:) nk try balik umah ni..haha

*jenis gelojoh*

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

lapar tgk n3 cik epal kali ni..
huhuhu, dh la mommie pose.. dugaannn.. ;p

wanUSJ said...

kadang-kadang tok sensei pon orang panggey SHAHEIZY SAM gak.. kadang-kadang aje la..

eila's roy said...

uish mcmc sedap je.. hehe... mcm nak try jugak la...

dyah16 ! said...

pesanan tu yg tak boleh blah. hahaha. lawak doh.
:)

Ct Arina said...

gile hebat ah cik epal! ;D ala, pesal x potong skali. nk tgok rupe dalamnye bile da siappppp

cik EPAL said...

@aida: masa belum bukak tu, goncang goncang lah cam minum air kotak susu. sebelum minum kan goncang dulu. camtu je lah. pastu leh humban sesuka hati :D

zOeY zAu YaH said...

pandai cik epal masak..weewwiitt!

Izyan Masri said...

BARU NAK BUAT TRIFFLE HARI NI.SEKALI CI KEPAL DAH BAGI RESIPI DULU.KIHKIH :D

Faraa Eiman's said...

muahaha , part last tu tak bley blah , kahkah ;p
#cyes kelakar

sedapnyeeee

Thiyah Bazli said...

yummy!!!! :D

::..With Love..:: said...

Sedapnya..Nak cuba buatlah,hehehe..
Terima kasih bagi resipi..
Cak! Senyum selalu ('',)

Fairuz Liyana Azman said...

sedapnya......nk try la nnt :) hehhe thx cik epal

echa takashimaya said...

yummyy!hungry rite now....

cik rose nurasheekeen said...

yummy.... nampak sangat berselere ye???

sy pinjam resipi anda ye, nak try wat jugek....

hhehheheh

Miss Volvo said...

nampak sungguh YUMMY. Nak cuba buat la!!

♥SarahNatasha♥ said...

susu sejat IDEAL nak letak satu tin ke cik epal ? Nak tau sukatan , nak try buat nie , kejup lagik nak pergi econsave beli barang2 dia . Hehehe :D

Syed Azman Syed Ismail (S.A.S.I) said...

Salam, cik epal:: sila jawab segera..haha esok nak buat masa Usrah ni...yg whipped cream tu u buat dua lapisan ek? xtenggelam ke kastard ituh? cik epal respond di tepichat box i boleh? pls www.syedazmansyedismail.blogspot.com

hafrawiey ozakawa said...

hye cik epal....mohon copy yer...nk msuk kt dlm blog..mohon ambik resepi jerk....

siti suhaily said...

best2..nak2

Post a Comment

Susah susah je nak komen. Terima kasih daun keladi, kalau boleh komen lah lagi lain lain entri. muehehe

Click Me !