Saturday, July 30, 2011

Malaysia Vs Singapura (First time ni tengok bola. dekat stadium pulak. so agak JAKUN)

Ni si Shaheizy Sam punya kerja lah ni. Aku memang tak pernah nak suka tengok bola ni. Sebab aku tak faham kenapa bebudak ni sibuk nak rebut bola yang satu tu atas padang. Letak bola banyak banyak bagi sorang satu dalam padang tak boleh ke?? Dia ni ah hasut aku pergi


SS: jom jom tengok bola dekat stadium malam ni

CE: mende nya. Maleh ah. Orang bukan minat bola pon

SS: Rugi woooo tak tengok. Malam ni Malaysia bakal mengulang sejarah lagi. Malaysia mesti menang. Tak nak tengok Malaysia menang ke?? Rugiii woo tak pergi. (kemain eksaited cakap Malaysia menang)

CE: tak kenal lah siapa pemain Malaysia ni. Khairul Fahmi Che Mat ada main tak yang orang panggil apek apek tu?? (Khairul Fahmi je la yang aku tahu pon. Kenal pon sebab dia ada GOSIP. kehkeh. Yang lain HARAM aku tak kenal)


SS: ada! ada! Safee Sali pon ada

CE: siapa tu???

SS: alaaaaaaaaaaa jom je lah pi tengok. Banyak tanya pulak


hek elehhh dia ni. Sebab aku tak tahu lah aku tanya. Kalau aku dah tahu buat apa aku nak tanya??? Nak tak nak. Maleh nak bertekak. Pergi je lah. Walaupun aku tak pernah nak minat bola ni. Malaysia punya pasal. Terpaksa lah pergi demi pertahankan maruah negara. Ecececeh

Tiket bola warna PINK hoiiiiiiiiiiiiiiiii. kahkahkah tak brader brader ah macam ni. Tiket warna pink :D

Datang datang je stadium. Humak aihhhhhhhhh. Tak boleh nak ramai lagi ke?? Ini baru yang dekat bawah ni. Belum naik atas lagi.Datang datang ada sorang brader ni bagi kertas pass dekat semua orang. Kertas tu meng ingatkan sesiapa datang stadium ni suruh solat . Solat Asar dan Solat Maghrib jangan lupa buat. Bola bola jugak. Akhirat jangan lupa pulekk



eh tapi kenapa tak ramai pon dekat surau???

macam macam fesyen ada

Kanak kanak terbiar

tengok! punya lah ramai manusia. dah macam sardin.

ni dekat bawah. yang nak masuk stadium tu lagi lah. Nak masuk dalam stadium pon berlecak ketiak nak tunggu woii. Pintu pulak bukak satu je. Yang nak masuk berapa riban dalam tu. Satu je pintu bukak. hampeh betul lah depa ni. Bukak lah pintu banyak sikit kot ye pon



Dapat je masuk stadium. Free seating. perghhhhhhhhhh penuh gila orang dalam ni. Mana nak duduk ni?? Punya lah cari tempat. Nak cari tempat duduk pon berlecak lagi ketiak. Pemain bola punya peluh pon tak boleh lawan dengan peluh kitorang agaknya. Nak cari tempat duduk pon penat kemain. Last last jumpa jugak.




Dia ni kalau pasal bola, semangat lain macam sikit

Baru je dapat tempat duduk dah bersorak macam orang gila. Eksaited kemain





Yang tak menahan tu. Bawak "PERAK KEJOR YOP KEJOR" punya banner. Bukan nya MALAYSIA punya. aku pon dah pelik pelik dah asal dia bawak yang PERAK punya. dia selamba je jawab "alahhh dah ni je yang ada, tapi berguna jugak ni. Sebab dia warna kuning. Sama je dengan Malaysia Harimau Malaya, kuning jugak apaaaaaaaaaa. HITAM KUNING HITAM KUNING" (terus nyanyi lagu ERA yang HITAM KUNING tu)


Suka hati lah


time ni depa tengah warm up.

semangat bola. walaupun aku tak tahu apa apa pon pasal bola. ah ghasak lah kan. SEMANGAT tu yang penting! yang lain belakang cerita



Tengok punya tengok, Malaysia pon dah GOLLLLLLLLL. Safee Sali yang GOL kan. Ok aku dah kenal dah SAFEE SALI *bangga



GOLLLLL. time ni kalau masuk lalat lapan ekor pon dia bukannya sedar ni

muka tak boleh blah bebeno. Poyo kemain siap cakap

"tengok! tak sia sia kan I bawak U tengok bola. Baru first time tengok bola Malaysia dah 1 GOL dah. kalau pasni Malaysia menang, mesti U dah suka tengok bola. mesti punya ah. KONPOM KONPOM!"


a'ah. baru satu gol dah pumpang pumpang


time ni Singapura sumbat gol 1 jugak. Kemain semua tunjuk "L" pastu jerit ramai ramai "LOSER! LOSER! LOSER!" hakhak

penuh gila stadium woii. macam macam banner depa sangkut
Aku paling suka yang "100% Malaysians, NO FOREIGNERS" first time nampak, tergelak sekor sekor aku. Sebab dekat Singapura aku tengok mat saleh dalam tu kemain poyo.


Separuh masa pertama habis. Then rehat. Tetiba kecoh kecoh dekat sebelah . Rupa rupanya ada USOP WILCHA datang. Bila dia angkat tangan , semua ikut buat soley soley macam dia.


kemain. siap bawak banner "KITA BAKOOOOO KITA BAKOOOOO" yang warna putih tu

Dan akhirnya keputusan 1-1. Dan Malaysia KALAH.



Time ni dah start protes. Ada yang bakar mercun. yang bakar bunga api. Yang dok campak botol air dari atas ke bawah. Yang pergi main baling baling surat cinta guna kapal terbang kertas. macam macam peel dah aku tengok.



Apa benda yang jadi time bola ni:


@Aku agak tak faham dengan depa yang nak main suluh suluh laser ni. Sampai dua kali kena announce suruh tutup pancaran laser. yang korang nak laser laser apahal?

@yang main baling baling botol pon aku tak berapa nak berkenan

@yang pemain Singa PURA PURA ni. Apahal kau sikit sikit nak jatuh.?? Sikit sikit kaki krem.?? Kang tetiba kepala hotak pulak krem. Apahal dowhhh? banyak sangat benda korang buat. Membazir masa. kejap kejap kang tetiba jatuh rebah. padahal bukan sakit mana pon. tak brader brader betul lah.lembik bebeno. BERLAKON je lebih wei. Boleh lah lepas ni korang berlakon NUR KASIH versi Singapura pulak. KONPOM dapat anugerah pelakon terbaik dekat GRAMMY AWARD


@Pemain Malaysia yang best main dan nampak bermain bersungguh sungguh. SAFEE SALI, Khairul Fahmi Che Mat (cayalah bro, banyak selamatkan bola) dengan lagi satu yang rambut perang tu. hape ke nama tah HADI hape tah nama dia. tu yang OK. yang lain hmmm entah lah. Main macam main main. lagi lagi yang pakai jersi nombor 8. tah siapa tah nama. banyak bebeno buang bola. Aku rasa macam nak sumbat je bola tu dalam mulut dia


perghh kan dah emosi. Tengok bola ni memang emosi ea? aku tengok brader brader dekat stadium tu pon kemain emosi.


Apa apa pon Tahniah lah SINGAPURA sebab menang. dan buat skuad Harimau Malaya Malaysia ni aku ucapkan SELAMAT BERPUASA dan SELAMAT HARI RAYA (in advance)


kehkehkeh. tapi best jugak tengok bola ni. Tetiba pulak aku dah suka tengok bola. sebelum ni kemain kutuk lelaki lelaki yang suka tengok bola hakhakhak.





salah seorang penyokong MALAYSIA yang kecewa gila. Nasib baik frust tak sampai menonggeng


ok bye!

74 comments:

  1. amirul hadi zainal la cik epal.....ghahaha....

    ReplyDelete
  2. haha.. aku dok bertentangan ngan cik epal la..aku dok ats ultras malaya tu.. hoho MERIAHH!!!

    ReplyDelete
  3. SALAM.. alamak rugi la xjumpa cik epal. punya la berharap dapat jumpa. xperla next time ada lagi ;) lepas nie ada game bola cik epal turun la.

    p/s: senang2 dtg la tgk blog saya kat
    http://asfarena.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. aha..mmg emosi ohh cik epal kalau tgk bola.. (kira mcm kite yg main bola tu..padahal tak reti. kui2 )

    ReplyDelete
  5. huhu.. pengalaman menarik lor.. nice!.. ahhah

    ReplyDelete
  6. tu la, mcm best je tgk bola sepak bila tgk m'sia lwn s'pura mlm khamis aritu.. tp, sy tgk kt tv je la.. :)

    ReplyDelete
  7. untunglah cik epal dpt p tgk bola...hehe :)

    btw new entry..budak2 yg dok hostel msti suke :P enciksyazwanpunyablok.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. wah best la cik epal dapat tengok bola live..kat umah cik paro pun dah memekak apatah lagi kat stadium...

    ReplyDelete
  9. ooo patutla msa tgk bola kt tv nmpk ada banner perak..ape kejadahnya bwk banner perak pulek..hehe..rupenye SS yg bawak tu ek..haha!

    KFCM mmg terbaik la mlm tu..byk slmtkn bola..dia je yg nmpk bsungguh2 mlm tu..bhgian back lgsg x mbntu..raja gopal pttnya dh lma tknkn bhgian back tu..kesian KFCM slmtkn bola sorg2..

    ape pon singa PURA PURA dh mng..trima la knyataan..sobx3

    ReplyDelete
  10. byknye sampah.. start mnt tgk bola sejak malaysia lawan indon hr tu.hihi..kalo x haram nk layan bola2 ni..

    ReplyDelete
  11. gurlz: haaa dia tu lah yg nk sebut tu


    mohd khairi: aah. duduk berhadapan dengan ultras malaya tu :D


    nur asfarena: salam. awak pergi jugak ke stadium?? ramai sgt org laaa. member member yg dtg pon susah nak jumpa :D


    haqiddisa: apa yg lawak ? =p


    miss fyqa: tahu xpe. macam kan reti pasal bola lah kan? emosi punya kemain


    ibnu: ye pengalaman yg xdpt dijual beli ecececeh


    cik zila: best sbb banyak pelakon LOL


    syazwan: tgok kat tv pon bolehhh


    cik paro: kat stadium, memekak memekak adalah perkara biasa. kalau x memekak adalah luar biasa



    @juera: seriyesss ada banner perak?? aish tipu lah. kitorang mana duduk kat tempat camera masuk tv tu. kehkeh. ye KFCM mmg terbaik!

    ReplyDelete
  12. mesti bes kan tgk kat stadium..boleh jerit2 sbb org lain jerit lg kuat dr kita!!wahahah

    ReplyDelete
  13. yayath: pe yg klaka?


    teha: biasalah dah ramai ramai camni. sampah pon konpom lah berlambak =p


    nina; ahh depa kat sana mmg memekak. dengan hon hon lagi lah memekak. hakhak. tp best gak tgok kat stadium

    ReplyDelete
  14. haha. bese lah tuh tgok bola live. i tgok kat mamak jer. tuh pon dah mcm hape. bila gol, mcm nak tumbang bumbung kdai mamak tu

    ReplyDelete
  15. ape hadi nye, tu amirul hadi lor. aku dah penat maki pasal singaPURAPURA tuh. tension jea. btw, kau ade nampak banner ni tak kat stadium tu? ;p

    http://hoyehhoyeh.blogspot.com/2011/07/mencapapkan-on-behalf-my-bro-friends.html

    ReplyDelete
  16. kite nampak cik epal kat tangga depan lrt 2...baru je nk tegur...tetibe da xde..ishkkk.baru nk snap2 picca...dah xsempat..ceeehhh...

    p/s: memang xbrader brader pon player singa kan.lembik mcm sayur.haha.

    ReplyDelete
  17. bexnya, kali terakhir tgk bola kat stadium pon masa form3 kot. dgn mama n abah ! perghhh mmg bez gilossss . semngat tu len macam skit !

    ReplyDelete
  18. cik epal...kite serupa :) sye pon 1st time tgok full game bola sepak...tp kat tv jek la...sye pon xminat bola gak...dlu dok kutok2 laki2 ni pehal la minat giler dgn bola.hehehe

    ReplyDelete
  19. cik ferra: ouh kalau time gol tu memang nk pecah stadium tu


    bella: oh mak IM ON TV. hahahaha naiss :D


    echa: ha?? tangga dpn lrt?? time bila? nak balek ke??


    budak chomot: kejorr yopp jgn x kejor


    cik eica: yeyehh semangat tgok bola time kat stadium dgn tv mmg ketara perbezaan nya


    maisarah: kalau tgok kt stadium mesti terus minat hehe

    ReplyDelete
  20. bukan time nak balik...b4 bola start.xprasan pkol bpe.tp lbeh krg 6stgh ke pol 7 kot...cik epal berdiri kt anak tangga yg pertama kot...

    ReplyDelete
  21. yang rambut perang tu AMIRUL HADI kan. haha XP

    ReplyDelete
  22. echa: eh yeke? ada lrt situ ea?? xpasan pulak haha

    ReplyDelete
  23. eh ke bukan LRT , ke STAR.haha entah la echa pon xbape nk sure.tp depan kdai2 tu la.haha.

    ReplyDelete
  24. agak2 cik epal akan tngkap chentan ngn bola x pasnih..hehe

    ReplyDelete
  25. pemain singapura tak cukup zat , hehehehe .

    ReplyDelete
  26. hueee tbe2 kite tersame update entry pasal bola la pulokkk..kekekeke..

    ehh2??cik epal duduk dekat2 seat saye ngn tunang saye la ekk??huhuhu..

    amacam??best x rempuh lautan manusia mase nak kuar tu??ngehhhhh.. ;p

    ReplyDelete
  27. hahhaha.. tu la.. next time boleh lagi kan ;)

    ReplyDelete
  28. memg boleh sawan time goal 2 haha..

    ReplyDelete
  29. alah yang pakai no 8 tu ismail faruqi ke apa nama . aku bapak ahh nyampah dengan dia tahap gaban,memang safiq rahim satu-satunya manusia yang layak berada di midfield . yang lain harammm oh ya rambut karat tu amirul hadi dulu aku tak suka dia langsung tapi tetiba dia jadi agak terer aku tersuka dia yang masuk padang . sebenarnya kau tak payah tau pon apa yg aku tulis ni , tapi sebab aku tak tau nak citer kat sape aku citer lah kat ko . boleh ke akak epal ? perghhhh akak . bhahahhaa

    ReplyDelete
  30. SS orang perak rupanyee....sama la kite....anyway kalu tengok bola kat stadium nie semangat membara.....tambah2 bila ramai2 nyanyi lagu NEGARAKU....bergema satu stadium....teruja siot...pasti nyanyi lagu INILAH BARISAN KITA....memang meluap2 nak sorak team malaysia....

    ReplyDelete
  31. kemain lagi CE date sambil tgk bola..heee=D

    ReplyDelete
  32. terbaiklah cik APEL :)
    SOKONG MALAYSIA <3
    klau menang mesti lagi meriah :)

    ReplyDelete
  33. uwwaaa...
    bayar 30hengget tapi tak dapat sit pown :(
    tengok smbil berdiri n menyempit2 :(

    walaupun seri tetap BANGGA ngn team Harimau Malaya kita!! auummmm!huhuhu:D

    ReplyDelete
  34. selamat datang ke dunia bola,cik epal oiii!!
    heheheh

    ReplyDelete
  35. hahahaha sumbat bola dlm mulut dia. HAHAHAHA kelakar >.<

    ReplyDelete
  36. cik epal tengok bola.. hebat lah!! selamat singa menang kalau tak melompat turun padang cik epal.heheh.. cantik shawll dah macam rimau tuh.. ^^

    ReplyDelete
  37. haha..tgk kat umh sambil mkn nasi lmak..pergghhh..

    ReplyDelete
  38. best kan kan kan tgk bola? weeeeeeee ^^

    ReplyDelete
  39. hahaaa, even aku berjiwa kewanitaan bola tetap di hati...tapi aku sokong SPain...btw sedih n frust tgk mesia kalah..grrrr

    p/s: wahai Cik Epal yg femes, jom la join contest kot2 menang..hehe..tata..miahaha

    ReplyDelete
  40. hahahah kelaka gile la cik epal ni. gelak sorang2 bace post ni. lg2 tgk aksi SS cik epal tuh. lawak2;D

    ReplyDelete
  41. hahhaa..lawak2....tpi memang betul singapore tue lembik asyik belakon jatuh sakit jer.....tak jantan langsung...hehe

    ReplyDelete
  42. pffft serius emosi game haritu. teringin gila nak merasa pengalaman bersesak2 kt stadium. tp tgu lah nnt game yg kompem msia leh mng. barulah xkecewa. harharhar XD

    ReplyDelete
  43. tgk bola mmg kena thn perasaan.kalau saya lah rasa nk kunyah2 kerusi kat stadium tuh haha..

    ReplyDelete
  44. cik epal , thanks datang ke blog saya , hehehe , batak kejap :]
    singa-pura pura , mmg pura pura , geram !

    ReplyDelete
  45. hahahahah tengok bola memang emosi cik epal..^___^

    ReplyDelete
  46. kecewa gila aku rasa...huuuaaaaa

    ReplyDelete
  47. CANTIK yer tangan cik epal!
    hehehe kelakar kot post kali nih!
    tergelak kte sorg2!

    ReplyDelete
  48. hahahaha..lawaknyaaaaaaaaaaaaaa tengok muka SS ...kemain eksaited lagi tuh

    ReplyDelete
  49. wargg tak jumpaaa punn cik epaaal ! :(

    ReplyDelete
  50. cik epal..bkn ke lagu itam kuning tu lagu hitz.fm? ke era ada gk men lagu tu? dah lame x dgr era. so x tau..hehehe..btw, frust gile rimau kite kalah..sob3

    ReplyDelete
  51. hihi,besnya cikepon stadium...haha.lawak muka SS cikepon ^_^

    ReplyDelete
  52. Cik Epal pun pergi ke? laaa.. kalau tak leh jumpa kan.. kita duduk bertentangan laaa...

    saya pn 1st time gi stadium.. dah rasa jakun bila tgk drg mcm histeria bila pemain Malaysia keluar jee.. huhu.. memang penuh emosi la tgk bola time tuu.. Singapura player sangat lembik!

    ReplyDelete
  53. haha...sian je muka yangb frust tu...
    T_______________________T

    ReplyDelete
  54. ntah ler, akak pon x minat bola, tp sejak 2 menjak nih, rase cam terminat plak... ahaksss....

    ReplyDelete
  55. terbahak bahak aku gelak malam buta nih bace entry cik epal. HAHAHA

    nyway sume sdih kan mas xmenang.
    yeah singapor loserr

    ReplyDelete
  56. syok ahh...
    fa pn tgk gk kt ostel.. dak2 pompuan pn jerit bgai na gler,..

    ReplyDelete
  57. Selamat menyambut bulan ramadan..
    Selamat berpuasa.. :)

    ReplyDelete
  58. cik epal nak tanya something nie .

    cik epal dah bertunang k ? cincin kat jari tu . megherlipp . huhu

    ReplyDelete
  59. amirul hadi zainal.. dia banyak control bola malam tuh..

    ReplyDelete
  60. bestnyaa dapat tengok bola live dkt stadium bukit jalil tu . fazie tgk at rumah jea . walaupun malaysia kalah , malaysia tetap hebat :) tak tahu lah sejak bila minat benor ngan bola ni . hihi

    ReplyDelete
  61. ehhh. yang tunjuk huruf L tu bukan masa nyanyi lagu Singapura ke ? Hihihi. Nampak pemain Singapura beratur sambil menyanyi dalam gambar tuu ^^

    ReplyDelete
  62. time ni den tengok kat metrik dgn kawan-kawan. kecoh gila, kalah konsert jom heboh, hehehe

    ReplyDelete
  63. yeah! i saw u dat day..hihihihi..wak2 u nk g sticker muke...

    ReplyDelete
  64. yeayyyy! kite jumpe cik epal kan ritu.siap amek gambo lagi.paastu kene marah ngan pak guard kat gate tuh.ceittt! pakcik tu tak reti sabo.taw la kat gate tuh riot gilerr.tp sape suro bukak gate sikit je.heeeeee. btw, cik epal best lah.tak sombong!
    :)

    ReplyDelete