Thursday, July 7, 2011

BERSIH 2.0 ni apa?

Aku tengok sini sana orang cakap pasal BERSIH ni. Dekat facebook pon berlambak lambak orang update status pasal BERSIH ni.Siap lawan lawan lagi dekat wall masing masing. Masing masing nak tegakkan depa punya pendapat.


Ada yang sokong, ada yang bantah. Aku pon tak faham. Bila aku baca yang part yang sokong, kadang kadang rasa nak sokong BERSIH ni. tapi bila aku baca budak budak yang bantah BERSIH ni punya komen, rasa nak bantah pulak. muahahaha



eh ada sesiapa yang boleh explain pasal BERSIH ni?? Sebab dengar cerita macam nak tarik belia hape semua? eh yeke?


dan yang 9hb ni depa nak buat apa sebenarnya??? Boleh sesiapa explain dekat aku supaya aku pon paham dengan BERSIH nya pasal BERSIH ni??? *garu kepala





ok bye!

63 comments:

  1. haha...cikepal memang innesen.Bersih ni mcm demonstrasi yg dianjurkan oleh pihak pembangkang,tujuannya,knon2 nak bersihkan pilihanraya nnti ni la.xmau ada rasuah suma2 tu.and sabtu ni la demonstrasinya.BERSIH ni ada baik buruknya jugak... :)

    ReplyDelete
  2. dil pun xtau hape pun sal bersih..duduk bwh tempurung gileer..hehhe..actually, mls nak pk pasal2 camtuu..

    ReplyDelete
  3. diorang nak wat demostrasi jalanan untuk memebri momorandum pada YDP Agong kita.. konon nak memberontak. tapi dah dibatalkan dan disyorkan di buat dalam stadium sahaja

    ReplyDelete
  4. 9hb ni dorang nk buat perhimpunan haram la cik epal.. alyn pun mcm xtahu sgt.. tp kira mcm dorang ni mcm pembangkang la.. rasanya kot.. hehe

    ReplyDelete
  5. nak buat promosi cecair pencuci baru sebab winzip, top, ngn daia dah tak popular..laa takkan cik epal tak tahu??? wakakakakaka...entah saya pon tak tahu..yang saya tahu
    bersih=kaler kuning.. hihihihi

    ReplyDelete
  6. Pengenalan

    “Sesungguhnya, apabila pilihan raya bersih dan adil, barulah rakyat dapat tentukan takdir diri sendiri dan boleh mengharapkan pemimpin yang bertanggungjawab”“

    Only when elections are clean and fair, can citizens be real masters of their own destiny and expect holders of public office to act accountably and effectively.”

    BERSIH bermula sebagai Jawatakuasa Bertindak Bersama bagi Reformasi Sistem Pilihan Raya yang ditubuh pada bulan Julai 2005. Objektif gabungan tersebut adalah untuk memperjuangkan pemulihan yang menyeluruh untuk sistem pilihan raya di Malaysia.

    Pembentukan Kenyataan Bersama
    Hasil daripada “Bengkel Reformasi Pilihan Raya” yang diadakan di Kuala Lumpur pada September 2006, satu Kenyataan Bersama telah dibentukkan untuk menentukan objektif jangka panjang serta matlamat segera gabungan ini.

    Jawatankuasa Pemandu BERSIH
    Jawatankuasa ini terdiri daripada ahli-ahli parti politik serta wakil daripada NGO berikut: Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Women’s Development Collective (WDC) dan Writers Alliance for Media Independence (WAMI).

    Permulaan BERSIH
    BERSIH dirasmikan pada 23 November 2006 di bangunan Parlimen Malaysia. Perasmian tersebut dihadiri pemimpin parti politik dan wakil NGO, termasuklah Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PKR Sivarasa Rasiah, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Seputeh (DAP) Teresa Kok, Naib Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, Ketua Pemuda PAS Salahudin Ayub, Setiausaha Agung PSM S. Arutchelvan, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Syed Shahir Syed Mohamud, Pengarah Eksekutif WDC Maria Chin Abdullah, dan Pengarah Eksekutif SUARAM Yap Swee Seng.

    8 Perkara Tuntutan

    Tuntutan BERSIH terdiri daripada 8 perkara, iaitu:



    1. BERSIHKAN SENARAI UNDI

    2. MENREFORMASI UNDI POS

    3. GUNA DAKWAT KEKAL

    4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI

    5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL

    6. KUKOHKAN INSTITUSI AWAM

    7. HENTIKAN RASUAH

    8. HENTIKAN POLITIK KOTOR



    Pelancaran BERSIH 2.0

    Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengeluarkan Kenyataan Bersama yang pertama pada 23 November 2006.

    Apabila mula ditubuhkan, BERSIH terdiri daripada organisasi masyarakat sivil dan parti politik yang berkongsi matlamat berkempen untuk pilihan raya bersih dan adil di Malaysia.

    Perjalanan BERSIH sehingga kini penuh kenangan. Demonstrasi orang awam pada November 2007 yang melihat ribuan anak Malaysia turun ke jalan raya untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil merupakan titik bersejarah dalam pergerakan reformasi pilihan raya.

    Hampir 3 tahun setengah kemudian, tuntutan BERSIH terus kekal relevan.

    Kini sudah sampai masa untuk BERSIH teruskan perjuangan rakyat untuk sistem pilihan raya yang bersih, adil dan bebas daripada manipulasi parti politik. Maka BERSIH dilancarkan semula sebagai BERSIH 2.0, satu gabungan terdiri daripada organisasi-organisasi masyarakat sivil yang tidak terikat dengan mana-mana parti politik. Tujuan kami adalah untuk memantau semua pihak tidak kira parti.

    Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0:

    Dato’ Ambiga Sreenevasan, Chairperson
    Andrew Khoo
    Arumugam K.
    Farouk Musa
    Maria Chin Abdullah
    Haris Ibrahim
    Liau Koh Fah
    Richard Y W Yeoh
    Toh Kin Woon
    Wong Chin Huat
    Yeoh Yang Poh
    Zaid Kamaruddin

    ReplyDelete
  7. sinonim dengan BERSIH tu nanti ialah warna KUNING..

    psstt: pasal BERSIH, banyak sekatan jalan dibuat, jem terukkkkkk...

    ReplyDelete
  8. Pengenalan

    “Sesungguhnya, apabila pilihan raya bersih dan adil, barulah rakyat dapat tentukan takdir diri sendiri dan boleh mengharapkan pemimpin yang bertanggungjawab”“

    Only when elections are clean and fair, can citizens be real masters of their own destiny and expect holders of public office to act accountably and effectively.”

    BERSIH bermula sebagai Jawatakuasa Bertindak Bersama bagi Reformasi Sistem Pilihan Raya yang ditubuh pada bulan Julai 2005. Objektif gabungan tersebut adalah untuk memperjuangkan pemulihan yang menyeluruh untuk sistem pilihan raya di Malaysia.

    Pembentukan Kenyataan Bersama
    Hasil daripada “Bengkel Reformasi Pilihan Raya” yang diadakan di Kuala Lumpur pada September 2006, satu Kenyataan Bersama telah dibentukkan untuk menentukan objektif jangka panjang serta matlamat segera gabungan ini.

    Jawatankuasa Pemandu BERSIH
    Jawatankuasa ini terdiri daripada ahli-ahli parti politik serta wakil daripada NGO berikut: Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Women’s Development Collective (WDC) dan Writers Alliance for Media Independence (WAMI).

    Permulaan BERSIH
    BERSIH dirasmikan pada 23 November 2006 di bangunan Parlimen Malaysia. Perasmian tersebut dihadiri pemimpin parti politik dan wakil NGO, termasuklah Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PKR Sivarasa Rasiah, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Seputeh (DAP) Teresa Kok, Naib Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, Ketua Pemuda PAS Salahudin Ayub, Setiausaha Agung PSM S. Arutchelvan, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Syed Shahir Syed Mohamud, Pengarah Eksekutif WDC Maria Chin Abdullah, dan Pengarah Eksekutif SUARAM Yap Swee Seng.

    8 Perkara Tuntutan

    Tuntutan BERSIH terdiri daripada 8 perkara, iaitu:



    1. BERSIHKAN SENARAI UNDI

    2. MENREFORMASI UNDI POS

    3. GUNA DAKWAT KEKAL

    4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI

    5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL

    6. KUKOHKAN INSTITUSI AWAM

    7. HENTIKAN RASUAH

    8. HENTIKAN POLITIK KOTOR



    Pelancaran BERSIH 2.0

    Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengeluarkan Kenyataan Bersama yang pertama pada 23 November 2006.

    Apabila mula ditubuhkan, BERSIH terdiri daripada organisasi masyarakat sivil dan parti politik yang berkongsi matlamat berkempen untuk pilihan raya bersih dan adil di Malaysia.

    Perjalanan BERSIH sehingga kini penuh kenangan. Demonstrasi orang awam pada November 2007 yang melihat ribuan anak Malaysia turun ke jalan raya untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil merupakan titik bersejarah dalam pergerakan reformasi pilihan raya.

    Hampir 3 tahun setengah kemudian, tuntutan BERSIH terus kekal relevan.

    Kini sudah sampai masa untuk BERSIH teruskan perjuangan rakyat untuk sistem pilihan raya yang bersih, adil dan bebas daripada manipulasi parti politik. Maka BERSIH dilancarkan semula sebagai BERSIH 2.0, satu gabungan terdiri daripada organisasi-organisasi masyarakat sivil yang tidak terikat dengan mana-mana parti politik. Tujuan kami adalah untuk memantau semua pihak tidak kira parti.

    Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0:

    Dato’ Ambiga Sreenevasan, Chairperson
    Andrew Khoo
    Arumugam K.
    Farouk Musa
    Maria Chin Abdullah
    Haris Ibrahim
    Liau Koh Fah
    Richard Y W Yeoh
    Toh Kin Woon
    Wong Chin Huat
    Yeoh Yang Poh
    Zaid Kamaruddin

    ReplyDelete
  9. dah mendapat perkenan YDPA pn.

    ReplyDelete
  10. Cik Epal.. Baca je update berita politik kat blog ni.. Macam2 ada... Hahahaha...

    http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2011/07/tun-mahathir-bidas-tindakan-kerajaan-bn.html


    p/s: Cik Epal ni spesis buah ke? Nampak macam sedap.. =)

    ReplyDelete
  11. https://www.youtube.com/watch?v=VGQ84oZGL2I&feature=player_embedded

    watch this, and you will know :)

    ReplyDelete
  12. haaa i pun tak tau apa yang sebenaqnya dipertikaikan pasai bersih ni? semalam kluaq tengok wayang pakai baju sedondon ngn suami kaler kuning, tetiba balik tu mak tanya "ni awat pakai baju kuning?!? satgi kena cekup!". hahahahha! mana la nak ingat! dok optimus prime ja!

    ReplyDelete
  13. bersih bkn pembangkang tp terdiri drpd NGO.. cuma bila ada pembangkang sokong terus dilabel bersih ni pembangkang.. masalahnya cuma 1 je, dorang x diberi permit utk berhimpun.. tp kalau di teliti 8 tuntutan bersih mmg sgt rasional..
    bleh baca dkt link ni:

    http://nurulcakapcakap.blogspot.com/2011/06/bersih.html

    http://say-it-freely.blogspot.com/2011/06/perhimpunan-bersih-kenapa-perlu.html

    ReplyDelete
  14. agak2ler sampai tak tahu kot? heheheeh

    ReplyDelete
  15. BERSIH 2.0 ni pasal demonstrasi laa bebeh... sabtu ni diorg buat perarakan di sekitar KL... kalo boleh jgn ler ke KL especially KLCC & Masjid Jamek.. tu tempat diorg berkumpul tu... mmg jammed gile ahh nanti...

    Segmen Simple : Jom Komen Entry Saya

    ReplyDelete
  16. Pendaftaran pengundi secara utomatik ketika berusia 21
    Reformasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar
    Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang kali
    Capaian media aliran utama untuk parti pembangkang
    Tempoh kempen minimum 21 hari
    Kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya
    Menghapuskan rasuah pilihan raya

    ReplyDelete
  17. tension dgn BERSIH. nk turun kl byk roadblocks. terbantut byk xtvt. nk g tgk teater, nk g shopping,
    NAK DATE DENGAN CIK EPAL.. hehehe

    ReplyDelete
  18. seperti mana yg diketahui tu lah dia 8 tuntutan bersih..tapi setelah saya perhatikan..kalau SPR tak bersih kenapa pembangkang dapat 5 negeri dlm PRU lepas..lepas tu PAS perintah kelantan berkurun2 lamanya..so dapat lah Nik Aziz jadi MB kelantan 21 tahun lamanya...tak bersih lagi ke tu?

    kan Ambiga dah jumpa Agong semalam..kalau betul cuma nak serahkan memorandum kenapa tak bagi terus kat Agong semalam? Kenapa nak teruskan demo walaupun dalam stadium? jadi kat sini dah nampak something wrong goes somewhere..saja nak buat rusuhan lah tu kat negara kita.

    FYI, Ambiga ni adalah peguam yang sgt menyokong kes2 murtad termasuk lah kes Lina Joy. Dia ni juga yg buat petition utk IFC. Dalam tahun 2006 tak silapnya dia buat tuntutan yang mana orang islam terpaksa kumpul signature utk bantah apa yang dia buat kalau tak cukup signature maka tuntutan dia tu akan dilaksanakan..so time tu saya pon ada sumbang signature juga utk tetang IFC ni.

    ni lah dia tuntutan IFC yang didokong oleh ambiga tu:
    http://melanaublogger.blogspot.com/2011/06/mesti-baca-tuntutan-ambiga-melalui-ifc.html

    cuba baca yang ni juga..fahamkan apa yg terjadi sebenarnya
    mahaguru58.blogspot.com/2011/06/malaysiakini-suaram-iri-dan-ndi.html

    jadi perlukah kita sokong pada org2 yang memang nyata berniat jahat pada agama dan negara kita? nilaikan sendiri.

    ReplyDelete
  19. Duduk diam2 kat rumah lagi best. Wekeke.

    ReplyDelete
  20. semua yang dibuat rasanya untuk menentang kerajaan! dorang nak buat demonstrasi sempena pilihanraya akan datang..kira nak dapatkan undian bersih..KATANYA!
    mybe akan ada pro dan con nya bndalah ni..so kita tunggu dan lihat je la.. :)

    ReplyDelete
  21. letak chlorox pasti BERSIH.. hik3~
    BERSIH = JALAN JeM

    ReplyDelete
  22. buat yang dah tau dan yang tak tau.. boleh juga ke blos saya.. sambil2 ingat mengingati.. jom dengar Lagu BERSIH yang telah di BANNED!

    ReplyDelete
  23. salam cik epal

    bagi saya pandangan yang paling adil dan telus ada disini berkaitan bersih 2.0 ini...sila baca yer

    http://harrazdani.blogspot.com/2011/07/wajib-baca-bersih-dan-perayaan.html

    ReplyDelete
  24. bersih sebahagian dari iman.
    eh salah.kehkeh
    bersih tu macam nak membantah kerajaan lah.

    ReplyDelete
  25. LARI TOPIK SEKEJAP.

    TERSEBUT NAMA CIK EPAL DEKAT SINI. MUEHEHE.

    http://melinmelin.blogspot.com/2011/07/ini-entry-terkejut-dan-tak-disangka.html

    NAK SENANG TEKAN JE SINI

    OK BABAI. HAVE A NICE DAY :D

    ReplyDelete
  26. haih.tu la..oni pun xtau amende bersih2 nih
    pastu ade perhimpunan bagai

    ReplyDelete
  27. ada sesuatu nak kongsi dgn cik epal n semua pasal BERSIH : http://farehazone.blogspot.com/2011/07/demokrasi-ialah.html.

    Bersih bukan demontrasi tapi perhimpunan rakyat.

    ReplyDelete
  28. ngeee. sama lah kita CE. aku pun tak tahu amende bersih ni ^^

    ReplyDelete
  29. cik epal..kalau x keberatan..tengok la ulasan saya berkenaan Bersih ini dekat link ni yer...http://aku-ash.blogspot.com/2011/07/apa-kata-prof-ash-bersih-patriot-dan.html

    TQ... :)

    ReplyDelete
  30. cik epal, bersih nie sbuah ptubuhan NGO's yg diketuai oleh ambiga. u tau x siapa ambiga. ok sy g tau. ambiga nie seorg rkyat msia biasa yg sgt cmerlang dlm pelajaran. spm dia sgt bagus tetapi dia gagal 1 mata pelajaran iaitu BAHASA KEBANGSAAN"bahasa melayu". dia memberontak dan sgt marah dgn kerajaan kerna mengamalkan sistem tg tidak adil katanya kerna kegagalannya dlm b.m, dia tidak berpeluang melanjutkan pelajaran.
    ke-2, dialah org yg mempertahankan Lina joy murtad dengan jayanya. cube cari maklumat tntang lina joy, perempuan islam yg murtad dan dibela oleh ambiga.
    ambiga lah ketua yg menuntut supaya suruhanjaya antara agama ditubuh. ini bermakna dia nk negara jd mcm negara indonesia. isklam kahwin dengn kapir tp kita kene ikot cara kapir. di juga yg menyenaraikan tuntutan ifc yg mana dlm tuntuan tue, org islam boleh guna nama allah dan byk lagi.
    dia nie lah yg cube nk hncurkan umat islam malaysia. dia juga yg menjadi tulang belakang kepada seorg peguam perempuan india untuk menjadi peguam syrie. tp kes tue kalah dan ditolak. dia byk sgt mencampuri urusan orang islam. cik epal bacalah tuntutan ifc tue. sgt menakotkan. nti andai cik epal ditakdir untuk berkahwin dengan ronaldo caprio, anak cikepal tidak boleh beragama islam. ini akan ditentukan apabila ank cik epal berumur 18 tahun yg mana ank cik epal pilih sendiri.

    seeeee... terok kan, pikir lah cikepal. org kapir yg cube menghancurkan agama kita.

    ReplyDelete
  31. kat sekolah td pun Guru Besar cerama pasal ni..tak fhm pun..bz sembang..haha

    ReplyDelete
  32. tak suke ngan mende2 yg mendtangkan kemudaratan pd diri..tak kira lah BERSIH ke KOTOR....ke...hehe

    ReplyDelete
  33. melayu juga yg rugi
    india china tepuk tgn...

    ReplyDelete
  34. bagi saya Bersih ni x salah, bukan dmonstrasi untuk mngulingkan kerajaan cam kat Thailand tu.. ni cume demontrasi tuk serahkan memorandum kat Agong je supaya membersihkan sistem pilihanraya negara kite.. contohnya undi pos dan juga senara nama si mati biasanya tidak diapadam dlm sistem spr, yg ni la biasenye digunakan oleh pengundi hantu... sebabtu la die mintak digunakan cat kekal ibu jari.. huhu.. tp sometimes x faham jgk.. nape kalu pihak pmbangkang je wat demonstrasi die akan pangil perhimpunan haram, tp kalu kerajaan die pngil demonstrasi plk.. huhu

    ReplyDelete
  35. bersih ni adalah ba ra sin ya ha.

    ReplyDelete
  36. saye pun pening dengan bersih nie... tak paham ape bende nye bende nie...

    ReplyDelete
  37. salwa tak ambil tau. bawah umur. eh, 18 dah la. hahaha
    :D
    http://salwaismail.blogspot.com

    ReplyDelete
  38. so dh dpt penerangan panjang leabr ni cik epal nk pegi join perhimpunan bersih tu nnt?

    sy nk bersihkan rumah je ~heee

    ReplyDelete
  39. alamak cik epal..benda dah kecoh2 mcm ni pun tak tau ker,hehehe..tak glamur la mcm ni..hehehehe

    ReplyDelete
  40. xbape nk fhm gak, tp lau fikir secara rasional perhimpunan ni just sbg tmpt utk rakyat/belia mengadu..lauhkan ape yg mrk nak & rs betul.. sbg pemimpin xsalah dgr ckp rakyat, dengar je dulu..lau elok,terimalah..lau x,just abaikan.. yg penting, belia ni nak org dengar luahan mereka,tu je.. BERSIH ni bukan kjn @ pembangkang!!! alah,bak kata CIK NURSHA, nape kalau pembangkang yang buat demonstrasi,kjn ckp haram tp lau die yg buat xharam plak.. confius.. patut ade 1 siaran khas utk pembangkang, baru adil.. ni x, sume siaran, kjn kongker.. hmmmm.....

    ReplyDelete
  41. errrr, sama lah kitaaaa. kita pon x tahu hikhikhik

    ReplyDelete
  42. bersih tu..bla bla bla......

    ReplyDelete
  43. bagi saya BERSIH nie mempunyai agenda yang tersendiri walaupun niatnyer cuma untuk menuntuk hak pilihanraya yang sama rata.saya cuma takut perhimpunan haram nie akan bertambah teruk dan akan menjadi rusuhan kaum bila perasaan kemarahan x dpt d kawal semasa perhimpunan haram nie seperti peristiwa 13 mei 1969...jadi saya minta lah semua rakyat malaysia berdoa agar perhimpunan 9 julai ini dibatalkan sebab mempunyai keburukan yang lebih banyak berbanding kebaikannyer...saya lebih takut jika berlaku perpecahan kaum selepas perhimpunan tue nanti..jadi renung2 kan lah..jangn biar kn diri kita menjadi boneka kepada keadaan politik

    ReplyDelete
  44. wah... daripada xtau apa2, terus tau semua lpas baca komen2 entry cik epal ni.. haha...

    ReplyDelete
  45. selama ni saya tak pernah komen post post CE.

    tapi bila saya tengok CE buat post nih, cepat cepat saya bace. nak tengok reaksi CE.

    pendapat saya, sapa sapa yang kutuk BERSIH ni ialah seorang yang PENGECUTTTT && yeahhh, mungkin dia antara seseorang yang nak dihapuskan oleh bersih.

    bersih ni sebenarnye CE, nak buat pilihanraya secara adil, telus dan jujur.

    tak payah ada pengundi hantu. CE tahu ape itu pengundi hantu? biar saya tanya, ada ke patut individu tu boleh mengundi sebanyak 88 kali seorang? whatttt the ? lah kan?

    dan saya paling anti sapa sapa yang benci bersih !

    ReplyDelete
  46. juz hoping tragedi 13 mei x brulang lg,, x perlu lah nk bersih2 bagai,,, x ckup aman ke dok kt mlaysia skang ni,,, nk ikot tlunjuk org kafir buat ape weh,,,,, pikir la ,,,

    ReplyDelete
  47. Rakyat dah semakin genius. Itu lah BERSIH.

    ReplyDelete
  48. Satu je cik epal. Saya nak awak fikir. Awak selama hidup ni, pelajaran terbela kan. Aman kan. Awak dapat ke surau kan. Ke masjid kan. Awak dapat hirup udara segar di taman kan. Awak dapat shopping kan. Dengan aman semuanya kan. Sekurang-kurangnya, semuanya terpelihara. Awak patut beruntung, hidup awak bersih dari nista. Daripada yang tinggal di selatan thailand nun. Awak patut sedar, kerajaan punya sebab untuk majukan negara. Kerajaan punya misi dan visi. Ini semua propaganda yang dilakukan oleh kaum bukan melayu untuk melagakan kaum melayu. Itu sahaja. memorandum boleh diserahkan secara halal, secara bersih. Bukan dengan main kotor sebegini. Sungguh saya takut cik epal. Esok, selepas solat jumaat sila berjaya semua. Jangan keluar rumah. Jangan menghala ke KL. Tak selamat. Salam. Fikirkan, ya.

    ReplyDelete
  49. salam singgah... baca pada ruangan komen2 dah cukup faham.. terima kasih semua...

    ReplyDelete
  50. Assalamualaikum :)

    Saya ni bawah umur. Umur yang boleh dikira dengan jari.

    Tapi satu je, saya tak rasa perhimpunan macam ni takkan mengorbankan nyawa orang lain.

    Fikir fikir lah :)

    ReplyDelete
  51. siapa yang tak ingat sejarah, pasti akan mengulangi kembali sejarah.

    hmm. konon nak bersih.. padahal nak bersih sebab nak dominate malaysia.

    1st of all, apa kebaikan yang dorang dah bagi kepada negara? kompelain je banyak. kalau tolong tak pe jugak.

    lagi2 kaki kompelain budak2 yg dapat tajaan jpa, mara etc etc yg under kerajaan. tolonglah malu dengan tindakan korang.tolonglah.

    macam jepun dulu. wek wek baik kemain nak tolong melayu, sekali kau, satu malaya sengsara.

    tuntutan yg kemain sangat tu, obviously lah dasar memenuhi kepentingan satu pihak semata-mata. don't easily get fall into it.

    we'll see this truth 3years from now, bila negara dah kucar kacir sebab salah sokong pihak masa tu baru nak menyesal. tak caya cek le sejarah mane2, opss. sape suke sejarah kan~~

    yang suka support fanatically ape2 lah, bersih ke, hindraf ke. mari bergembira kalau sokongan anda menyusahkan orang lain, wink,wink (gedik)

    ReplyDelete
  52. epal. aku kumpul komen2 kat entry ni masuk kt blog aku eh. tq :D

    ReplyDelete
  53. http://melanaublogger.blogspot.com/2011/07/tun-mahathir-orang-islam-mudah.html

    orang melayu mudah diperalatkan..

    Siapa dia leader untuk BERSIH ni? tahu siapa dia? Orang yang nak memusnahkan orang melayu & Islam. Pi research dulu siapa yang nak lead 'kebebasan' anda semua itu..

    Please use brain,not emotion.. Kerana ketidakpandaian masing-masing, negara dan maruah agama tergadai di tangan orang kafir..

    tahniah

    ReplyDelete
  54. fuh. bnyk komennye. :) eem cik epal. saye ade letak satu link. cik epal boleh baca, fahamkan dan nilaikan sendiri. :)

    kita sama sama doa, Malaysia sentiasa aman ye :)

    ReplyDelete