Friday, July 22, 2011

Aku terror buat air. Sila kagum

Ni aku nak flashback time zaman kejahilan aku dulu.


(flashback time)


dok la tengah terbungkang depan tv. Duduk pon dah macam apek jual muruku.
(err...apek jual muruku ke??) tetiba ada orang datang rumah aku pulak. arghhhhhh. Potong stim  betul lah dah lah aku tengah layan hindustan ni. Babak best ni tengah menari guling guling atas rumput. Mana boleh aku lepaskan babak babak macam ni. isyhhhh...




tengok tengok bukak pintu.
la..makcik JESSICA LEBAR rupanya yang datang (JESSICA LEBAR bukan nama sebenar. Nama makcik harus dirahsiakan supaya feeling feeling ekslusif) makcik Jessica Lebar (bukan nama sebenar) datang dengan anak dia yang bongsu. Comel anak dia yang last tu. geram pulak aku tengok. Aku ni memang pantang tengok makhluk makluk kiut miut dekat muka bumi ni




Tapi yang terkilan nya . Kenapa lah mkcik ni  tak bawak anak lelaki dia yang study dekat UTP tu. Ensem engkauuu anak dia yang study dekat UTP tu. Berdarah hidung tengok. muahahaha



aku pon salam la dengan makcik Jessica Lebar tu.
"eeh...da besa dah ye.dulu dulu kecik je" makcik Jessica Lebar cakap. Alaa makcik. Cakap je lah saya dah gemok. Berkias kias tempias pulak cakap dah besar.



dan ibu aku suruh lah buat air kan. Tetamu dah datang rumah. Aku dah cuak dah. alaa. Apehal la pulak aku yang kena buat air ni?? *getus hati kecil ku ini* aku fail lah bab bab buat air ni. Kalau setakat letak kordial dengan air sejuk tu aku tahu lah. Pulak pulak buat air panas.Lagi lah  aku seram sejuk nak buat. adehhh



"buat la air teh o untuk makcik Jessica Lebar ni"
ibu aku cakap.
alaaaa..teh o plak tu.
kenapa kena teh o??
kenapa x teh p??
kenapa x teh r??
kenapa x teh s??
hehh.



dan dengan muka toya aku ni. Aku pergi la dapur. Buat air. Aku suka masak. Bab bab buat air ni aku malas. Aku tak suka buat air. lagi lagi buat air panas. Sebab aku tak suka minum air panas. Aku suka buat benda benda yang aku suka je. Macam masak aku suka sebab aku suka makan. Selalu adik aku ah yang selalu buat air. Disebab kan adik aku tak ada, aku lah jadik mangsa keadaan. Aku letak je lah teh cap boh. Aku macam gelabah, aku amek je lah gula 4 5 sudu. Ah bantai lah kan 4 5 sudu ke hape. Dah suruh aku yang buat teh kan. Then aku letak air panas. SIAP!




Macam ni ah lebih kurang bentuk air Teh aku tu. ecececeh acah je. mana ada terbaik dari ladang macam ni sangat rupanya. Nampak bebeno lah nipunya kan. rupa teh biasa je lah


aku pon hidang la atas dulang. Dan dengan penuh sopan santun lemah lembut.
aku hidang la air teh o aku tu.
weiiii...aku pandai  buat TEH O weeiii..
*berbangga di dalam hati sambil kembang hidung lapan cm



sekali makcik Jessica Lebar tu minum. Muka dia kelat semacam je macam minum cuka. Yang anak dia yang comel tu pulak minum. Perghhh muka dia macam kena sembelit je aku tengok.  Aku dah pelik dah ni. Apasal? Teh O aku tak sedap ke hape? Sekali ibu aku minum pulak. Perghhhhhhhhhh tersembur air TEH O. Nasib baik tak kena muka aku. muahahaha. Sekali ibu aku suruh bawak keluar air kosong



Aku pon bawak lah air kosong. Masih tertanya tanya jugak dalam hati aku ni. Air teh o aku tak sedap ke?? dan pumpang pumpang gedebak gedebuk makcik Jessica Lebar pon mintak diri nak balek dah. Lepas tu apa lagi. Makcik Jessica Lebar balek je. Mula lah ibu aku mengeluarkan kata kata hikmah empatlimaenam butir dekat aku yang innocent sesuci lebaran

















"asal teh o tu masin?? apa dekat rumah ni dah tak cukup
gula ke???" ibu aku cakap.




e'eh...aku terletak garam rupanya dekat teh o. Muahahaha. malu nya aku. Maluuuuuuuuu maluuuuuuuuuuuu. Macam nak sorok muka dalam lubang jamban. lepastu flush sendiri. Maluuuu wohhhh



Tu lah gelabah bebeno buat air. Garam ingatkan gula. Gula ingatkan garam. Tapi kan bila aku rasa balek teh yang aku buat tu. Bluekss memang masin pon. Macam rasa ikan masin. hehh. Tapi macam sedap jugak lah. sebab rasa macam lemak lemak sikit. Teh lemak lemak gituuuuu. muahaha wakluuuu lah teh lemak lemak. Perghhh nasib baik lah makcik Jessica Lebar tu tak bawak anak dia yang study UTP tu weh. Kalau tak, malu aku wei. Dah lah anak lelaki dia tu minat aku dulu. Siap bagi cincin tikam lagi nak lamar aku suruh kawen bila dah besar . Siap nak tunggu besar ajak kawen tak tahan tuuuu. kecik kecik dah gelojoh. muahahaha




Tapi tol ah bab buat air ni . Sumpah lah aku tak suka nak buat. Bab masak memasak boleh bagi dekat aku. Sebab aku memang minat masak. Kalau buat air. Sorry naik lorry lah. Memang aku surrender awal awal


Harap harap mama si Shaheizy Sam tak baca lah entri ni. Harus lah beliau reject aku jadi menantu awal awal. alaaa tak pe lah mama. Air 3 in 1 dalam paket tu kan ada. beli jek kat supermarket berlambak. tambah je air panas kan senang. Untung anak mama kahwin dengan saya. dapat minum air sedap sedap 3 in 1 lagikkkk hari hari. muahahahaha larikkkkkkkkkkkkkkk~


ok bye!

51 comments:

  1. Hahaha..buat air tu takpe segera kan byk..masak tu yg plg penting kan? hihi

    ReplyDelete
  2. nie kalau bkk kedai minuman
    mmpus la cstmer lari
    kehkehkeh

    ReplyDelete
  3. hahahaha..cik epal..buat air lah paling senang...
    adik eka lagi hebat..bila buat air,tah pernah nak rasa..main tibai..sekali rasa macam gula tumpah...

    adehhh

    3 in 1 jgn minum selalu cik epal.kencing maneh lak si shaheizy sam tu..hahahaha

    ReplyDelete
  4. wahh baru ieqah nk order air dari cik epal..tetibe ,asin plak..tak jadi laa..hehehe.. meh nk tlg flushkn..pat masuk lubg jmban pat ^.^

    ReplyDelete
  5. hahaha. sama!! benci gila buat air sebab terlampau "sedap" jadiknye =D


    teh o pun fail lagi sampai sekarang. muahaha

    ReplyDelete
  6. teruk3.. kene amek clas wat ayaq la kalo lagu nie.. haishh.. loqlaq btuii.. jatuh standet laa...

    ReplyDelete
  7. hahahaha lawak cik epal ni...nasib baik makcik tu tak terus memetir situ..cuma muka je berkerut..

    ReplyDelete
  8. haha..sumpah klaka..np tak rase duluu? ;p

    ReplyDelete
  9. hahhaa,kelakar la Cik Epal..
    sama lah kite,tak reti buat air..
    masak boleh thn lagik.. kenapa nth..

    ReplyDelete
  10. hahaha kgummmmm sesangat smpai trletak garam dlm air ye cik epal :)

    ReplyDelete
  11. wahh! nampak sedap je..nk jgk rse mnuman yg cik epal buat..hehe :p

    ReplyDelete
  12. xpandai buat air x pe.. yg pentg pandai masak :)

    ReplyDelete
  13. ler, begitu ceritanye?
    ermm, nampaknye cik epal hanya sempat berguru utk bahagian memasak kot.. bab-bab buat air belum dapat cert :)
    all the best yea, cik epal :)

    ReplyDelete
  14. hahaha.. gelabah jugak cik epal ni

    ReplyDelete
  15. hahaha..lawak la cik epal ni..ngeee..:D

    ReplyDelete
  16. haha..terima kasih cik epal kerana buat saya gelak sorang2 mcm org gila dlm bilik ni..haha

    ReplyDelete
  17. buat air teh susu lar pling xsuke, xtau nk balance kn susu n teh..hihihi :D

    ReplyDelete
  18. siyesly tergelak...Hahahaa ...Hahaha...adoi

    ReplyDelete
  19. nani kawen. cik epal masak. encik shaheizy buat air :) hehe. baru sweeet gituuu <3 haha

    ReplyDelete
  20. kihkih.
    klw ca'ah jadi CE,
    maunya larikk pegi sembunyi kat Gunung Ledang for eber and eber.
    hahahahaha

    ReplyDelete
  21. haha..mcm mne lah bule sala letak garam pulak ni?..mest tengah berangan time buad air tuh en?..huhu

    ReplyDelete
  22. hahah sengal cik epal. kang darah tinggi masin2 sangat. muahahahaa

    ReplyDelete
  23. hoho~
    samelaa.. xsuke buat airr...
    maunye nambelas kali rase air tu baru pegi hidang.. time tu air pon da sejukk.. hakhak

    ReplyDelete
  24. mak aih. bengang siot. ade2 jela kau neh kan. ;p

    ReplyDelete
  25. adik2 paling xsuke kalo kakak dorg ni wat air...mesti sume takut2 nak minum......

    wahahha

    ReplyDelete
  26. haha lawak..kena belajar lagi ni..:)

    ReplyDelete
  27. hahaha~ hebatnyer cik epal buat air :P

    ReplyDelete
  28. wow .. gerenti sembelit muka mok encek tu nanti!

    ReplyDelete
  29. Hehehe kelakar entry ni. Tergelak2 saya. Sempoi habis!

    ReplyDelete
  30. lenkali kena buat air epal..baru sedap..hehehe

    ReplyDelete
  31. Teh masin siotttttttttttt.
    Muehehe

    ReplyDelete
  32. cool...
    mahu cuba juga nnti :D

    ReplyDelete
  33. HAHAHA ! kakau bab memasak terror xpe . kalau air tu agak2 kalau tawar ke apa ke ckp je air rewang . kakakaka

    ReplyDelete
  34. adehh..caner takleh beze garam n gula nehh.. hihi

    ReplyDelete
  35. hahaha gelak jek baca entry ni :D

    ReplyDelete
  36. boley da wat menantu ni. buka kedai ke :D peace

    ReplyDelete
  37. sengetnyerrr cik epal... hahahahhahaha..

    ReplyDelete
  38. HAHAHA Cik Epal oiiii.

    Memang confirm cik epal tak reti buat air, sebab air dalam gambar tu ialah TEH SUSU, bukan Teh 'O.

    MUAHAHAHAHA. Terbukti kata-kata anda!
    Terbaiikkkk :P

    ReplyDelete
  39. sama lah aku pun tak pass buat air.hihi sebab tak suka air manis kot.then bila orang datang rumah mulalah.kalau ada buku resipi untuk buat air teh milo semua memang dah beli :3

    ReplyDelete
  40. dahaga air terus aku baca entry neh.

    ReplyDelete
  41. aku ingat aku sorang je macam ni, rupanye ramai lagi yang seangkatan denganku yang tak pandai buat air untuk orang minum. hik3

    ReplyDelete