Thursday, June 9, 2011

(review movie) INSIDIOUS . perghh cerita hantu paling seram yang pernah aku tengok. TERBAIK!

phewwwww. INSIDIOUS?? perghh movie ni memang best. cerita hantu ni. Siapa pernah tengok PARANORMAL ACTIVITY?? Ni Director yang sama lah yang arah. Cerita ni banyak terkejut terkejut. hamsap betul lah. Bergegar gegar jantung aku tengok movie ni. Yang aku pelik kenapa tak diklafikasikan cerita ni sebagai 18 ea? cerita ni PG13 je? Aku rasa budak atas 13 tak boleh jugak nak tengok cerita ni. Aku pon dok menjerit bagai nak rak tengok cerita ni. jantung hampir gugur. ni pulak budak budak nak tengok.


Aku ni tak ada la penakut sangat (cover)


Eh tapi serious lah aku memang suka tengok cerita hantu. lagi lagi dalam wayang. but selalu aku tengok cerita hantu, aku tak ada lah sampai tutup mata sebab takut nak tengok hantu.memekak menjerit jerit tu memang perkara biasa. tak tengok cerita hantu pon aku menjerit, hantu pon larikk dengar suara aku. But cerita ni berjaya membuat aku beraksi seperti seorang penakut kelas pertama. sebab berjaya membuat aku tutup mata dengan jayanya sampai takut nak tengok scene seterusnya. DAMN YOU INSIDIOUS! muahahaha :D


poster
Aku rasa cerita ni dah lama. tapi aku yang menggelupur baru nak tengok. dah cerita ni ada lagi main dalam wayang, kita tengok je lah kan. pulak pulak aku tengok ni FREE. lagi lah bertambah ke "best" an nya. Macam mana aku dapat tengok movie ni FREE? nanti aku cerita next entry


Pelakon dalam cerita ni. 


Cerita pasal satu family diganggu hantu dekat rumah baru depa pindah. Lepastu depa tukar rumah baru. Dekat rumah baru pon depa kena kacau jugak. Tapi aku suka lah tengok pelakon dalam cerita ni. Semua kacak, comel dan cantik. Ada baby perempuan lagi sorang. Perghh baby tu tak boleh blah. doplohempat jam nak nangis je kerja. rasa macam nak pelempang je. NANGIS NANGIS NANGIS. Tak ada pulak gambar baby tu dalam gambar ni. tapi agak cute jugak la. tapi perangai asyik dok nangis je, aku pon jadi menyampah. eh aku ni nak cerita pasal hantu ke pasal baby perempuan ni? eh eh back to the topic back



salah satu hantu yang kacau
Hantu dalam cerita ni banyak lah jugak. ada yang nampak macam FAKE. ada yang menakutkan. Ada yang aku rasa macam nak terajang je. Antara hantu hantu nya ialah:

@ the one yang dalam gambar. yang ni tak seram pon sebab bagi aku nampak macam skeleton jek



@ Ada hantu rambut panjang gila. time ni aku terkejut . sebab scene tu senyap je. sekali "papppppppp" keluar hantu tetiba. mana aku tak menggelupur menjerit macam orang gila. but jadi lawak pulak sebab orang belakang aku boleh cakap "eh eh panjangnya rambut awak, nak mengorat boleh?" hahaha mengong lah. tapi bagus jugak. kurang sikit seram aku


@Masa dah pindah rumah baru, tetiba je ada piring hitam yang dimain kan dengan sendiri . lepastu ada budak menari nari. then tengok balek dah tak ada. time ni aku ingatkan anak dia dok main main menari nari. lepastu main lari lari macam budak kecik main lari lari tu. sekali cari punya cari. dia nyorok dalam almari hantu ni. hantu ni paling tak boleh blah lah. boleh pulak main nyorok nyorok. tapi seram gak.



@Hantu pakai skirt putih. Yang pakai skirt putih ni muka menakutkan. Mata besar gila nak mampus. ada cerita ah disebalik hantu ni kenapa dia jadi hantu. dia jadi hantu sebab dia bunuh family dia sendiri. Tapi ada satu scene tu yang tetiba je ada hantu ni muncul. serious nak tercabut jantung aku.  terkejut lah gilaaaa. boleh tak jangan nak muncul suka hati???



@Hantu yang macam JOKER. yang ni aku tak minat sangat. sebab dia nampak macam orang betul. so aku tak berapa nak takut




@hantu yang anak dia (Delton) dok lukis. yang muka warna merah. Muka dia serious macam nak mintak penerajang. HODOH nak mampuih.


aku rasa aku dah list dah semua hantu dalam cerita ni. Tapi mana tertinggal tu nasib lah. mungkin sebab dia tak berjaya menambat perasaan takut penonoton yang menonton so that aku lupa hantu tu. hantu hantu ni je yang aku ingat.



lek luuu kita makan AISKRIM duluuuu


Time ni dia panggil orang untuk tengok apa sebenarnya jadi dekat dia. dia ni ala ala macam bomoh lah bak kata orang melayu ni. Tapi tak ada lah pakai asap asap bagai. Just dia macam boleh tengok alam ghaib. alam yang lain dari alam manusia. Ada 2 orang assistant dia . yang pakai baju putih tu. but ada lagi sorang. but depa ni lawak. sebab macam mengong mengong. ada lah 2 3 scene yang boleh gelak gelak


Tapi serious lah cerita ni cerita hantu paling seram pernah aku tengok. Aku rasa nak tengok sampai habis but aku dok tutup mata je. sebab takut lah gilaaa. sebab dia macam main dengan perasaan kita. Macam mula mula kau rileks je, scene pon senyap je, dia bukak almari tak ada, bukak pintu tak ada, sekali jalan punya jalan. hantu tu sergah! mana la tak terkejut. dalam cerita ni hantu dia kita tak jangka keluar bila . tu membuatkan saspens tu. Suka hati dia lah nak keluar ikut mana. tapi memang terbaik lah cerita ni. Serious terbaik dari ladang!!



Ending dia paling terbaik sekali. Aku rasa sesiapa yang tengok cerita ni. mesti korang tak sangka ending dia macam tu kan? sebab aku pon macam terkejut ending dia macam tu. Serious cerita ni berbaloi untuk ditonton. kalau korang ada lemah jantung aku sarankan jangan lah tengok. boleh tercabut jantung ni karang. dari 5 bintang aku bagi 4.8/5


TERBAIK TERBAIK TERBAIK! 4.8/5 tinggi tu woo. aku ni susah nak rate movie bagi tinggi.  sebab cerita ni memang BEST sebab tu aku boleh bagi rate setinggi itu









ni trailer cerita INSIDIOUS



eh ok bye!





jangan lupa vote blog cik epal ea !! :)









VOTE ME HERE . Sila lah vote hari hari ye. Hari ini dah vote, esok pon vote lagi, nanti lusa pon jangan lupa vote jugak!  :D

35 comments:

  1. Peminat cerita hantu, cerita seram dan cerita bunuh-bunuh datang drop komen.. haha..

    ReplyDelete
  2. cerita saiko ni ek

    aku suka layan cerita terkejut2 ni..=)

    ReplyDelete
  3. macam nak tengok citer ni semalam.. tapi x jadik, amik voices from the grave...

    ReplyDelete
  4. rajennya tulis panjang2...hehee...vote 4 cikepal ! hehee

    ReplyDelete
  5. Alaaa..kenapa tak cerita apa jadi kat ending dia?.....still gagah dok pujuk opis mate teman tgk cerita nie.

    ReplyDelete
  6. thanks cikepal,sebab bg keyakinan tuk saya tgok citer ni!hohoho

    ReplyDelete
  7. CE : neeza dah tengok cite ni mse first week kuar kat cinema. Srius terBAEK sangat2x. Rase takot gilerh menggelabah gelupur je :)

    ReplyDelete
  8. as salam..

    ▂ ▃ ▅ ▆ 21%
    ─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀─
    ──██─────██───██▄█▀───██▄█───
    ──██─────██───██▀█▄───██▀█───
    ─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄ ▄

    memandangkan pakcik dah biasa nampak hantu setang huduh..dengan rumah atok kat kampung, penuh kubur2 kat belakang rumah..so..faham2..gangguan tu memang banyak. tengah lepas hajat pun boleh main2 aucak.

    maka, tengok cerita ni, biasa2. tada seram daa. yang buat pakcik tekejut sikti yang part hantu muncul tetiba tu.tu ok la.lain2 buat modal cuci mata.

    ok, bagi rate 1/5. sebab tak takut.

    ReplyDelete
  9. hahaaa....naaaakkk sangat2 tengok cite ni dan yang lain2.. tapi..mane cinema nye??aarrghhh..jauh gile kot..daerah sabak takde cinema! =(

    ReplyDelete
  10. tak suka tengok cerita hantu,

    tak terdaya den,

    tengok karak pon tutup muka guna tangan pastu tengok dari celah jari je, huhu

    ReplyDelete
  11. rmai yg kata cite ni seram glew,,

    Ok x sbr nk tgk hehe

    ReplyDelete
  12. cik Epal...tolong tgk ur email....i da sent sumthing td..

    ReplyDelete
  13. haha,kite pon dah tengok.tengok dengan kawan dua orang.dok lah tutup mata,sakit tengkuk sebab peluk-peluk tiga orang.orang kiri kanan duduk tegak je,kitorang yang gelabah mak nenek bila hantu dia sergah.part paling tak boleh blah yang hantu muka merah tu tetiba ada kat belakang josh time mak dia cerita pasal mimpi tu.huhuhu.T__T

    ReplyDelete
  14. alamak...aku penakut...tak berani nak tengok nanti2 termimpi2...hehehe

    ReplyDelete
  15. wow,.best ni cite tkejut2,.next nak tgk cite ni la plak,.heheh

    ReplyDelete
  16. kalo tyg kat astro first kan baguss..hehe

    ReplyDelete
  17. saye sokong cik Epal...mmg seram cite ni...tambah2 scene yg perempuan psikik tu terangkan benda yg bertenggek kat siling..sambil assistant dia lukis...huhu....xleh tido malam saye utk brapa hari...huhu....

    ReplyDelete
  18. tak berkesempatan lagi nak tengok cerita ni.tapi org kata memang seram.

    ReplyDelete
  19. nak tgk sesangat walopon saye ni pon penakot. huhu!

    ReplyDelete
  20. aien tak pena tgk cite nie..tp rse mcm rgi jer lau x tgk..hehe~ btw kak CE da pena tgk cite SAW? dlm2 bnyk2 movie 2 la kisah pembunuhan yg plg kejam pena aien tgk...

    ReplyDelete
  21. sekarang mmg takut lah nak tgk cter seram..

    http://sweetgurlz11.blogspot.com/2011/06/tak-pernah-masuk-panggung-wayang.html

    ReplyDelete
  22. dh tgk jgk!! mmg terbaek!! hope ada smbungan !! sbb kan josh tak balik lagi.. perempuan tua tu yang balik.. =)

    ReplyDelete
  23. cerita hantu mmg best tapi kalau tgk sorg2 xjadi best. tengok dalam wayang best sebab sama2 takut. sama2 terkejut. kat rumah sorg2 je tengok.


    vote 4 cik epal!!! Ari tu nampak kt Masjid Jamek.pki skirt labuh...nk tgur tp takut...nmpk wif someone...hehe...

    ReplyDelete
  24. nak tengok2.. cam best jer care cik epal bercerita.. huhuhu..
    excted!!

    :)

    nak panjang ke pendek tetttt

    ReplyDelete
  25. nampak cam gerun giler. nak tengoklah nanti!

    ReplyDelete
  26. nanti tgok gune cd cetak rompak lahh. HAHAHAHHAA

    ReplyDelete
  27. macam nak tgk tapi takot ter macam2 nnt. hahahahaha

    ReplyDelete
  28. Filem bunuh tidak elok ntuk kesihatan..terutama bagi yang sakit jantung..HAhahaahaha

    Entry Terbaru :
    Awan Fantasia Dan 3 Cerita

    ReplyDelete
  29. SOKONG! igtkn sy sorg ja bru tgk movie ni..SERIUS BEST...terjerit2 ja dr awal..hahaha...ending yg bes..sian JOSH kn CE kan??

    ReplyDelete
  30. yeke best?? ni yg berminat nak tengok ni! dulu ade jugak org recommend tp mcm xberminat ja

    ReplyDelete
  31. Tak takut sangat la tapi overall best ! dengan sound effect semue ., yeah pengarah SAW kan . HAHA , lelaki belakang i pun ramai jerit2 sebab hantu suka tbe2 muncul . dang~

    ReplyDelete
  32. anis dah tgk cite nie , sound effect mmg cuak gak la~ hantu tak takut sgt

    nak jemput cik epal dtg , my newbie blogshop selling SKIRTS ~ meyh la tgk2

    ReplyDelete