Monday, June 20, 2011

Kenapa nak sebut OMG (Oh My God) ? Kan lebih indah sebut YA ALLAH =)

Seth Tan : wei aku accident ni dekat Kampung Pisang. Sorry lambat. Dalam lapanpuloh minit aku sampai rumah kau


Nora Elena: OMG! OMG! kau accident? teruk ke wei?


Seth Tan: aku tak ada lah cedera mana pon. Aku punya kereta ni remuk sikit lah. nombor plat kereta tertanggal ni terpelanting masuk dalam parit. tapi aku masih sehat dan gagah. badan still taff.aku tak ada cedera pon. dont worry



Nora Elena: OMG! Oh My GOD! Kesiannya kereta kau wei


Seth Tan: tak pe. karang aku sewa kereta pergi amek kau


==============



Ni contoh situasi je. Aku pelik dengan orang orang yang suka guna perkataan OMG (Oh My God) ni. Tak kesah lah dengan apa situasi yang jadi pon macam barang hilang ke, duit hilang ke, terjatuh tangga ke, kaki terpeleot ke. apa apa je lah situasi pon. Mesti nak sebut OMG? kenapa nak sebut Oh My God?




Just bermain jugak di fikiran aku ni kenapa orang selalu cakap OMG berbanding YA ALLAH. Sedangkan menyebut YA ALLAH itu kan lebih indah dan dah tentu tentu dapat pahala. Dah dapat dah pahala berzikir. Bila sebut OMG tu hanya sia sia je.



Bagi aku tak payah lah nak "amerika" sangat. Kita main belasah je cakap apa orang kafir cakap. Masyarakat kita sekarang ni terlalu mudah untuk mengikut budaya lain tanpa ilmu. Apa orang kafir cakap kita nak cakap. Apa depa pakai kita nak pakai







Tak susah pon nak sebut YA ALLAH tu. Dari kita dok sebut Oh My God (OMG) tu. Kan kita dah dapat pahala sebab berzikir walaupun bercakap dalam kehidupan seharian daripada dok cakap OMG yang meaningless. ye dak ?


Benda ni dah lama dah aku nak share. Sebab aku tengok kawan kawan aku ramai dok cakap OMG OMG ni. Mungkin lah ada sesetengah yang memang tak tahu kot. Then aku terbaca Majalah Wanita yang kolum "kemusykilan agama bersama Datuk Dr Mashitah"


ni aku taip balek apa dia cakap



Seorang Muslim dituntut supaya mengingati Allah SWT. Dalam sepotong ayat Allah SWT berfirman “Tidakkah dengan mengingati Tuhan hati menjadi tenang.” Justeru, untuk hidup tenang basahkanlah lidah dengan selalu menyebut kalimah Allah. Kalimah God sama sekali tidak boleh diterjemah sebagai Allah. Dari segi bahasa, God hanyalah Tuhan. Dalam bahasa Arab, Tuhan ialah Rab. Perkataan Tuhan boleh dikatakan jamakkan dan ada jantina seperti Gods dan Goddess. Berbeza dengan kalimah Allah, ia mengandungi makna tauhid didalamnya. Tiada dua atau tiga hanyalah Esa dan Satu. Jika kita orang Islam sebutlah Ya Allah kerana maknanya berbeza dengan oh my god..




Gigih ni aku dok taip balek. muahahaha.


Apa apa pon aku harap lepas ni, sesiapa yang selalu guna OMG tu tukar lah kepada YA ALLAH. Tak susah pon kan?


“Tidakkah dengan mengingati Tuhan hati menjadi tenang.Justeru, untuk hidup tenang basahkanlah lidah dengan selalu menyebut kalimah Allah

101 comments:

  1. yep sangat benar CE.

    sebutlah..

    Ya ALLAH..

    ReplyDelete
  2. setuju dgn entry ni. aku pun slalu je sbut OMG ni. bila ko wat entry ni. baru aku terperasan. huh!

    ReplyDelete
  3. Ya Rabbi = Ya tuhan...

    maknanya sebut Ya Allah lagi baik dari Ya Rabbi la kan sebab Ya Rabbi tu sama je macam OMG.

    Betulkan kalau silap.. hehe..

    ReplyDelete
  4. sangat setujuuu dgn cik epal.. i pon tak suke bile dengar org2 islam terikut2 sebut OMG, oh my god and paling tak best, oh my goshhh. ape tah. but i bet, terpengaruh ngan cite indon, upik abu dan laura tu. semoga entry ni membantu mereka mengubahnya.. insyaAllah~

    ReplyDelete
  5. btol2..rmai gak kwn2.. sbut gtuh.. mcm satu trend.. klu sedak didengar xpe..nie dh la entah pape2.. xdpt pahala n sia2 je.. org zaman skunk nie dh xkisah mksud.. tau main sbut je kn?? moga2 dieorng insaf.. amin..=)

    ReplyDelete
  6. bagus.., adik ipar aku pun budak UIA selalu sebut OMG...,

    kan yana kan..hee.

    ReplyDelete
  7. betul tu cik epal..
    ana setuju.. ;p

    ReplyDelete
  8. setuju 100% dgn cik epal~~
    manusia kte skg mudah alpa..
    bgus post ni cik epal kte saling mngingati antara 1 sme lain =)

    ReplyDelete
  9. stuju dgn CE..eh skrg kn x pki sgt dh OMG! skrg ni org ckp OMD! Oh Mak Datuk! hehe

    ReplyDelete
  10. Betul sgt dah tu cik epal.
    Kadang2 bila sebut OMG mcm main2 pulak bunyinye.

    ReplyDelete
  11. dengan besar hati atia setuju.. hehehehe..^_^

    ReplyDelete
  12. Yeahhh setuju tapi inilah yg selallu terjadi dikalangan muslim skrg kn :(

    ReplyDelete
  13. pada saya okay je kalau nak taip OMG, sebab lebih shortform. tapi in real life, sediri mau ingat lah :P

    nice entry :)

    ReplyDelete
  14. serius yaya jarang cakap omg, omaigod tu secara realitinya. dalam blog yelah nak gurau2.

    ReplyDelete
  15. omg tu tak membawa maksud ape2..pahala pon takleh hu3 :P

    ReplyDelete
  16. Yep, stuju dengan Dauspozi.
    Lagipun Allah bukan ke sama je dengan God.
    cuma Allah bahasa arab, God english.

    Betulkan kalau silap. Hehe~

    ReplyDelete
  17. omg cik epal!

    muahahaaha.

    mai lah singgah belog cik epal :)

    ReplyDelete
  18. terbaik dari cik epal !!!
    LIKE :)

    ReplyDelete
  19. omg cik epal!

    muahahaaha.

    mai lah singgah belog cik epal :)

    ReplyDelete
  20. Betol cik epal! sokong sangat. hehe. adalah lebih baik sebut 'Ya Allah' :)

    ReplyDelete
  21. OMG ni dah jadi macam trend pula, Cik Epal....
    Sebab itu benda ni pernah jadi issue..
    Bermula dengan salah seorang ahli politik yang guna perkataan god..
    Tapi dikatakan tidak salah sebab God adalah perkataan yang universal..
    Dan lahirlah pula term OMG...
    Masalahnya, tiada siapa yang menegur...
    Lebih-lebih lagi dalam Maharaja Lawak,..
    Terdapat peserta yang sering menggunakan OMG dalam lawak mereka..
    Tapi tiada yang menegur..
    Orang gelak-gelak lagi adalah..
    Entah lah...
    Pasal hukum-hakam agama ni, tak boleh nak cakap lebih-lebih..
    Nanti ada orang yang lebih memahami baling grenade plak kan?...
    Tunggu je benda ni da jadi MASALAH BESAR..
    Baru masing-masing nak cari penyelesaian..

    ReplyDelete
  22. apa2 yg kita sebut, niat tu penting. Oh my God. and we know sape God kita.

    ReplyDelete
  23. hmm...maaf klu salah (walaupun xrasa camtu :D)..

    bukan ke tu sume sama je? @ lebih tepat ganti nama?

    klu someone sebut Oh My God, adekah someone tu bermaksudkan God=Jesus @ patung 12 tangan @ tuhan selain Allah? tak, kan?

    atau,

    klu dalam permulaan setiap surah sebut Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, adekah perkataan "Dia" tu merujuk kpd jiran sebelah rumah @ pak mat tempe @ sesiapa shj melainkan Allah? tak, kan?

    atau,

    klu dalam ayat2 al-Quran menyebut Yang Mengetahui setiap isi langit dan bumi, adekah "Yang Mengetahui" itu cikgu agama, lecturer berkaca mata tebal @ org yg selalu sekodeng jiran mereka? tak, kan?

    bukan ke lagi baik sebutan "Oh My God" drpd

    "O Po Cot" atau
    "Hek E Leh" atau
    "Sial La Lu" atau
    "Blah La Lu" atau
    "Mak Ok Jer"??

    adehh..at least die ingat jugak sikit kat Tuhan wlupun kekadang yg sebut tu tutup auratnye tak sempurna..

    ReplyDelete
  24. agree wif u cik epal..mujur la hani ni x america..pe2 pon masih islamic spt Ya Allah, subhanallah...segan nak sebut omg...thanks for the share dear

    ReplyDelete
  25. setuju sangat! ak ta suka gila sebut OMG nie. rasa pelik jew.

    ReplyDelete
  26. Sebenarnye... OMG jgk mgambarkan Allah s.w.t kerana tiada Tuhan yg layak disembah melainkan Allah ttp utk elak dari fitnah better sebut Ya Allah.. :)

    ReplyDelete
  27. nieyh la akibat pengaruh omputih =='

    ReplyDelete
  28. gempak! dah lama tak comment sini . hee.

    ReplyDelete
  29. cik epal...sgt berguna...u r da best ever..=)

    ReplyDelete
  30. setuju sangat2...tak sedap betul dgr org sebut OMG.ishhh

    ReplyDelete
  31. inilah perkara bila dah jadi trend semasa, nak buat macam mana. rakyat malaysia ni lebih kurang macam orang jepun, apa orang lain buat dia pun nak ikut. ikut segala macam dunia hiburan, hari-hari hati makin sebati dengan dunia hiburan. makin lama hati makin gelap dan gelap.

    tanya diri kita ballik, tak pernah pulak kecoh pasal dunia hiburan ni tak baik, bila suka diam-diam ataupun kecoh satu dunia, tak berani nak bagi ulasan. takut kene tempias bahana trend semasa.

    apapun, itu terpulang kepada mindset masing2, its very individual..kalau dah gaya hidup diri telah di didik dengan hiburan dan hiburan, buat tarbiah panjang macam mana sekalipun, 2 3 hari hilang balik dalam ingatan... sebab hiburan dah sebati dengan diri. ibarat hangat-hangat tahi ayam.

    apa pun, nice entry, sebab ianya mengingatkan kita semua. Alhamdulillah dan Shukran Jazakallah'ukhairan...

    P/S: sebut perkataan thanks or thank you tu pun nothing a.k.a "meaningless"...

    Visit me: http://abszeen.blogspot.com

    ReplyDelete
  32. me setuju ngan cikepal juga Muhamad Nor Haqim, betul, it's so individual, depens on how and in which environment we raised. Dalam hati mengucap OMG memang mungkin maksud adalah Allah, Allah akan tahu yang kita tak de maksud nak sebut God as Jesus or whatever...

    Tapi memang lagi bagus kan untuk biasakan diri mengucap Ya Allah...

    :)

    ReplyDelete
  33. Tanda2 akhir zaman... Terlalu mengikut fahaman orang kristian... memang itulah agenda sebenar mereka... Kita sebagai seorang Islam sekarang ni terlalu mengikut.... Megah sangat dengan menyebut OMG.... Tuhan kita bernama, kalau OMG samalah kita dengan agama lain.... Perlu buangkan tabiat tersebut sebab nanti boleh jadi tebiat....

    Agaknye malu dah nak sebut nama Allah, nanti Allah lupa akan kita baru korang tahu... Masyaallah takutnye saya Cik Apple.... :(

    ReplyDelete
  34. betol jugak ek.. tiba2 tersedar :)

    ReplyDelete
  35. Haha. Selit sikit, macam mana pulak denga prepaid OMG Digi tu?

    macam ada yg tersirat je Digi ni. huhu

    lari topic plak.. keke

    aah, aku benci kalo org ckp OMG, lagi2 perempuan suke ckp cmtu.
    tak patut mcm tu.

    ReplyDelete
  36. tuhan kita adalah Allah..
    tiada tuhan yg kita sembah melainkan Allah..

    ReplyDelete
  37. Saya belajar luar. Memang biasa cakap 'Oh My God' kalau dengan kawan2 mat saleh atau non-Malaysian. Tapi lama-lama dah terbiasa pulak. But I think it's not about bragging atau nak ikut orang putih, but it's a language.

    Kalau kalimah syahadah kita translate english, dia akan berbunyi 'There is no GOD but GOD."

    God tu sendiri maksudnya adalah Tuhan yang satu, yakni Allah.

    Maknanya kat sini, bukan ungkapan, tapi apa dalam hati kita masa kita cakap. Kalau kita cakap, 'Oh My God' but at that time, hati kita ingat Allah, rasa kebesaran Allah, then that's good and tak salah pun.

    Tapi kalau kita cakap 'Ya Allah, kau ni aku cakap bape kali pun tak faham jugak." See? Memang dia sebut Ya Allah tapi perkataan selepas tu tak menggambarkan pun yang dia ingat Allah at that time. Kalau ingat Allah inshaAllah kita cakap perkara yang baik-baik, mengiringi Ya Allah atau Oh My God tu.

    Just my two cents. Ini pandangan saya je. =)

    ReplyDelete
  38. Lebih baik menyebut-nyebut asma Allah... Seperti Ya Allah Ya Karim... Ya Allah Ya Razaq... Kalau nak senang pun, Ya Allahuakhbar :)

    Syg cik epal... hikhikhikkk~

    ReplyDelete
  39. betul tu Cik Epal, sy tak berminat nak guna OMG, aper salah terus jer taip Ya Allah

    ReplyDelete
  40. sebutan nama Allah itu lebih baik
    tidak kira Ya Salam, Ya Robbi atau apa pun kerana Allah mempunyai
    sifat2 99.. Bermakna semua nama
    itu baik utk disebut...

    ReplyDelete
  41. ceh ujang ngumpat adik ipar dia kt cni..haha..erm byk pndgn org ni..ada khilaf ke? haishh..x slh kita amek yg baik dari yg baik baik..sebut Ya Allah itu kan lebih baik dari omg..? kita pn slalu sebut omg jugak..hikss~

    ReplyDelete
  42. betul tu,dah jadi tabiat sebut OMG...satu artikel yang baik bg menyedarkan mereka yang lalai,heheh...http://amzcampro.blogspot.com/

    ReplyDelete
  43. salam..

    sgt setuju..ntahla..sebutan Ya Allah pun nk ditrendkan jd OMG..ginilah jadinya..

    ReplyDelete
  44. @Dauspozi: Ya Rabbi tu memang maksud Ya tuhanku . Tapi Rab tu hanya perkataan untuk Allah. tak boleh samakan dengan benda benda lain. Kalau nak tahu lebih lanjut. boleh lah belajar nama nama ALLAH =)




    @~ Muhamad Nor Haqim ~ : Allah tu maha Esa. Allah tu bukan tuhan. ALLAH tu ALLAH.


    Kenapa DIA tu di highlitekan dalam Al-Quran sebagai perkataan yang besar?


    susah sangat ke nak cakap Ya Allah? kenapa nak OMG jugak. kan lebih indah bercakap Ya Allah instead of OMG. ALLAH tu ALLAH . tak boleh disamakan dengan GOD GOD lain. Allah Maha Esa


    Kalau kita cakap tuhan = GOD. Untuk fahaman manusia ni tuhan ni ada banyak. layak ke kita samakan ALLAH dengan tuhan tuhan lain.? Susah sangat ke nak sebut Ya Allah tu?




    @ Saffa: kita tahu ALLAH tu MAHA MENGETAHUI. tapi apa salahnya kita sebut YA ALLAH. Mana lagi elok? YA ALLAH atau Oh My god. om em jayyy. OMG. mana lagi better? bahasa inggeris ke bahasa Al-Quran??


    yess memang betul GOD is Almighty. means ALLAHUAKBAR. Kita ada fahaman kita. ajaran kita.Macam tak ada satu keistimewaan untuk ALLAH.



    Macam kita berhadap dengan org yg kita syg lah. kenapa kita mem"specialkan" perkataan ALLAH??



    macam life kita jugak. org org yg kita syg. mesti kita panggil dia dengan panggilan istimewa like "sayang" ke hape la kan?


    sama jugak dengan ALLAH ni. kenapa kita tak boleh nak sebut nama ALLAH.? ALLAH ni maha pencipta. DIA yang mencipta kita. ALLAH ni lah kekasih hati kita.


    mmg ALLAH tu MAHA MENGETAHUI. apa salahnya kita anggap DIA tu yang special. Apa salahnya kita menagungkan Kalimah kalimah ALLAH memang ALLAH tu maha mengetahui, kan lebih indah kita guna YA ALLAH


    ALLAH tu its better lah dari OMG OMG tu.



    macam azan jugak. kenapa kita tak tukar azan dalam bahasa melayu? kenapa azan dilaungkan dengan bahasa Al-Quran? sebab kita tahu bahasa Al-Quran tu bahasa syurga. Bahasa Arab tu adalah Bahasa Al-Quran =)



    Saya pon bukan someone yang totall arif tahu selok belok agama. bukan ustazah. Tapi ni apa yg saya belajar lah. Kalau salah tolong betulkan . Kita sama sama belajar =)

    ReplyDelete
  45. diowang ingat sebut "YA ALLAH" tu kampung...
    Ya Allah.. (aku memang asal dari kampung)

    ReplyDelete
  46. OMG pon sebot, Ya Allah pon sebot..xdo mslh..Both refer to Allah.(Lainla kalo iktikad dlm hati tu nk sebut yg lain) Islam tu indah dan memudahkan. Why limit yourself :D

    ReplyDelete
  47. thanks cik epal sbb ingatkan :)

    ReplyDelete
  48. Ya Allah :)

    setuju sgt dengan entry ni. sebelum ni mmg dh byk kali sgt tfikir psl ni. btl kn, lg indah klu sebut Ya Allah.

    (^___^)

    ReplyDelete
  49. Cik epal,
    Mesred mmg tak pandai sebut omg...Kalau bersin org lain sebut excuse me msred sebut alhamdulillah....

    ReplyDelete
  50. dah tulis jugak pasal ni


    http://lalabiela.blogspot.com/2011/04/omg-ya-allah.html

    ReplyDelete
  51. betul2....geram je ble org sbut cmtu..

    ReplyDelete
  52. salam,ce mmg sya dh trpikir nk uat entry ni.trkjut ttba ce uat.hehehe....good job~!

    ReplyDelete
  53. yeah! sokong cik epal...:) salu dgr..sbo jela..bajek mcm obersea sket a ckp cmtuh..yulk.:D

    ReplyDelete
  54. cik epal!tq for shared. kite pom slalu jugak OMG. ok start today kena tkr! ;)

    ReplyDelete
  55. rasenye ucap Ya Allah lebih mudah dari Oh My God tu..jadi, ucap je la Ya Allah...

    meh singgah sini, ade contest!

    http://nedhenna.blogspot.com/2011/06/contest-mencipta-logo-tagline-nedhenna.html

    ReplyDelete
  56. betul. setuju 100%. dalam drama banyak kot ayat OMG

    ReplyDelete
  57. beeettoooooooll (!) selalukan lah lidah dengan zikrullah. insyaALLAH aty kan tenang. amin (:

    ReplyDelete
  58. Selain dari itu kita lebih gemar sebut HELLO dari Assalamualaikum walaupun sesama muslim....termasuk la diri saya....huhuhu p/s : sekadar pandangan jee

    ReplyDelete
  59. sebut ya allah lagi baik.. betol cakap CE :)

    ReplyDelete
  60. cik epal . thanks sebab ingatkan miwa.. bukan miwa je tp sume org jugak.

    skang bila nak sebut omg je teringat cik epal punya entry ni..haha impak betul..

    lepas ni akan lebih hati2..
    insyaallah :)

    ReplyDelete
  61. diorg ingat diorg dah cukup stailo...

    ReplyDelete
  62. org pon jarang guna word OMG tu. klau guna pon just nak ikut cara zizan tu haa, main2 je

    ReplyDelete
  63. cik epal saya suka belog awak yang sangat susah nak kata tapi terbaikkk!!

    ReplyDelete
  64. hahaha gua setuju epal.hehe




    oh epal, gua buat blog baru. follow la ea. support me please.heeeeeee

    tapi gua rasa lu tak kenal gua dah :(

    ReplyDelete
  65. dari dulu lg rs menyampah dgn reaksi org sbut OMG ni. cm nk bg penampar je. thanks sbb sudi buat entry psl ni. at least tau ribu2 org bc. tulis kt blog saya pon berapa kerat je org nk bc. huhu

    ReplyDelete
  66. Salam cik epal. Sebab dah biasa sebut OMG. Bebudak zaman sekarang mana nak sebut Ya Allah!

    ReplyDelete
  67. kurang setuju . sebab yang penting niat .. kalau dia cakap god . niat dia cakap god tu allah . tak salahkan ?
    btw . Allah itu adalah tuhanku .
    sorry CE kurg setuju .:D

    ReplyDelete
  68. OMG la sangat..tah apa2 punya ayat tah..

    ReplyDelete
  69. stju entry cik epal yg neh..sy engat lg msa tu sy bru F1 kot..dok tgk artis klu b'lakon sllu sebut oh my god,sy pon apa2 ckit sbut mcm tu gak. sekali mak tegur engat elok sgt ka sebut mcm tu..owg sbut ya allah bkn omg tu.. so cmpi skunk xpnh dok sbut p'ktaan oh my god tu dah!!

    ReplyDelete
  70. erkkk. I tak men la sebut2 OMG OMG ok. I sebut OMK atau OMH jer! wakakak
    OMK = oii mak kau!
    OMH = Oh MAk hang! (versi kedah)
    hahahaa

    ReplyDelete
  71. OMG for me is 'Ohh Memang Gile!'
    takpon 'Ohh Memang Gempak' kalau mengada sikit means 'Ohh memang Gedik' HAHA. tapi utk situasi mcm CE tulis tu ofcourse sy guna Ya Allah. ;)

    ReplyDelete
  72. betol jugak tu..walaupon GOD tu merujuk kepada Tuhan tapi lagi elok kita sebut Ya Allah..

    Thanks 4 this reminder CE.I frequently used OMG and after this will used Ya Allah :)

    ReplyDelete
  73. alamakkkk . da terbiase lah cik epal .. kene ubah pasni! tapi betul kan . better sebut ya allah instead of omg mcm org barat . pahale pon dpat betul x kalo sebut ya allah :)

    ReplyDelete
  74. YaALLAH. thanks cik epal sbb bgtau :)

    ReplyDelete
  75. betul tu...takpayah lah nak america sangat...hehehe....

    ReplyDelete
  76. ada satu lagi perkataan baru dari Harith Iskandar OMD (oh mak datuk)...hehehe

    ReplyDelete
  77. saya setuju cik epal...apa salahnya berubah ke arah yang lebih baik kan....good info...thanks...

    ReplyDelete
  78. setuju!
    memanglah tak salah sebut OMG...
    Tapi kitakan muslim :)
    apa salahnya buat sesuatu yg 'berbeza' dari non muslim...
    proud to be a muslim~
    free2 dapat pahala..

    ReplyDelete
  79. setuju!
    memanglah tak salah sebut OMG...
    Tapi kitakan muslim :)
    apa salahnya buat sesuatu yg 'berbeza' dari non muslim...
    proud to be a muslim~
    free2 dapat pahala..

    ReplyDelete
  80. okay terasa.
    HAHAHAHA. lepas ni akan lebih sebut Ya Allah (;

    ReplyDelete
  81. askum cik epal .
    dlu CE kan slalu ckp blog ni lsngsung tak de manfaat . well. for me that is so un-true ! blog ni bermanfaat okeh ! so , pasni jangan cakap blog ni tak bermanfaat tau . ari2 aku gigih bukak blog ni CE boleh kata tak bermanfaat? grrrrrrrr! ;)

    ReplyDelete
  82. Cik epal = sy masih menunggu jwpn myhubby berkenaan boleh ke tak nak beli camera cik epal ni.. hehehe.. tunggu yer.. harap2 berit abaik.. =)

    Senang2 like pic sy di sini
    (contest kahwin) hehe~

    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150204579032775&set=a.10150198144482775.312061.353730732774&type=1&theater&pid=7374832&id=353730732774

    ReplyDelete
  83. skang OMG dh jadi trend mraja.lawak..tp diorg lupe sape yg disebutkan tu..dh ramai yg ikut..subhanallah!
    recent post:http://azumie.blogspot.com/2011/06/video-bila-anak-mula-berjalan.html

    ReplyDelete
  84. setuju juga, ustaz juga cakap macam tu juga..

    http://pyejal.blogspot.com/

    ReplyDelete
  85. YE AK SETUJU..KTE NI HIDUP X YAH LA NK BARAT SGT..

    ReplyDelete
  86. ya allah
    ya allah
    ya allah
    no more omg
    good info CE^^

    ReplyDelete
  87. setuju sangat...baik sebut ya allah..

    by the way, nice info...:)

    ReplyDelete