Wednesday, June 22, 2011

Adakah lelaki bertindik dekat telinga itu GAY ?

Mula mula aku tanya dekat TWITTER aku.


@ Macam mana kita nak tahu sorang lelaki tu GAY?

lepastu aku tanya lagi dekat depa ni

@ Adakah lelaki pakai subang tu GAY?

@ wei kalau GAY pakai subang belah kiri ke kanan? Kalau dia sesaja pakai tapi bukan GAY . cane pulak?

@ Ada orang cakap "Lelaki bertindik ni tak boleh buat WALI" betul ke?

@Ada pulak yang cakap SAH PERNIKAHAN YANG BERWALIKAN LELAKI BERTINDIK... even perbuatan dia salah, tetapi tak sampai membawa kepada WALI FASIK. betul ke?



Macam macam jawapan depa ni bagi. Aku dah siap print screen bagai dah. Sekali tak boleh nak upload picture pulak.Apahal blogger tak boleh upload picture ni? aku je ke kena or korang pon tak boleh upload jugak? pagi tadi ok je. petang ni pulak buat hal.


ok. back to the topic. Aku pon search lah pasal Hukum lelaki tindik telinga ni







S: Apakah hukum lelaki menindik telinga atau anggota badannya?


J: Adalah haram bagi lelaki menindik telinganya kerana ia menyerupai kaum wanita. Perbuatan ini dilaknat oleh Allah s.w.t.



Lelaki yang menindik telinganya atau anggota badannya, perlu bertaubat dan menanggalkan segala perhiasan tersebut. Jika tidak, dia belum lagi betul-betul taubat dan tidak layak dia menjadi wali nikah.



Lelaki yang bertindik dalam keadaan dia mengetahui perbuatannya haram dan berterusan melakukannya walaupun sudah ditegur dihukum sebagai fasik.



 Pendapat yang sahih ialah sah bersolat di belakang imam yang fasik, cuma tidak digalakkan.



Kata Imam Nawawi dalam Majmuk: “Di dalam kitab al-Sahih terdapat banyak hadis-hadis yang menunjukkan sah sembahyang di belakang orang fasik dan imam-imam yang zalim”.



golongan lelaki dilarang menyerupai wanita di dalam perihal perhiasan, sebagaimana hadis


Ibn Abbas: Nabi SAW melaknat org yang menyerupai wanita dari kalangan laki-laki, dan org yang menyerupai lelaki dari kalangan wanita. Direkod oleh Bukhari (no: 5547).



Oleh itu, hukum lelaki bertindik adalah HARAM.



====================


Benda ni bermain dekat fikiran aku sebab aku agak terkejut tengok kawan aku post gambar dia dekat facebook dan dia bertindik. dia LELAKI. Aku macam sedih jugak lah dia boleh jadi macam tu. what's in his mind actually?



Mungkin lah zaman sekarang ni lelaki bertindik dah macam trend or fashion. Pada pendapat aku, masyarakat yang boleh menerima lelaki bertindik ni mungkin lah depa tak tahu yang bertindik ni HARAM di sisi ISLAM bagi kaum lelaki.


Tak kesah lah masyarakat boleh terima ke tidak.Kita tolak tepi dahulu pandangan manusia, sebab manusia ni bukannya betul sangat. Lagipun akhir zaman ni lagilah kena berhati hati bila golongan yang ramai ditakuti mengheret kita ke jalan kekufuran.


sekadar mengingatkan kita mengikut kitab Allah, bukan perlembagaan undang-undang adat manusia. jadi, mengambil pandangan dari manusia secara amnya tanpa merujuk pada sumber agama adalah menjadi satu kesalahan. Halal dan haram itu hak Allah SWT, kerana Dia yg menilainya. yg difatwakan ulama' hanyalah sebagai menegakkan hak Allah di muka bumi.



Dan sungguh tidak aneh untuk bertembung dengan lelaki bertindik mungkin kerana kita telah hampir di akhir zaman di mana lelaki lebih menyerupai wanita. Dah lah zaman sekarang ni lelaki ni sikit. Yang sikit tu pulak nak buat perangai nya . Hehhh.



Aku tak nampak apa apa kebaikan dan MACHO nya pon kalau seseorang lelaki ni bertindik. Apa tujuannya? Trend/fashion? Kalau bertindik nampak ganas? nampak stylo?? Tak ada pon nampak stylo nya kalau lelaki bertindik ni.


Kesimpulannya, benda dah terang terang kita nampak tak elok. Toksah lah kita nak buat kan?



Setahu aku lelaki bertindik ni tidak boleh menjadi wali untuk anak perempuan. kan? Kalau salah tolong betul kan

61 comments:

  1. takot tengok lelaki yang bertindik ..huhu

    ReplyDelete
  2. takot bila tengok lelaki yang bertindik ..huhu

    ReplyDelete
  3. setuju ngn ustazah epal..apa ngongek benor laki zaman skrg ni..elok2 jd laki..nak jadi pmpn lak...

    ReplyDelete
  4. dunia dunia....yang lelaki nak bertindik la apa..kot nanti bertanduk la pulak..
    pompuan pulak pe'el mcm pompuan..
    anyway nice entry!!1

    ReplyDelete
  5. Oh, bru tahu haram :) thanks

    Soalan: ape plak hukum perempuan bertindik di tempat lain selain drpd telinga? mcm kening,bibir or hidung?

    ReplyDelete
  6. aah. saya pon tak pasti juge cik epal. kena goole or tanya yg lebeh berilmu agama juga saya ni..:)

    Tapi apa-apa pon, memang mereka nmpk hodoh sgt bertindik.. taklau nk tengok tepi dah tengok..:P


    Harap ada guys yg take noted dari post entry u! tq

    ReplyDelete
  7. selalunya yang gay nie tindik telinga sebelah kanan kalau x silap saya ..
    haah la cik epal..xleh nak upload gambar...baru je nak upload gambar..huhu

    ReplyDelete
  8. Ain tak pernah pulak nampak lelaki muslim bertindik tapi yang bukan muslim ramai la...

    - Orang2 putih kat sini ada je yang bertindik tapi tak ramai & ape yg ain tengok diorang yg bertindik ni rasa diorang macho (macho la sangat!).

    - Yang ain paling familiar with lelaki yang suka bertindik ni, lelaki KOREAN la. MOST of them mesti ada tindik kat telinga, tak dua, satu. Gay or tak gay tu, i don't know but I'm sure their reason is to keep it in in trend because boleh kira berapa lelaki korean yang memang TAK PERNAH tindik, takkan yang tu je yang TAK GAY kot?

    - Yang muslim ni pulak...I think because kite mudah terpengaruh dengan dunia2 luar (nak dress up korean style la, sume2 tu kan) tu yang lelaki nak bertindik...rasa diri diorang tu ada style sikit la kot.

    I personally don't really care about lelaki yang bertindik ni. I think this is because I watched too many korean guys yang bertindik, so I'm not really bothered bout it anymore. But then again, diorang bukan muslim, so peduli apa kan. As for yg muslim ni...HOPEFULLY diorang tau la yang hukum bertindik ni haram.

    Woah, tetiba jadi karangan pulak ni. Sorry CE, hari ni mood nak jadi lecturer. haha.

    ReplyDelete
  9. laki bertindik takde beze ngan pmpn ..bagi aku lah kan ..:)

    ReplyDelete
  10. a'ah , memang tak boleh upload gambar dkt blogspot -___- kena copy2 plak . grrr .

    ReplyDelete
  11. haaa...same lah..tadi update pon tak buleh upload gambar..
    lelaki bertindik??
    kenapa orang sanggup sakit untuk fesyen?..
    lelaki macam ni memang pelik...

    ReplyDelete
  12. yes ! setuju. tak suka laki maen tindik2 ni. geli je ~

    ReplyDelete
  13. cool sangat ke kalau lelaki bertindik ni? lubang sana sini :D

    ReplyDelete
  14. ish! ish! wat pe nk tindik lelaki nie sume!
    x psal2 kang, ade ank.. mse nikah mcm ank tu x de bapak..
    ha! sape nk jwb kn tu...

    tu blum tgk lelaki yg pkai tindik ala2 mcm di tindik tu.. ala, tindik yg konon tu.. lg la nyampah!
    nk cool, tp penakut... takut sakit kne tindik la tu!

    x yah pkai pun nk hencem dh kn?

    ReplyDelete
  15. laki bertindik xley jd wali siyes 1st time aku dgr..coz yg aku dgr b4 this laki bertindik mmg xley wat laki..haaa! cane tu ?? i dnt know..juz dgr jelaa.. ;)

    ReplyDelete
  16. seriously mereke ni serupe annoying. and ade kawan saye tu siap tindik lidah lagi. gila ke hapa??? huh =.='

    ReplyDelete
  17. pulun aje lelaki2 nie nak bertindik...

    Ape ke ganjel bebenor diorang nie???

    ReplyDelete
  18. hukum bertindik bagi lelakim ialah haram.

    dah sah sah HARAM. terang lagi nyata perbuatan ni tak boleh dilakukan. kalau halal, aku pun nak buat.

    for real, aku mmg cuba elakkan berkawan dgn lelaki bertindik/ aku mmg tk suka tgk lelaki bertindik. ain't cool

    ReplyDelete
  19. i've got numbers of friend yg bersubang. but they dun tindik. just magnet. how was that?

    ReplyDelete
  20. Salam Cik Epal...

    Lelaki bertindik untuk apa? Tak suka tengok lelaki bertindik... Macam tak senonoh je...

    ReplyDelete
  21. pernah baca yg kalau lelaki bertndik tak leh jadi wali untk ank prmpuan dia...tapi tak ingt baca kat mana.

    ReplyDelete
  22. kakak aku bagitau, dulu kat negara barat lelaki bertindik telinga sebagai simbol yang lelaki tu adalah gay. mungkin sekarang lelaki tindik telinga jadi trend la kot. konon-konon stylo. tapi tak tau asal-usul sebenar.

    ReplyDelete
  23. lelaki memang haram kalau bertindik.
    apa yg i tau, depa xleh jadik wali selagi lubang tu tak terkambus.
    correct me kalau i salah.

    ReplyDelete
  24. nak jawab bende tak berkait:

    erm, nak post gambar boleh je, convert jadi EDIT HTML...boleh laa upload, tapi old school laa sikit..tapi lps compose blk, boleh guna macam biasa dah

    ReplyDelete
  25. lelaki ingat macho la tindik2.tetambah tindik lidah..geli aihh..

    ReplyDelete
  26. salam.. tindik mmg haram bg lelaki. tapi bg pmp harus. x kesah la nk tindik kat mana sekalipun. hukumnya harus bg perempuan.

    lelaki yg bertindik adalah fasik. utk syarat imam, ia lepas sebb memang boleh mengimamkan wali yg fasik. tapi kne tengok gak tahap kefasikan nya,

    utk wali plak, x kisah la wali mujbir, atau wali aqrab atau wali aba'd, jika dia fasik, maka x sah sebab syarat wali ialah islam, lelaki, x fasik, x terpaksa, x cacat, merdeka, bukan semasa ihram haji dll.....

    so lelaki yg nk bertindik tu pikir2 balik la.. jgn nnt anda dihalang hak utk walikan anak sendiri. malu wooo~

    :)

    ReplyDelete
  27. lelaki betindik memang haram. cikepal! wuwuwuw T__T ang pon taboleh upload picture eh? some goes with me. ingatkan blog rosak. cehhhh!

    ReplyDelete
  28. mmg meluat tgk laki bertindik.
    tapi lagi meluat tgk perempuan bertindik lidah. mcm JALANG.

    ReplyDelete
  29. benci betul lah kalau lelaki bertindik nih...kalau jumpe tengah jalan, rase macam nak pergi dekat, then cabut tindik dia tu. baru padan muka!! ahahhaha

    ReplyDelete
  30. lelaki bertindik?huh..menyampah!!!!!

    ReplyDelete
  31. perghh..tidik dose woit..harem tau..p lau die da tertindik nk wt cmne kn..

    ReplyDelete
  32. tindik la bnyk mne pon nk tindik asalkn x benanah..geli plak nnti..:o

    ReplyDelete
  33. nasib baik tak pernah buat benda-benda camni ​(¬_¬")

    ReplyDelete
  34. betul CE. lelaki bertindik tak boleh jadi wali.

    ReplyDelete
  35. memang tak boleh nk upload gambar harini. hehh leceh btl

    ReplyDelete
  36. yerp..x suke llaki btindik..tp kalo llaki yg pkai glang bsor perak tu cmne plak ek?bf anis kdg2 pkai gelang tu..

    ReplyDelete
  37. erm.... tidak sah nikah berwalikan wali yg fasik atau melakukan dosadosa besar.

    ReplyDelete
  38. LELAKI BERTINDIK ITU BODOH.

    fullstop.

    ReplyDelete
  39. ape nak heran, banyak benda haram pon orang wat gak.

    lelaki tidak boleh meniru or memakai apa-apa perhiasan wanita kecuali cincin (bukan emas).

    so rantai, gelang, gelang kaki, subang, piercing tu sume haram, tapi ramai je kan lelaki islam pakai? trend. ada tu pakai subang, tapi tak bertindik, bila nak solat baru buka, bleh lak kan?

    yg aku pernah tahu, pakai subang di kiri or kanan telinga lelaki ni ada makna tersuratnya. kiri ada makna, kanan pon ada makna, nak tahu ape, carilah sendiri XP

    yang perempuan lak toksah ler cari boyfriend or bakal suami yang cenggini, dah tahu tapi still nak gak tu namenye cari penyakit kelak, wallahualam...

    ReplyDelete
  40. bertindik melambangkan mereka tue tak bertamadun..

    ReplyDelete
  41. nice topic..br thu cmni kisahnye..hehehe..thanks..

    ReplyDelete
  42. urghh.. rokok and bertindik.. disgustingnya =,='

    ReplyDelete
  43. benda yang haram tetap haramkan... xleh nak halalkan die.. hoho... pikir2 la.. ;)

    ReplyDelete
  44. kawan saye pun bertindak jugak. tapi xtau ah dye gay ke tak. harap tak ah. huuuu

    ReplyDelete
  45. hmm banyak keburukan bertindik..boleh menyerupai agama yg lain..

    ReplyDelete
  46. lelaki carik pompuan pakai tudung utk buat isteri, saye perempuan, akan carik laki elok tanpa tindik2 sbb saye nak anak pempuan sy nnt berwalikan bapak sendiri ^_^

    ReplyDelete
  47. cik epal mcm lak kalau ppuan bertindik hidung tp pakai tudung?

    ReplyDelete
  48. cik epal, sory lari sikit dri topik. hee
    if rajin2 rmai2 la like pic ni eh?
    http://www.facebook.com/photo.php?fbid=211223032247215&set=a.210827005620151.47280.208825315820320&type=1&ref=nf
    thank youu cik epal :D
    btw, aritu ade tgok video sham kamikaze yg dy dh insaf. dlm video tu ade ckp psl tindik. HARAM tindik ni bg org islam kann.

    ReplyDelete
  49. Ni bukan trend baru lagi CE...memang dr dulu lagi, mase kak ameh skool dulu suke tengok lelaki bertindik tapi x nak pun bf yang bertindik saje suke tengok dorang ni macam² pesen(fashion)...hehehe...

    Kak Ameh sendiri pun tindik lebih dari 1 kat telinga...Tapi dah kawin ni maintain kn 1 je... =)

    ReplyDelete
  50. salam cik epal..mmg sahih xleh jd wali..hukum pun dah HARAM..da cane nk jd wali..ASTAGHFIRULLAH..jgnlah ada diantara saudara kita yg seperti ini..AMIN..

    ReplyDelete
  51. memg haram walikan anak perempuan!

    ReplyDelete
  52. Dah kurus belum cik epal? Saya bagi pendapat ye. "Bertindik menyerupai wanita" tu mungkin boleh debat. Sebab lelaki bertindik bukan untuk jadi macam wanita. Dan ada ke kita tengok lelaki bertindik lantas berfikir "Eh dia ni macam perempuan lah"? Tiada kan? Nampak ganas dan trendy adalah.

    Setahu saya bertindik ni amalan sebelum Islam datang lagi. Jadinya wanita bertindik ni menyerupai kaum jahiliyah, tak gitu? Dan ada hadis (mungkin ya mungkin tidak) yang mengatakan sesiapa mengikut perlakuan orang kafir, ia jadi sebahagian dari mereka. Bagaimana? Pakai kemeja, jeans, makan pizza, semua ciptaan orang bukan Islam. Kafirkah kita?

    Balik pada topik tiru wanita tadi, bagaimana dengan wanita berseluar? Seluar itu mula-mula direka untuk lelaki. Bagaimana dengan lelaki berkain pelekat? Begitu juga dengan tindik, bukannya lelaki pakai tindik emas dan cantik-cantik macam wanita pakai, tapi ada jenis tindik yang memang untuk lelaki.

    Kadang-kadang ada perkara kita kena fikir sendiri.

    Pendapat saya sahaja untuk dikongsi. Wassalam

    ReplyDelete
  53. Dah kurus belum cik epal? Saya bagi pendapat ye. "Bertindik menyerupai wanita" tu mungkin boleh debat. Sebab lelaki bertindik bukan untuk jadi macam wanita. Dan ada ke kita tengok lelaki bertindik lantas berfikir "Eh dia ni macam perempuan lah"? Tiada kan? Nampak ganas dan trendy adalah.

    Setahu saya bertindik ni amalan sebelum Islam datang lagi. Jadinya wanita bertindik ni menyerupai kaum jahiliyah, tak gitu? Dan ada hadis (mungkin ya mungkin tidak) yang mengatakan sesiapa mengikut perlakuan orang kafir, ia jadi sebahagian dari mereka. Bagaimana? Pakai kemeja, jeans, makan pizza, semua ciptaan orang bukan Islam. Kafirkah kita?

    Balik pada topik tiru wanita tadi, bagaimana dengan wanita berseluar? Seluar itu mula-mula direka untuk lelaki. Bagaimana dengan lelaki berkain pelekat? Begitu juga dengan tindik, bukannya lelaki pakai tindik emas dan cantik-cantik macam wanita pakai, tapi ada jenis tindik yang memang untuk lelaki.

    Kadang-kadang ada perkara kita kena fikir sendiri.

    Pendapat saya sahaja untuk dikongsi. Wassalam

    ReplyDelete