Monday, May 23, 2011

Meatball IKEA tak halal ?? ada babi??







bangun bangun pagi. check facebook. ada orang PM aku


"weh. ko menternak menternak . alert sikit pasal meatball tu. patot la sedap. tkjut aku tau. now, dah kene tutup buat sementara waktu sbb ada guna khinzir punya apa tah. ok"



IKEA punya foodcourt under mantainance ke now??? betul ke meatball ikea ada menatang haram jadah tu???



makanan ni kalau makan dari sumber yang haram, bahaya ni. sebab darah yang mengalir dalam badan kita ni pon akan jadi haram.


lepas ni kena berhati hati lah nak makan semua. kita ni asal nampak melayu je makan banyak dekat situ, terus jadi HALAL. asal nampak workers melayu je banyak terus jadi HALAL



benda ni bukan benda main main. kalau betul lah MEATBALL IKEA ada menatang haram jadah tu, sumpah lah lepas ni aku tak pergi makan situ lagi.perghhhh kalau betul lah ada, AKU-DAH-MAKAN-BANYAK-BABI-LAH-KALAU-MACAM-TU.BERKETUL-KETUL-BABI-PULAK-TU damn!




tapi harap harap IKEA under maintanance bukan sebab benda benda ni semua lah. harap sebab hal hal lain.



nama je duduk MALAYSIA, majoriti beragama ISLAM. isu makanan HALAL HARAM ni pandang remeh je.


tapi betul ke meatball IKEA ni ada mende alah tu?? ke hanya RUMOURS ??

ok bye!

51 comments:

  1. bahaya tol la nie....restoran yg x der tnda halal dh semakin banyak...

    ReplyDelete
  2. Secret Recipe pon dah dikluarkan surat oleh JAKIM bahawa tepung kek smo ada unsur babi.

    http://www.halal.gov.my/ehalal/index.php?ty=content_view&id=NEW-20110512163507&type=NEW

    Puratos tu syarikat yang handle Secret Recipe.

    kalau tak disahkan pon, jauhilah menda yang mendatangkan was2

    ReplyDelete
  3. sng je cik epal...bkk je laman web JAKIM..tgk status IKEA pnye tu..msti ada kot

    ReplyDelete
  4. bahaya kan. kita bukannya tahu, macam2 zaman sekarang ni, kadang2 ada je logo halal tapi ada juga benda tu . huhu

    ReplyDelete
  5. Baru jer nak mengidam,

    Dengar pula berita kemusykilan,

    CANCEL~

    x_x

    ReplyDelete
  6. apasal makin banyak sangat benda yg haram sekarang ni.. JAKIM tak kan nak dok diam kot,,,,

    Ehhh... makanan ni jadi darah daging kita .. tak leh memain..

    ReplyDelete
  7. betul ke cik epal??? seb belum penah telan lg.. selama ni dok telan air liur jerr.. maklum ler,jarang2 ke IKEA. tp member2 mmg dok promote katanye 'kalu p IKEA makanle meatball..sedapppppp'

    ReplyDelete
  8. sakit hati kan, kita igt halal rupanya haram. Byk menda gini di Mesia. Kalo haku, haku makan aje.. Sebab dorg da bagi tanda halal kann..

    ReplyDelete
  9. aduiii.. baru nk merasa mkn.. ade vuvi la pulek.. aigoo~

    ReplyDelete
  10. bahaya tol la...kene hukuman keras ni sebab mempermainkan orang islam...

    ReplyDelete
  11. Kenapalah orang pandang remeh pasal ni erk? Nama je negara Islam, tapi pasal makan2 nie, dipandang remeh.. adoi..

    ReplyDelete
  12. Huuu... X jdla menternak lemak kat sana nmpknye..
    Bhye bhye...
    Wallahualam..

    ReplyDelete
  13. Macam2 dah Ain dengar pasal makanan kat malaysia ada benda2 haram...

    Duduk di england nih, jarang pergi restaurant, masak kat rumah je. But kat sini banyak je kedai fast foods yang confirm halal and lagi satu, kat sini very particular about 'vegetarian' punya cop. So, kalau beli barang makanan kt supermarket, bila takde 'suitable for vegetarian', kami tak beli. Ain rasa duduk di England ni lagi selamat & bole jadi lebih particular about bende2 ni...sebab kat malaysia banyak terpengaruh kot...tengok orang melayu ni makan ni, kita pon nak makan and confirm bole makan. hmm...

    Anyway, hati2 je la cik epal! :)

    ReplyDelete
  14. sue dah pergi dengan Dilakochan hari jumaat aritu, dia tulis tutup buat sementara waktu untuk penyamakan, tapi tak dinyatakan punya kenapa. lebih detail tanye kak Dilla sebab sue baca ala kadar je that time :) sbb ta penah merasa lagi. baru nak merasa tapi tutup.

    ReplyDelete
  15. ala .. ala . .ala .. ala.. baru jer lepas makan meatball hari tuh -..- .. mintak2 tak betul lah .. ala ala ..

    ReplyDelete
  16. mmm, susah nk ckap..
    cube tgk pandangan sy tntng makan cmni..

    http://kimomoto.blogspot.com/2011/05/perangai-pelik.html

    ReplyDelete
  17. seriesssssss?
    saya pun suka ikeaaaaa.
    uwaaaa.
    telan babi berketul-ketul ye cik epal? haha!

    khabar angin je kot? *nak sedapkan hati* huhu!

    ReplyDelete
  18. Disebabkan meatball ikea ni femes sgt, sy pernah cari resepi meatball ni konon2 nk buat sndiri.
    bila tgk resepi2 sweedish meatball, semuanya mmg campurkan beef ngan pork.
    contohnya mcm resepi kat sini: http://www.ikea-friends.com/corner/recipe-meatball.shtml

    then, sy pernah baca blog sorg chinese ni.. dia buat review pasal meatball ikea. dia ckp meatball ikea singapore lebih sedap dr meatball ikea msia, sbb meatball s'pore tu mmg dicampur ngan pork..

    then, sy pergi website jakim pulak utk tgk status halal ikea ni. tp tak jumpa. huhu.

    although meatball tu 100% dr beef, tp kita kena consider dia sembelih lembu tu ikut syariah law atau tak.

    sekian,
    sorry komen pjg sgt. tp bnda halal haram ni isu penting. huhu.

    ReplyDelete
  19. saya baru pergi semalam...nak try rasa.....datang jauh2 konon2 nak rasa la....diaorang kata sedap sangat...tengok2 tutup....kat notis tu memang la diaorang x bagitau....pasal cerita bahan HARAM tu saya dengar2 dari pekerja2 IKEA.....memang betul.....Alhamdulillah....nasib baik....

    ReplyDelete
  20. perkara yang selalu dipandang remeh oleh kita...asal sedap makan ... dah tak fikir apa kandungan di dalamnya

    Padanlah ramai orang makan meatball tu setiap kali pi Ikea...

    Ish..minta dijauhkan..

    ReplyDelete
  21. tu lah dik, akak curios jugak..adik nih suke sangat menternak sane sini..check dulu tak logo HALAL kat restoran tu..yg name pelik2 tuh..one more TGI Friday tu tak halal..sumber dr member..sbb u promote2..kang kalo tak halal..naye

    ReplyDelete
  22. ade yg dah call jakim and CONFIRMED that Ikea tak pernah apply for sijil halal. saya bc kat sini:
    http://ibudarwisy.blogspot.com/2011/04/sharing-is-caring.html..

    Wallahualam

    ReplyDelete
  23. perkara paling senang nak buat,

    kalo ade rase was2 toksah masuk je, tak kisah la sedap mcmne pon masakan die.

    and then selalu lah melawat halal jakim tu, kalo takde dalam list jakim, for sure la kan tak halal. kalo gerai kecik2 ni ye la kite faham mungkin fee mahal ke apa ke, tapi untuk kedai2 besar dari luar negara lagi untuk tidak memohon sijil halal adalah sesuatu yang agak pelik melainkan menunya mmg takkan dapat sijil halal pon.

    chilis, TGI's, and even mostly kopitiam dekat malaysia ni takde sijil halal jakim.

    so hati2 lah, kita dah makin dijajah melalui makanan.

    ReplyDelete
  24. TGI Friday baru bukak yang halal dekat alamanda..baca sini

    http://www.hmetro.com.my/articles/TGIFriday__8217_subahsuaimenu/Article

    Chef nya kata tukar ramuan macam dekat Asia Barat (Arab sme) coz baru nak nampak kesedaran halal ni kt malaysia. Cuba tgk Arab, Chillis sme ada je tp xde isu was-was sbb org luar respect dengan sistem Halalnya yang strict. Kenapa x kt Malaysia?

    Isu Crocs nama Allah dulu tu, Arab still jual Crocs tapi logo dh tukar. Kita kt sini?

    Kenapa ye kita xleh jadi macam Arab? Walhal kita ni negara Islam.

    Haih..

    ReplyDelete
  25. aiseyyy...ye ke?
    akak baru je verangan nak mkn meatball (soon). kena postpone smpi dpt pengesahan la.
    dulu ikea tu dah ada kes mcm ni gak.

    ReplyDelete
  26. aku baru makan seploh ketol.

    hehe.

    ReplyDelete
  27. Epaaaal baru ingat nak belanja makan IKEA meatballs, sorrylah you lain kali ye? Haha.

    Ni I update my entry about this, ada orang post notification yang kat IKEA yang mention pasal premis dia tutup sebab perlu disamak.

    ENTRINYA DI SINI DONG

    Ahh takukk.

    ReplyDelete
  28. cik epal, mak kita salu pesan tgk label halal kat setiap makanan or restoran. halal yg betul2 dr jakim. bukan halal saje. huhu

    mak kita ade gitaw old town pon tak halal, plus tu cino punyo. kalo cik epal nak kepastian kat setiap makanan or restoran, cer cik epal check website makanan halal kat tenet.



    peace ;)

    ReplyDelete
  29. 19 MEI lepas ade pergi,tapi xtutup pun?

    ReplyDelete
  30. dapur ikea ttp sbb restoran diorang kena samak. bila search2 pasal ni, ramai kata ikea dah banyak kali kena samak. maksudnya dah banyak kali isu ni keluar. wallahu'alam.

    ReplyDelete
  31. Subhanallah... dah 2 kali p mkn meatball kat ikea 2 :'(

    ReplyDelete
  32. ekceli saya pegi ikea last saturday, mmg dia under maintenance, workers kat situ cakap, diorang was-was ngan sijil HALAL supplier makanan kat ikea tu, so, diorang ambil langkah berjaga-jaga dengan menyamak tempat tu sekarang ni. don't worry, diorang ambil berat dengan pengguna islam sebenarnya, dat's why diorang buat camtu. tu ape yg saya tau lah :D

    ReplyDelete
  33. sbr ye cik epal...t mnum air ngn tanah....:)..
    hihi

    ReplyDelete
  34. ya allah . seriusly ? mimi dah berkali kali pergi mkn kat meatball ikea . huhuhu . sadis plak bca mcm niehh . harap2 restoran ikea . tutup sementara bukan sbb oink oink . huhhuhuhu . sbb dah rinduuu nak mkn lagiii

    ReplyDelete
  35. saya dah la suke meatball.tp x pernah mkn yg kat IKEA pnye.ad kmgkinan kt tmpat lein pun sma kan? musykil3 ^o^

    ReplyDelete
  36. saya dah la suke meatball.tp x pernah mkn yg kat IKEA pnye.ad kmgkinan kt tmpat lein pun sma kan? musykil3 ^o^

    ReplyDelete
  37. adoi..rasa mcm x selamat jer skang ni kalau nak pi mkn kat luar...

    ReplyDelete
  38. Susah sgt, buat je meatball sendiri kat rmh. Bkn susah pun. Meh kita kongsi resepi:

    Mince meat 1 kg (make sure sumber yg HALAL)
    Telur 1 biji
    Tepung jagung 2 sudu makan
    Halia 1/2 inci ditumbuk halus
    Bawang putih 3-5 ulas ditumbuk halus (blh tambah kalau suka)
    Garam secukup rasa
    Lada hitam serbuk secubit
    Gula 1/2 sudu teh
    Rempah / herba cincang (kalau suka)

    Campur je sume bahan sampai rata. Bulat2kn ikut saiz yg anda suka. Nk lg best, potong keju parmesan sbsr dadu & masukkn sbg inti. Blh digoreng utk dimakan sbg meatball spaghetti, dimakan dgn mushroom / brown sauce mcm kat IKEA or buat sup (xpyh goreng).

    Smoga kita sama2 terhindar dr sumber2 yg HARAM. Insyaallah...

    ReplyDelete
  39. Susah sgt, buat je meatball sendiri kat rmh. Bkn susah pun. Meh kita kongsi resepi:

    Mince meat 1 kg (make sure sumber yg HALAL)
    Telur 1 biji
    Tepung jagung 2 sudu makan
    Halia 1/2 inci ditumbuk halus
    Bawang putih 3-5 ulas ditumbuk halus (blh tambah kalau suka)
    Garam secukup rasa
    Lada hitam serbuk secubit
    Gula 1/2 sudu teh
    Rempah / herba cincang (kalau suka)

    Campur je sume bahan sampai rata. Bulat2kn ikut saiz yg anda suka. Nk lg best, potong keju parmesan sbsr dadu & masukkn sbg inti. Blh digoreng utk dimakan sbg meatball spaghetti, dimakan dgn mushroom / brown sauce mcm kat IKEA or buat sup (xpyh goreng).

    Smoga kita sama2 terhindar dr sumber2 yg HARAM. Insyaallah...

    ReplyDelete
  40. patutnye bukan 'damn!'...tapi 'astaghfirullahhalzimmm' ;)

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum wbt moon,


    maaf kalau akak katakan ni.
    mungkin tak layak nak cakap pasal agama yang lebih2, sebab rasanya moon lagi arif hal agama.

    cuma, harus lebih berhati-hati dalam memilih tempat makanan.
    tak salah nak makan kat kedai makan, tapi kena pastikan betul2 halal.
    jadi, untuk lebih SELAMAT, makan lah di rumah,masak makanan sendiri, yang kita tahu kebenarannya (bersih dan halal dimakan).

    sebenarnya, sis baru je cakap2 dengan mak pasal isu makanan halal dan haram last weekend. and yes, she advised me not to eat randomly kat luar rumah. meaning that, if nak makan kat fast food kena berhati2. my mom pesan jugak, jangan makan kat kedai-kedai kopitiam, starbucks, old town white coffee(racist), and byk tempat lagi. untuk kesihatan supaya tak termakan benda yang tak sepatutnya. wallahualam.


    maaf kalau ada terkasar bahasa.
    sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT, dan yang buruk dari akak.
    jaga diri.


    assalamualaikum. ;)

    ReplyDelete
  42. betul tu.. cik epal. saya pergi old town pun saya makan roti bakar dengan kopi je. Tu pun tak jamin halal tapi ikut logic je la. Ayam, keri, sosej ke yang lain lain saya memang tak makan kat old town.

    Saya dan mama pernah tanya pekerja old town-melayu. Tanay mana dapat bekalan ayam ni. Dia pun cakap tak pasti. Then tanya sembelih tak ayam ni, serius pekerja tu tak tau. Tanya kedai ni ada halal jakim tak, memang tak lah..

    ReplyDelete
  43. Seekrang ni nak makan kat Malaysia punkena hati2 tau... kalau kat UK ada tenda HALAL besor depan kedai tak pe lah. Ramai akistan berniaga kat sana. Daging pun bersembelih.

    Tapi kat malaysia sekarang kemain susah. tengok ramai melayu makan je kita pun ingat la halal.

    ReplyDelete
  44. ada hikmah nye semalam rasa nak makan meatball ni tapi keluar panggung NUR KASIH lambat pulak. Oh inilah hikmahnya....


    pasal nasik lemak kat old town tu dah lama nak tegor tapi terlupa je sebab tenet iium ni tak laju.


    Jom ternak lemak kat WONG JOWO. Walau tak glamour tapi mendapat tempat di hati warga UIA sekalian haha. Cik epal try lah.

    ReplyDelete
  45. tah tah kena samak sebab ada customer ikea terbawak angjing kot... ala ala omputeh gitu.

    ReplyDelete
  46. tah tah kena samak sebab ada customer ikea terbawak angjing kot... ala ala omputeh gitu.

    ReplyDelete
  47. haa aaah..now ikea food sume kne ape samak tah..aritu syaza jln2 ngn family pon die ade tulis kat notis board die tu ckp ikea food ade kecurigaan tentang supplier food dorang..tkot mcm ayam x sembelih ke ape ke..cm gitu la kot..hope yang VAVI tu xde la..mintak jauh...syaza pon salu lepak sane..adesss...mkn bergantang gantang...tp..kalau ayam x sembelih kene samak ke ek??heheh..tah la..x sure la kenapa..tp dekat notis tu die mention pasal samak samak la.... =)

    ReplyDelete
  48. makin banyak semua kua cite pasal xbole mkn ni...xbole mkn itu...mmmm takutnye.


    Zeta’s Collection

    ReplyDelete
  49. bese la tu...

    org sekarang pndg sipi ja benda benda cenggitu. :)

    ReplyDelete
  50. biasanya memang macam tuh la cik epal, makanan yang secoet2 tapi harga mahal memang akan ada benda2 tuh semua sebab dia nak tampung kos bahan tuh. macam dalam kek secret recipe pun di katakan tak halal sebab dia ada masukkan rum dalam bancuhan dia. starbuck pon sama, jakim dah sah kan starbuck tak halal sebab biji kopi yang digunakan untuk buat kopi dia dah direndam dalam alkohol dulu. semua tuh sebab nak sedap kan dia.

    eh,terbuat karagan pulak kat sini ;) sori ye cik epal, just nak berkongsi maklumat. apa2 pun bukak web jakim untuk pengesahan :)

    ReplyDelete