Monday, April 11, 2011

Manusia yang paling aku ADORE dalam hidup aku ini adalah ....

Ye saya sangat sayangkan beliau dan sangat ADORE beliau. Sebab beliau adalah ibu saya. Cantik tak ibu saya? :D


alolololo tomeyyy tomeyyyy~


ok Cik Aishah pon comel jugak =)

Best tu memang best lah dapat ibu muda ni. Sebab agak sekepala jugak lah. Selalu bertekak ye jugak aku dengan ibu aku ni. Memang ibu aku ni selalu berangin dengan aku. Aku kadang kadang TER melawan lah jugak. TER ok. TER! tapi kadang kadang memang nak lawan pon. muahahaha. gila keji aku. tah berapa banyak dosa aku kumpul. Kang raya mintak maaf balek. Habis doploh kotak tisu lap hingus. Tapi kang buattttt balek. Nanti raya tahun depan, nangis mintak maaf balek, pastu buatttttt lagi. Itu lah aku.


Ibu aku ni suka membebel dekat aku like "dah dah lah beli baju tu, ni baju banyak banyak nak buat apa? nak meletop dah almari tu" Tapi dalam pada nak meletop almari aku tu, dia pakai jugak baju aku. amboi amboi amboi. Mentang mentang kadang kadang aku tak ada dekat rumah. Sedap je dia balun aku punya baju.


Contoh baju, ni antaranya lah. Sebab tu pon kantoi dekat facebook. dia baru upload. Kau jangan main main. Ibu aku ni hardcore facebook ni. Dengan geng geng bas sekolah dia semua. Aku pon tak hardcore macam tu sekali. Hari hari mesti online facebook punya. Album dia dah lapan belas dah. Album aku lapan pon tak sampai dekat facebook





Ni mesti pakat pergi masuk bilik aku senyap senyap, pastu curik baju aku. eleeehhhhh macam lah kite tak tahu. Nak pinjam cakap je lah nak pinjam! muahahaa. Aku ni memang tak boleh blah betul lah kalau jalan dengan ibu aku ni, orang cakap aku ADIK DIA. perghhh menyirap doh. Alahh pergi mana mana je lah. Mesti orang ingat aku adik dia. tu aku malas tu jalan sebelah dia. Nasib baik orang tak cakap aku kakak dia. Memang saja nak kena penampar guna kaki lah orang tu!


Yang best pasal ibu aku ni, dia sporting gila. Mostly semua kawan lelaki yang aku kenal, dia akan kenal lah. Mana dia tak suka dia cakap dia tak suka. Mana dia suka, dia pulak yang over suka. Aku pon tak tahu macam mana ENTRI INI boleh kantoi dekat dia. Sebab aku tunjuk dekat adik aku je sebenarnya. Tapi aku tak kesah pon. sebab ibu aku memang silent reader blog ni. Siap pergi tanya aku lagi "ni calon menantu ke hape ni?" muahahhaha.




Kadang kadang aku malas nak update, dia sibuk bagi idea aku nak update. Best kan ibu aku ni? Aku gonjeng gonjeng dalam blog ni pon dia tak ada hal. Sebab dia memang cakap dia support aku blogging ni even aku sangat banyak menerima kutukan/cacian/makian tu semua. But ibu aku and family aku tahu lah aku macam mana. Depa lagi kenal aku dari yang kutuk kutuk puaka tu. Kutuk lah macam mana pon. makin murah rezeki aku nanti. hikhikhik


Lepastu kalau kawan kawan aku ada tengok ibu aku mesti tanya "wei mak kau ke tu? muda gilaaaa" aah mak aku. Tapi aku tak suka dia nampak muda sangat. Nanti market aku lari. orang bukan nak mengorat aku nanti, orang nak mengorat ibu aku. cehhh



Ada kawan kawan aku suruh tanya apa rahsia ibu aku awet muda? aku cakap dekat ibu aku. tergelak dia orang tanya rahsia rahsia ni. Ibu aku pernah lah pesan dekat aku macam ni


"nak orang nampak kita lawa, nak orang nampak air muka kita bercahaya, senang je, solat jangan tinggal, Kita ingat ALLAH, ALLAH akan ingat kita balek. lepastu hati jangan ada hasad dengki dengan orang. Itu paling penting. Bila hati kita kotor, suka dengki dekat orang, muka kita cantik pon orang nampak tak cantik."


lebih kurang macam tu lah ayat dia. Tapi memang betul pon. Ibu aku ni ramai jugak orang dengki. Alahh yang dengki dengki tu pon hat hat busuk hati tu. muahahaha. tapi mak aku chill lepak cool aje bro. Orang nak buat apa dekat dia, orang nak kata apa dekat dia. Dia rileks je. Janji benda tu bukan dia yang buat salah dan bukan benda dia cari pasal. Sebab manusia, ada sesetangah tu asyik nak dengki je kan dengan orang lain.??? Ye ibu aku seorang yang tabah dan kuat. Dan aku rasa sedikit sebanyak perangai dia tu ada turun dekat aku. Sebab aku ni pon jenis macam tak kesah jugak lah orang nak cakap apa janji aku tak kacau hidup dia. kau kutuk aku pon kau dapat apa doh ???? kau menambahkan pahala aku lagi lah ada tahu??? hahahaha :D





Walaupun dalam aku suka bertekak dengan dia, Selalu bergaduh, selalu catfight, Tapi deeply dalam hati aku ni. Aku sayang gila kot dengan ibu aku. Ye lah kalau tak ada dia, aku pon tak bernafas dalam dunia ni dan aku tak ada lah merepek dekat blog ni. Banyak benda yang dia ajar aku. Perbaiki diri aku dari worst-best. Kalau aku ada masalah hape pon. even masalah cinta, putus cinta, jatuh cinta, memang dia lah orang pertama aku nak share. Serious ibu aku best! Ibu aku paling best dalam dunia! ecececeh over tau aku.




Ibu. I love you so much. namo namo namo namo namo namo namo namo CHUAAAAA. ehehehe * gaya gaya MY GF IS A GUMIHO


pernah tengok tak iklan SILKYGIRL yang DAFI cakap:



"Mak saya cakap kalau nak tengok rupa isteri kita bila dah tua macam mana, tengok mak dia, bila saya tengok mak awak tadi. Senang hati saya"




The main point is. Kira korang dah tahu lah kan muka aku nanti dah tua macam mana kannnn? wakakakakakakakk *evil laugh


57 comments:

  1. comel sangat ibu cik epal cam anaknyer

    ReplyDelete
  2. patutla cik epal comell..mak cik epal pun comel:)

    ReplyDelete
  3. wah..mmg nampak muda laa ibu cik epal tue..

    ReplyDelete
  4. a'ah la..
    ur mum cantik la cik epal..hoho

    ReplyDelete
  5. syukur sbb ibu aku cantekk jugak !! kahkahkha :D:D

    ReplyDelete
  6. cantikla ibu cik epal.. mana tak tumpah kuah klo xke nasi kan.. cik epal dpt tempias gak hehehe =)

    ReplyDelete
  7. mudenye mak cik epal.. cantik lak tu.. knfem cik epal sdg2 ni still lawa lagi.. kem salam kt mak..:))

    ReplyDelete
  8. ey tertinggal sorang yg cik epal adore. lupe ea na uat entry psl dy. BHAHA *evil laugh *

    ReplyDelete
  9. wahh , ibu n anak sme sme comel taw :D stylo pun sme . hee .

    ReplyDelete
  10. hahahahaha..yela2..cik epal pn cantik gak.. ;p

    ReplyDelete
  11. Cik epal macam kakak pada ibu cik epal *gambar yang last...ekekkee

    ReplyDelete
  12. now i know where cik epal got her cantik from..hehhee

    ReplyDelete
  13. cik epal ngan mak cik epal sama-sama gonjeng la (: cuteeee !

    ReplyDelete
  14. mak aihh..mula2 tengok dah kata kakak..hehe..so cun!

    ReplyDelete
  15. jap lagi mesti ibu cik epal jd blogger tegar sbb na bersaing ngn ank dia ;)

    ReplyDelete
  16. cantik sey mak cik epal nih. cik epal ade iras rupa mak ler ;)

    ReplyDelete
  17. pergh...comel siot ibu cik epal ;)

    mana 1 mak mana 1 anak ni??hahhahaa

    ReplyDelete
  18. cantiknye mak cik epal.
    insyaAllah cik epal pun lawa mcm tu gak bila tua nanti

    ReplyDelete
  19. waaa...comey seyy mak cik epal..nak sainnnnn....hikhik

    ReplyDelete
  20. i like ur statement last tu...huhu..cik epal tetap meletop..

    ReplyDelete
  21. hahaha. cik epal n mummy mmg comel !
    my mummy pn sekapal jugek. hahaha.
    tp kdg2 klu dier bebel kuat sgt jd pening otak.
    hahahaha

    ReplyDelete
  22. nampak muda gila mak ci epal ni. ape rahsia eik ? bnyk makan epal ke ? hihihihi

    ReplyDelete
  23. wow...ibu muda..lawa2..mcm adik beradik.....
    ^___^.....

    ReplyDelete
  24. lawo betol ibu cik epal ni..patut le cik epal pun comel je ;)

    ReplyDelete
  25. santek! mcm adik ngn kakak

    adik: ibu cik epal
    kakak: cik epal

    larikkkkkkk!!!!

    ReplyDelete
  26. Assalamuailikum Ibu..eh...terlebih pulak

    ReplyDelete
  27. cantik seyy ibu cik epal, cara senyum pun same,, hehe

    ReplyDelete
  28. siyes nampak mudaaa!!!!
    *muka macam tak caye!*

    hehe

    ReplyDelete
  29. cik epal,ko samalah ngan anak pompuan aku..aku ngan dier cam kakak ngan adik jer org kata..dah besar nnti anak aku cam ko kot..!haha..mak ko sporting giler like me..!haha ;p

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. seriously korang berdua muka sejibik kn...how sweet:))

    ReplyDelete
  32. Mak cik epal mcm muka rozita che wan la..lawa..=)

    ReplyDelete
  33. mke cik epal same ngan mak cik epal.:)

    ReplyDelete
  34. amboi cik epal , mmg awet mudo nihh ibu cik epal . haha

    ReplyDelete
  35. Ya Allah!!gambar last tu,macam kawan satu skolah je..hehe.

    ReplyDelete
  36. Mak ngan anak sama cantik...

    ReplyDelete
  37. mak cik epal cantik sgt. suke tgk. muke lembut je. :)

    ReplyDelete
  38. cik epal.. ibu awak nampak muda lah! :))

    ReplyDelete
  39. cantik dan mudalah ibu cik epal !
    sporting jee.. hehe. ;)

    ReplyDelete
  40. cantik la cik aishah ni. awet muda. like mother like daughter :D

    ReplyDelete
  41. like mother like daughter la...awwwww!

    ReplyDelete
  42. lawanya mak cik epal nie!!!! muda seh... kalau la cik epal camnie,...hikhikhik

    ReplyDelete
  43. muka mak cik epal nmpk cam lembut sgt.. keibuaan... siyesly..

    ReplyDelete
  44. lawanye ibu kak epal.sama lah mcm akak ;))

    ReplyDelete
  45. no wonder lar kan. mane x tumpahnye kuah kalau x ke nasi kan. comel jorr ibu cik epal!! hehe. muke maseh anak dara youuuuuuuu! jeles tawu! well, org² lame nih kan banyak petua² nye. mai larhh kongsi skit cik epal oi. suwo ibu share² skit ngan kami. :D

    ReplyDelete
  46. haha.. lawa sangat! u know what miss epal? masa baca entry dan langsung tengok 1st pic, terus terkejut. sebab muda sangat-sangat. ingatkan kakak cik epal tadi, huhu.

    seriuslah, kalau orang tak tahu, they will say that both of you are siblings. yup. ^^

    ReplyDelete