Wednesday, April 20, 2011

Ada part yang aku kurang berkenan dekat lagu ROSSA - HEY LADIES ni

Cantik kan ROSSA ni bila mekap. Muka comel je . Nampak awet muda gituwwww


Aku rasa ramai dah kot tahu pasal lagu ROSSA - HEY LADIES ni. means pernah lah jugak dengar kan. Alaaa radio tempatan dekat MALAYSIA ni kan galak dok putar lagu INDONESIA. Mana ah korang pon tak ikut hafal kan lagu lagu dari seberang ni ??



In case, siapa tak pernah dengar lagu ni. ni ada video clip lagu ROSSA - Hey LADIES ni.








Komen pasal video.


@ Aku suka dress yang ROSSA pakai dalam video ni. lagi lagi part skirt tu. cantik kot warna dia. Teringin nak ada satu.

@ Lelaki dalam video ni jambu. Walaupun dia jambu, sebab dia PLAYBOY terus aku rasa dia tak jambu dah. Aku terus rasa lelaki tu KEDONDONG. pergi mati lah jambu kau *amboi kemain emo dengan lelaki playboy


@Kenapa depa ni suka pakai baju macam berkemban ?? tak paham aku. Cantik sangat ke bahu tu ? ouh cantik lah kot.



Untuk sesiapa yang nak karaoke sambil joget joget layan lagu ni. Nahhhh aku bag lirik siap.


Lirik Hey Ladies - Rossa

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi

Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur

Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati dan juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semuanya bohong

Memanglah tak semua lelaki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada
Semogalah kita semua akhirnya
Mendapatkan cinta yang tulus

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis


Aku ok je dengar lagu ni. Boleh lah layan. Sebab lagu ni agak FUN FUN FUN ( Rebecca Black ) lah bagi aku. Lepastu macam chicky gedik gedik sikit.


Aku setuju lah jugak dengan apa yang lagu ni cuba nak sampaikan . Cuma ada sikit je part yang aku kurang berkenan. part ini :



Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur


Sebab masa aku tengah putus cinta dulu pon, ada lah 2,3 orang yang komen suggest suruh dengar lagu ni. Aku layannn je lah. Tapi aku ni kalau dengar lagu, suka dengar lirik . and sangat particular lah dengan lirik lagu ni. Part lain tu nice lah bagi aku just part yang aku highlite ni je lah aku kurang bersetuju. sebab apa:


@ Lumrah hidup, memang perempuan kaum yang lemah, sekuat kuat mana pon seorang perempuan tu, hakikatnya perempuan ni kaum yang lemah. Sebab tu lelaki ni kena LINDUNGI perempuan. bukan MENJAHANAMKAN perempuan



@ Bab "menipu dan menduakan" tu lah yang paling aku tak bersetuju. Orang buat taik dekat kita. Jangan kita balas taik jugak dekat dia. Biar je. Sebab doa orang teraniaya ni termakbul. WHAT YOU GIVE YOU GET BACK. bila kita kena tipu dengan lelaki, hati kita dipermainkan dengan lelaki. tak perlu nak revenge. tak perlu lah kita nak balas balek dekat lelaki yang kita jumpa lepas lepas tu pulak.


@ "bila wanita beraksi dunia hancur" yesss memang dunia hancur derr. pernah dengar tak

"NO MAN WOMAN CRY. NO WOMAN MAN DIE"


haaa cuba tengok betapa besarnya kuasa perempuan ni. kalau tak ada lelaki, perempuan paling kuat pon menangis je. alahh apa ada hal sangat nangis tu, perempuan kalau spender hilang pon boleh nangis guling guling. Kalau lelaki? Boleh mati kotttt kalau perempuan tak ada. So WOMAN WINS! muahaha. aku bab bab bekap perempuan ni memang tak nak kalah.



The point is, kalau lelaki tu dasar buaya. tinggalkannn je lah. Not worth kau nak bercanda ria guling guling dekat taman bunga semua dengan lelaki TAHIBULL macam tu. Lelaki playboy ni satu hari nanti dia dapat balasan dia jugak. Percayalah cakap aku. Nanti dia dah jumpa orang yang betul betul dia sayang, tak mustahil orang tu tinggalkan dia pulak. haaa meraung lah kau sekor sekor time tu.


Dan kalau kau pernah dipermainkan or dicurangi. Tak perlu nak dendam dan tak perlu nak buat apa yang ex kau buat tu dekat lelaki yang kau kenal lepas lepas tu pulak. Bukan semua lelaki macam tu. Aku yakin ada lagi lelaki yang baik dalam dunia ni. Cuma kita je tergagau gagau tengah mencari


But jangan percaya dan sayang lelaki 100%. bagi space jugak dekat diri kita. Sayang diri kita dulu baru sayang dekat orang lain.


Orang kalau buat jahat dengan kita, dok tipu kita doplohempat jam. Tak payah lah kita nak balas balek dekat orang lain pulak. Dah perangai playboy tu keji, jangan lah kita jadi KEJI macam dia jugak. Nak dapat lelaki baik, diri sendiri yang kena baik dulu. Macam apa yang aku bebel dekat ENTRI INI lah


Ini bukan ROSSA, ini ROSSAK

Hadoiii tersembur putu mayam aku depan laptop bila tengok gambar ROSSA ni tanpa mekap. SENTAP MAK NAK! Hebat gila kan kuasa mekap ni?





ok bye!




p/s: dont forget to vote me HERE. Search "Cik Epal" and Vote now!

79 comments:

  1. errr biar betul tu gambar rossa tak bermekap..huhu..wahh

    lagu hey ladies tu team rumah sukan saya ubah jadi lagu sorak.muahaha.

    last year lah =D

    ReplyDelete
  2. haha bengong le kau haha lap lah laptop tu haa putu mayam tesembol siap hahahaa. tak senonoh ah XD

    ReplyDelete
  3. jangan percaya 100% pada lelaki...kene percaya 11O% je....hehehe..

    ReplyDelete
  4. hehehe ninak ckp u bkan playgirl ke? lets see... hehe

    ReplyDelete
  5. haha. ni lah kuasa mekap ...cik epal
    artis2 korea pun cenggini ah.
    if x mekap same je. x lah comel mana.
    but certain je lah kot, yg lain semua comel. hihi.

    ReplyDelete
  6. Terapi biji mata malam malam. Betul kata cik epal :)

    ReplyDelete
  7. oooo..macam tu rupanya muka rossa. hahahahah. betol la tu cik epal. sometimes, guys.. they need us, bt they don't love us.

    ReplyDelete
  8. @dedetz: lagu sorak??? lagu macam mana tu??


    @sherah: hahaha kau tengah makan putu mayam ke??


    @abadi: tu lagi ngarut! haha


    @buck: eh i pecinta yg setia tahu? jangan u jd macam ni sudah ah. memang saje nak kena hempuk. haha

    ReplyDelete
  9. erk. horror siot muka rossa tanpa mekap. satu lg lagu rossa yg xleh diterima lyrics dia. ku menunggumu tu. dh la tiru lgu ella. haih..

    ReplyDelete
  10. setuju sangat cik epal :) takyah la kite dok sebuk nk balas dendam dekat laki yg sememangnye buaya tuh..xde guna pon...Tuhan tu Maha Adil, Dia lebih tahu apa nak baut dgn org macm tuh :P

    ReplyDelete
  11. "NO MAN WOMAN CRY. NO WOMAN MAN DIE"

    tp no man no woman jgk kan? so dua2 perlu.yeah! :D

    ReplyDelete
  12. WTH? Rossa tanpa mekap.. OHHMAIII!!
    aku suka post neh!

    ReplyDelete
  13. lolz..rossa ker tu?huhu...maybe sblum dia jadi artis kot..lps wat facial dah cantik dah...xD

    ReplyDelete
  14. lelaki cam hareeemm... pnh dgr leleki boleh mggegrkn dunia? tak de! perempuan jgk.. seorg ibu mmpu mggegrkn arasy! subhanallah..

    ReplyDelete
  15. perghhhhh.gile lain la muka nye.

    anyway sgttttt1000x setuju dgn ape yg cik epal bebelkn :D

    ReplyDelete
  16. @noni: ahhhh korea punya artis banyak fake lah. sebab banyak wat plastik surgery


    @syuhada: waaaa suka ye . sampai wat terapi haha


    @nohfee: guys ni kdg2 kena ajar jugak haha


    @cik eliza: sangat lainn


    @ct: tu siapa tiru sp sebenarnya??



    @maisarah: yess. nanti dia akan dapat balasan jugak. cuma cepat or lambat je


    @muhamad zaki: yeah tu perumpamaan je. but still dua dua need each other


    @shahrul: asal hang suka??


    @black mel: ouh mungkin lah hehe

    ReplyDelete
  17. buruknye rossa x make up..hihi..*jhtnye aku*
    oh the magic of make up..

    ReplyDelete
  18. @alia: yup. cuba dengar lagu SUMAYYAH =)


    @adibah: ouh maceh lah setuju :D

    ReplyDelete
  19. setuju..lagu hey ladies mmg best, tp part tu mmg kite xsuka..org pompuan kan haruslah ayu suci murni, xboleh menipu dan menduakan..hehe..

    gmbr rossa yg tanpa mekap tu pernah tgk dlm cari.com...tp mcm xcaye je dia..kite penah jmpa dia dpn2, mmg mekap tebal time tu..tp dlm gmbr tu kulit dia gelap, time kite jumpa tu xpun.. :)

    ni entri kite jumpa rossa backstage. :) http://pepelungu.blogspot.com/2010/10/konsert-melodi-cinta-rossa.html

    ReplyDelete
  20. @beeha: mekap mmg salunya leh ubah muka org


    @atiqah: tak tahu lah kalau org nk eksploitasi ke hape kan gambar dia. ataupun gambar ni real cuma lighting or kamera tu yang tak power ke hehe. tu nampak effect muka dia camtu

    ReplyDelete
  21. dgn mekap nampak mulluusss je :P
    sukanya dgn ayat ni 'NO MAN WOMAN CRY. NO WOMAN MAN DIE'
    ngeh2.

    ReplyDelete
  22. ada pengisian :D. dayana setuju gak. tp ble da geram tu best dgr lagu ni haha. tp tak buat la part menduakan sume tu :) mne smpai ati. kte naluri pmpn ni , lembut kan ;D hee.

    klu sudi cik epal singgah la blog dayana ek.

    www.herstoriie.com

    ReplyDelete
  23. setuju dgn cik epal! tak elok kita nak bls balik kalau dah gagal bercinta. jadikan tu semua pengajaran :)

    ReplyDelete
  24. SURE KAH ITU ROSSA?
    OMJAYYYY. hahahhahaha

    ReplyDelete
  25. @cik fza: hehe np suka lak?


    @dayana: yup yup betul3x. wanita kan hati lembut hehe


    @faten: yeszaaaaa. jadikan pengajaran


    @izamir: yup


    @ama: yup

    ReplyDelete
  26. cik epal! mekaseh la buat entry ni. setuju sgt! u go girl! kelakar ar part gambar rossak tu..ketawa guling2..hahaha :D

    ReplyDelete
  27. @anisah: hahaha nape nak berterima kasih lak? :D

    ReplyDelete
  28. yeay cik epal balas komen kite..hahaha.. (kecoh betul) :p

    ReplyDelete
  29. sbb hilang sudah tensyen final exam baca entry cik epal..kelakar! :D

    ReplyDelete
  30. tu lah..x sangka tu rossa..prefer natural beauty..hehe..

    ReplyDelete
  31. agak la lirik tu macam nk kita pon jadi cam laki tu .. patot tak payah kan..

    ReplyDelete
  32. mekasih sbb btkn den tersodar dari penipuan... pergh!!! gle lein mke rossa.. hadui...reliti mmg ssh nk trima hoho

    ReplyDelete
  33. @atiqah: sebelum ni tak pernah balas ea?? ehehehe

    ReplyDelete
  34. Rossa ke tu???amboi make up bukan main elok.

    ReplyDelete
  35. @anisah: hehehehee bagus bagus. harap dapat result yang bagus =)


    @najihatussolehah: yup. natural beauty lg cantek


    @nikFarina: tu lah. cam nak suruh jd keji gak.


    @yuki: hehehehe. ugly truth


    @zuratul: hohohoho kuasa mekap

    ReplyDelete
  36. guess what.. ayat yg sama buat aku pk dua tiga kali gakkk.. pe brg men revenge. we forgive and forget. *kot...*

    ReplyDelete
  37. @amelia: alaa revenge ni tak kemana kot. nanti benda tu kena balek dekat kita. its not worth lah

    ReplyDelete
  38. huissh! beza betol rupa rossa.pengsan jap..haha

    ReplyDelete
  39. @diyana: jangan pengsan lama sangat :D

    ReplyDelete
  40. eh2.. btol ke gmbar last tu rossa? cam lain jer.. bedak pong bertampuk2... hehe

    ReplyDelete
  41. First time tengok rossa w/o makeup. Selama ni dengar je cerita daripada kawan yang pernah jumpa dia yang dia memang tak cantik. But it's ok I guess sebab dia ni memang baik gila and tak sombong.

    BTW, lagu ku menunggu tu tak berkenan dengan lyrics dia tapi dari segi music prefer ku menunggu daripada ku merindu. hehe

    ReplyDelete
  42. sebelum ni kite selalu komen bila entri tu dh ada kat bwh..bkn main post..hehe..jd dh ketinggalan utk cik epal bls..hehe.. :D

    ReplyDelete
  43. ok ape dia tak pakai mekap. heh~

    ReplyDelete
  44. @cik nursya: tengok mata, senyuman, pipi.


    @nn: aah. lagu ku menunggu tu awal2x dah spoil lirik dia



    @atiqah: oooo patut lah. hehe


    @zureen: ye ok :D

    ReplyDelete
  45. i like this enrti... suke2...hehehehe

    ReplyDelete
  46. cik epal,setuju sangat99...biar org wat jht kat kita,kita jgn bls blk k.xelok berdendam.
    uit,biar betul....tu gmbar rossa without make up ke???mira lg cun!muahahaha

    ReplyDelete
  47. cik epal saya baru je jumpa dia dlm 3 mggu lepas kot .. dia makan kat bukit kedai mamak kat bukit jalil .. mesti xcaye kan rossa makan kdai mamak je .. :) tapi btul masa tu dia dtg m'sia sbb trlibat ngan mentor .. jdi pengkitik ke ape ntah .. n masa tu die comel siket la dari gmbr die xmakeup tu .. smpai abg2 office saya ckp " bibik mane dikatenye rossa " dah google baru smua nyesal sbb xamik gmbr .. :))

    ReplyDelete
  48. @diyana: thanks!


    @mira: hehehe natural beauty


    @nana: percaya je. sebab rossa ni memang humble orangnya. itu yang best lah sal dia hehe.


    mula mula ingat macam bibik jugak. but cee tgok mata, pipi, senyuman. exactly same

    ReplyDelete
  49. cik epal ku shayang..

    mmg sentap mak tgk muka rossa'k' tanpa mekap..

    ekceli muka kita kalo solek pun lawa punn kannn..

    alaa..kalo lelaki curengs..x payah nk balas2 balik.. kita wat baek jer..one fine day mesti lutut balek kat kiter.. sllu kene lelaki cenggituw.ahaha..

    love n peace.!

    ReplyDelete
  50. entry cik epal kali ni bg sy kekuatan..!!!!! thanks a lot, cik epal... :) skrg sy dah mampu melawan kelemahan tu... :)

    ReplyDelete
  51. hehehe...
    kita pun buleh jadi cinderella dgn mekap kan?

    ReplyDelete
  52. @finie: yup. memang pon. mekap ni memang berkuasa merubah muka orang hehe.


    yup. laki camtu. lama lama dia akan nyesal jugak. time tu terhegeh hegeh ah nk dok cari kita kannn. but slamat jalan romeo je lah jawabnya


    @kapie: sebelum ni tak kuat ke? hee

    ReplyDelete
  53. setuju sgt dgn kate² cik epal...I sokong u~!! =)

    ReplyDelete
  54. gambar last tuuu fufuyouh..mmg hebat kuasa make up :)

    ReplyDelete
  55. betul da tu cik epal..
    org buat kite, tak mustahil die akn terkena balk..bkn doakn, tpi org kte hukum karma kan??:)

    rossa ke tu???agak tk percaya..:)

    ReplyDelete
  56. sis,perempuan yang baik pasti ada lelaki yang baik,.tak salah apa yang sis kata tu,ppuan tak perlu nak meraung bila ditingglkan coz ada lagi layak untuk dorang..
    kumbang bukan seekor..

    **cntik juga rossa tak bermekap..hehee

    ReplyDelete
  57. @isabelle; boleh. nak jadi drakula pon boleh hehe


    @ameh: amboi. kemain sokong hehe


    @ miwwa: totally amazing!


    @nur aisya: yup KARMA> jangan memain dengan KARMA>


    @woofer: yup. well said =)

    ReplyDelete
  58. http://kapieartslover.blogspot.com/2011/04/dapat-inspirasi-dari-cik-epal.html

    CIK EPAL, SAYE BUAT ENTRY... KEH3.. :)

    ReplyDelete
  59. suke3 lagu ni rs bsemangat gler bile dgr..rs mcm pmpuan ni hebat kann..
    rossa xmekap mcm bibik indon la pulak tp still lagi boleh cam tu rossa..mekap ni mmg hebat..fuhhh

    ReplyDelete
  60. YUPS... SEBELOM NI X KUAT, CIK EPAL.... UNTONG UMUR SY MASIH PANJANG... KALO X, SY DAH WAT BENDE BODOH SEBAB SEORANG LELAKI... SY HILANG FOKUS PADE KERJA N STUDY... NOW, DALAM PROSES PEMULIHAN... T__T

    ReplyDelete
  61. ala kuasa make up dengan kuasa lampu yang buruk jd cun uwahahaha:D
    nk muka indah berseri berwuduk 5 kali sehari pasti wajah tu indah
    :D

    ReplyDelete
  62. @zarifah: hehe


    @kapie: waaa sampai wat entry hehe


    @reen: uihh tahu xpe. the power ok make up hehe


    @kapie: move on. dont be sad =)

    ReplyDelete
  63. gilak hudus rossa xde make-up.bibik aku lagi lawa.*menipu*

    ReplyDelete
  64. @aida: yup. well said. cara mudah untuk muka nampak berseri. amek lah wudhu' hehe



    @shahidah: oh kem salam bibik anda hehe

    ReplyDelete
  65. muka indon habis bila tak der make up.. lawa lagi kita org mesia, yang tak bapa nak make up sgt nie... yeay.

    ReplyDelete
  66. THANKS CIK EPAL... MMUUAAAHHH... HAHAHAHAHA...

    ReplyDelete
  67. cik epallll..betul ke tu gambar rossa (yg tanpa mekap tu???) amboi mak..tersentap makcik..aduhai..kalau makcik yg kena mekap dgn jurumekap rossa nih sure makcik lg lawo dr dialah..

    ReplyDelete
  68. cik epal ...hahahah nak tergelak baca entry nie.yg last kali tu rosak kekekeke

    ReplyDelete
  69. http://mybubudiaries.blogspot.com/

    love u cik epal, support my blog too k :)

    ReplyDelete
  70. http://followanasyg.blogspot.com/ cik epal ! follow blog sy k::

    ReplyDelete
  71. wargh..lain bebeno muka rossa ni without make up..

    ReplyDelete
  72. cik epal, ada dj singapore cakap lagu ni sama macam satu lagu band Exist. tak ingat pulak tajuk dia apa.



    lebih kurang macam lagu ku menunggu dengan lagu ku merindu la. aii, tak pelik ke?

    ReplyDelete
  73. biaq betoi rossa pic last tuh..? aiyaaaa... tak cantik kot.. huh

    ReplyDelete
  74. i pernah jumpe Rossa depan2 mase doe buat konsert kat Kl last year..die jalan2 kat Pavi..seriously muke x secantik dalam TV & magazine..bak cakap bf i "jangan tpedaya ngan MEDIA"...hu90..

    ReplyDelete