Tuesday, April 26, 2011

4 Orang Lelaki Yang Ditarik Wanita Ke Neraka

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.

Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang dipikul!



1. Ayahnya


Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.



2. Suaminya

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.



3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya....seandainya mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.



4. Anak Lelakinya


Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila mana si ibu membuat kemungkaran seperti mengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.



Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat , maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.





Firman ALLAH SWT:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."



Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita..

===================




Artikel ini bukan aku yang tulis. Aku dapat dekat facebook. Tapi aku rasa macam best pulak nak share dekat sini. Sama samalah kita muhasabah diri ye =)

ok bye!





VOTE ME
HERE . Sila lah vote blog CikEpal ni hari hari ye. Hari ini dah vote, esok pon vote lagi, nanti lusa pon jangan lupa vote jugak! muahaha :D

32 comments:

  1. ahh takutnyaa. ;(

    manakan lagi tengok perempuan seksi, mengumpat, tak terlepas dari dosa. hmmm

    ReplyDelete
  2. subhanallah , mudah2an jd peringatan ;)

    ReplyDelete
  3. masha Allah..moga2 kita terhindar dr golongan tersebut..neway nice entry cik epal :)

    ReplyDelete
  4. sharing yg sngt2 bagus ;)
    hopefully kita slalu beringat & tak menarik lelaki2 yg kita syg ke neraka :')

    ReplyDelete
  5. insaf kejap bila bc..btw thanks cik epal sbb berkongsi..i am ur silent reader....love ur blog ang love u tu...keep it up sis..

    ReplyDelete
  6. Orang kata tanggungjawab lelaki besar terhadap isteri,anak2 keluarga. Tapi tanggungjawab wanita juga sama. Sama2 kite jalankn tggungjawab masing2 dengan sebaeknya. Setiap manusia ade kelemahan sndiri,cb utk menjadi yg lbh baek. ;)

    p/s: suke tengok cik epal kurus dulu2!tapi lagi suka tgok cik epal skng! bia berisi sket asalkan sehat!yipi!yipi!

    ReplyDelete
  7. hohohoho... betapa besarnya tanggungjawab seorang lelaki... (",)

    ReplyDelete
  8. Memang besar peranan lelaki..

    ReplyDelete
  9. erk... alamak.. aku tak nak bawak dorang g neraka..

    ReplyDelete
  10. sgt best..sometimes lelaki perlu tau perkara nie..=)

    ReplyDelete
  11. Kalau org 2 dah nasihat.tp, x dgr.still org 2 ditarik ke?

    ReplyDelete
  12. subhanallah . semoga tidak berlaku pada ahli keluarga kita. aminnn ~

    ReplyDelete
  13. syukur dilahirkan sbg wanita \wanita lahh sangatt/ . tak banyak tanggungjawab kalau nak dibandingkan ngan lelaki .

    ReplyDelete
  14. aku seorang lelaki, ada seorang adik perempuan... ada seorang ibu... bakan beristeri bila cukup masa nanti... anak pula nanti menanti.. huhuhuuu.. sekaranglah perlu mencari ilmu untuk persiapkan diri.. :) thanks

    ReplyDelete
  15. so girls ,
    sama2 ambil iktibar .
    sapa nak ayah adik abang kita masuk neraka sebab kita kan .
    moga2 dijauhkan .

    nice entri . i likee =)

    ReplyDelete
  16. Pesanan muhasabah sesuai untuk memastikan lelaki menunaikan tangungjawab lelaki dan wanita tidak menjerumuskan diri dan ahli keluarga ke neraka.
    Istilah "aku jaga kubur aku,ko jaga kubur ko" sebenarnya tidak patut wujud sebab kat akhirat akan berlaku "tarik menarik" dan "salah menyalah".
    Cara menyorokkan Shoutbox di Blogspot.

    ReplyDelete
  17. thanks 4 sharing..memang berguna sangat untuk dijadikan panduan..:)

    ReplyDelete
  18. sahih ke artikel ni? banyak artikel kadang-kadang tipu, baik mintak pendapat yang lebih berilmu sebelum share apa pun tentang ISLAM, bahaya tau cik epal kalau tersalah share.

    ReplyDelete
  19. sebab tu Islam itu indah dan adil.

    Ianya bukan setakat kepentingan diri sendiri tapi lebih kepada tanggungjawab. Maka lelaki yang adil dan beriman akan menjaga tanggungjawab ini sehingga lah kiamat kelak.

    Kalo takat nak lepas tengkuk sendiri je, aku rasa lelaki senang je nak masuk syurga. Tapi dek kerana tanggungjawab, takkan ramai yang dengan mudahnya boleh lepas begitu sahaja bila mereka mengabaikan tanggungjawab mereka.

    Perkataan "ketua keluarga" bukan setakat menjadi seorang ketua, tapi tanggungjawab itu yang lebih utama.

    Sekadar berkongsi pendapat
    -aku of coz la lelaki XP -

    ReplyDelete
  20. panduan dan peringatan bagi semua..
    thanks...
    :)

    ReplyDelete
  21. infO yg menarik utk dikOngsi thankss cik epal!

    ReplyDelete
  22. T..T semoga kita sentiasa dlindungi oleh Allah dan tergolong dalam perempeuan yang solehah...byk nyer cabaran hidup... T..T

    ReplyDelete
  23. HAHAHAHAHHAHAHA!! gila glam yea.. lawak2..

    ReplyDelete
  24. subhanallah. begitu sekali yekk balasannye. nice update cik epal

    ReplyDelete