Sunday, February 27, 2011

rumah berhantu dekat seksyen 2

Kisah ini adalah kisah benar. tapi bukan cerita aku. aku takde ubah apa pon. but cuba korang layan cerita ni


===============================

9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan,maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].

Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah....[?]
Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya...
Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.

Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi "dagu" orang pertama kena.

Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.

Malam tu kami kena lagi teruk.

Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan dvd dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah...
Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what?
ad a batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.

Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku....taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.

Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!

Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi "dagu" pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul "eye to eye" dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk "Bila masa pulak kami tengok dvd ?". Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul.....kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.

Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.

Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?

Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.

Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini "keras".patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.

Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..

Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah

Ops..Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la...nokia 3310


===================


seram seram gak. tapi last last macam sedih pulak cerita dia ni. sebab sampai meniggal dunia kawan dia tu. tapi memang aku pernah dengar pon. kalau ada busut ke hape, jangan nak ngade ngade pergi main main dekat situ. apatah lagi nak usik usik. sebab busut ni selalunya memang "keras"


dekat kampung aku dulu ada pernah terjumpa busut. tapi time tu aku kecik lagi. tanya nenek aku

"apaaaa tuuuuuuuuuuu?? tinggi nyaaa"

lepastu nak pergi dekat busut tu. tapi nenek aku terus tarik aku. dia cakap jangan main main dekat busut tu. situ tak boleh nak main.


alaa aku time tu kecik lagi. semua benda nak buat main kan? so bila dah besar besar ni , bila ingat balek, baru lah tahu, sebab apa tak boleh main dekat busut tu


lagi satu pengajaran cerita ni, kalau korang nak sewa rumah dekat seksyen 2 tu. plak plak tetiba owner bagi free of charge, tak payah ah korang duduk situ. cari je ah rumah lain

92 comments:

  1. kisah ni sebenarnya hanya direka aje. dah pernah posting asal dari tuan empunya diri. dia kate saje je tulis cerita cenggitu.


    CUMA...

    kisah rumah banglo berhantu dekat SS2, Shah Alam memang wujud. Kira ni memang cerita legend la buat budak2 shah alam yang pernah duduk sana lebih2 yang pernah menginap di rumah or berdekatan area situ.

    aku pun pernah sewa rumah dekat SS2 tu. Brader rumah tu la cakap, sewa memang murah tapi ramai yang tak tahan termasuk la group budak2 tabligh.

    So far tak pernah tengok lagi rumah tu walaupun aku dok shah alam dah dekat 8 tahun, cuma aku perasan ada sebuah rumah banglo tu dulu dekat laman dia ada perigi, ala-ala macam cite hantu the ring. Fikir logik, rumah banglo ada perigi? Biar betik kan?

    p.s: cerita bilik berhantu dekat Kolej Perindu 2 @ UiTM Shah Alam pon boleh tahan seram huahaha~~!

    ReplyDelete
  2. uishh , seram btol la .
    da la baca mlm2 cik epal ni .
    hahaha

    ReplyDelete
  3. Mai pun ada dapat email ni...scary. lepas tu sedih smpai ada yang meninggal :'(

    ReplyDelete
  4. sumpah seram!
    meremang bulu tengkok baca.
    tapi kesian sebab sampai hilang nyawa.
    Allah knows better.

    ReplyDelete
  5. oo dah banyak kali baca cerita ni.. jangan baca waktu malam.. hehe

    ReplyDelete
  6. dah kecoh dah pasal blog ni..sian endingnya...pasal busut,terbang dua nyawa...

    ReplyDelete
  7. giler seram wei....
    cm xcaye jerk kn..
    tp mmg btol pown....orang-orang tue mmg xbg main kt busut.....

    ReplyDelete
  8. seramnya...kalau tuan rumah bagi harga murah..mesti ada sebab.Takut betul...

    Entri Terkini: Join 1st GA dari Mak Dara. Tajuk Drama..

    ReplyDelete
  9. sy dah baca cerita ini minggu lepas dekat belog putri roh..sumpah seram..meremang bulu roma..

    ReplyDelete
  10. dh taw cter ni..mmg seram n mmg kesian kat dua org member dorg tu...hmmmm

    ReplyDelete
  11. huhu takot juga cerita nie
    deorg nie kira tabah la
    sampai kawan deorg meninggal

    ReplyDelete
  12. sy pn dh bce email yg psl ni..seramkn cik epal..huhu

    ReplyDelete
  13. ooo...agak dah...cerite ni...ada bace kat blog lain sebelum ni..mmg menakutkn...
    cik epal,awat letak pic muke masyam kat header ittewww.... ;) tp still comei

    ReplyDelete
  14. seramnyaaaaaaa..saya siap cite kat akak lagi..huhuh

    ReplyDelete
  15. omg!seram giler cite tu..takut la -_-
    tapi last2 ending sedih giler kowt :(

    ReplyDelete
  16. pasal rumah berhantu kat seksyen 2 ni, lecturer i pun ade cerita..seram weh..

    ReplyDelete
  17. hahaha.. cik epal,i slalu dok cari umah yang berkenaan. tp confuse.. hahah

    ReplyDelete
  18. dah baca ah. mmg seram, cite nie mmg betul, tak tipu punya

    ReplyDelete
  19. ni lagi sorg kena tifipufu -___-

    ReplyDelete
  20. seram ni epal :-ss
    macam perasaan bila baca entry ni..
    mn dari ekk story diorang ni??

    ReplyDelete
  21. baca dari awal sampai habis..ade part tergelak tp hampir sume part menyeramkan...eeeeeei, bagus jugak cik epal share..jangan lah ade org lain sewa umah uh.haha

    ReplyDelete
  22. Mmg seram pown..ramai yg jadikan tajuk nie kt blog dog,,

    ReplyDelete
  23. uhuuu..ade org kata rumah hijau ape tah.. tapi cam dh xde kot ,dh renovate ke hape tah..tp scawie gak la :-s

    ReplyDelete
  24. dah bace kt facebook! huhu seram~

    ReplyDelete
  25. jom baca entri saya pasal jelajah saya ke tempat2 yg berhantu or berpenunggu di s.alam.

    ReplyDelete
  26. cik epal!!! ni lah cerita yg I pernah dgr. So it was real. Mmg ada dgr pasal cerita ni yg sewa RM50 tp xde org nak duduk.

    I tahu kat mana rumah tu. Selalu lalu. Tp skrg dah renovate cantik. Mungkin nak jual ke apa. Oh tak sangkanya cerita ni sgt sedih. T_T

    Kawan I cerita hantu rumah tu mampu buatkan org terbunuh @ bunuh diri.. Kalau ada peluang rasa mcm nak amek je gambar rumah ni. Mau x cik epal? =)

    ReplyDelete
  27. ada lgi satu umah keras kat Shah Alam tu.. tak ingat Seksyen berapa.. tapi rumah besar ala2 istana.. dak2 Uitm mungkin tau kot.. umah ni pon ade kuar Utube... mmg umah tu ada smting...

    http://pwincess9.blogspot.com/- check my various bable here.

    ReplyDelete
  28. cerita ni sebenarnya tipu je cik epal..

    orang tokok tmbah je lebih ni..

    P/s : tp mula2 baca cuak gila..kretip betul org yg tokok tmbh cerita ni sampai jadi gini..he he

    ReplyDelete
  29. sdeynye....smpai cmtu skali ye effect dy..huhu

    ReplyDelete
  30. Dulu masa belajar kat UiTM Shah Alam pun saya dan berpakat dengan beberapa orang kawan untuk tinggal di rumah ini juga.... Tapi bila minta nasihat dari abah serta menceritakan tentang keadaan sebenarnye rumah tersebut, abah saya tak benarkan... Kalau kita ni kuat semangat dan boleh menangkis benda2 yang mengacau takpe, takut nanti jadi sasau pulak lepas tinggal kat sana nanti... Siapa yang susah...???

    Memang murah, cuma RM50.00 sahaj sebulan... Cerita ni memang dah lama dah terjadi... Dan rumah tersebut masih lagi wujud.. Cik Epal ada berani....??

    ReplyDelete
  31. copy paste ye cite ni,hehe......byk dah org post pasal cite ni

    ReplyDelete
  32. serious seram. takot da nak turun bwh :(

    ReplyDelete
  33. siyes seram gila.dah la tgh mlm aku baca ni.meremang bulu roma.tapi sedih la smpi bwk mati.ish3

    ReplyDelete
  34. wwwwaaaaaaaahhhhh..... scary larh cik epal... tapi memang cediey jugak larh.. maybe diaorang lupa nak baca yasin time bru pindah tue.. kalau baca, mzti ada jugak pelindung tapi benda dah jadi kn...

    http://mizmillyna.blogspot.com/

    ReplyDelete
  35. penah jgak dpt forwarded email gini. seryau...

    ReplyDelete
  36. Mula-mula baca cerita ni, memang seram.
    Lepas tu sedih pula.
    Tak nak la jejak kat rumah sek. 2 tu!
    Kesian 2 orang kawan tu sampai meninggal dunia.
    Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  37. adoii muni baca cite ni terus terbayang2 takut nk g toilet...huhuu..

    ReplyDelete
  38. gile laa..citew nie..trajis..tp menakotkan..hehehe..

    ReplyDelete
  39. perghhh...baca sampai meremang bulu roma...ngeeee...

    ReplyDelete
  40. mmg citer benar.kwn by bro, atlet maksak pnh duk sini n diorg kena ganggu mcm2..owner umh tu duk oversea skrang

    ReplyDelete
  41. erk..
    cik epal pun baru jumpe ke citer ni???

    ReplyDelete
  42. adoyy..seram btol..
    naek turun naek turun jantung nie..haha..

    ReplyDelete
  43. erk ,, ta tido sye mlm tadi kak , sebab bace nie lah :(

    ReplyDelete
  44. mmg banglo tu still ada smp skrg kt sek 2 tu.. n mmg tuan rumah tu bg sewa murah.. cite tu sy xtau la tp banglo mmg ada..

    ReplyDelete
  45. erm...macam pernah tengok gambar rumah kat seksyen 2 nih...kalau tak salah kat forum...tak ingat kat mana...cite pun lebih kurang sama dgn nih....

    ReplyDelete
  46. aik,cmne cmne cik epal leh post cite sme ngn ai ne.
    cnfius la kjp
    hahah

    ReplyDelete
  47. cik epal..ngeri aa citer nih..seram tuh!

    ReplyDelete
  48. mmg ade rumah hantu tu...tp susah nk caya cite ni..

    ReplyDelete
  49. saya baru je dengar cerita ni minggu lepas slama duduk kat uitm xde pulak dengar nye...

    cik epal saya ada buat entri pasal cik epal..

    http://batrisyaamylea.blogspot.com/2011/02/cik-epal-komen-la-blog-kitehehe.html

    kalau cik epal sudi baca la..hehe
    =)

    ReplyDelete
  50. boleh buat citer seram...yg hbtnye,based on true story...

    ReplyDelete
  51. i dok kat sek 7 shah alam...mmg penah dengar cite nih..tp yg kes nih tak penah dengar lg..takut wooo..tp bile tgok2 tak tau yg mane 1 umah tu..seram dowh

    ReplyDelete
  52. kene panggil Seekers..boleh selesai masalah..

    ReplyDelete
  53. SERAMNYA CERITA ni
    sampai meninggal,hm..
    AL-FATIHAH buat salleh dan naim

    ReplyDelete
  54. seram dan sedih lah bace post nie...bulu roma pun duk meremang...

    ReplyDelete
  55. haishh.. seram lah pulak nak bace. tapi, memang sedih lah pulak..

    ReplyDelete
  56. menakutkan! lain kali kalau tuan rumah letak harga murah sangat mesti ada something wrong dengan rumah tuh. teruknya kena kacau sampai ada yang meninggal :(

    ReplyDelete
  57. Gilos ah. Tkutnye. MM dlu ms minggu haluansiswa UM, dpt biik sorang. Tgh sdap tido, tetiba ada org sentap selimut 3kali. Terkejut la. tgk xde org pun. Bilik berkunci. Mn mgkin fasi or kwn2 nkl menyakat. Pastu trus amik bantal, tutup muka. N sedar2 tertido dgn muka tertutup dgn bantal ms Subuhnya. Sib baik xmati.

    ReplyDelete
  58. cik epal. 9 tahun lepas mana ada dvd lagi. broadband pun ta wujud tau~ adeh.. camne lah orang yang karang cerita ni~

    ReplyDelete
  59. memang serammm...ada bace gak citer ni kat emel..cik epal baru dapat kew...uuhh...suem orang dah tau...hukhukhuk..jgn marah ye..gurau je...^__^

    ReplyDelete
  60. tinggal hp, bagi hantu pakai... hahaha

    ReplyDelete
  61. dari pintu bilik saya tertutup dan langsir bilik saya x selak , baca cite nie langsung saya bukak pintu dan selak langsir , seram gilaa , tapi kesian sangatt AL-FATIHA ,

    ReplyDelete
  62. ada baca dlm blog lain tapi entahlah betul ke tak tapi cerita ini memang menarik!

    ReplyDelete
  63. cik epal,seram gile cite ni.sy dok sek24.so,dektla.tp ade part yg kelakar.

    ReplyDelete
  64. fulamak....seram gilew...meremang bulu roma
    xyh tngok cite hantu pown citew nie da ckup la

    ReplyDelete
  65. Ya Allah,sermnyer..sya pn yng dok tngh bca pn rsa menggigil..tp kesian yng dah meninggal..ada kaitan dengn benda u..tkper..sedekahkan AL-FATIHAH buat mereka..

    ReplyDelete
  66. ya ALLAH, sangat seram dan sedih. Moga roh mereka dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  67. dengan penuh imagine sy baca..sgt seram..huhu

    ReplyDelete
  68. naik bulu roma baca entry ni . tapi bestttt :D

    ReplyDelete
  69. sangat meremang bulus bulus roma. haha

    letcurer law i pon ada bagitau pasal rumah tu. same harga rm50. tapi kawan dia tak sempat duduk just pindah barang je. alih alih esok hari barang dia semua dah susun baik punya dekat luar rumah.

    dulu ayah i study kat situ,dia pon cakap umah tu ada dekat seksyen 2.

    act,owna dia dulu orang putih. tanpa disedari orang ramai, owna rumah tu mati dalam rumah. seminggu sampai dah naik bau baru dorang perasan ada orang mati dalam rumah tu.

    ReplyDelete
  70. uish, baca kul 3 pagi ni mmg menyeramkan. nasib baik lah takda org sergah akuh..

    ReplyDelete
  71. betul ke tak eh cerita ni? ragu-ragu

    ReplyDelete
  72. cik epal.. saya nk copy la citer nih..
    boleh..??

    ReplyDelete
  73. cerita turun temurun dak2 uitm s.a
    byk lg kisah umh antu kt ss2 ni
    tp ade 1 umh ni, ak n da gang mmg pelik aa
    umah dia ade pokok besar ala2 pokok rmbtn tu
    tp sntiasa bersih without sehelai daun kering kt tnh,,padahal umah tu xde org je..

    ReplyDelete
  74. hadoi siot betul la , aku dah la baca time tgh2 org tido tgh2 malam ni . langsung aku xleh tido . kang ada plak yg tarik kaki aku . cuak laaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  75. kesian kat kawan2 dye...al-fatihah~

    ReplyDelete
  76. den x pasti la tp den pun ngaji kat shah alam jgk..

    on the way nk g tmpt mkn seksyen 2 ade sebuah banglo

    besar giler n ditinggalkan..kiter org pnah ramai2 dlm 10 org g umah lalu dpn rumah ...
    peh ..kalu lu org tgk pn kompom pitam..

    nea aku bg map
    Klik Map ni

    x silap aku kalau dr jln besar umah 2 sblh kiri..korang carik area2 bnglow dkt map aku bg nie

    ReplyDelete
  77. memang best kalau cite2 seram ni..i loike beri2 much..igt nak pegi jgk tgk rumah tu nanti..^_^

    ReplyDelete
  78. bukan nak ckp aper arr...
    tp citer antu ney mcm penah baca dekat satu novel 2...
    lebih kurang jer citer dio...
    tp lupo lak ape tjuk novel 2...
    tp tak thu lak kalau kebetulan mmg seksyen 12 2 mmg angker?????

    ReplyDelete