Friday, February 25, 2011

Kalau lah dapat dating dengan LEE MIN HO ....


dah lama tak jawab tag ni. bagi ah peluang sat lepas gian main tag.


1.Apakah benda yg paling penting dalam hidup kamu

Family


2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dgn wang sendiri

emm apa ea? aku pon tak ingat dah. Mungkin nasik lemak berlauk kan ayam goreng dan mengadap muka encik bangla masa nak bayar kot.

Bangla dekat cafe aku ni ayat dia sama je. kalau aku nak bayar kan. dia tengok nasi aku lebih kurang, pandang pandang slek sikit. lepastu dia cakap

"ni rm3. tapi tak pe la. awak punya pasal SAYA BAGI DISKAUN. rm2.50 je"


aku dah gembira dah dia asyik bagi diskaun je. rupa rupanya perangai dia dengan semua orang memang macam tu. tu la ayat keramat dia.

"TAK PE LAH, AWAK PUNYA PASAL SAYA BAGI DISKAUN"

sebab masa aku nak bayar haritu ada mamat ni dia cakap nasi mamat tu rm4. budak tu dok pekik "haaaaaaa??!"

terus dia cakap " TAK PE LAH AWAK PUNYA PASAL SAYA BAGI DISKAUN. rm3"


sengal punya bangla! nak tunjuk dia inoocent sesuci lebaran lah tu!



3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu


tak kesah la memana pon nak kawen, aku ni tak ada lah demand demand sangat nak kawen dekat mana . dekat KLCC convenction Centre ballroom tu pon ok dah. janji kawen.



4. Berapa lamakah anda rasa hubungan anda berkekalan?


Hubungan dengan siapa dohhhh???



5. Adakah anda dilamun cinta?


setakat ni belum lagi. dulu dulu pernah ah. tapi semuanya sekerat jalan. selalu sangkut dengan buaya darat. adehh



6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?

makan malam tak de lerr. kalau makan siang ada. dekat CHILI's



7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?

aku ni pemalas sikit nak baca buku. baca blog rajin ah sikit. mungkin INTREND kot yang last beli. sebab blog aku keluar dalam majalah tu



8. Apakah nama penuh kamu?


Megan Vanessa Epal . Aku adik beradik dengan Megan Fox + Vanessa Hudgens



9. Kamu lebih senang dgn mak/ayah?


kalau untuk berbincang hal perbadi dengan ibu



kalau nak duit or nak beli barang barang sendiri dengan kepuasan maksima haruslah ayah!


kalau keluar dengan ibu aku susah sikit nak selit selit barang dalam troli. ada je yang tak boleh. kalau dengan ayah aku, nak humban peti ais dalam troli pon apa dia kesah? dia bayar jeeee. best woh ayah aku. mana nak dapat ayah macam ni? kau hado? nan hadooo



10. Namakan seseorang yg kamu ingin jumpa utk pertama kalinya dalam hidup anda?


nak jumpa LEE MIN HO. alaa tak ada ah nak jumpa sangat pon. kalau aku dapat jumpa pon, just nak tanya dia. apahal lah dalam Boys Over Flowers rambut dia macam balung ayam? apa kau ingat kau stylo buat rambut camtu???


Lee Min Ho si balung ayam




tapi kalau dia nak belanja makan. apa salahnya. boleh je nak ternak lemak bersama. pulak pulak dia yang belanja. bertambah tambah kesedapan.



11. Sebutkan 8 nama sahabat yg paling rapat dgn kamu



alahhh kang kalau tercicir satu nama, ada lak yang kecik hati kang


12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?

opkos lah aku cuci.



13. Tempat paling seronok kamu mahu pergi


Disneyland! aku pernah pergi sekali masa dekat Hong Kong dulu. tapi cam sekejap je time tu dan tak menikmati saat saat itu. tapi kalau aku dapat pergi lagi ah lepasni. aku akan enjoy dekat sana sampai muntah



14. Pelukan atau ciuman?


Peluk sambil cium lah best


15. 8 perkara yg amat saya gilai

apa banyak sangat sampai 8?? benda benda yang digilai? emm mungkin blogging kot.

rasa macam best pulak update hari hari ni. hahaha. nasib lah siapa yang masuk kan. walaupun tah pape entri aku pon.

kedua- menternak lemak

tak kesah lah makan apa apa pon, janji sedap, aku bedalll

dah lah dua je lah. banyak lak cikadak kau nak sampai lapan!






16. 8 perkataan yg sering diucapkan


@ gonjeng
@ kau hado?
@ hye korangggggggggggg~
@ bye koranggggggggggggggggg~
@ taik lah! (kalau tengah bengang)
@ sengal doh
@ wei wei wei wei
@ tah pape
@ ok bye!
@ apahal pulak ??
@ aku bako kang! aku bako kang!

aki? cam dah lebih je lapan.? ok next!




17. 8 buah buku yg paling terbaru dibaca

di sebab kan aku ni bangsa yang pemalas nak baca buku. jawapan aku haruslah INTREND sebab nya. aku ada bagi tahu tadi dekat soalan atas


Sila dapatkan InTrend keluaran March ini di pasaran berhampiran anda


18. 8 buah lagu yg saya boleh dengar berulang kali


Dadali - Di saat aku mencintaimu.

serious lagu ni paling banyak kali aku dengar dalam sejarah hidup. boleh masuk genius book of record ni. memang layak sangat. roomate aku tahu ah betapa aku suka gila lagu ni. bangun tidur lagu ni, nak makan lagu ni, nak tidor balek lagu ni. sampai roomate aku pon dah siap terhafal lak lagu ni. padahal dia tak suka lagu lagu indon ni


kang aku cakap dengan dia

"wei wei wei aku nak tujukan satu lagu khas untuk kau! terimalahhhh"


lepastu aku pasang lagu ni. dia dah masak sangat dengan perangai aku. tapi yang peliknya aku tak pernah lagi jemu jemu ataupon muak dengar lagu ni. belum tiba masa lagi kot.


lagu ke 2 adalah lagu buaya darat. tak de ah dengar selalu sangat. tapi kalau dengar memang teringat dekat EX buaya pren. lagi lagi part


"LELAAAKIIII BUAYA DARAT....MULUTNYA MANIS SEKALI...BLA BLA..BLA"

memang kena sangat lah tu



lagu ke 3 lagu Sesungguhnya by Raihan. perghh lagu ni memang best! serious best. syahdu je dengar. banyak banyak lagu raihan. lagu ni paling aku minat sekali


dah ah 3 je ah. banyak songeh lah kau ni. nak mintak sampai 8. ingat aku komposer lagu ke hape?





19. 8 perkara yg saya pelajari tahun lalu

@ jangan mudah percaya dekat lelaki. sebab lelaki kebanyakan ayat manis.

@ Kalau nak kurus jangan banyak sangat makan

@ kalau nak berjaya, rajin rajin ah study bukan rajin hadap laptop

@ sayang orang yang sayang aku bukan sayang orang yang aku sayang

@ percaya dekat kemampuan diri sendiri


@ kalau kena kutuk buat bodoh je ah

@ jangan senang percaya orang yang baru kita kenal

@ kalau kita kat bawah bukan sentiasa kat bawah dan kalau kita kat atas bukan sentiasa dekat atas


20. Apa erti cinta?

eh! apa ke bangang sangat kau ni? cinta pon tak tahu apa. kamus dewan bersepah woiiii. pergi beli satu. macam macam maksud yang kau nak tahu ada situ


ok bye!

39 comments:

  1. hahaha jawapan cik epal mmg rock ! :D

    ReplyDelete
  2. Cik Epal, jomlah kite ternak lemak sama2. hee XD

    ReplyDelete
  3. Yelaa~ Rambut die dalam BOF sangat x kachak! Seb bek muka kachak je. Dalam tu kim bum nampak lebih kachakkkkk.

    ReplyDelete
  4. jawapn Cik Epal memang de best la . . . hahahahah

    ReplyDelete
  5. hahah! lawak ah cik epal ni.cool je jawab sume soklan2 uh.. xleh blah pasal mamat bangla uh. wee~

    ReplyDelete
  6. hehee , lawak ! sukaa . a-ahh , lagu dadali memang best sgt . huhuuu , tapi skrg tengah angau lagu jar of heart by christina perri . cik epal dengar tau . memang seswai laaa ! ;)

    ReplyDelete
  7. hahahaha..jawapan cik epal memang terbaik dari ladang la..hehe~~

    ReplyDelete
  8. cik epal de gaya,mutu,keunggulan lam mjwb bnde2 diats

    ReplyDelete
  9. hahahaha...rmbut si balung ayam tuh x cantik langsung..ekekkeke

    ReplyDelete
  10. hahahhahaha, bangla tu memang lah jendul, berlagak innocent tak bertempat. kihkih...

    haaaa...lee min ho....mg tak berkenan gak ngn rambut balung ayam dy tu....musnah segala kehenseman..hahaha

    ReplyDelete
  11. haha..impian perkhwinan takley blah..nape tak sebut palace of the golden horses je..hehe

    ReplyDelete
  12. lelaki buaya darat..haha! nice cik epal! byk cikadak semua mende nak 8 jawapan en :P

    ReplyDelete
  13. nmpak gaya kne bli majalah intrend bulan nie...
    mana tau ada rezeki my blog lak masyuk:)

    ReplyDelete
  14. hehehe..
    lawak r cik epal ney...
    sukasukasuka..
    btw sy pown minat Lee min ho...
    + saya pown minat lagu dadali...:P

    ReplyDelete
  15. sungguh ikhlas jawapannya!!!!!


    p/s: saya doakan cik epal kurus...Amin...

    ReplyDelete
  16. siapa nak duit bernilai rm250? siapa nak tiket wayang exclusive di Platinum Suite Cathay Cineplex dan lain-lain lagi... siapa nak sila join contest di blog tati sekarang!!! sah sehingga 31 mac...

    http://berkatalahdia.blogspot.com/2011/02/contest-mesti-menang.html

    ReplyDelete
  17. lawak giless la adik nih..hehehe..akak suka!!

    ReplyDelete
  18. dgn ini sye (mcm nk gtw sok puasa lak kn) :) eila sgt2 la bstju ngan cik epal..jgn la tlmpau pcye kt llki...sbab bru jer d tgal kn oleh ssorg...(mod btukar mnjdi sdih)


    *pape pon suke bce blog cik epal,,,,,malatop sgt :)

    ReplyDelete
  19. cik epal sama dgn kita.
    setiap masa dgr lagu dadali tuh.
    adkh org2 putus cinta mmg suke lagu tuh?
    *eh, kite putus cinta ker???*
    huhuhu :)

    ReplyDelete
  20. hot gila jwapn u cik epal!~ suke! hahaXD

    ReplyDelete
  21. hahhh cik epal! comeiii paaaaaa lee min ho rambut camtu. mak budak pun gila bayang tau! hahaha

    http://twinkywinkystars.blogspot.com

    ReplyDelete
  22. hehhehe... suke yang satu tu... yg ni cm poyo semendek.. tapi kalau nk tgk rambut dia yg lagi kacak.. tengok dlm klip video Sandra Park- Kiss... kiut j rambut die...

    http://pwincess9.blogspot.com/2011/02/comics-for-sale-gempak-starz-second.html

    ReplyDelete
  23. Lee Min Ho kena buat rambut macam tu sebab dalam cerita F4 semua hero dia kena rambut gitu. versi taiwan dengan Jepun pon hero dorang kena rambut camru. kesian kan? KAHKAHKAH :P

    ReplyDelete
  24. hoh0...
    klako lo cik epal ny jwpn...
    style rmbut lee min ho cam balung ayam coz mmg diadptsi terus dr komik die..

    ReplyDelete
  25. JAWAPAN KO MMG SEMPOI..I LOIIIKEEE..(",)

    ReplyDelete
  26. cik epal, mmg jwb dengan jjur sume tag tue..yg last mmg bagus jwpn tue..

    ReplyDelete
  27. jawapan yang paling bawah tu best...
    a'ah... dah ada kamus lagi nak tanya kan...

    Lee Min Ho...
    oh dia sungguh handsome walaupun rambutnya sebegitu rupa...
    hehhe...
    (n_n)

    ReplyDelete
  28. jawapan yang akhir tu betul...
    ada tanya orang apa maksud...
    hehhe...

    Lee Min Ho.. oh dia handsome walaupun dia buat rambutnya sebegitu...
    hehhe...
    (n_n)

    ReplyDelete
  29. Lee Min Ho, Junpyoooo rambut straight hot gilaaaa. nak nangis melihat, K, melebih ;P

    ReplyDelete
  30. yang penting blog cikepal terpilih antara 50 blog malaysia pilihan intrend... good2.. tahniahh

    ReplyDelete
  31. suke sgt lagu dadali yg tu jgk... sgt sedih sbnrnye lg tu... uhuhu

    ReplyDelete