Friday, January 21, 2011

(REVIEW) Filem Khurafat - Perjanjian Syaitan








Sinopsis Filem Khurafat



“KHURAFAT-Perjanjian Syaitan” mengisahkan perjanjian terlarang, persekongkolan antara manusia & syaitan.Satu bentuk penyelewengan yang nyata dalam Aqidah Islam dan amat ditegah dalam Agama Manusia, disogok dengan nafsu serakah dan dendam membara, tanpa mengira akibat dan bahana, rela membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan bisikan dan tipu daya syaitan durjana.



Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah hospital kerajaan. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Ayshah. Seawalnya pasangan ini hidup aman & bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada ‘gangguan misteri’ yang berterusan.



Dalam pada masa gangguan-gangguan itu, hadir pula seorang perempuan tua yang tidak Johan kenali namun sering menyapa dan cuba mendekati Johan sewaktu di tempat kerja. Tanda tanya dan trauma yang melanda Johan & Ayshah tidak habis di sana, malah ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan yang bernama Anna.Walaupun setelah mengetahui Johan sudah berumah tangga dan bergelar suami yang sah pada Ayshah, Anna masih terus mengganggu dan merayu untuk menerimanya semula. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing dan bertekad untuk mempertahankan rumah tangganya dengan segala daya.
Tidak lama setelah berkali-kali ditolak cintanya, Anna ditemui mati;bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan &; Ayshah.




Apa yang menghantui dan menggangu Johan dan Ayshah sebenarnya? Adakah ini semua hanya halusinasi dan gangguan minda mereka atau adakah ini semua merupakan petanda-petanda bagi merungkai jawapan bagi semua persoalan mereka?


=========================

Itu sinopsis cerita Khurafat ni. Tadi aku pergi tengok Khurafat ni. Sorang sorang pulak tu. Aku ajak member semua tak boleh. Ada kelas ah, demam ah, dah tengok ah, tak de duit ah. macam macam alasan. last last aku pergi ah tengok sorang. dah ramai sangat yang kata best . seram. terkejut hape semua. aku pon nak gak ah rasa terkejut terkejut. apa yang aku boleh simpulkan bila tengok cerita ni:


@ Liyana Jasmay sangat comel bila pakai shawl


@ Aku pelik dengan Syamsul Yusof dalam cerita ni. Jadi imam dah dua kali. tapi bila hantu muncul, tak pernah ah dia ngucap ke, zikir ke, baca ayat kursi ke. At least sebut ah 'YA ALLAH' ke kan. tapi tak pernah dengar. pelik aku. Nak kata tak ada agama, ada agama. boleh jadi imam semua. Hantu kuar. takat jerit sikit and pejam mata je

@ Cerita ni banyak sangat mimpi. Bila dah best best ada hantu. Rupanya mimpi. adehhhhh. baru lah nak bajet jadi betul

@ banyak jugak adegan terkejut terkejut. ada jugak la 2 3 kali aku tutup tutup mata takut nak tengok hantu

@ Tapi adegan hantu hantu nak keluar dah boleh bajet dah time bila. Bila senyap je tu. haaa ada hantu ah tu nak muncul sebab tu aku dah bajet dah bila nak tutup mata

@ Hantu cerita ni macam Ju ON dok merangkak rangkak






@ Time ni sepatutnya scene paling seram. tapi aku boleh tergelak pulak. sebab budak sebelah aku ah. time scene ni dia dok kata

"masuk air apa mamat ni bawak mayat tu?"

kang dah jalan limabelas tapak

"mengarut ah cerita ni, dok angkat mayat, bukan nak pergi tepon sesiapa"

lepas mayat tu jatuh tergolek

"aih merepek ah cerita ni. rm18 ni kot aku bayar"

bayar dengan awek dia punya tiket sekali kot. tapi aku bayar rm7 je. guna student card. :D


Overall aku bagi cerita ni 5/10 ah. boleh lah. seram ah jugak. seram tak sangat. terkejut je banyak. agak agak kau rasa hantu nak muncul tu. tutup ah mata . apa susah.


ok bye!

64 comments:

  1. yer ke.. orang len cakap besh.. aha.. xjadik r g tengokk

    ReplyDelete
  2. haha..betol tu cik epal..tekejut je banyak..
    pastu mimpi kemain lagi,ingat antu betol2..

    ReplyDelete
  3. NAK TENGOK CITE NI!! TAPI t_t TAK DE SAPE NAKKKK~

    ReplyDelete
  4. yg angkat myt tue bukan betul2 la...kan dia tengah KOMA...so tue time ke awang2ngan la dia tengah bertarung utk mati...kan last2 dia mati eksiden tue...mana ada die angkat mayat..hehe..

    ReplyDelete
  5. pulak...ramaiii yg kata seramm..
    sebenarnye tak laa seram yeh

    ReplyDelete
  6. jeles2x..
    napelah cik epal g xajak saya..huhhuhu

    ReplyDelete
  7. hahahah.. nice review..
    aku sdri prasan psal Johan tak sebut pape time antu kacau tu.. =P
    *aku pulak yg dok kumat kamit sdri.. ngaaa

    ReplyDelete
  8. hahahha.. :D
    tapi bagi kita kan..
    cerita khurafat ni tak best..
    banyak sangat benda yg tak logik..
    & banyak benda yg tak de kaitan..
    hehehhe..
    thays my point of view je cik epal.. :)

    ReplyDelete
  9. haha.. betul. part yang angkat mayat tu yang tak tahan. giler ke ape nak angkat mayat.

    ReplyDelete
  10. khurafat mengarut.mayat dah 1 hari tp bila dukung macam dukung org hidup.alahaiii.....setuju dgn comment cik epal(lpas gambar) & KBBR..setuju dgn awk...heee

    ReplyDelete
  11. ahahaha..bgus..!..sy bru nak tgk cite ni..oleh krna cik epal dah bg feedback sket..rse2..mcm mls r nk tgk...sbb jarang tgk cite hntu mlyu...bru nk tgk..thx..:)

    ReplyDelete
  12. haha. kebanyakkan aku hampa dengan cerita melayu ni sebab tu aku lebih suke tengok citer omputih. bukan x sapot industri tempatan tapi sebab depa nak gak keluarkan cerita walaupun tau kualiti tak la sehebat mane.. hurm..

    ReplyDelete
  13. ok..tunggu vcd cetak rompak..hehe..

    ReplyDelete
  14. haha, haah la cik epal..i pon nak tepejam tgk citer ni, smpi cakap kat hubby tak larat nak tekejut dah.huhu

    http://halkita.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. dah tgk da cite ni. takut ah gak. ade bbrp scene kene ttp mata. haha. overall thumbs up for syamsul yusof! :D

    ReplyDelete
  16. haaa. cite nie memang tak seram langsung. terkejut2 je banyak.
    follow cik epal dah. jenguk2 blog kite :)

    ReplyDelete
  17. best citer ni. suke tengok. lain dari other typically malay horror film.

    ReplyDelete
  18. malas tgk..nnt jari jew yg tengok..huhu..cik epal..kasi tau la ending dia..nge3..

    ReplyDelete
  19. dah tengok kelmarin. boleh tahan la jalan cerita dia dari cerita seram lain macam jangan pandang belakang congkak tu. ni seram jugak la. tapi part2 terkejut memang banyak. kasi darahku berderau kat muka jerk. wahaaaa;)
    part bawak mayat tu memang super la...;D
    ahaaaa. siap boleh pergi turun bukit sekali time mayat bergolek. . .

    ReplyDelete
  20. cik epal asal tak ajak kte?
    kte pun tak de kwn..hahaha!..:)

    ReplyDelete
  21. hehehe~
    tuh la byk terkejut~
    dan prasan gak yang psl Syamsul tuh bila kuanya antu~xde lah rse nk beristighfar ke..hahaha~
    dia nk antu tuh dtg dkt dia kot..

    ReplyDelete
  22. nanti nk tgk dgn cik teddy.. yey yey :P

    ReplyDelete
  23. tp kn pkir2 blik yg x logik tu pon sbab die mmpi kn n die tgah koma..da kte pon tgh mmpi cm kite jgk la kdang mmpi bnde yg x logik...tu pndpat eila la..tp jln cite nie best x mmbosan kn...

    ReplyDelete
  24. esok sy plan nak tgk khurafat ni?ala, bile baca post ni cam tekde hati je..tolonggg..bg la advise kat sy..

    ReplyDelete
  25. camne ni..esok sy plan nak tgk khurafat ni..tolonggg..bagi la advise...

    ReplyDelete
  26. cerita nie tak best, mengarut jew lebih, ramai yang kata sedap, tapi bile tengok hampeh jew :( kalau ezan nak bagi 2/5 tahi bintang, hehe

    ReplyDelete
  27. oke. sy memang berminat nk tgk citer ni tp ini citer antu *cubaan mengingat an diri sndiri* hahaha tenkiu sbb review..

    ReplyDelete
  28. aku pon baru tgok tadik!
    komen aku???
    macam shiallll! wakaka.

    promote jek lebih, sekali????
    HAPRAKKKK!

    ReplyDelete
  29. best oo citer nih..syamsul protective giler..i likey!

    ReplyDelete
  30. lol..org laen kate bez...klo setakat cm ni aku pon mls tgk jgk..hahahhhaa...

    ReplyDelete
  31. baru semngat nak tgk.. akan pergi tgk la nnt

    ReplyDelete
  32. wakaka..same mcm review JT buat..same la kita cik epal..dok kutuk cite ni..rating pon same..ada org len kata best, seram..padahal bkn seram pon.tekejut je lebih..tgk review version JT plak kat sini:


    Jejaka Terhangat Movie Review: Khurafat

    ReplyDelete
  33. Cerita seram memang boleh jadi lawak apabila orang di sebelah ni jenis yang banyak mengomen dan komen tu memang ahh kalau dengar kompem gelak.komen kuat2 pulak tu.HAHAHAHA.

    ReplyDelete
  34. saya setuju liyana jasmay sangat la comel bila pakai shawl :)

    tapi cerita dia best. i like ;D

    ReplyDelete
  35. da tengok da cite ni.

    tak best ouh :( rugi je :'(

    ReplyDelete
  36. nak tengok sangat2 cerita ni :)
    btw thanks singgah blog i.
    kamal tu junior kat tempat i blaja ni.
    mestilaa kenal ;)

    ReplyDelete
  37. haha teringin nak tengok . tapi lemah semangat . tengok hantu kak limah pun dah terketar2 , ni plak khurafat . trrrr~

    ReplyDelete
  38. Wah... bestnye dpt tgk cte tu.. huhu.. *jelez jap.. ;p

    ReplyDelete
  39. cik epal..mueeh leh komen jgk kat sini akhernye..sambil2 doakan cik epal slim mlim..

    ReplyDelete
  40. cik epal..mueeh leh komen jgk kat sini akhernye..sambil2 doakan cik epal slim mlim..

    ReplyDelete
  41. ehe^^ x tgok ag. baru nk g tgok esok. xpe r janji tekejut. penting tu! =D

    ReplyDelete
  42. hye and d tag ! jum g blog sy . then follow taw :)

    ReplyDelete
  43. Gila berani tengok sorang-sorang..
    cayalah! =)

    ReplyDelete
  44. wahhhh serammm gilerrrr cte ni kan kan kan...fuhhh..

    ReplyDelete
  45. dah tgk citer ni. tp scene yg takleh lupe tu hantu dok sebelah masa tgh drive keta. serius, aku cuak nak drive keta balik umah mlm2. haishh. terbayang2 kot.

    ReplyDelete
  46. belum tgok lg citenye cmne, macam nak tengok je, tapi 5/10 beli cetak rompak je la, huhu, malas g wayang :P

    btw, yul ada tag cik epal dalam entri yul. hee

    ReplyDelete
  47. i da tgk da. seram kot cik epal. hihi

    ReplyDelete
  48. CITERK MENGARUT... ENDING NTAH APA2... INGAT KAN DAH MATI... PASTU IDUP BALEK... PASTU MATI BALEK..

    ReplyDelete
  49. ala..ada org ckp best...
    nie cm xbest lak..hihi
    xgi tgk lg nie

    ReplyDelete
  50. fiq dh tgk jugak!!!
    menjerit lah jugak!!!
    ahhahahahaha :)

    ReplyDelete
  51. hanya orang yang pandai menilai je yang boleh faham betol2 jalan cerita sesuatu filem. budak yang duduk sebelah kamu tu, bengap kot. kan si joe ni dah diamanahkan oleh mak si mati supaya menguruskan jenazah tersebut. itu pasal la diusung mayat tu. kang dibiarkan, tak amanah pule die. apo lahh.

    ReplyDelete
  52. hahaha.bongok gila.ko sama dgn aku kot.part yg dia dukung mayat tu,aku bantai gelak gila2.yg kawan die si man tu die tinggal,mayat tu sngup lak nak usung.terkekek2 aku tgok cite ni.dh mcm hantu kelakar.tp suke ah tgok bila liyana jasmay dgnshamsul yusuf cm sweet2 je. ;p

    ReplyDelete
  53. kalu bg rating, aku bagi 3/5. sebab aku espect khurafat ni sgtlar takot. ms tgk melodi.. rmai kata best, pling takot compare cerita hantu lain.

    sbb aku kate gitu:-

    -hantu nak kuar dah boleh agak.
    waktu malam,kat spital, bilik mayat dah boleh hantu nak kuar. aku rs dlm cte ni hantu sakit lumpuh kot sbb tu merangkak2 hahaha

    -masa anna dtg umah johan merayu2 bagai tu pon x munasabah. cmne keta kawan anna tu tiba2 da ade depan pintu? x kan lar ade kunci pagar umah johan kot hehehe.

    ape pn, pengajaran kt cte ni baguslar. boleh diperbaiki huahuahua dah mcm abg nara pulak aku nih ;p

    ReplyDelete
  54. belum tengok lagi citer ni..nanti boleh la try pi tengok.ramai member kata tak best sebab expected sangat

    ReplyDelete
  55. erm...aku bru jek tgk mlm td..rasanye mcm xbest sgt la..cuma dinasihatkn sesape lemah semngt n sakit jntung jgn la tgk..aku smpai tutup muke terus..sbb bnyk sgt scene trkejut..rasanya 40% jek aku tgk..yg len2 aku tutup muke jek.jap2 tutup ngn tgn, jap2 tutup ngn tudung..hahhah..lomah smgt der...

    n aku xpuas ati org kata part dukung mayt tu plg seram..sbb aku leh tgk jek..xrsa seram pn..cuma trkejut bile myt tu trgolek bwh bukit tu..bile symsul nk g amik balik myt tu, tetibe muke myt tu brtukar muke hantu..erm..cuma pas ending tu, aku terpk n brkata pd fiance : bang, maknenye msa dia bwk myt tu, roh dia la yg agkat myt tu? kn dia dh ninggal...huh..xlogik..cmne roh leh agkat myt...hohohoh..

    yg fiance aku plak?..sepnjnag filem duk asyik gelak tgk gelagat aku yg xsggup tgk..rasa mcm jntung nk trkeluar dh..bley part yg bukn hantu kuar pn aku trkejut menjerit kuat..gile malu weyh..hahahah

    ReplyDelete
  56. aaa, cik epal oy, mekasih reviewkan cite ni, aku baru je plan nak tgk rabu ni, hehehe. tak jadi ah ;D

    ReplyDelete
  57. cerita nie terbest la. .huhuhu

    ReplyDelete
  58. ha ha ha.. mayat yg dah pasti mati dipikul, kawan sebelah yg belum pasti mati tak angkat..lawak tul.. lepas tu kata nak bawak jenazah esok PAGI, tapi tetap malam gelap jugak..ha ha

    ReplyDelete
  59. Sya stuju dengan review Cik Epal..
    Crite nie agak kureng..
    Da laz2 2 bantai gelak je.. Paz tu crite dia pendek giler.. xbebaloi bayar mahal2.. hehe

    ReplyDelete