Menarik Cantik Tertarik

Friday, December 31, 2010

Rindu

Hye korunkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk~

Walaupun dalam gambar ni aku nampak tembam gila tapi ada aku kesah? kisah la jugak . sikit

Mata ke atas tangan ke dada !! haha

Rindu lah kat depa ni. Serious rindu. Walaupun agak kejap jugak aku shoot dengan dorang. Tapi dorang best sempoi gila. Suka buat "mata ke atas tangan ke dada" mula mula puji tapi perli :D

Ok yang baju merah hujung sekali tengah berdiri tu sebijik muka macam Faizal Tahir. Pulak pulak kalau dia pakai shades. lagi sejibik sejiban. Tapi dia bukan Faizal tahir. Tapi Pejal Tahirrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!

Dekat facebook memang kena bahan lah abang pejal Tahir ni
Apa apa hal depa memang best sempoi ah. Rindu pulak nak photoshoot dengan depa. nak tengok BTS. boleh KLIK SINI


ok bye korunkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk~

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Alangkah indahnya hidup ini













lirik Alangkah indahnya hidup ini - Raihan


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu


=========================

Hari ni aku feeling feeling innocent. sesuci lebaran gitu. Aku suka lagu ni. Dan semua lagu raihan aku suka sebenarnya. Paling aku suka lagu SESUNGGUHNYA. pergh memang best lagu tu. Tapi code dia tak valid pulak.

Lagu ni autoplay. Aku memang saja je nak cari lagu autoplay. Nak bagi semua dengar. Ni asyik layan lagu Indon aje. Nasyid pon nasyid Indon. Lagu daripada Malaysia pon not bad jugak apa.


Aku kalau hayati lagu ni betul betul memang boleh mengalir air mata. Hayati lirik dia. Sama dengan OST SYUKUR 21 tu. kalau dengar lagu tu, lagi konpom boleh nangis. ye ah dosa banyak sangat. tapi tak gheti gheti nak taubat. tau buat je lah


Aku suka Raihan. dulu masa zaman sekolah rendah, dulu time kaset faymous lagi. Mesti beli semua kaset kaset raihan. Naik je kereta nak pergi sekolah, pasang lagu Raihan. Nak pergi jalan jalan pon pasang lagu Raihan. dah siap hafaz semua lagu Raihan. Lagu Raihan pon memang semua best best


Raihan dulu jadi satu fenomena kot kat Malaysia ni. Siapa tak kenal Raihan dulu, kau tak payah dok Malaysia ah. Kau pergi dok Zimbabwe. Legend kot Raihan ni. Tapi bila dah start pecah pecah tu. Raihan dah makin tak menyerlah dah. Sekarang pon dah solo dah. Aku lagi suka kumpulan Raihan yang dulu dulu tu. best!


layan ah lagu ni. aku suka lagu ni. dan aku harap kau pon tiba tiba boleh suka lagu ni.


ok bye!

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Thursday, December 30, 2010

ehem ehem

Just a short entry~


ehem ehem

macam Zakuan Adha pulak dekat sini. tapi sikit je ah. muehehe


Thanks sebab menjadi pendengar yang setia.
Thanks sebab banyak bagi nasihat.
Thanks sebab sudi jadi kawan i
Thanks sebab sudi kongsi pengalaman dengan i
Thanks sebab bangkitkan semangat i masa i brokenheart
Thanks sebab banyak habiskan duit tok i
Thanks sebab habiskan banyak masa dengar i membebel
Thanks sebab u banyak sedarkan i tentang makna hidup
=')



The best kind of friend is the one you could sit on a porch with, never saying a word, and walk away feeling like that was the best conversation you've had. 


ok bye!

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

(review blog) blog Mizz Dayana bungabungaputeh

hari ni aku baik. aku nak review blog orang lagi. Hari ni je ah aku baik. hari lain terlampau baik sesuci lebaran. blog itu adalah blog ...






MIZZ DAYANA! First thing aku suka pasal blog dia ni adalah sebab layout. Layout dia memang terbaik dari ladang. Lagipon dekat header dia dah terang terang tulis 'i'm leapord freak' mahu lah layout dia pon ikut leapord jugak. Blog dia tak serabut. Susunan widget pon kemas dan teratur. Blog tak ada lagu dan widget widget gerak gerak joget joget yang semak semak dekat sidebar. thumbs up for the layout!



Aku suka entri dia ni sebab ada barbie. hikhik

Barbie ok! (sebut kasi jelas terang dan nyata sikit huruf 'R' tu ye)

Entri ni agak best jugak bagi aku


Pada sesiapa nak tambah kenalan, nak cari jodoh ke, nak test market ke. boleh lah follow blog MIZZ DAYANA ni ok! macam Mizz nina pon ada jugak kadang kadang sebut MIZZ ni =)


ok bye korunkkkkkkkkkkkkkkkkk~

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Siapa nak barang FREE ? Tapi postage je ah yang FREE

Cutenya awak ni. macam kenal je. hehe
 Siapa sini selalu shopping online? Angkat tangan! dah turun balek. bulu ketiak macam hutan amazon youu. tak sanggup mak nak tengok nyah! ok aku ada berita baik untuk para penggemar shopping online. Cuba lihat bawah ini. bawah gambar ini. Bukan lihat bawah pastikan jantina. bukan bukannnnn


Tadaaaa!
KZ NABIHAH tengah buat promotion nih. Ada sesiapa yang berminat? Sila terjah. kalau kau beli barang apa apa hari ini. tak kena charge postage pon. tapi hari ni je lah. sampai pukul 5PM sahaja. Cepat. Grab lah apa kau nak grab!

Sila terjah! =========> KZ NABIHAH


ok bye korunkkkkkkkkkkkkkkkkk! =)

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Siapa Khairul Fahmi ? Kenapa dia faymous sangat ? Tapi Khairul Fahmi ada awek dah la

Khairul Fahmi
Gambar ni macam pelakon Korea/Jepon pon ada jugak. Yang stok stok Yakuza tu


Yang baju hijau tu macam handsome. ngee~

oppsss opssss haa nak pergi mana kau bola? nak pergi mana? aku tangkap kau!

Siapa Khairul Fahmi ni? Asal nama dia di sebut sebut? Tetiba je faymous si Khairul Fahmi. Aku yang tak kenal dia pon jadi kenal. Selidik punya selidik rupa rupanya dia ni Goal keeper Malaysia. ooooooooooo pemain bola Malaysia rupanya. Khairul Fahmi paling menyerlah maybe sebab tangan dia macam magnet nak tangkap bola then aksi dia melompat lompat nak grab bola memang terbaik dari ladang ahhh.


Tahniah buat pemain pemain Malaysia aka harimau malaya sebab menang lawan Indonesia. Menang Piala AFF suzuki dengan agregat 4-2. tahniah Malaysia! wooottt! then PM bagi cuti hari JUMAAT ni. yayyyyyyyyyyyyyy dapat cuti. tapi kenapa sehari je? tak seminggu???



Khairul Fahmi and his gilrfriend

Sesiapa yang minat dekat Khairul Fahmi ni. Lupakan je ah hasrat anda itu. Dia ada awek dah. Ni haaa awek dia. Nasib baik aku tak suka sangat Khairul Fahmi ni. Sebab aku suka Khairul lain. So takde hal lah sangat kalau Khairul Fahmi ni ada gf ke bini ke. ada aku kesah?




Aku tak kesah dengan Khairul Fahmi ni sebab aku dah ada abe Khairul lain dah. ngeeeeee. Ini lah MR K aku. Tapi gambar MR K masih lagi ekslusif. aishhh mana boleh tayang selalu sangat muka MR K ni. Market kot. Karang ada pulak nak buat fanpage. muahahaha over dek nunnn. Tapi yang penting MR K rambut justin bieber uolssssssssssssssss! :D


ok bye korunkkkkkkkkkkkkkkkkk~

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Wednesday, December 29, 2010

Dah ar buat dosa, pergi tambah lagi dosa

HYE KORANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG~




Hari ni aku nak cerita. Cerita pasal membuat dosa dengan selamba tenuknya muka tak bersalah. Tapi ni dulu lah masa zaman zaman sekolah dulu. Zaman zaman baru nak up katanyaaaa



Dulu seperti biasa, kalau time weekdays mesti bangun awal, sebab sekolah kan? So kena ah siap siap awal kalau taknak nama di catet dalam buku 555 pengawas yang kerek gila nak mati dulu. hek eleeehhh baru jadi pengawas dah kerek. apa besar sangat pangkat kau?




Then solat subuh mesti tip top punya ah tak pernah tinggal kalau time weekdays ni. Ni nak cerita time weekends pulek. Time weekends ni pelik sikit. Memang sedap je tidur time time subuh ni kan. Apa orang kata tu? Ibarat diselimutkan dengan kulit babi. Tu ah syokkk je tido. Hamsap punya babi. Kwanghajar betul


Nak jadikan cerita, ibu aku kejut ah aku bangun solat subuh. Sebab kalau weekend je automatically aku punya liat nak bangun tu satu macam. Ibu aku baikkk punya dia ketuk pintu dari luar



"bangunnn bangunnn solat subuh"


Sambil baring mamai mamai aku jawab je la.

" dah solat dah tadi. baru je tadi . before ibu kejut"

Perghhh  malas punya pasal nak bangun, aku menipu siolll. dah ah tak solat subuh, then menipu pulak lagi. haaa amek kau double dosa kau dapat!


Sekali ibu aku ketuk lagi pintu. Aku pon bukak je ah. then dia cakap.


" betul ke dah solat subuh? ni haaa apaaaa" (dia tengah pegang telekung aku doh kat tangan dia. Telekung aku dekat luar rupanya baru lepas lipat aku lupa nak amek. damnnnn!)


Kantoi doh! dengan ibu aku lak tu. biasalah orang kata. naluri ibu ni kan kuat. Tipulah macam mana pon nescaya ibu anda dapat menghidu perbuatan keji anda.


MORAL OF THE STORY. Jangan lah tinggal solat. Solat itu tiang agama. Dan solat lah benda pertama yang akan dihisab dulu dekat akhirat nanti. Siapa yang jaga solat InsyaAllah benda lain terjaga. Nak tengok orang tu ok ke tak senang je. tengok SOLAT dia. Kalau rongak rongak je solat, nak nak laki. Harapan palsu je ah nak buat suami nanti. Pulak pulak yang selalu tinggal solat jumaaat tu. perghhhh memang terburuk dari ladang ahhhh



ok BYE KORANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG~

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Apa masalah kau wei wahai blogger perempuan ?

haaa ni entry berhangin sikit. Aku tak tahu apa masalah sorang blogger ni dengan aku. macam biasa dia perempuan. Selalu yang bermasalah dengan aku mesti perempuan. tah apahal tah. biasa ah perempuan kan. kepochi tu satu hal. sesetengah tu busuk hati jugak



Aku dah lama dah tahu budak ni benci dekat aku. Its ok lah kan. Aku rileks je memula. Sebab aku rasa aku tak pernah pon kacau hidup dia. apatah lagi nak semak semak dekat blog dia.


Dan dulu masa aku terpilih untuk Blog pilihan wanita personal dekat BPM dulu. Boleh pulak dia up satu entry khas untuk aku. Memang ah dia tak sebut "cik epal" tapi dah semua calon lain dia sebut like macam ni ah ayat dia "aku boleh je baca blog Irine Nadia Marcello, Fatin Liyana, Hanis Zalikha, sepet. Tapi blog dia ni sorry ah aku nak baca. Gedik gila" dan tah hape hape lagi ah ayat puaka kau. apa kau ingat aku tak baca ah entry tu? baca. tapi aku malas nak cari gadoh




Apa kau expect bila baca entri tu? and dah nama orang lain kau sebut. nama aku je tercicir dah sah sah lah kau sedang mengata aku bukan? Dan if kau terbaca lah entry aku ni. dah kata BLOG-AKU-NI-GEDIK. so tak payah lah bukak. kau pon tak sakit hati kan?


Apa apa pon aku memang tak pernah nak ada masalah dengan kau. dan aku amat pelik apahal kau bermasalah dengan aku. Aku rampas balak kau kah? Aku curik kau punya spender ke yang kau nak hangin?


Lagi satu kau cakap aku tak serupa bikin, kau pon sama ah gak. Tegur tegur pasal tudung. Yang kau tu? Pakai tudung, tapi dekat blog tayang gambar free hair pakai singlet.terselit selit lah pulak ek gambar pakai singlet. header pakai tudung. entry pakai singlet tayang cleavage. haha lawak lah kau doh.


Then kau nak tegur pasal group THE SCARFLETS tu apahal lah pulak? Kau punya komen macam kau suci gila. kalau kau nak tegur pasal THE SCARFLETS tu aku tak kisah pon. But aku rasa selepas budak budak tu pakai tudung pon tak pernah lah dia tebiat sangat nak letak gambar pakai singlet dekat blog






Kau kalau nak tegur aku serious aku tak kesah. Tak payah nak melibatkan THE SCARFLETS kawan kawan aku tu. Tak memasal depa kena tempias. ni every single one dalam tu kau nak tegur cara pemakaian kau dah kenapa doh? If kau pakai tudung labuh, pakai baju loose. sopan santun. Serious aku tak kesah kalau kau nak komen macam tu. lagi aku terharu lagi ada .But bila tengok kau? alahaiiiiiii



Tapi aku hargai jugak lah komen kau. dalam menyampah dekat aku tu. Still eh baca blog aku. Then komen pulak. walaupun komen macam haram but ada aku kesah?



Aku tahu kau buat blog lagi lama dari aku. Kau pon senior aku. Aku tahu lah blog kau faymous pernah masuk REMAJA. so what? apa yang kau tak puas hati dengan aku? Kau jangan risau ah. kau lagi faymous. semua blogger tahu pasal blog kau. Tak yah lah nak sakit hati dengan aku




apa masalah kau ea sebenarnya?


ok bye!

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Tuesday, December 28, 2010

cik epal jumpa fashionista blogger yang faymous yang hot meletop dan cun yawww!

Masa aku pergi gathering dekat Times Square tu. Malam tu terus bergegas pergi jumpa fasionista fashionista blogger yang meletop kebabommm ni dekat One Utama. perghh walaupun penat meredah belukar berenang lautan api jadah hape semua semata mata nak jumpa fashionista fashionista ni. Tapi kepenatan aku berbaloi baloi apabila tengok awek awek cun *mood gatai







Meet LADY FIRA aka ZAFIRAH HANIS yawwwwwwwwwwwwwwwwwww! perghh aku memang teruja jumpa lady Fira ni. dah ah aku selalu baca blog dia senyap senyap. Sekali dapat jumpa pulak. auwww lady Fira sangat cute!


Shea Rasol - Rina Salleh - Adriani
Tiga dara pingitan. kehkeh. Baru tahu Kak Rina Salleh pon nak datang One Utama jugak. Kalau aku tahu, aku tumpang je Kak Rina Salleh ni. Penat je aku naik bas turun bas semua.



Dari kiri cepat lari. hee. nak test memori ingatan jap

Lyna Kamal - Shea Rasol - Adriani - Rina Salleh - PetiSuara - LadyFira - Maria Elena - cik epal - Eyqa Sulaiman - Jezmine Blossom - Anna


Haaaa terror tak aku? terrorrrrr tak? *riak


Ni lah minuman aku. Sedap kan? ye! memang sedap!

Ni makanan aku. Rupa asalnya takde la tak senonoh sangat macam ni. Aku dah makan makan baru aku nak amek gambar. Lupa doh.

Jezmine - Lady Fira - Maria Elena

Maria Elena baru lepas accident , sekali dia g lah bukak cerita macam mana dia accident dari awal sampai habis. perghhh penuh emosi. memang feel habis ah. Semua orang dok khusyuk dengar Maria berceloteh. Dan cerita nya patut sedih. tapi jadi lawak pulak dengar dia ni cerita



Maria Elena dan Eyqa Sulaiman

Petisuara dan cik epal
Tembamnya lah aku. Aku ingat aku sama baya dengan petisuara ni. Sebab muka dia cute nampak muda. Rupa rupanya aku paling muda maa antara semua. hikhik.



With jezmine Zaidan. fashion designer hot yawww

With Eyqa Sulaiman yang cantek!

haha tengok Maria
Then lepas makan. kita pon cari pencuci mulut pulekk. Kami pon pergi TuttiFrutti. dah lama aku tak pergi TuttiFrutti ni.



ni aku punya. lazat!

Maria dan Rina Salleh sedang menikmati TuttiFrutti

Hikhik kena peluk dengan Rina Salleh lah. i loikeeeeeeeeee~

Yayyy akhirnya impian aku nak jumpa kak Sue Anna Joe terlaksana jugak. Teruja aku jumpa kak Sue Anna Joe even dia tak teruja pon jumpa aku. kehkehkeh. Sue Anna Joe kecik molek je orangnya. HOT MAMA uolssssssssssss~

with Lyna Kamal vogue!

Dengan kak mariaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Dua kakak kakak saya yang HOT *tiba tiba jadi kakak aku pulak dah

Ye maria seperti biasa. suka buat pretty ugly face dia

Dengan Kak Yanny teletubbies. hikhik

Shea Rasol dan Sue Anna Joe

Shea Rasol dan Adriani *tengok ada siapa belakang dorang

Dengan Kak Adriani comel!

Dekat Tutti Frutti
Masa tengah beratur beli TuttiFrutti ni, akak cashier tu tengok je kitorang then dia tanya "u guys ni ada function apa ea? Tak tahu nak tengok mana satu ni? Semua cantik cantik" ahahahaha lawak :D



Group photo
Aku berbangga sebab aku lah yang paling muda antara semua yang hadir ni. Dan depa semua pangkat akak akak. wekkkkkkkkkkkkk korang semua dah tuaaaaaaaaaaaaaaa. kitewww mudewww lagiwwwwwwwwwww =p



Lady Fira dan cik epal
Aku suka gambar ni. sebab dia idola aku. hikhik. dan dia nampak cute dalam ini gambar. Selalu panggil dia "akak fira" tapi dia cakap. "jangan lah panggil i akak, panggil FIRA ajeee" eleleleleh nak nampak macam rakan sebaya lettewww. taknak ngaku tua lettewww. Tapi suara Fira Cute. the second teletubbies after Adriani =)


Masa dalam kereta. ada lipas! menggelepur memasing. LIPASS!!! LIPAS!!!!

Dan akhirnya semua nya selamat dan Lipas pon selamat keluar dari kereta. Thanks to Jezmine sebab hantar i balek. jasamu dikenang. Masa hantar aku balek ni. boleh pulak aku lupa jalan balik rumah sendiri. muahaha. aku memang suka lupa jalan balek rumah ni. saja ah nak feeling feeling advanture cari rumah sendiri. konon konon masuk treasure hunt! *cover baikkk punyerrr



@facebook
Cuba tengok Maria komen apa dekat gambar tu. cisciscis. macam ni ahhhh KAK MARIAAAAAAAAAAAA!!!



Ini lah blog blog mereka yang gorgeous gorgeous di dalam gambar di atas:


Blog depa semua best best. Dan aku bookmark semua blog blog ni lama dah. Yang bestnya diorang semua fashionista. Dan sangat cantik dan stylo! yang paling best. semua pakai tudung. Apa ingat orang tak pakai tudung tak cool ke? HOT and COOL ok.  :D

Thanks guys. U guys are really made my day! dan dah start merindui kamu semua dah. sobs =')


ok bye!


Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Monday, December 27, 2010

(TUTORIAL VIDEO) How to wear shawl like cik epal . Perghh gedik doh aku buat video sekarang


Ada sesiapa nak tahu macam mana nak pakai shawl macam cara dekat atas ni?



Aku rasa macam nak tumbuk diri sendiri bila tengok video ni balek. Nak tumbuk pipi bagi kurus. Perghhh tembam tak hengat pipi aku. Tak nak kalah dia naik. Maafkan aku kerana bernanahkan mata kau orang dok tengok video macam hape ini. Yang penting. Hyekorunkkkkkkkkkkkkkkkk dan byekorunkkkkkkkkkkkkk~


Kalau tak dapat tengok dekat atas tu. NI LINK VIDEO. harap harap korang paham la benda hape aku cakap tu. Kalau tak paham, memang korang lampi ah tu. takleh nak tolong dah. suka hati je cakap orang lampi. huahuahuahua

ok bye~

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Click Me !