Menarik Cantik Tertarik

Friday, April 30, 2010

WOW! abang Nas Ahmad wartawan melodi TERJAH dan follow blog cik epal? *terkejut







Tengok gambar yang dibulatkan ini. Macam ku kenal wajah ini. tapi di mana ya?










klik sekali tengok. perghhh abang Nas Ahmad tuuu. Wartawan tv3 yang suka terjah menerjah tu. kuss semangat. terkejut aku. Terima kasih abang Nas Ahmad kerana sudi datang terjah blog saya yang cap ayam ini. Siap follow pulek. huhu. Saya baik sikit la. Tak ada nak gosip gosip sangat dekat blog saya ni. (eh! orang baik tak mengaku dia baik) so, saya tak ada la baik sangat. muehehe.





tapi private pulekk blog Nas Ahmad ni. Dulu pernah bukak ada je. Mungkin Nas Ahmad mencari ketenangan. waahhh suka hati aku je belasah asal dia private.










Dear Abang Nas Ahmad, (ececececeh. konon tulis surat tidak rasmi suruh dia baca)



Dulu masa KAK PORA bagi komen dekat ENTRI INI. dekat "post scriptum" saya, saya ada tulis, "agak agak abang nas ahmad terjah baca tak blog aku?" sekali tiba tiba terjadi pula. pengsan kejap tiga puloh saat. hehe.




Dulu saya rajin jugak buat segmen terjah dekat blog saya ni. Tapi sekarang dah ramai buat segmen terjah tu. saya pon malas dah la nak buat. Karang terjah terjah tersergah orang orang yang melatah terus terkejut karang. kuss semangat. terus melatah "opocot mak kau *&&&^@@" Kalau dekat kampung saya ramai juga orang yang kuat melatah ni. Kalau kenduri rewang ke, kenduri kahwin ke, bila makcik makcik tengah potong bawang dekat belakang tu. Tiba tiba ada budak jahat bakar mercun bola dengan mercun ketupat serentak, terbunyiklah seperti "kebabommmmm" tapi tak ada la sebijik sama sangat bunyi dia macam tu. lepastu kan mesti ada makcik makcik yang terkejut tenuk akan melatah. nak potong kacang panjang, sekali dengan jari jari terpotong sama. Elok je makcik tu dok ingat kacang panjang tu jari dia. menakutkan betul. Tapi saya tak ada kamera masa tu, tak sempat nak rakam. Kalau tidak, boleh buat edisi terjah yang macam abang Nas Ahmad selalu cakap tu "mari kita terjah untuk mencari satu kepastian" fullamakk! Tapi saya kasihan juga dengan makcik tu sebenarnya sebab kacang panjang dengan jari pon tak reti beza. hehh.





pecah kaca pecah gelas, sudah baca, harap balas. dah habis dah surat saya untuk abang Nas Ahmad. titik


===========================







Apa apa pon terima kasih kepada sesiapa yang sudi follow dan baca blog picisan ini. Sebab aku pon pelik jugak apahal kau orang follow. sesungguhnya aku menulis bukan kerna namaaaaaa (ala ala Ramli Sarip) . Aku menulis sebab aku suka merepek dan untuk kepuasan diri aku je. Maybe sebab aku suka membebel, daripada aku terpekik pekik kacau orang sekeliling, baik aku tulis bagi orang lain juling mata baca. suci murni kan niat aku? ngeh ngeh





p/s: agak agak Karam Singh Walia baca tak blog aku?? hakhakhak. dah sudahhh TV3 punya wartawan semua aku nak angkut mai sini. haha. Cuba tengok Melodi minggu ni. Nas Ahmad ada interview aku. Tapi itu pon kalau kau nak percaya la.







sekian sahaja laporan saya untuk berita jam empatpuloh lapan untuk hari ini. kita kembali ke sri pentas. sekian terima kasih. beboiiiiii~ =)

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Thursday, April 29, 2010

Manusia memang tak pernah puas dengan apa yang kita ada bukan?


Lisa Surihani si cantik manis







Aku hangin betul dengan Maya dalam cerita ni. Suami punya baik hati sopan santun. Nak kata tak handsome. Handsome dah. Sejuk je mata memandang. Tapi ex dia dok ayat ayat balik. Dah mula cairrr balek dak Maya ni . Kau dapat suami handsome macam ni pon dok teringat ingat lelaki lain. Kalau aku, mahu tak pergi kerja dah, hari hari tercongok tengok muka suami handsome macam ni je dah kenyang. Suami dia pon tak kasi pergi kerja, uih memang best la dapat suami macam ni. dok sabar je dengan kerenah ex dia yang psycho tu satu hal. adeh. aku pulak yang emo tengok cerita ni hari hari. Kalau di tempat kejadian mahu kena strok. haha. Tapi cerita ni laju betul. Hari ni kahwin, esok dapat anak, esok anak dah besar mata bulat comel lote. Tapi muka sama je tak berubah dari muda sampai tua. Rambut pon tak ada tukar tukar. cacak cam tu la jugak. panjang cam tu la jugak. Tapi tak pe la, nasib baik Adam , Maya dengan anak dia tu comel, so menghadap je la cerita ni sambil makan keropok lekor dengan tempe goreng.




Tapi manusia memang tak pernah puas dengan apa yang dia ada kan? Muka dah lawa, nak jadi kaya. Dah kaya, tapi isteri tak cantik, nak isteri orang lain pula. Suami dah handsome hadsome, dok teringat dekat ex yang psycho lagi. hehh.







rasa macam nak "panggg" je pokcik perut boroi kanan sekali ni. Amboi pokcik.






Kalau ada manusia yang tidak pernah puas, maka itu adalah normal. Ada yang keinginannya terbatas oleh keadaan atau kemampuan dan ada juga yang membatasi diri dengan pilihan yang ada.




Manusia diciptakan untuk tidak senang merasa puas dan ini menjadi dua sisi kelebihan sekaligus kelemahan manusia. Hanya akal dan akhlak yang boleh mendorong kita agar sifat tersebut tidak menjerumuskan kita.


p/s: bersyukurlah dengan apa yang kita ada =)

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Wednesday, April 28, 2010

telur dan ayam? telur ayam? ayam telur? mana dulu?

Dulu masa sekolah sekolah dulu sebelum nak exam exam besar mesti ada kem motivasi. nak taknak terpaksa la join. lepas balek kem motivasi tu sama je aku ni. tak bermotivasi pon. balik balik muka basi je lebih. dan air liur basi masih basi juga bila bangun tidur. memang tak bermotivasi betul.



tapi aku teringat satu game yang abang fasilitator yang rambut cacak masa tu suruh buat debate. abang fasilitator rambut cacak bahagikan kami semua kepada empat kumpulan. rambut abang tu memang cacak gila. kalau cicak kubing jatuh atas rambut dia, confirm mati cicak. bukan mati katak. eh! terbabas. kumpulan kumpulannya adalah :


@ telur ayam
@ anak ayam
@ ibu ayam
@ bapak ayam



mula mula semua gelak. tah hape hape la abang ni woi nak suruh orang jadi mak ayam, ibu ayam, bapak ayam. kalau dia bawak ayam golek, ayem berempah, ayam kfc ke time tu suruh mencekik tak apa la jugak. Kitorang potong rambut kau guna mesin rumput karang. Rupanya dia suruh sekor sekor bapak ayam, ibu ayam, anak ayam dan berbijik bijik telur ayam (bijik ke butir? ahh ghasakkk. aku rasa sebijik telur. tak kan la sebutir pulak) memikirkan.



"antara ayam dan telur, yang mana datang dulu???"



semua masing masing keluar hadis, keluar fakta sains, berbuih buih air liur semua dok menegakkan hujah masing masing. lagi lagi kumpulan bapak ayam dengan mak ayam :D



"kok kokok kokkkkk" (jadi tak bunyi ayam berkokok??)






bila cakap ayam datang dulu, mesti ada bidas "bukan ayam datang dari sebiji telur ke??"



karang kalau jawab telur dahulu, nanti ada jugak cakap "eh! kan ayam yang hasilkan telur"




tapi mostly akan jawab ayam. sebab kalau ayam tak ada. telur pon tidak ada. tanpa telur, ayam boleh ada.




orang selalu sebut ayam jantan dengan betina tapi kalau telur orang sebut telur ayam. that means telur itu ayam yang punya bukan ayam itu telur yang punya. hehe.



ayam lebih berkualiti sebab ayam boleh jadi kfc. tak pon ayam jadi kenny rogers atau The Chicken Rice Shop. Ayam boleh jadi Nasi ayam Linda Onn My Mom's Recipe tuuu jugak. Tapi telur? (jangan fikir telur lain pulekk)





nak tanya jugak lah. ayam dengan telur, mana datang dulu???

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Tuesday, April 27, 2010

nea yang iras iras LISA SURIHANI si cantik manis =)

dapat call. tapi terlambat angkat. bila dah terlepas. jadilah misscall. nombor tiada dalam list. tanya lah siapakah gerangan diri yang sibuk sibuk call ni.


"siapa ni"

"nea"

"ha?? nea?? miss youuuuuuuuuuu!! (teruja) eh! mana dapat nombor aku ni?? "

" dapat dari cik epal blog spot? haha. miss you too muncit! kau sehat? amek shortsem tak?"


" alaa aku tahu la kau tak sabar nak jumpa aku. bila masa aku letak nombor aku dekat blog?"

" eh! apa nama blog kau? "

" hahahaha. hampeh punya nea. nampak sangat tak pernah masuk. google je lah cik epal"

" blog kau kan banyak ***. tu aku tak tahu mana satu tu. haha. ok lah sayang. cepat masuk sini. nanti jumpa. mwahhx mwahhx"



kau dengan hajar suka panggil aku muncit. dah cakap nama aku bukan muncit. bukan muncit. tapi degil jugak panggil aku muncit. padahal muncit bukan aku. muncit tu mamat yang memang buncit tu. haha. ngengggg~



tapi kalau muncit tengok gambar kau dalam phone aku. kang mesti "eh! macam pernah tengok la dia ni dekat cafe pakai baju petak petak" kau pernah pakai baju petak petak ke nea?? haha. muncit tu memang gatal. asal ada yang cun je semua kau nampak je kan muncit kan??



aku nak cerita pasal kau nea. tapi termasuk ini muncit. apa hal pulekkkk? haha :D














siapa suruh kau amek berat pasal aku. kan cerita kau dah keluar dekat sini. hehe







Mula mula aku kenal kau dulu. Aku ingatkan kau ni sombong. ye la. awek cun kann. siapa yang tak kenal kau?? siapa?? semua kenal. (memandai je aku. haha) Tapi bila dah kenal, tak sombong pon, kepala gila, dan memang gila. dan kuat meraba. eh! hajar pon kuat meraba jugak. habis semua jadi tak suci kawan dengan kau orang ni. muahaha.




kau, hajar, nell, marry memang gila ahh. aku tak pernah jumpa lagi mereka yang gila gila macam ni. First time kau tegur aku, aku ingat lagi masa dalam bilik. time lunch. kau tiba tiba datang compartment aku. makan sekali. dah la kau suka makan tempe jugak. tapi kau ni pelik sikit la. kalau makan mesti satu lauk je kau ambil lepastu makan kering kering. tak ada kuah. lepastu lepas makan dok cerita salasilah keluarga kau. habis semua gambar kau tunjuk. abang kau, adik adik kau, emak kau yang lawa dan ayah kau yang segak. dan "abang wonderpet" sejati kau tu. aku panggil dia wonderpet sebab asal kau call dia je kau mesti cakap "apa yang penting? apa yang penting? apa yang penting?" dengan nada comel comel. ahh kau memang comel pon.



kau ni memang tak lekang dek senyuman (wahh ayat sastera keluar) sebelum aku kenal kau pon, kau memang rajin senyum dengan semua orang pon. senyum senyum lah selalu. sebab bila kau senyum kau nampak cun. kalau tak senyum dah tak cun. tapi kau masih comel. hehe =)


aku masih simpan video yang ada mamat mamat dari ceruk mana tah call kau tu. lepastu Hajar pon transform menjadi foreigner daripada bangla ke mana tah. bila aku tengok balik video tu. aku gelak. lepastu sedih pulak. sedih sebab rindu dekat kau orang semua :')


tapi tak leh nak tempek la video tu kat sini. Hajar tengah seksi masa tu. hahaha.



Antara hajar, fatin dengan naza. aku rasa kau kot orang pertama aku cakap masa sebilik dulu. lepastu aku tengok muka kau ni macam familiar. lepastu marry ke tah siapa tah cakap "muka nea kan macam lisa surihani"






harap Lisa Surihani tak gigit jari kaki dengar statement itu. haha. tapi tengok face 2 face ada lah sikit macam Lisa Surihani muka kau ni. Sebab kau kawan aku, aku cakap la kau comel lagi. hehe. semoga berbahagia dengan abang wonderpet :D







cerita pasal kau ni tiga tahun akan datang pon tak kan habis aku nak karang. nanti esok lusa aku sambung kalau aku rajin. tapi di sebab kan esok lusa aku malas. ini je lah dulu aku cerita. karang ramai pulak miss call kau karang mintak topap. ok. beboii~


Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Monday, April 26, 2010

dengar lagu sudirman ni mesti rasa nak menangis

Sudirman-Ayah Dan Ibu

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat




pulak pulak banyak buat dosa dengan ibu ayah. hmmm. eh! dah. bergenang air mata dengar lagu ni. nak taip panjang panjang tak jadi nak taip.

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Sunday, April 25, 2010

Terima kasih ibu Hanis Zalikha | auntie Nani Rostam sebab singgah blog cik epal yang cap ayam ni. hehe =)



agak terkejut dapat komen auntie Nani Rostam. Ibu kepada si cantik manis Hanis Zalikha yang popular tu. siapa tak kenal. Semua kenal kan? Malu sebenarnya auntie baca blog ni. sebab tak ilmiah pon. merepek je banyak. blogger yang cari pasal tu pon saya tak tahu la dah jumpa pasal tu ke belom. mungkin sesat di tepi jalan. nanti saya try la tanya dia. apa apa pon saya suka baca blog auntie sebab teringin nak buat cream puff auntie dekat ENTRI INI. tapi tak menjadi pula. dah rupa curry puff inti sardin pon ada juga . macam power puff girl pon ada. Janji ada puff. Biskut hantaran dekat sidebar blog auntie tu kenapa semua bentuk comel comel? yang bentuk strawberi cicah coklat itu sangat manis dipandang. Macam hantaran dato' K dengan Dato' Siti Nurhaliza pulak. Sebelum terlupa, ibu saya kirim salam dekat auntie. harap jawab salam dalam hati. muehehe. Sebab ibu saya baca juga blog auntie tapi dia tak ada blog. dia kata auntie cantik. auntie memang cantik pon. sebab tu anak auntie semua cantik cantik handsome handsome. sesiapa nak tengok auntie cantik, boleh KLIK SINI





yang komen bawah ni siapa bagi haaa?? ini buat aku tak keruan ni.
















macam macam cerita kau dengar?? ni aku tak suka ni. mula la semua tambah ajinomoto, jintan manis, kayu manis, rempah ratus babas bila memasing cerita ni. time taaruf week dok cerita pasal aku, confirm confirm ini semua mengumpat aku. Time praktis baiah ni mesti semua tak focus point ni kan? patut la aku tersedak terbatuk termuntah terpengsan dekat sini. (wahh sampai pengsan. over betul) kau orang ni "ambil berat" ke "mengumpat" haaa? Aku tak tahu kau siapa la. macam macam nombor miskol aku dapat. Sampai handphone aku jammed lepastu hang. banyak nombor masuk punya pasal. haha. siapa ni? aku click profile, not available pulek. main nyorok nyorok pulak kau. cisskek betul. macam mana nak count dekat kau pulekk bila aku ada prob. miskolll aku sekaranggggg. ini buat aku mengigau sampai ketuk pintu jiran sebelah, tidur mesti tak nyenyak malam ni karang fikir kau ni siapa ni. adeh. Mesti taaruf week kau orang bosan kan sebab tu buat buat risau dekat aku. muahahaha



p/s: Terima kasih pada yang mengambil berat dan tanya berat berapa kilo gram. ok dah beboiiii~ =)

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Saturday, April 24, 2010

nak tahu siapa blogger itu? aku nak bagi password dah ni

hari hari minggu macam ni ramai jugak yang kepochi. Bab bab gosip ni semua laju je kan memasing. amboi amboi amboi. (laga laga ibu jari kaki)



*bertukar menjadi tukang jual ubat gegat*


haaaaaaaaaa mari pilih pilih. yang jauh mari rapat, yang dekat mari melekat. maii maii datang lah masuk pilih mana satu password yang berkenan. Kalau tak ada yang berkenan tak payah la pilih ye pokcik mokcik. Antara calon calon password adalah:



a- akumemangkecoh


b- sebabtuakunaktahu


c- passwordponkedekut


d- kautakmandipagi


e- sayanaktahuapadalamni


f- akunaktahujugakapadalamni




antara dekat atas ni ada la password untuk entri sebelum ini. Kalau tuan puan abang kacak adik manis bijak bestari, pasti tahu yang manakah password yang boleh access ke dalam entri itu. *tenenet tenenet (bunyi virus detected)



cantik kan gigi saya?





p/s: siapa dapat masuk. dia memang generasi hebat minum pati ayam brands. muehehe.


Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

kenapa blogger itu suka cari pasal dengan aku? hehh


Entri ini entri rahsia. tapi tak ada la rahsia sangatttt.



siapa yang boleh bukak memang hebat! nak tengok siapa yang boleh bukak . ngeh ngeh. lagi satu jam aku bagi tahu password. lala

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Tuesday, April 20, 2010

Dah tidak ada kerja ke pergi PLAGIAT copy paste sebijik sebijan entri aku? =)









Entry aku memang suka buat rules sendiri- INI











Entri am i addicted to PINK stuff??- entri INI

















entri kuch kuch hota hai- entri INI







entri bila sudah jatuh- entri INI













entri tengok gambar pon sudah menggiurkan- entri INI









entri KEBURUKAN kita lebih mudah untuk diingati orang- entri INI






entri bila dah terlampau bijak sangat dan rajin sangat- entri INI





paling banyak banyak entri, entri yang last aku tempek ni aku gelak dia pergi copy. hakhak. dah lah watermark gambar tu terang benderang. lepastu perbualan dengan roomate aku tu kot ye pon tuka la nama "cik epal" tu dulu jadi cik durian ke cik kendondong ke. tukar nama kau pon best jugak :D


ada lagi entri dia copy. tapi di sebabkan kelajuan internet macam siput sedut. Tak dapek la nak tempek sini semua. biar je la semua tertempek dekat blog si dia itu.


copy paste bulat bulat kot. Kalau petak petak boleh terima la juga. haha. entry blogger hingusan dan blogger tak best macam aku ni pon kau nak ciplak buat mendee. cari la blogger hebat hebat yang lain. (eh! mengajar benda jahat pulak. haha) Aku punya entri dah la semua kebudak budakan. tak matang. (mengaku)




dah dah. aku pon tengah busy. masalah negara banyak tak settle lagi ni wohhh. lagi mahu layan ini kes. ok dah beboiiiii~



p/s: tiada banyak masa untuk blog. banyak lagi kerja nak buat. adehh

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Sunday, April 18, 2010

Tips Menghalau Roomate Yg Anda Tak Suka Secara ’Berlapik’

Bengang dengan roommate anda? Tak tahu apa nak buat? GEt ready for the payback time...

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."

10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bahawa yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 orang bace yasin ramai2.
bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.



contoh bungkusan style ke dua. stylo tak? rasa macam nak makan pon ada




20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

hehehe...cubalah... pasti roomate anda berambus secara terhormat...



===============================================



Ni bukan aku tulis. Tah siapa tah tulis. credit HERE. Tapi orang yang tulis ni memang bengang tahap maksimum betul la dengan roomate dia. tergelak gelak gak aku baca. wakakaka. Nasib baik la yang pernah jadi roomate aku semua baik baik dan comel comel belaka. (bodek) Kalau tak aku dah buat dah semua ni. lagi lagi nombor lima belas. tapi aku tukar popcorn dengan geteh tempe.



p/s: best ouh tengok kau orang yang pergi event GATSBY tu. =)
Apasal aku tak tahu pasal benda alah tu?

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Thursday, April 15, 2010

Kehadiran kita tidak diundang, kepergiaan kita tidak diendah...itukah hakikat hidup kita?


Bila kita terasa sedih atau terasa sendirian, ingatlah masih ada yang mengambil berat tentang diri kita, cuma kita tak perasan atau terlepas pandang....



*to be continued*

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Wednesday, April 14, 2010

formspring ni benda apa? boleh la tanya kalau ada benda nak tanya




ni hape benda sebenarnya ni? formspring? bunyi macam menarik. tapi rasanya anonymous suka la benda ni. ngeh ngeh. boleh la tanya kalau nak tanya apa apa tapi tanya elok elok sikit. Agak agak soalan SENANG sangat, aku malas nak jawap. kasi susah susah sikit :D




Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Tuesday, April 13, 2010

Tips tips bila putus cinta dan tips untuk lupakan pasangan kekasih


alooo siannya. Jangan sedih sedih ok




Ada sesiapa tengah putus cinta dekat sini? ye. anda telah memasuki zon yang tepat. mari sini aku nak bagi tips tips putus cinta. harap dapat membantu




1- Jauhkan diri kau orang daripada filem filem jiwang dan tangkap leleh . lagi lagi filem hindustan. Mahu berbakul kotak tisu premier habis karang. Cerita Adnan Sempit dan Halimah Jongang boleh tengok. Kabhie Kushi Kabhie Gham dan Kuch Kuch Hota hei harus dielakkan.




2- Perbaiki kelemahan dan penampilan diri. Kalau bekas kekasih pernah komen kau gemok. Exercise lah selagi mampu, bangkit tubi, buat sit up, sit down, ketuk lesung batu dan boleh tayang dekat dia satu hari nanti "hoiiii aku dah slim la. mana ada badan aku macam tayar MICHELLIN tu" tapi jangan la buat depan orang lain. nanti orang kata kau riak pulak



3- Sibukkan diri kau. Kalau kau tak sibuk pon buat buat je la macam kau sibuk. Tapi jangan sibuk jaga hal tepi kain orang pula. ini tak baik untuk kesihatan. Kes putus cinta kau pon tak settle lagi, nak sibuk hal orang buat mendee.




4-Sibukkan lah diri buat kerja bagi yang bekerja. Boleh lah buat overtime banyak banyak. Bila duit dah lebat dan mencurah curah terkeluar poket. Kau cari je la lain apa susah. kahwin terus. senang hidup tak payah susah susah nak pening pening dan weng weng kepala.




5- Lakukan hobi yang anda sukai contohnya membaca, menonton tv (tapi cerita hindustan dan jiwang karat harus dielakkan: rujuk point 1) boleh juga membuat bisnes menternak cipan. Nanti bila cipan kau orang dah besar besar godang godang. kau orang pon akan lupa dekat bekas kekasih. Cinta kau orang beralih pada cipan peliharaan pula. "alololo comelnya cipan aku"




6- Kau orang pergi mengadap cermin. Cermin diri dulu sehendak hendaknya. Muhasabah diri. Apa yang kau orang buat silap atau pon bekas kekasih yang buat silap. Agak agak tak jumpa jawapan. Kau orang tenung la cermin tu lama lama. Mengadap sampai esok pagi, kau orang buat la lawak gila gila lepastu gelak la sorang sorang





7- Buat buat gila kejap. Saja je la layan perasaan jiwa kacau tu kejap



8- Ambil hammer atau dalam bahasa jerman di panggil tukul besi. Ketuk kepala dua tiga ketul. Tapi AWAS jangan sampai pecah. Pastikan ketuk di tempat yang betul. kemudian bila kau sedar, kau akan rasa seperti bukan diri kau. Secara tak lansung bolehlah lupakan kenangan kenangan pahit masa putus cinta tu haaa.





9- keluarlah dengan kawan kawan lama. kawan kawan baru pon boleh juga. Cari kawan kawan yang boleh buat kau senyum dan ketawa terbahak bahak sampai tepuk tepuk lantai lebih afdhal. jangan keluar dengan kawan yang sama putus cinta dengan kau jugak. Karang tak pasal pasal dua dua ketawa terbahak bahak terjun bangunan pergi ke alam barzakh pulak. hehh.



10- Hari hari tulis surat untuk diri sendiri. Tulis lah apa kau nak tulis pasal bekas kekasih kau tu. Dah tulis kau sendiri jadi posmen letak dalam peti surat kau sendiri. esok tengok peti surat, boleh pura pura macam "eh! ada peminat bagi aku surat la" lepastu kau balas letak balik dalam peti surat kau. lakukan tiga hari dua malam berturut turut.Jangan tulis keburukan dan kebaikan bekas kekasih dekat blog, nanti semua tahu rahsia (eh!)



11- Agak agak susah sangat nak lupakan bekas kekasih kau orang tu. langgar je lah lori kontena. boleh gak membantu lupakan pasangan kekasih. tapi kalau patah kaki ke tangan ke kereta kau remuk ke sendiri tanggung la.




12- Susah sangat cari je yang lain. Kalau dapat yang lebih kacak/lawa daripada bekas kekasih kau orang tu boleh la lalu lalang tayang dekat depan bekas kekasih kau tu. act la macam "apa kau ingat kau tinggalkan aku, aku tak laku ke haaaa?" then lepastu tayang dekat jiran tetangga. lagi lagi depan makcik makcik kepochi. fuhhh memang seluruh pelusuk taman perumahan dan kampung kau tahu la kau dah ada pengganti. "anak si melah tu haa baru putus cinta dah dapat pengganti baru dah. pakai fair lady lagi. GENERASI HEBAT sungguh. mesti minum pati ayam brands" dialog oleh mak cik kepochi



cukup lah ini dulu. Nanti kalau ada lagi esok tiba tiba bangun tidur karang muncul idea. aku bagi tahu tips putus cinta part 2 pula. Sori la kepala aku miong sikit hari ini. Harap tips ini dapat membantu.






























yang atas atas ni merepek je sebenarnya. haha. Sesiapa yang putus cinta baca la ayat ayat di bawah ini.






Ketahuilah bahawa…

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.

Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.

Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akanNYA.



Ceria2x selalu. beboiii =)

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Monday, April 12, 2010

blogger faymous? blogger popular? blogger friendly? blogger hebat? apa itu?

Best buat blog ni. dapat ramai kawan. Dapat tahu kisah suka duka kehidupan orang. Tapi ada gak yang tak best nya jugak.


i am newbie. Banyak lagi nak belajar. selalu tulis pon mengarut tah hape hape je. haha



Best kan bila semua benda kita tulis dapat respon? Tapi tengok juga respon yang macam mana. Bila ada yang positif pasti ada negatif. Bila ada yang memuji, mesti ada juga yang memaki.



Apa yang aku belajar. Bila ada yang menghina terima dengan hati yang terbuka. Memang panas woo kalau kena hentam manjang. Mulut boleh cakap rileks. Tapi hati terbakar jugak walaupun konon macam berlagak cool. Tapi Kalau ada yang memuji, jangan pula jadi besar kepala.




Dulu kalau selalu kena kutuk aku cepat melenting, semalam tiba tiba dapat komen macam hape je. Tapi biar je lah orang nak cakap apa pon. Buang masa je kalau layan.




Siapa kata buat blog tak boleh jadi matang? Sangat sesuai lah untuk orang tak matang macam aku ni. Bila kena ketuk baru lah nak tersedar. Kalau tak. mula lah leka, hanyut terbabas babas mana tah.



Follow the flow. Jangan terus berlari. Nanti akan jatuh tersungkur. Teruskan usaha. Dont give up. Biar merangkak bertatih tatih macam baby tu dulu. kan comel tu. daripada terus lari lari marathon jogathon 100 meter tu =)









Sekarang ni blog tumbuh macam cendawan. Macam macam jenis cendawan ada. Macam macam ragam orang kita boleh jumpa bila blogging ni. Kalau ada satu isu yang HANGAT. boleh kata semua nak cerita benda HANGAT tu juga.




Tapi bila cakap pasal blog. Itu semua terpulang pada citarasa dan niat. kalau niat nak glamour itulah yang kau dapat. Kalau niat nak dapat duit, itulah yang kau dapat. Blogger yang berjaya bukan blogger yang nak duit or trafik semata mata, sebaliknya lebih berkongsi maklumat dan info.




beretika lah dalam ber blogging. yeehaaa. (aku ke orang yang layak cakap pasal etika? haha. dush dush dush-belasah diri sendiri. ETIKA sangatt lah aku. teettt)






nak capai sesuatu benda tu bukan mudah. Bukan kita boleh dapat time time tu jugak. hanya orang tak pandai mengaku dia pandai. Hanya orang tak hebat mengaku dia hebat. Hanya orang tak baik mengaku dia baik. Orang gila pon tak mengaku dia gila tahu? :D




Kalau masuk blog ini pernah terasa atau makan dalam. Harap maaf. Kalau ada salah dan silap sila tunjuk ajar. saya budak baru belajar dan banyak lagi kena belajar. Aku tak nak ah cari musuh. Tak best lah musuh musuh. mari kita berkawan. ngeh ngeh



walaupun aku rasa gambar ni tak ada kena mengena dengan entri ini. Tapi aku suka gambar ini. Suka hati aku la nak tempek sini banyak banyak kali. wee~








p/s: happy blogging. beboiiii =)

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Sunday, April 11, 2010

Kenapa manusia selalu pandang paras rupa yang cantik dan kacak dahulu?

survey untuk kaum lelaki. Kenapa ea lelaki ni lebih tertarik kepada perempuan perempuan cantik? Habistu, perempuan perempuan yang tak cantik macam mana??



Kalau lah di beri pilihan:


A) Muka cantik, tapi perangai ya ampunnnn, agak tak berapa nak sopan

B) perangai lemah lembut sopan santun, tapi kurang cantik



Tapi ada jugak yang akan pilih A. Kira nanti perangai tu boleh la dia nak ubah lepas kahwin. Tapi yang A ni nak ke ubah hidup dia? Mungkin juga si A ni dah dididik dari kecil macam tu.


Tapi ada juga yang cakap. Usaha la dulu bagi si A tu berubah. Kalau A tu tak boleh nak berubah, baru tukar B. <==== boleh pula macam tu?

happy always =)




ok. itu survey untuk kaum lelaki. Kita buat survey untuk kaum perempuan pula.




dalam dunia ni ada 4 jenis lelaki.

1. Ada rupa tak ada harta tak ada ilmu
2. Ada harta tak ada rupa tak ada ilmu
3. Ada ilmu tak ada harta tak ada rupa
4. tak ada ilmu tak ada harta tak ada rupa

mana satu nak dijadikn calon suami?



p/s: kebanyakan perempuan akan pilih nombor 3 dan kebanyakan lelaki akan pilih A. bukan? Perempuan lebih utamakan ilmu, lelaki lebih utamakan paras rupa. kan? yela lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan saling melengkapi antara satu sama lain

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Bila ada duit , macam macam boleh buat bukan?


8 Chinese proverb:-




WITH MONEY YOU CAN BUY A HOUSE BUT NOT A HOME


WITH MONEY YOU CAN BUY A CLOCK BUT NOT TIME


WITH MONEY YOU CAN BUY A BED BUT NOT SLEEP


WITH MONEY YOU CAN BUY A BOOK, BUT NOT KNOWLEDGE


WITH MONEY YOU CAN SEE A DOCTOR, BUT NOT GOOD HEALTH


WITH MONEY YOU CAN BUY A POSITION BUT NOT RESPECT


WITH MONEY YOU CAN BUY BLOOD BUT NOT LIFE


WITH MONEY YOU CAN BUY SEX BUT NOT LOVE




p/s: Manusia selalu jadi buta sebab duit

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Thursday, April 8, 2010

Kecoh pasal Rafiqin Darwisy ? tak payah layan. Layan Slot Akasia ADAMAYA lagi best =)

pergi blog ini cerita pasal Rafiqin Darwisy mengutuk kematian Din Beramboi . Blog sana dok kutuk Rafiqin Darwisy pula. Malas la pula nak cerita lebih lebih pasal Rafiqin Darwisy ni. Semua dah sedia maklum dah . Bak kata Adhlin Shauki dekat facebook dia.




Kepada kawan-kawan, janganlah layan Rafiqin Darwisy tu, sememangnya attention ni yang dia hendak, lagi banyak orang cakap pasal dia lagi menjadi-jadi lah dia... jangan tertipu kengkawan inilah yang dia nak. Ada pembalasan yang menanti beliau yang akan ditentukan tuhan, biarlah Allah SWT yang menentukannya, kerana dialah maha penentu ..kan. Wallahhualam...- Afdhlin Shauki



memang agak melampau apa budak Rafiqin Darwisy tu buat. tapi akal manusia akan jadi matang bila makin meningkat usia . Harap dia berubah, muhasabah diri dan berhati hati dan beringat pada masa hadapan. Al-Fatihah untuk arwah Din Beramboi.



so . Tak payah layan. Tak ada faedah. Dok maki maki dia pon lagi menambahkan dosa je. Dosa sendiri pon berbakul bakul ni. Apa yang penting? KERJASAMA. oh bukan kerjasama. Tapi sejauh mana kita boleh menggunakan akal untuk berfikir dengan waras. Bukan kita nampak kelemahan budak tu je karang. Siap yang siapa siapa yang dok komen guna perkataan kesat dan perkataan tah hape hape tu lagi lah nampak kelemahan masing masing. Nak menegur pon ada caranya. Menegur secara berhemah.







Baik layan cerita ADAMAYA ni. berfaedah sikit. (berfaedah ke masalahnya? haha) Boleh la. Sejuk sikit la mata memandang. Sebab pelakon pelakon nya pon sejuk mata memandang. *letak ais kiub dekat mata bagi sejuk








cerita ni konsep macam cerita I'm Not Single. tapi pengarah cerita ni Pierre Andre. Lisa Surihani dengan Sein ruffedge ni sangat le sejuk mata memandang. salah satu Daya tarikan juga nak tengok cerita ni. pelakon mestilah handsome dan comel lote.



Baru tengok 2 3 episod. Memang agak sama la dengan I'm Not single. yang part Maya (Lisa Surihani) mengigau suka jalan jalan time tidur. lepastu yang part Adam dengan Maya kena kahwin sebab desakan keluarga. (desakan kauu. ayat sastera keluar dah)


Boleh la tengok cerita ni. ADAMAYA. dekat tv3. Isnin sampai Khamis. pukul 6.30 petang bukan 6.30 pagi ok.



p/s: tengok cerita ni sebab suka tengok muka pelakon comel comel macam Lisa Surihani dengan Sein ruffedge je. <=== boleh alasan macam ni?

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Monday, April 5, 2010

cek nuffnang yang rm1000 tu dah dapat dah . yayyy!


pakcik HSBC dah bagi cek. Terima kasih daun keladi. Kalau boleh bagi la lagi =)




cek (betul ke eja?) yang ke lapanbelas *itu pun kalau nak percaya la














Dah tak nak tulis lebih lebih memandangkan skill penulisan dan otak pon banyak tertinggal dan tertanggal sebelum tidur. Lepas bangun tidur, tengok tengok otak dekat sebelah. *oh mengarut lagi.



p/s: boleh mengaku kawan sekarang. Kot kot aku belanja makan tempe karang.



credit to pakcik google for this picture


gulp gulp *telan air liur

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Sunday, April 4, 2010

Sudah jatuh cinta sama budak yang cute ini =)


bulatnya mata dia






eh! ada tahi lalat la bawah lips tu. ye ke tahi lalat tu?? ke tahi apa tu??




woods woot woot! :D





tengah bosan bosan. Layan la video budak kecik ni . klik SINI nak tengok budak kecik ni bercerita. Comel ouh. rasa nak picit picit je pipi gebus budak ni. Mata dia nak kasi korek sebab mata bulat comel gila wohhh. petah gila bercakap. Tapi sepatah haram aku tak faham budak kecik ni mengarut apa. Faham kat subtitle tu je la. Agak agak kalau subtitle tu salah, anggap je lah budak ini tengah mendeklimasikan sajak sempena hari merdeka . Budak ni mengarut cakap French. Mana la aku nak faham. Kalau cakap Jawa tu boleh la aku faham jugak sikit sikit. setakat "wes mangan" "kabare" tu tahu la juga.




kecik kecik macam ni rakam video petah bercakap akan menjadi perhatian. semua orang pon macam ALOLOLOH COMELNYA BUDAK NI PETAHNYA DIA BERCAKAP. Cuba sekarang aku yang dah tua tua bangka ni buat video bercerita macam ni. Memang saja nak kena baling telur depan laptop. Tak pon orang akan memaki dalam hati dan muntah purple.




Tengok budak kecik comel comel selalu berangan jauh jauh dan harapan tinggi. harapan apa? tettttt~



p/s: Makin lemau mungkin kerana kurang makan tempe sekarang. Atau tempe yang sudah lemau? oh tempe boleh lemau ke? *serious mengarut

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Saturday, April 3, 2010

JANGAN KLIK !!


amboii suka ye kau.


AMARAN KERAS
: Kalau anda mempunyai daya ingin tahu yang tinggi sahaja boleh klik. Tapi sila jangan menyesal. hehh




move your cursor HERE



tapi aku dah cakap jangannnnnnnnn. (sila rujuk tajuk entri) Kalau nak klik. silakan lah. itu hak masing masing lah kannn.



p/s: sesiapa yang KLIK boleh la bagi tahu apa rasa masuk web tu. sedih? geram? seronok? teruja?

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Friday, April 2, 2010

[TAKZIAH] Al-Fatihah atas pemergian Din Beramboi





Teringat masa tengok Raja Lawak Final. Arwah pernah cakap dekat Alex "Kalau saya tak ada nanti, saya harap awak ganti tempat saya" lebih kurang macam ni la ayat dia. Rupa rupanya ada makna tersirat di sebalik kata kata itu.








Bila dengar radio ERA segmen arwah dengan pak nil tu tergelak gelak juga. tapi now dah tak ada dah. hmmmm









innalillahi wa inna illahirajiun..






Al Fatihah dan takziah buat pelawak Malaysia, Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi.



Allah lebih sayangkan arwah. Meninggal pula hari jumaat, penghulu segala hari.



Sedih dengan kehilangan seorang seniman yang berbakat besar. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman. AMIN


Ajal adalah satu yang pasti berlaku, maka seorang mukmin yang bijaksana akan sentiasa menyediakan dirinya untuk menghadapinya.




Setiap yang hidup pasti akan mati. Daripada Nya kita datang dan kepada Nya kita kembali.
AL-FATIHAH.



p/s: too many people died lately. Terkejut sebenarnya sebab tak sangka

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Thursday, April 1, 2010

perempuan mata besar cantik??


pipi gemok. Comel =)







i love your eyes cik Heliza




tak make up beriya pon lawa budak heliza ni. Natural beauty gituu~



ada orang kata.



mata sepet lawa.

mata bulat lawa.

kurus cantik.

badan berisi lagi best. sedap peluk katanya.

bibir mungil macam angelina coli seksi..

bibir nipis lagi lawa...

perempuan tinggi seksi.

perempuan kecik molek comel.

bijak bertutur itu manis.

dan macam macam lagi..


ahh pedulik kan la hape orang nak kata pon.






kau akan hodoh kalau kau kata kau tak cantik. Kalau kau set kan minda kau yang kau TAK CANTIK. so segala perbuatan kau, tingkah laku kau, dan gaya hidup kau akan menjadi seorang yang HODOH. Kalau hari hari pandang cermin fikir rupa tak cantik, maka pemikiran kau sebenarnya tidak mendorong kau untuk berusaha untuk menjadi cantik.



so kalau kau nak jadi cantik, tempeklah segala tepung gomak yang ada. eh! bukan. kalau kau nak cantik, mulai hari ini. setiap hari pandang cermin, bayangkan wajah kau yang baru yang lebih comel dan cantik. bayangkan muka kau yang cantik pada esok hari dan tulat harinya. haa. bayangkan bayangkan. bayangkannnn~





Amalkan sikap ini. Maka InsyaAllah setiap perilaku dan gaya hidup kau menjurus untuk menjadi lebih cantik. (wahhhh pandai pulak bagi motivasi)



kenapa perlu memandang rendah atas rupa paras sendiri???? bersyukur dengan apa yang diberi. semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing masing..yang penting hati jangan ada hasad dengki dekat orang dan BE CONFIDENT! =)






dalaman kasi cantik sama la. Yang Penting hanyalah budi pekerti. yang penting hati baik. Semua cantik di mata tuhan. Ada orang yang cacat, ada penyakit segala macam pon redha. tak ada la banyak cikadak macam orang orang yang memang sempurna ni. Kita yang sempurna ni pulak banyak complain.






remember this ...
Beauty is in the eye of the beholder






=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=




















tersembur air tongkat ali aku tengok gambar ini . Siapa punya kerja ni woii?

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

Click Me !