Ini untuk yang ada passion dalam blogging la. Orang buat blog ni dengan banyak faktor. Ada buat blog ini untuk diari kehidupan seharian, ada yang buat untuk cerita kisah cinta, ada yang buat blog untuk ajar resipi masak memasak petua turun temurun dan tidak lupa juga yang nak buat blog sebab nak cari jodoh walaupun bulu dada lebat macam abang
Badrul. wakakaka :D
here we go. dumdumdumdum (bunyi mercun) *aik apa ke pelik sangat bunyi mercun aku?? ohh mercun dah lemau. Hehh.
@ Tulis dengan hati, bukan dengan emosiBila kau jujur dalam menulis, InsyaAllah lah orang akan rasa juga kejujuran tu. Bila kau nak marah pumpang pumpang gedegang ke. Suka kau la. Tu blog kau. Nak mencarut memaki ke apa beragak sikit. (belajar daripada pengalaman sebenarnya. wakaka) Tapi harus di ingat. Ini blog. Bukan diari yang boleh disimpan dalam laci dan ghobok tu. So ada banyak mata memandang. Dalam sedar atau tidak, sebenarnya silent reader lah yang paling menakutkannnnnn. ngeh ngeh ngeh ngeh *gelak syaitan nirrajim (seram tak?)
ok. tak seram pon. Tulis jangan terlampau mengikutkan perasaan =)
@ jangan tiru style orang lainSometimes bila kita dah addicted dengan sesebuah blog, secara tidak lansung nanti kita dok ikot sama cara dia tulis. Sebab ada satu blog ni yang aku rasa agak faymous, bukan agak la. tapi memang famous. Bila blogwalking aje, banyak blog yang aku jumpa writing style samaaa je dengan owner tadi. Tahu la kau adore dekat dia. Tapi bila sama je. Nanti lama lama orang macam perasan juga. So, cuba cari identiti sendiri. BE YOURSELF =)
@ Elakkan menulis mengguna bahasa bahasa pasar, shortform dan bahasa geli geliOrang nak cakap kau skema ke hape guna bahasa penuh penuh. Lantakkkk. Yang bahasa geli geli ni bermaksud. Bahasa yang macam ni. Contoh:
"mama kitewwww katewww kitewww kenewwww sukewww dan sayam dekat ciwwcakkk kuwbinggggsss "
maksud tersurat nya: mama kita kata kita kena suka dan sayang dekat cicak kubing
apasal ayat aku yang macam tunggang terbalik ni?? ok. Ini hanya contoh
@ gunakan SEO (Search Engine Optimization)menggunakan keywords keywords yang hangat dan hot dan panas dan pedas dan dan dan (apa banyak sangat dan ni weiiii) No wonder ramai blogger yang dok guna keywords keywords lucah nak naik kan trafik. Sikit sikit dok cerita 18sx. Sikit sikit dok melucah. Memang orang kita ni paghaaakkk sikit. benda benda yang lucah mengarut mencarut tu lah yang nak di cari nya. Cuba la cari benda berfaedah sikit. Benda benda yang bermanfaat yang dok cari nya berapa kerat sangat la. Hehh. Tapi kalau lelaki banyak arr dok guna keywords lucah ni. Perempuan selalu baik baik sopan santun. lalala~
bukan keywords lucah yang nak suruh anda gunakan. But kena bijak menggunakan SEO. Pandai main keywords la senang cerita.


bukti penggogle ni memang paghaaakkk. Apa kejadah nya nak cerita "my first time dapat konek" dan "citer budak laki lancap" ni?? euwwww. Setahu aku tak pernah lagi aku cerita benda benda tak semenggah ni. Tah macam mana sesat sini pon tidak tahu la pula.
@ jangan pandang remeh feedback pembaca (komen komen)Siapa kata komen tak penting? Komen daripada readers sangatlah penting dan itu menunjukkan yang kau tak ada la gila meroyan sebenarnya dok cakap sorang sorang atau perah otak cari idea mengarang entri cecah lantai. Even dapat "anonymous comment" pon. layannn kan aje la. Kadang kadang budak anonymous ni cakap betul juga. Dia berani cakap pumpang pumpang gedegang big bang boom. Nak kutuk tu memang tak hengatt la ayat dia kemainnn kauu. Tapi sayang seribu kali sayang (sambil ada sound melodrama romantik kat belakang main violin) mereka hanya berani bertopengkan "anonymous" sahaja.
Yang komen pakai link lagi mantap ahh. Yang jujur telus terlepek melekat menusuk hempedu. bak Kata orang orang German "makan dalammm wooo statement" sebab aku pon tak berani dok bagi komen kat blog orang hentam hentam ni. wakaka. Gila mantap terbaikkk kalau dok komen hentam jujur pakai link. aku memang salute toink toink tabek beb!
Kalau nak dapat komen baik baik. Swet sweet. Tulis la benda baik baik. Confirm suci la tempat komen kau. Ruangan komen digunakan untuk orang komen. Dah nama pon komen. It could be negative or positive.
Bila kau buat salah, ada orang komen walaupun menyakitkan hati. bersyukur ada juga yang nak menegur dan sedikit sebanyak benda tu boleh improve skill writing juga actually =)
Tapi kalau kau dapat komen meroyan yang tak berasas tu, anggap je la dia kurang kasih sayang.
@ gambar yang menarikLumrah alam. manusia memang suka benda yang cantik cantik. Kalau gambar blur ke hape memang tak ada mood jugak ah nak tengok. Blog yang selalu letak gambar makanan yang aku paling tak tahan nya. Meleleh leleh air liur dan segala jenis air gak bila tengok gambar makanan dia orang snap ni. Siapa yang mempunyai kamera DSLR memang sangat beruntung. Sebab kadang kadang kau letak gambar je boleh menarik orang datang blog jugak. Kepada awek awek cun dan abang abang kacak, memang sangat bertuah ah. Buat muka comel comel pon mesti ramai yang masuk punya. Pose pose dan posing la tepi kolam renang pakai boxer hitam lubang lubang ke. posing Tepi pasu bunga ke. Confirm hit tinggi mencanak canak nanti. *sesuai dipraktikkan oleh mamat mamat jambu batu. wakaka :D
Aku teringin sangat nak ada DSLR sebijik. Ada sesiapa yang murah hati nak bagi untuk hadiah birthday aku nanti?? haha (saja nak bagi tahu birthday nak dekat. walaupun tak ada la dekat sangat. haha)
@font atau dalam bahasa banjar dikenali sebagai tulisanfont jangan terlampau besar dan jangan terlampau kecil. yang terlampau kecil ni sakittt mata nak membaca nya. berkerut kerut dahi dok pikir. Terjungkit jungkit kening dok menelaah "hape benda la dia ni mengarut ni" elok elok nak baca, terus pengsan situ (amboii metafora, hiperbola betul sampai pengsan) lagi satu, jangan la kejap font warna biru, kejap karang font warna merah menyala, kejap karang warna kelabu asap, kejap karang warna hijau pucuk pisang. Dah macam mengajar budak sekolah tadika mewarna dah. hehh. dan kalau boleh jangan guna allign center. Macam menara tegak berdiri je kalau dok baca (sebab allign center ni aku buat dulu. wakaka)
@ Jangan serabutkan blog anda dengan widgetWidget widget yang tak senonoh sila buang. Berat nanti page nak load. Aku dengar widgeo widget ni buat page lambat load. betul ke ea?? sebab aku guna benda ni. Kalau perkara itu sahih, sila inform. nanti boleh tukar. hee =)
@ lagu autoplaypleasee pleasee pleaseee kamu jangan nakal. Ewahhh. hehh. Yang dok nyanyi lagu alif OIAM ni kenapaa?! be serious please. OK PLEASEE. Jangan pasang autoplay song. Memekak tahu?? Aku pon kadang kadang terkejut tenuk juga dok masuk blog pasang autoplay song ni. Kadang kadang boleh melatah opocot mak kau tuuuttt jugak la kadang kadang tu. Walaupun kau cakap " suka hati aku laaaa ni blog aku. suka hati la nak pasang lagu apa pon" yee. memang itu blog kau. Boleh pasang lagu. Tapi kalau boleh pasang la lagu yang boleh pause or mute. Elok elok orang nak masuk, tiba tiba lak orang klik butang X dekat belah kanan atas tu karang macam mana?? dan konsentrasi nak membaca pon akan terganggu.
Orang sibuk dok tanya tips tips dekat aku ni. Adeh. Aku pon tak de la gheti sangat sebenarnya. Bak kata orang kampung aku "sharing is caring" so boleh la nak share mana yang patut walaupun blog aku ni blog picisan aje. Huhu. Harap sedikit sebanyak dapat membantu pada yang memerlukan. Blogger yang dah otai otai dan faymous amos kalau nak tambah boleh la :D
Semua blog mesti ada loyal readers masing masing. Kadang kadang cerita kau mesti ada yang suka ada yang tak. Mungin si Melah cakap kau cerita personal best. Mungkin si Halimah (bukan Halimah jongang la yang pastinya) cakap kau cerita isu semasa lagi best. Tapi itu persepsi masing masing. mungkin sebab kau UNIK dan lain daripada yang lain. Itu boleh buat orang nak datang blog kau juga.
"sebaik baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain" =)
sekian sahaja warta perdana jam lapanpulohlapan untuk hari ini. Kita kembali ke sri pentas. Terima kasih~