Kalau jalan kat Bukit Bintang, Pavilion, Times Square ke tempat bandar bandar ke hape. InsyaAllah la jumpa macam macam orang. Perang fesyen melanda. Kadang kadang dah tak reti dah beza mana satu melayu, mana satu bohjan. Sama dengan je semua.
lelaki metroseksual ni selalunya:
@ Sensitif dan memahami perasaan wanita. Kalau bab hati dan perasaan ni takyah cakap ahh. memang tiptop dorang ni. Pulak pulak yang muka jambu jambu batu ni. kalau bab ayat. memang manissssss.
@ suka g saloon. Kalau tang rambut tu memang sentiasa nak ubah ubah ikut fesyen. Tengok cerita mamat korea rambut balung ayam. Dia pon nak try gak buat.
@ selalu nak kelihatan kemas, bersih, berketerampilan, macho. (nampak macho tapi kadang kadang hancur jugak)
@ Selalu jalan dan masuk butik butik tayang muka. Butik butik yang tiptop je ahh selalunya. Masuk pon jadi la. dok belek belek. walaupun tak beli pon baju baju dalam butik tu. Saje je nak test market sebenarnya.
@ orang macam ni selalunya nak berkawan dengan orang orang stylo jugak. Kalau kau setakat pergi keluar pakai baju pagoda, pakai selipar jepun. selalu orang orang macam ni tak pandang punya ahh. Kawan nak pilih pilih.

Ini Badrul. Jiran belakang rumah aku. Ada tak awek awek nak kenal?? Metroseksual ke tidak tu nanti la aku selidik.
Selalunya dorang ni tahu lagi pasal perempuan daripada perempuan tu sendiri. Pasal make up make up. Dressing. Memang dia tahu lebih detail la. Kalau kau nak cantik cantik boleh la kawan dengan lelaki macam ni. Tapi kalau nak buat pakwe, buat suami tu, aku malas laa. Parah gak karang kat rumah tak kasi pakai kain batik. nak soh lawa doplah empat jam. aku pulak yang naik gilooo. Dan possibility dia nak cari orang lain pon tinggi gak. Biasa ahh muka market. Dia mesti bajet ramai perempuan nak dekat dia. Elehhh.














































Ini anonymous yang baik. Sebab bagi semangat. hakk. Dugaan hidup lain lain. Mana ada benda yang senang dekat dunia ni. Semua susah. Nak masuk toilet pon kena bayar sekarang. (apa kena mengena pulak) Sekarang aku sangat busy. Banyak masalah negara aku nak fikir. Banyak benda tertunggak yang tak setlle down lagi ni. Nak update blog pon ternganga lapanpuloh jam pon tak tahu nak tulis merepek meraban apa. Bukak blog. Tulis dua patah perkataan. Lepastu terus lupa apa nak tulis. Kronik betul aku ni. (Sebut kronik betul betul. Jangan salah sebut ok) Thanks for those who leave your foot print. Nanti ada masa aku TERJAH sekor sekor sampai kau orang dapat heart attack dan penyakit kencing masin ok! =)










