Wednesday, December 8, 2010

Restoran haram (yang tak dapat pengesahan HALAL) dekat Malaysia ?

Dome

Starbucks

victoria station

Tony Roma's

T.G.I Friday's

Chilis



Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-


1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM:
-McDonald
-A&W
-Secret Recipe


2. Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal:
-Victoria Station
-Kam Lun Ta
-Lotus Family Restoran


3. Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM:
- San Francisco Steakhouse
- Chicken Rice Shop
- Kiwi Express


4. Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM.


5. Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM.

Walau bagaimanapun, kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.


6. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.


7. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada 5:
i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. (Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja)
ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan (yang dibenarkan syara').
v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.

Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan.

Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya.
**JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja.


8. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal.

Produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, dan 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.


9. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.


10. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal(walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome CafĂ©, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.

Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.


11. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ).


12. La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.


13. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM.


14. Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM,


15. Manakala Status makanan yang disediakan di Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.


16. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.


17. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King. Maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.


18. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.


19. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal.


20. Starbuck tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM. Maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.


credit HERE

=====================

Thanks yang komen entri lepas tegur aku pasal makan dekat tgi friday tu. Aku ni pon tak berapa nak betul jugak kadang kadang. Bukan kadang kadang selalu tak betul. Banyak betul restoran yang shubhah dekat Malaysia ni. Ada sesiapa lagi tahu restoran yang shubhah or memang tak halal dan tak boleh makan? Anyone?

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

81 comments:

kakchik@ella said...

Cik epal, tq fr posting this. Cik epal, pe nama kedai kasut yg u gi kt pavi yg tgh hot murah tu??

meowwmania said...

susah kan kat malaysia nih, nama je negara islam tp terpaksa berhati-hati bila nak memilih makanan haihh..

bungakuning . said...

bagus info nih . baru ku tahu :)

FasiHaH SupiaN said...

tq so much cik epal, untuk sharing info yang sangat penting ini. ;)

liyanaziz said...

thx 4 info cik epal.. sangat berguna.. =)

Intan Baizura Rosli said...

banyak juge yer..naseb baik xpernah makan makanan2 dan yang di listkan kat atas2 tu sume.

tengs for e info cik epal

-iEkA DaRLink- said...

hanks cik epal. info yg superb. akak ika kan memang suka sangat makan kat restoran2 mcm tgif.tony roma's, burger king. tapi siyes ika tak penah jejak pon tempat tu. nak bagitau dye pon susa. hehe.

NuRul said...

piewww manyak juga rupanya kita tak bole mkn...tQ cik epal share infooo

|| NaFiRaa || said...

info yang sgt berguna..TQ~

lady XOXO said...

haaaaaaaaaa dah tau skang macam2 yg tk leh n leh erk.. adoi yai... thanks cik epal comei sbb share this info.. sharing is caring.. XOXO

little cart00n said...

kadang-kadang kita tak perasan kan hal-hal macm ni..tapi bila tak pasti halal ke tak, sama ada perlu yakin dgn sebetulnya atau tak makan langsung kat tmpat tu..itu je jalan terbaik kan?

chenta said...

banyak yg tak tahu dah tahu..thanks! ^_6

Qarl said...

my god

peuh dlm perut qarl yg xsah ni

Hamizah Syamimi Supian said...

Saya rasa Restoran Fullhouse boleh jatuh kategori shubhah jugak. Sebab diorang turut jual alkohol kan?

a n a s t a s y e a said...

Ha! Ha! cik Epal dah termakan kat T.G.I Fridays yer...
Alamak! camna la saya tak perasan langsung The Chicken Rice Shop rupa2nya tak boleh? Aduyai!

Ogy said...

errrrr....dah termakan........huhuhuhu

Diya Edhayaa said...

tq 4 diz info..
cik epal!! saye suke awk..
blog awk mmg best...

Hajar said...

salam cik epal,

sekarang mkn kena hati2..nasib baik saya tak pernah g suma restoran tu..hehe~

stormz said...

thanks cik epal.good info for me n others.

JP Nurul said...

thanks 4 da info...

J.M.R said...

cik epal baru je pekena TGIF kan?:-p

Miss Girlfriend said...

yeah.. tq cik epal kungsi mende cam gini.... cyg cik epal

@juera said...

sume list x pnh ak pg...ak ske pg kepsi dan rasamas jer..

zool said...

makan kat kedai sebelah umah je.. jamin halal.

meriahceria said...

terima kasih...good info....di mohon share artikel...time kasih

mizz sue said...

tenkiu! bgtau info ni

lea said...

chicken rice shop xde tanda halal ker?

nurulfaridah said...

thanks for d info ;)

Eifa Zuhaira said...

thanks for the info cik epal :)

anis said...

banyaknya yang takde cop halal. must be careful la after this. tq eh

Norasikin said...

Tak de la aku nak makan kat luar. Masak sendiri je supaya aku tau selagi bahan-bahan yg aku gunakan halal, selagi tu la aku rasa selamat.

hazwani yusof said...

thanks for the infoo. oh nasib x makan dekat klcc masa pi lawatan sekolah tu :P

aYu said...

gud info...
thanks cik epal...

wannurfazrini said...

pasni masak kat umah jelah cik epal!

adrinaqamarina said...

eh chilis pon? baru tau.

victoria station, starbucks tu tau la. yang laen tak tau. huhu.

neway, thanks cik epal

Madihah said...

rasanya ni info lama kot. Dulu2 pun ade dpt email mcm ni. tapi lebih baik kita check sendiri kat website jakim. Saye dah check starbucks, burger king, chicken rice shop sume ada dlam direktori halal jakim. Korang boleh check sendiri :

http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=directory&type=A&hits=NEW


^_^

Anisa Hang Tuah said...

heheh
selalu je lepak starbucks

Tn.Punya said...

tq.. buat pertama kaliny aku habis baca entri panjang ni.. sebab bab HALAL ni tak boleh buat main-main so akalu ada info pasal halal ni memang aku akan baca sampai habis.. tq tn.punya blog

Alin said...

Nak share dkt fb :)

Biela Sapine said...

ohh ohh
baru tau.. hehe

Wan Gerrard said...

thanks cik epal..sangat2 berguna sekarang..^_^

Wawan3y. said...

sgt suka info ni! :)

Shukjessa said...

yup, macam madihah cakap, kalau ada rasa was2, boleh try check dekat halal.gov.my uner direktori halal. taip nama restoran, kalo ada halal la tu. kalo takde, paham2 je la ye

twinkle twinkle said...

thnx cik epal,,bru tau pasal la boheme tu,,

zazaw said...

fuh . naseb baek mcd halal !!

Nur Syazana Ramli said...

cik epal, sy ada tag cik epal..:-) sudi2 la jenguk blog sy yg masam dan behabuk tu..:-)

azureEn said...

kt restoran2 cmtu memang ade certain food yg diorg masak gune alcohol tpi tak tulis pn. ade yg tulis kt dalam menu. same laa jugak kalau makan kt hotel or pegi dinner event, bukan leyh caye chef2 nie. -__-"

Marya Hana . said...

sekarang ni JAKIM dah mule tegas ;)
ini bagos utk kite semua..

Kairel Keflee said...

nice info!

ayie said...

dushh , bia btoll ..

ayie said...

tony roma's xhalal la eh ?

noorafzan said...

saya mmg tak pernah makan kat TGI Friday..

ayumohd said...

kawan baik saya p.a pada pengarah halal kt putrajaya.
die ckp sushi king tidak halal sebab dorg mengunakan alkohol..o.6% klo x silap..

die bgtaw sya..bahagian halal tidak dapat nak sahkan halal atau tidak restoran tersebut jika company dorg tidak pernah mintak sijil halal. lebih kurang cm2 la...

=]

nyna said...

err.
byk yang dah termakan.
takep lah lepas ni sama2 kita hati2 kan.

cikpia said...

kadang2 bila dah terbiasa, ramai yang tak amik kisah hal nie..... adoyai!

rossoneri said...

kwn kita ckp kat tgi ada jual arak,so better jgn pegi kat tempat ada jual arak nih....dan kalau dah mmg was2 mmg xboleh makan dah..jangan terlampau percaya sgt benda2 tersebar kat intenet nih,better check betul2...bab2 jatuhkan bisness orang ni perkara biasa..

lily lotus said...

ohh macam byk jer yg baru tahu...

Cik Slebet said...

http://www.burgerking.com.my/faq.php

betul ke burger king xley mkn?
dok kat msia pon xtau mana yg halal nk mkn..
sigh~

Mariah Umar said...

yang tak nak minta sijil halal tu sebab dorang rasa rugi je sebab orang 'kita' pun ramai tak kisah. tak ada halal pun tak ada hal punya

mellow said...

thanks cik epal . mintak share ye :)

~ I Z L Y N ~ said...

makan dekat rumah lagi selamat :)
info yang sangat berguna .
lepas ni kalau nak pergi kedai itu semua kena pikir beratus-ratus kali

ijatnuar87 said...

mekacih kpd cik epal utk entri nih...sangat2 membantu...mekacih skali lagi...

Gee Jah Noor said...

biar betik..Dome pun tak halal ke..adeh..

Amalina Jo said...

alhamdulillah , semua restoran andd kedai yg tak disenaraikan halal ats ni semua xpnh msuk :)

Hunny said...

I agree dengan Madihah. Cik epal kena update info. Starbucks dah ada pengesahan halal JAKIM.

profwacko said...

terngaga saya membaca ini ... huhu. anyway, entry informative macam nie laa saya suka. Thanks cik epal. anda cute harini!!

green apple said...

TGI haram?????????????????

demm!!!

akak dah sendawa empat lima kali baru terbaca entry ni okkkk.

asyfiqaz said...

cik epal, just nak bagitau, starbucks and chicken rice shop sekarang dah dapat sijil halal JAKIM.

boyarque said...

Assalamualaikum,

Pasal sushi king yg cik ayumohd cakap tu betul, in fact suhsi king sendiri naik notis tu di semua restoran dia....
Yang sedihnya, org Melayu kita masih ramai kat dalam tu. Salah siapa....(cue lagu KRU)

cik nur said...

lpas nie tak berani nk sebarang makan
uish tak nak lagi makan dekat food curt KLCC

[AMR]ReenaRawee said...

assalam..
just information..
hope entry nie dpt d ubah sebab starbucks da dpt status halal Jakim..

blh cek sini:
http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=directory&type=A&hits=NEW

^^

@rep said...

konsep rakyat malaysia (muslim) sekarang...

LIKE MOTHER CARE HALAL OR HARAM!!!

Anonymous said...

sila semak semula di http://www.halal.gov.my

ada antara info dlm post ni x updated

thanx

misz roses said...

kalo kopitiam lak camne ek cik epal... dga citer kebnyakan kopitiam kat mesia nie xhalal... termasok la OLD TOWN WHITE COFFEE.... kat old town ade sijil halal jakim... tp ade dlu maosk surat khabar utusan kopitiam yang ade sijil halal... old town xtermasok lak lam senarai sijil halal jakim... tp kat old town 2 ade terpampang sijil halal?? camne 2?? ish33.. ske2 ati jew dorg wt sijil halal sendri...

Duit Internet said...

jgn caye bulat2, selidik sendiri, g call jakim..ape pun maklumat anda ni bergune supaye sume umat ISlam lebih berhati2

mike said...

Just because they claim its pork-free or " no pork no lard" ...it doesnt mean its true ...any tom dick and harry can claim the same. Malays are either gullible to belive it or just want that as an excuse to be able to eat it. I just dont understand ...there are so many halal choices in Malaysia compared to other countries ...that it is so hard to abstain urself from eating it. As if you will die if you dont eat it.

mike said...

Just because they claim its pork-free or " no pork no lard" ...it doesnt mean its true ...any tom dick and harry can claim the same. Malays are either gullible to belive it or just want that as an excuse to be able to eat it. I just dont understand ...there are so many halal choices in Malaysia compared to other countries ...that it is so hard to abstain urself from eating it. As if you will die if you dont eat it.

mike said...

Just because they claim its pork-free or " no pork no lard" ...it doesnt mean its true ...any tom dick and harry can claim the same. Malays are either gullible to belive it or just want that as an excuse to be able to eat it. I just dont understand ...there are so many halal choices in Malaysia compared to other countries ...that it is so hard to abstain urself from eating it. As if you will die if you dont eat it.

hang kacip said...

Blh than cik epal ni,dh kwin blm??

hang kacip said...

Blh than cik epal ni,dh kwin blm??

hang kacip said...

Blh than cik epal ni,dh kwin blm??

Post a Comment

Susah susah je nak komen. Terima kasih daun keladi, kalau boleh komen lah lagi lain lain entri. muehehe

Click Me !