Wednesday, December 29, 2010

Dah ar buat dosa, pergi tambah lagi dosa

HYE KORANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG~




Hari ni aku nak cerita. Cerita pasal membuat dosa dengan selamba tenuknya muka tak bersalah. Tapi ni dulu lah masa zaman zaman sekolah dulu. Zaman zaman baru nak up katanyaaaa



Dulu seperti biasa, kalau time weekdays mesti bangun awal, sebab sekolah kan? So kena ah siap siap awal kalau taknak nama di catet dalam buku 555 pengawas yang kerek gila nak mati dulu. hek eleeehhh baru jadi pengawas dah kerek. apa besar sangat pangkat kau?




Then solat subuh mesti tip top punya ah tak pernah tinggal kalau time weekdays ni. Ni nak cerita time weekends pulek. Time weekends ni pelik sikit. Memang sedap je tidur time time subuh ni kan. Apa orang kata tu? Ibarat diselimutkan dengan kulit babi. Tu ah syokkk je tido. Hamsap punya babi. Kwanghajar betul


Nak jadikan cerita, ibu aku kejut ah aku bangun solat subuh. Sebab kalau weekend je automatically aku punya liat nak bangun tu satu macam. Ibu aku baikkk punya dia ketuk pintu dari luar



"bangunnn bangunnn solat subuh"


Sambil baring mamai mamai aku jawab je la.

" dah solat dah tadi. baru je tadi . before ibu kejut"

Perghhh  malas punya pasal nak bangun, aku menipu siolll. dah ah tak solat subuh, then menipu pulak lagi. haaa amek kau double dosa kau dapat!


Sekali ibu aku ketuk lagi pintu. Aku pon bukak je ah. then dia cakap.


" betul ke dah solat subuh? ni haaa apaaaa" (dia tengah pegang telekung aku doh kat tangan dia. Telekung aku dekat luar rupanya baru lepas lipat aku lupa nak amek. damnnnn!)


Kantoi doh! dengan ibu aku lak tu. biasalah orang kata. naluri ibu ni kan kuat. Tipulah macam mana pon nescaya ibu anda dapat menghidu perbuatan keji anda.


MORAL OF THE STORY. Jangan lah tinggal solat. Solat itu tiang agama. Dan solat lah benda pertama yang akan dihisab dulu dekat akhirat nanti. Siapa yang jaga solat InsyaAllah benda lain terjaga. Nak tengok orang tu ok ke tak senang je. tengok SOLAT dia. Kalau rongak rongak je solat, nak nak laki. Harapan palsu je ah nak buat suami nanti. Pulak pulak yang selalu tinggal solat jumaaat tu. perghhhh memang terburuk dari ladang ahhhh



ok BYE KORANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG~

61 comments:

  1. kehkeh, kan da kantoi, sembahyang la ye cik epal, jangan malas2, hehehe

    ReplyDelete
  2. cik epal!kite cm lebih kurg je,.hahahh~

    ReplyDelete
  3. hahaha..terbaik r kau..kasi sentap sikit kan...

    ReplyDelete
  4. ambik kau!Cik epal dah menjadi ustazah bertauliah di bawah seliaan jakim.Amik sekalii

    ReplyDelete
  5. bro dari kecik lagi mmg di ajar bangun subuh awal.. tue yang sampai sekarang awal2 pagi dah on9 huhuhu

    oh bila bace balik entry kamu..

    terase cam bro layak je di buat calon suami... ada berani x..??

    p/s- ada entry panas nnt bro nk buat

    ReplyDelete
  6. huhu~
    sama w mee. =="
    ape nak jadik ntah. huuu~

    ReplyDelete
  7. hurm betul tu..time weekends memang hunny pon liat gile nak bangun..adush!!

    ReplyDelete
  8. hahaha
    rasa dulu2 penah camni gak
    =.="

    ReplyDelete
  9. hye cik epaaaaaaaaaaallllllllllllllllllllll.. *okay sama tak?* -__-


    hahaha, anyway...tu la hikmahnye,,,pandai betui die tipu mak die eyh..isk3..

    ReplyDelete
  10. a'a..lau nak plih suami kne tgk solat diorag dlu kan..
    cik epal xde ke pgalaman couple gan boy yg mlas solat ke..hehe

    ReplyDelete
  11. hehehhe..dlu ayu pn cm 2 jgk..
    kdg2 smpat bgun..
    pas 2 tgk ibu dh kuar..
    tdo blik..
    sius keji gler :D

    ReplyDelete
  12. huhu , suka entry cik epal :) yes solat paling penting sekali !

    *hehe paling kene highlight skali * hye koranggg hehe

    ReplyDelete
  13. kengkadang tak sedar pun jawab 'dah semayang' uhh. cam jawab dalam mimpi. haha

    ReplyDelete
  14. hahaha..

    bawak2 tobat la yer cikepal oii...keh3

    ReplyDelete
  15. aiyokk..cane leh kantoi ni cik epal?haha..

    ReplyDelete
  16. haha , betul-3, setuju , tgok solat dulu , baru boleh angkat jd laki :)

    ReplyDelete
  17. Thumbbsss up ini entry cik epal :)

    ReplyDelete
  18. heheheh.. cik epal nakal ye dulu dulu.. :)

    comel je...

    ReplyDelete
  19. suka ini entri..terbaik ah..setuju part nak tgk org tu ok ke tak tgk tang solat..suke2..

    ReplyDelete
  20. @adrina sidek

    tu duluuuuuuuuuuu sekarang baik dah. kehkeh

    ReplyDelete
  21. haha

    kita pon pernah gak buat camtu.Hehe

    ReplyDelete
  22. LIKEEEEEE! haha teringat zaman2 camni dulu. insap insap. XD

    bye cik epalllllllll! :D

    ReplyDelete
  23. ye laa cik Epal. tapi mak saya selalu kejut cam gini,
    bangunnnn, nak kena selimut dgn kulit babi la tue!.

    pergh2perrghh,sentap terus bangun.

    Hikhik =))

    ReplyDelete
  24. heheheh...rase mcm penah wt gk
    mcm la
    mcm
    ehem
    mcm..
    kkeekeke..mlu nk ngaku =p

    ReplyDelete
  25. jom kita berjemaah reramai...!!!:-)

    ReplyDelete
  26. hahaha. samalah kita cik epal. miza pun buat macam ni. sekali kantoi ahaha :D paling liat tu sembahyang subuh. malas nak bangun. hihihi

    ReplyDelete
  27. haha..lawak ah cik epal..len kali spare telekung satu lg dlm blk.hehehe. :P
    *eh2.sy ajar org ajaran sesat pulak.huhu -.-"

    ReplyDelete
  28. jom bersolat jemaahsesama..kui3x...:)

    dapat pulak cuti pree ai jumaat niee....aigoooo.;)

    ReplyDelete
  29. naluri ibu memang kuat kot. pernah jugak tipu ibu kata nak solat, dia naik bilik, tengok tengah syok baca novel. kantoi. hehe

    ReplyDelete
  30. hahaha...yg tue msti punya...
    tdo sedap2 mna ley ganggu

    ReplyDelete
  31. hahah.. kantoi disitu..

    kdg2 ingat dah sembahnyang.. hehe..

    ReplyDelete
  32. solat sbuh 2 rakaat shj. tp susah btol nk buat kan? adoi.

    ReplyDelete
  33. serious doh.mmg nak laki yg x tinggal solat. tp byk gak pengalaman, yg tak tinggal solat ni perangai pn buruk,hukhuk..abestu camane nih?
    susah jgk mcm ni.. T_T

    ReplyDelete
  34. haha . terbaik2 , janji dah taubat xpela :)

    ReplyDelete
  35. selalu juga buat cmni bgn ambik smbhyang , masuk bilik , tdo balik haha

    tp insaf dahh :D

    ReplyDelete