Menarik Cantik Tertarik

Monday, November 29, 2010

(REVIEW) Filem Ngangkung dan dating bersama Shaheizy Sam dalam panggung



Hari tu dah pakai ribbon atas kepala bajet minnie mouse. Hari ini kita pakai bunga pulakkkkkkkkkk. Bajet Scha Al-Yahya. Tapi ada ke Scha Al-Yahya pakai bunga atas kepala? Entah aku main bantai je. Nanti esok lusa, aku nak pakai pasu bunga lak atas kepala. Baru rare! Eh! Scha Al-Yahya awek Awal Ashaari kan? (wah kemain sempat gosip)





TIPS NAK NAMPAK KURUS: Silalah pakai baju hitam, nescaya anda akan nampak kurus sedikit, walaupun anda tak ada la kurus mana sebenarnya. Ni tips nak nampak kurus aje. Bukan tips kurus. Tapi kalau tak nampak kurus jugak, kau redha aje lah.



Aku suka background belakang ni. Nampak macam real kan??? Kalau kau cakap tak nampak real pon. pedulik hape aku. Janji aku feeling feeling tangkap gambar dalam hutan.




I am so in love with the geek glasses. Rasa macam nerd nerd ulat buku pulak bila pakai spek ni. Macam skema gila je. Ye la aku kan memang skema. Jenis ikut peraturan (ye la sangatt) But aku suka gambar ni sebab nampak aku macam bodoh bodoh piang je. Macam muka nak minta penerajang pon ada. huahuahuahuahua. Terima kasih la spek besau. Sebab ekau lah muka aku jadi geek!


Asal dia pakai nampak comel? Aku pakai nampak macam bodoh hodoh aje??


Errrr ok ok. Awak pon comel jugak (saja aje bodek)


Disebab kan pakai bunga atas kepala. Kita feeling feeling lah jadi minah bunga. So kita cari lah bunga wat bergambar. Bunga ni fresh ok. Sebab butik ni baru nak launch. So orang banyak bagi bunga wish luck semua. So, kita gunakan kesempatan yang ada. Tapi tak ada la wangi sangat bau bunga ni. Sedap lagi bau tempe goreng aku masak (apa ingat aku tak pandai masak ke? tengok kaki la)







Actually aku pergi tengok cerita ni. Cerita ngankung. Ada sesiapa yang dah tengok? Tapi yang bestnya, cerita ni start pukul 1.45 pm. Aku tengok jam, aku ingat pukul sebelas baru. Pergi la beli beli makanan, lepastu tengok jam dah pukul dua. Eh! Bila masa pulak dah pukul dua ni. So jangan tanya aku apa cerita ni jadi 15 minit terawal. Sebab aku pon berlari marathon ke panggung wayang sebab tiket aku pukul 1.45. Tapi jam di tangan sudah menunjukkan pukul dua


Tengok! pukul 1.45 tahu? Tapi masuk pukul 2. Adoyaiiiii



Time ni kelakar jugak. Ok cerita ngankung ni berkisahkan tiga orang yang selalu pergi mengangkung. Aku pon pelik jugak mula mula ngangkung ni haram jadah apakah? mengangkang kah? Tapi bukan. Ngangkung ni macam orang yang suka main nombor ekor, lepastu mintak bantuan bomoh untuk tahu apa nombor yang luck. Kira macam tu ah. Angah raja lawak, Shaheizy sam and dekat tengah tu. Apa tah nama mamat baju pink tu. Dia selalu berlakon tapi aku tak tahu nama, yang berlakon adnan sempit series jadi bobby tu lah. Haa depa ni selalu la main nombor ekor.


Time ni si pendita (mazlan pepet eh! mazlan pet pet) dok la jampi jampi serapah apa tah. Sekali keluar hantu dekat belakang. Terkejut beruk aku doh. Serious cerita ni banyak elemen elemen terkejut beruk. Kang tiba tiba je keluar hantu. Serious scary. Ada sekali tu angah nak pergi kencing dekat pokok sebab tak tahan sangat, masa tu diorang baru balik ngangkung, Time tu dalam hutan pulak. Angah ni pergi la cakap dekat pokok tu. Lebih kurang macam ni la dialog dia "Tok. nenek, cucu mintak maap, cucu mintak izin kencing dekat sini ye" Sekali ada hantu rambut panjang mengurai depan dia elok je hantu tu jawab "bila masa aku kahwin dengan atuk kau?" perghh serious terkejut doh time tu, tercampak kotak popcorn aku. tapi agak lawak la time tu. angah lintang pukang pergi lari. Sekali hantu tu elok je landing baik punyaaa atas kereta dorang. Lagik ah, terus pengsan si angah.


Cerita ni tak banyak elemen kelakar. Tapi bila dah kelakar tu, memang kelakar habis. Memang ketawa berdekah dekah jugak la dalam panggung. Serious PECAH PANGGUNG! (dr rozmey. pinjam tagline kejap) Cerita ni genre komedi seram. Tapi hantu dia sangat menakutkan jugak ah. Takde la takut sangat, tapi banyak elemen elemen terkejut. Tu sebab takut tu.



Lepastu ending cerita ni agak sedih jugak la. bergelinang air mata aku tengok part last last cerita ni. bagus ah cerita ni . Ada lawak+seram+sedih. Dan pelakon pelakon dia pon not bad jugak. Not bad jugak sebab ada SHAHEIZY SAM!!!!!


 Itu lah tujuan utama nak tengok cerita NGANGKUNG ni. Kalau dr rozmey jadi hero cerita ni. Mungkin aku tangkap gambar poster dia aje la. Tak ada la nak pergi tengok





SHAHEIZY SAM!!!! I love you!!!! wah wah over kemain. Aku suka Shaheizy Sam sebab dia berlakon nampak real. walaupun selamba badak dia je lah kan nak buat apa. Memek muka dia tu la yang best. Kadang kadang dia tak buat lawak pon. Tapi tengok muka dia pon boleh gelak. Hye Shaheizy Sam. Will you marry me? Aku harap Shaheizy Sam baca blog aku ni. YUNA dengan HELIZA baca dah. Kau rasa misi aku nak mengorat Shaheizy Sam berjaya tak?? ehem ehem ehem .Kalau dia datang baca, mahu la pengsan lapanpuloh hari aku dok dalam wad. Lepastu harap time aku dalam wad lapanpuloh hari tu Shaheizy Sam lawat aku dekat wad. Bawak bubur nasi dengan tempe goreng hari hari supaya aku cepat sembuh. Waaa bestnya. kalau macam tu i rela youuuu pengsan dok wad lapanpuloh tahun pon.


Tapi kau orang pergi la tengok ngangkung ni. Best lah jugak. Aku boleh bagi 4 bintang daripada 5 bintang tok cerita ni. Serious best!


Ok lepas tengok ngangkung. Mari kita pergi menternak lemak! hoyehhhh! Saat ditunggu tunggu telah tiba.

tayang muffin dulu. Chocolate aku punya, Vanilla "kawan baik" aku punya






Ni aku punya. perghh terbaik dari ladanggg. Ayam black pepper. Side dishes aku pilih coleslaw, mashed potato and gravy dengan macaroni and cheese. Aku rasa menyesal pilih macaroni and cheese. tak sedap! baik aku pilih potato salad. Tapi tak tahu la kalau kau suka macaroni and cheese makan dengan ayam ni. Maybe tekak aku yang tak boleh nak terima kot. uhuk uhuk





Ni "kawan baik" aku punya. Ayam black peper jugak. Side dishes dia. fresh fruit salad, baked beans and mashed potato and gravy. kalau aku tahu, aku pilih sama side dishes dengan dia! Cuma aku nak coleslaw lah. heee




Masa untuk gemok!!!! Assalamualaikum ayam black pepper.

Dah habis makan, nak cari jugak benda yang boleh nak kunyah kunyah bawak balik karang. Sebab malam mana boleh makan banyak sangat. Biasalah diet. Lunch kan dah melantak ayam kenny rogers. So harus la malam makan yang light light aje



Itu diaaaa. CROQUETTE nama diberi satu seringgit sahaja

Kepada sesiapa yang tak pernah makan. Mesti dalam kepala hotak kau sekarang bertanya tanya. "apa kejadah kah makanan croquette ini?" Ini makanan jepun. Dia ada 3 flavour, cheese, chicken and corn. Tapi yang selalu selling fast, cheese lah. Ni aku amek perisa cheese. kalau kau orang nak, dekat jusco Mid Valley ada benda ni. Alaa seringgit je satu. Makan dengan sos lagi sedap rasanya. Makan panas panas lagi sedap! try lah!


Alaa tak nampak sangat dalam dia macam mana. Tapi memang marvelous! Rugi kalau anda tidak mencubanya.



IKLAN PENAJA: Untuk undi blog cik epal, boleh lah undi dekat SINI.
Kategori blog personal wanita pilihan. Itu pon kalau rasa nak undi la =)

ok bye!


p/s: sorry lah tetiba terkujat ada lagu masuk blog ni. Aku suka lagu tu. Saja nak feeling feeling sat. Bagi lah can.

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

107 orang doakan cik epal kurus:

Cik Zuliana Harun said...

salam.. best ke cerita ni? hari tu nak pergi tgk tapi full la..

i rajin baca ur blog.. so rajin2 la update.. :)

eiffel said...

terpaksa baca spruh jerk entry prebiu ni...sbb kekonon nk lg besh tgk sndiri kt panggung!!huuhuhu T.T


camtaekkan!!

Biela Sapine said...

pehh lapar tengok menu tuu

yaya said...

Berjalan sakan cik epal ye. HEHE. Kim salam kat Dr. Romzey. Eh, Bukan! Dekat Shaheizy.

tomatokering :) said...

wahh~ beshnye!
makanan pon sangat meriah ok.hihi ;)

Hariz said...

Saya nak tengok ngangkung masih tiada masa :( Hampeh!

http://profhariz.com

hazwani yusof said...

gambar cik epal yg berdiri smabil promote baju tu
macam mak kassim selamat. hehe gurau ja
apa2 pun cik epal style !

~anah~ said...

comel la cik epal :)
bunga kat tudung tu sgt comel :D

Cik Gallus Gallus said...

bile la nak jejak panggung ni

MiYOKO TACHIBANA said...

my fav mac n cheese...sedapppp.. :)

adrinaqamarina said...

sungguh sedaaaaaaaaaap, dah la tengah lapar. sobs3

Qaseh dalia adelia said...

cumel!

Salmia said...

good luck for BPM! :)
tahniah juga sbb tercalon

bungakuning . said...

best eh cite tuh ? dah ramai yang kata best , nak pergi tengok jugak la next week . hehe :)

miss LoLy iEka said...

sangat berani bersam bunge itu.. dan comel juge.. boley buat idola nih...:P

da[Y]un said...

walawe..nak p tengok ngangkung jugak la.huhu, pastu siap nengok movie, melantak cam cIk epal...huh! mmg puas hati arr :)

cik bubu said...

epal!!kau banyak makan!!!!!!!!!!!!hahahaha!

fezaL Mohd said...

lapar tgk makann tu !

Lady Ann, said...

kelakar en ngangkung nieyh .
lagi2 muker slamber shaheizy sam tuhh .
haha :D

~Dr.CiNta~ said...

haha, dah agak dah lastly mesti ada gambaq mknan naaa kakak epal? =)

kupu-kupu_cinta said...

dah undi cik epal... :D

jujie said...

cik epal sangat cantik lah with tat glasses .
kalau sy pakai mesti macam mak nenek . heeee .

Syiqin said...

cantiknyeer shawl cik epal..cri mana ek?^^
kat perlis ni payah nak jumpa...

Siti said...

haish rajin betul cik epal gi tengok wayang ek? hehe,,

err..lagu ape lak ni?? tak penah dengar pun..ke saya yg jarang dengar radio??hehe

NadGorgeous said...

yg baju pink tuh ezad la namenye..

ouh, kite pon penah makan croquette jugak. sllu beli kat jusco bukit tinggi klang.. hehehe

green yg gorgeous said...

huhu..lucula bunga tu..but still comel

miss fatin syahira^^. said...

cute gila ;) comeyyy! hehe.

Wahidah said...

cik epal pakai muneg lak atas kepala....pergh...giler ar..:) kondifen tu pentinggg...

eqacashperlala said...

suka color shawl kau
nampak vibrant and ceria :)

ImaDean said...

yeay cik epal dah tengok ngangkung. suka3.. tapi kita blom tgk lagi sbenarnya..ngee!! kita suka sbb cik epal dh review citer tu..n mmg kita nak tgk. toche2..!! me like Shaheizy Sam tu jugak!! ngeee (gatal tau, wpun i dh kawin..ngeee)

mimin said...

cik epal ni memang pandai la buat org gelak. walaupun cik epal serious, tetap nampak lawak. best woo blog cik epal ni. kalo sedih2 bukak blog ni, perghhhh!

~...AmALinA....~ said...

waa~ nak tgk gak cite ngangkung tuh..hihihi=) chumel la cik epal letak bunga ats kpala tuh.. kalo ina dh sure dh nmpakk buruk..adess..

mizz sue said...

COMELNYE DIE.........SUKE2

wannurfazrini said...

woi shaheizy sam tu kekasih twitter I doe hahaha

amirah said...

rasa2nya shaheizy sam ni nanti mintak hati nyamuk, air mata kuman sume? oh, mak opocot *lambat plak refleks*..ada lagu jiwang2..torkojot *bukan torkojol*

Apit said...

boring r blogwalking arini...seb bek cikepal update blog ptg2 nie..heh

rinai said...

Start suke Shaheizy Sam masa dia berlakon drama Pae ke Pie ntahh. Pelat2 comel wooh :P

wirdawahid said...

oh cik epal. spek tue mmg comel. eh silap. cik epal sangat comel bila pakai spek skema tue. hai cik epal ulat buku. heeeee.
yehh. baju hitam pilihan yang tepat. kalau nak kuar last minute pun better pilih baju hitam.supaya tak nampak huduh (eh betul ke wirda cakap nie? ) huahuahua

sue. said...

cik epal c0mellah...lau x...xkn de ramai peminat....c0mel c0mel c0mel..lagi2 pakai cemin mate tu........

♥CIK SHA♥ said...

perghhhhh..panjang betul entri ni tapi ku gagahkan juge baca smpai abes..hahah..

besaunye munge atas pale..^_^

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ said...

cik epal..pinjam spek

kak gebu nak pakai pi opis..nak stylo mcm kamoo

hehehhe

Gee Jah Noor said...

dok cari cari mana mai lagu dadali ni..sekali kt blog cik epal lah..ingat cik epal tak layan muzik neyh..hehe

cik epal dah citer kat cni pasal ngangkung ni tak jadi la p tengok kt wayang..hehe

Fyka said...

syggg..
ada fb x??
nk review cik epal as a fashionista...

Drama Mama said...

haaa kalau pakai pasu bunga boleh jadi Grover Sesame Street! sure anak akak suka kat ko lepas ni cik epal.hahahaha!

http://twinkywinkystars.blogspot.com

rainbowskittle said...

weewwwwit awek cun ! cantek canetek cantek! penat taip cantek.

eh eh eh shaheizy sam saya yang punya ! hehe

Tuan Din said...

Like gambar cik epal yg 'nampak' kurus...
muahmuahmuah...

Anip™ said...

wah~ mcm best jer cite ngnkung nie..heheeh

1)Bila Isu Bertunang Tanpa Sedar Itu Salah, Harap Maklum !
2)Kilang Al-Quran Dan Bagaimana Al-Quran Dibuat ?
3)Mengumpat! Adakah Ianya Hobi Manusia Zaman Sekarang ?

nazirafarahinomar said...

wahh, tengah berdiet lah cik epal! :)
i nak tgk citer repunzel...! tp paper exam x habis lagik! :( huh
ohh, cute flower on ur head, && xde shawl lain ke?:ppppppp

cik bunbun said...

hehe. background hutan dekat ngan garden. ekekeke..

btw, dah undi cik epal dah hohoho :P

farhanaerman said...

sis..
kite buat entry pasal ngankung jgk..
best giler kot cite nih...
gelak sampai nak pengsan.. :D

..hizamirahim.. said...

haha.
baca dialog hantu tu pun dah gelak.
belum lagi gi tengok.
adeh.
XD

hanna iymeera :) said...

cik epal, hanna minat glasses yg sama! :)

hanna iymeera :) said...

cik epal! hanna minat glasses tu jugak!! :)
anyway, thanks for coming yaa! appreciate sgt! pasal fb,hanna mmg takde fb. serius tak tipu.

LuVidA^^ said...

best ek cite tu. nak try la g tgk. :)

cik kia said...

cik epal,sy nak petik sekuntum bunga di atas kepala awk boleh ? hee *baca style shaheizy sam okay* .i love shaheizy sam.heh tetibe!

ahmad endo said...

aku suka brader pakai spek tu...iras2 aku...hahaha...makan2 tu...best jeles aku

sEraiWaniEy.. said...

weyh ..ko madu ngn aku la,,,,i lap sam gak..hahah

AMIRA said...

wahh.. best kut crite ni
two thumb ups :))
anyway, cik kepal nampk smakin comel day by day..
:)

cheritaakusaja said...

auww, comel bunga ituuuu :)
ngankung best3 :)

NUR HazieRAH said...

bile si sam ni brlakon mmg gwa suke... klakar abes...

cik epal, kite same, suke ternak lemak, tp gwa nak diet dah niiii, tapi...... mknn2 kat atas mmbuatkan kite x rase nak diet dahhhh... huaaaa...

thanx cik epal sbb sudi komen kat blog kite... trharu2....

Ery Farieha said...

besarnya bunga tu

;P

faRiha said...

comelnya pakai bunga2 atas pale.. hehe ^^..

Farahanis Waheda said...

comelnya sis dengan hairband tu ! gojess !

adyhollowgurlz said...

cik epal mmg comelsSSSS!!!lawak pown adooo!!!

NUR HazieRAH said...

cik epal, kite ade cite pasal cik epal kat blog kite yg cikai tu....sudi la jenguk2 yer....

http://nhms89.blogspot.com/2010/11/oh-cik-epal-si-bloger-pemes.html

Nur Azila Ismail said...

cik epal . mesti best kan cerita ini . hehee

isabelle said...

oh tidakkkk..
jgn ditunjuk gmbr2 mknn.
mak buyung tingin malam2 buta ni, mana pulak nak cari?

Cik EEzah said...

shaheizy sam memang power. lakonan dia mcm alive.
and saya rasa dia bukanlah tergolong dalam kalangan artis-control-muka-depan-kamera. all out orang cakap.

tiba tiba perasan yang setiap kali cik epal buat preview, mesti makanan masuk frame. hehe.

liyanaziz said...

lama betul x tengok wayang.. sampai hati x ajak! hekhekhek.. date ngan sam?? untung laaa~~~

YUL said...

kalau amik pakai pasu tlong upload ea? nk tgok gak! huhu

senah jongos~ said...

nak tengok ngangkung....! adekah ngangkung sesengal adnan sempit...?

btw, ghebo tuh selimut.. =)

muhamadsufian89 said...

jeles2..sekarang x dapat nak tengok cite ni lagi sbb tgh final exam..huhu

AiDa AzRyN said...

lawo spek.. :D

Miss ... said...

wehuuuu nk tgk cete ini huwaaaaaaaaaa

Amirrah Zawani said...

tak tgk lagi ngangkung tu..

uish tgk makanan tu jd lapar sudah...

Pencacai Alim said...

2 Alam?hakahkahk

J.M.R said...

siap bagi salam kat ayam tu..hahahaha

asfz lily said...

wah..
nyumnyum..
ekekek~

seronok dye sampi lupa waktu..cian sam tunggu..hekhek

auny ngehngeh :D said...

ngaaaaa ! suka gila shaheyzie sam ! (btul ke aku eja nama dia tuh ? :P u adelah pencabar terdekat I nak rebut hati dia . hahahah. kiddin :)

HAZWAN17 said...

ni rase nak tengok ni..
iklan dalam radio selalu
ayat dalam radio biase dengar
hantu tu cakap
'bila masa aku kahwin dengan atok kau'
gelak sorg2 time drive haaha

EYQA ♥ said...

cite ngangkung yg lawak time hantu dtg kt ruma tasnim tu smpai bini dea pengsan. hehehe

Miz Ellysu Bahari said...

siyes..movie ngangkung nibest...ada scene sedey..kelakar..seram..complete set lah :)

Encik Bell (beLalaNG) said...

suka ur style babe!

cik biha said...

dah undi dah (:

Rara Nasiha said...

half of my friends yang nak tengok ngangkung pun sebab ada Shaheizy Sam.

elmog said...

ngangkung part ending tak best. dia nens pon tak best. nak tegelak gak. btw, nice dress i like ! ♥

soffya cik bulan said...

cik epal...
smkin bergaya skrg ye...teheee..
peace!

akmalhilmi said...

wow
jln sakan nieh
makanan
llaappaaaaaaaaaaaaaa
wahhuuuu
aku amik banner kaw epal ijo merah kuning
hehee

mie said...

gue rasa...
lps ni, sure cik epal diundang jupe shaheizy sam...

p/s:alamak!! lagu feeling habis ni.

sue. said...

kawan2 sume....jgn jeles ok....cik epal puji sue tau kt k0men bl0g sue...heeee.....

Redbloodsnow said...

mane ade nampak bodoh hodoh ko pakai spec tuh epal oii. lawa ape :) serious nih akak x ngampu..haha :D

Farie Amrah said...

comel jer pkai tudung camtu. siap bunga lg. :)

Faizal n Fashitah said...

Salam ziarah. Sweet tengok awak pakai bunge kat atas kepala tu XD

Anyway,.. crite Ngankung best!.. klakar giler hehe..

Mieza vs Rory said...

mmg suke mkn kenny rogers eikk????...ehehee...nk tgk la citer tuh...aku pun mint giler kat saheizy sam tuh...start die blkon adnan sempit...mmg sempoi sgt lah..i lap u..ahhaaa

makdara TERdiva said...

inilah baru betul lelaki pujaan malaya :)

johny depp malaysia

maslinamansor said...

puas cari blog mana pasang lagu nie... rupanya cik epal.. :)
Sedap gak, leh layan...

lalink7 said...

shaheizy sam mmg superb..auwwww

meowwmania said...

tula pasal tekejot gak tetiba masuk ada music ingat salah blog tadi hehe..

santek la cik epal pakai munger atas pale, nak cuba gak lah ngehehee...

Anna Boleyn said...

tak tengok lagi lah citer ni cik epal hoh~ lama suda tak tengok wayang. sadis sob sob sob.

cik nUnU said...

macam pakai bunga hidup plak kat atas kepala tuh..T__T

darkbatman said...

aie pun dh tgk cite ne.. kelakar x hengat.. sbr jela.. mau gelak xsdr diri..hee

sarahunny said...

cik epal! sunggu comel bunga rose atas kepala ouh!

semakin vogey2 dia skrg ehh..

lady XOXO said...

wahhh shaheizy sam tu hencem arrrrrrrr.... gilers kelakar part yg hantu tu ckp biler masa aku kahwin ngan tok kau... ahha xo tak tngok lg tapi biler baca part cik epal tulis tu... adoiiiiii kelakar dowh.. ahhahhaa... tak sabar nk p tngok khamis ni.. betoi2 KETINGGALAN ar xo nie.. ahahha...

alolo ada part cedeh ker... kena siapkan tisu ar nk lap celak.. ahahaha sat ni mata xo jadi EMO GURL plak.. ahhahah

wehhhhhhh makan kenny rogers.. tak jemput pown.. ahaha.. tapi macroni tu mmg xo tak suker.. eeeeeee tak suker tak cedap... nandos n kenny rogers mana satu ok CIK EPAL?

wahhhhhhhh kamo oiii kat penang tak der pown makanan aper tu CROQUETE tue.. mana mau cari, jenuh den nk p KL beli tu ahahha.. kamo courier ar kasi XO leh.. ahahhah

wehhhhhhh xo tak leh nk henti gelak ar baca part hantu tu ckp... ahahaha kelakar siot

PutraRocker said...

@Cik Zuliana Harunperghh.mantap cik epal..hehehe

ieqa said...

cikEpal semakin cantik lorrrr ♥

Cheno said...

macam adik beradik je gambar 3orang yg paling atas tu. sameeee.hehehe comel :)

blueberrymanes said...

cik epal..camne ek nak pakai tdung cam cik epal tuh..cam comel je kite tengok..leh buat tutorial tak?

Click Me !