Monday, November 29, 2010

Kisah lucu nenek aku part 3

Aku panggil nenek aku dengan panggilan "mak". Sesiapa yang ikut kisah nenek aku sebelum sebelum ni. Tahu la aku panggil dia mak. Cousin cousin semua panggil nenek aku mak.



Ni kejadian antara cousin aku dengan nenek aku. Cousin aku la yang kol aku pergi cerita. huehuehue
Cousin aku ni memang selalu jadi informer aku kalau ada apa apa benda menarik jadi dekat mak. Seperti terminum "air kundur palsu" dan salah salah sebut perkataaan.


 Alkisahnya. Pada suatu hari, di petang yang hening bening. Di waktu burung burung berkicauan dan mencari sesuap nasi. Seorang nenek telah bertanya kepada cucunya yang tercinta.




"NOR (nama cousin aku) Dulu pakwi (ayah aku) buat mariket kan?"


"Haa? Mariket? apa tu mariket mak?"


"Alaaaa mariket! Dulu kan pakwi kerja mariket. tak kan la tak tahu dia dulu kerja mariket. MARIKET! MARIKET! MARIKET!"

tiga kali kau disebut mariket. Cousin aku tak faham jugak. Toksah la kata cousin aku, kalau aku di tempat kejadian pon, mahu terburai kepala hotak aku nak fikir kejadah apakah "mariket" ini.



Disebabkan cousin aku ni seorang yang genius ala ala Albert Einstein. Dia macam boleh agak la menatang apa "mariket" tu.



"laa makkk. Pakwi dulu kerja LANDSKAP la. Bukan mariket!!! Apa la mariket? hahaha"


"Ala sama je lah tu mariket dengan lanskap. ket ket jugak belakang dia"



Adoyaiiii nenek aku ni, memang kalau duduk dengan dia otak kita akan cepat berkembang. Sebab banyak berfikir dan menyelesaikan masalah dengan meneka apa yang dia cakap dan cuba sampaikan. Hanya orang orang yang bijak sahaja boleh bermastautin dengan nenek aku ni.



Dulu ayah aku kerja bahagian bahagian landskap ni. Tah hape tah tetiba dia ingat pasal benda alah "mariket" tuh. Aku pon tak tahu. Lepastu ayah aku kerja jadi manager kat bahagian taman klcc tu. Kira taman klcc, kolam, air pancut tu semua, ayah aku la manage. Tapi tu dulu la. 3 tahun yang lepas. Sekarang aku pon jarang pergi klcc dah.




Kamus nenek aku untuk hari ini


Mariket= Landskap


YE adik adik yang tengah SPM, kau orang sila jangan guna perkataan mariket ini ok. Perkataan mariket ini belum dapat approval lagi daripada kamus dewan bahasa edisi ke lapanpulohenam. Kalau adik adik nak guna jugak dalam karangan SPM adik adik. Kalau dapat A. Nanti akak kau ni belanja kau tempe goreng. Tu pon kalau kau berani la guna perkataan mariket ni. Tapi budak yang amek SPM, subjek bahasa melayu dah lepas kan? Kira alright dah la. A seketul dah dalam tangan la kan? Alaaa Bahasa Malaysia je. Senang kacang je jawab bm ni. Pejam sebelah mata pon boleh jawab dan dapat A (amboi)



Pada sesiapa yang tanya aku orang johor ke tak. Ye saya memang orang johor. Means kampung dekat johor. Sebab ada tanya "cik epal ni orang johor ke, sebab sebut ghobok"



YES! kitorang memang panggil almari tu ghobok. perkataan gonjol, gonjeng dan tah hape tah lagi. Tu makcik makcik aku yang ajar. Makcik aku pon rock jugak kepala gila. Ni aku baru cerita pasal nenek aku. Nanti aku cerita pasal makcik gorgeous aku pulak. lagi pening kepala hotak kau orang nanti.






ok bye!

62 comments:

  1. mariket = landskap. menarik! haha.

    by the way, sy asal sabah and kitorng pun guna ghobok jugak :))

    ReplyDelete
  2. haha.boleh pulak dia cam mariket tuh landskap. jauh beza tuhhh...

    cik epal ni asl mne eyk?

    :P

    tgnu pun pgl ghobok jugak.. hehe

    ReplyDelete
  3. aku ingatkan kerja dekat mini market. hahahhahahahhaha.

    ReplyDelete
  4. NI sy nak komen la..hope u will terima my pndpt about bertudung....apa guna bertudung tapi still wearing baju yg ketat2x....u tak rase ke tu still tak menutup aurat....komen bukan i tujukan kpd u tp utk mereka2x yg sewaktu dgnnye.
    ye cik epal yg comel...=)

    ReplyDelete
  5. @Cik EEzah


    eh! orang sabah pon guna ghobok ea?? tak tahu lak =)

    ReplyDelete
  6. @Puteri Iqa Izyan aik? tganu pon cakap ghobok? lahir kat n9. johor pon kampung gak =)

    ReplyDelete
  7. @The Nurul



    tahu xpe... memang ingat something yang dekat dekat market :D

    ReplyDelete
  8. HAHA . ghobokk
    tahu mende tuh punn
    stat belajar kat Melaka

    ReplyDelete
  9. @Anonymous


    yes i know. bertudung tak semestinya menutup aurat. but menutup aurat opkos dia bertudung/berhijab.



    but anonymous, u r cool. but u lebih cool kalau bukan pakai anonymous. =)

    ReplyDelete
  10. @zazaw


    aik? melaka pulak. ada cakap sabah, ada cakap ganu. huhu

    ReplyDelete
  11. ahaha..akak ingat mariket tu 'market'..rupenye landskap..market tu org utara yg guna..tak tau la kalau org sana pon ada guna..maksudnya 'pasar pagi' pasar ikan ke sayur ke..camtu la..hehe

    ReplyDelete
  12. @Gee Jah Noor


    tu ah memula ingat market jugak. sekali landskap daaaaa

    ReplyDelete
  13. mmg sgt berkembang sel-sel otak dok ngn nenek cik epal ni!

    ReplyDelete
  14. hyeee cik epal..
    u're sweet blogger :)

    ReplyDelete
  15. hahaha mariket ?

    mati mati ingat MARKET. haihhh -.-'''

    ReplyDelete
  16. nenek cik epal.
    hehe.
    pandai dia cipta perkataan.
    boleh kuar kamus edisi special tu.
    huhu.

    ReplyDelete
  17. ececeiyh br terpasan ada banner dgn lagu kat blog ni! hahahhaa

    ReplyDelete
  18. comel btoi sepupu cik epal.. kim salam kat dia. :D

    ReplyDelete
  19. saya dan kawan kawan saya geng gonjeng, HAHAHA :)

    ReplyDelete
  20. suka la baca kisah nenek cik epal
    :D

    ReplyDelete
  21. cik epal asal mana?
    orang Pahang pun panggil gobok jugak!!
    ahak!

    ReplyDelete
  22. hahaha..lawak r nenek ko..nanti ak nak p jenguk2 mak ko lah.. =)
    ak dah undi ko nsb xleh undi 21kali kalu x ak dah click 21kali oke!! -)

    ReplyDelete
  23. jauh gile landskap dgn mariket. ingtkan market ke hape ke. hahaha...

    ouh...ad darah johor cik epal nih. ptut leh gune ghobok, gonjol etc. ghebo tau? mesti tau. =)

    ReplyDelete
  24. cik epal sy bkn sengaje jd anon2x ni..sy xde blog that's why la sy jd anon...lau tak sy leh jd ur follower...sy ni owg kg je cik epal..tak tau nak berblog2x...dpt tau ur blog ni lps godeh2x jerk..tak sengaje...btw sy ni bkn cm anon2x len yg mulut puaka tu..sy juz nak share pndpt wif u je..
    anyway nice blog...

    ReplyDelete
  25. mariket = landskap . jauh bebenorrr ! aku ingat kan market ke ape td
    comel la nenek cik epal ni

    ReplyDelete
  26. Dah undi cik epal..
    nnt menang nak peluk sapa?
    muhahaha

    ReplyDelete
  27. muka cik epal ngan sepupu lebih kurang sama je..hehee

    ReplyDelete
  28. @nurulfaridah saya pon suka cite pasal nenek saya. haha

    ReplyDelete
  29. @Tuan Din eh! ramai jugak yang panggil ghobok ni sebenarnya ea

    ReplyDelete
  30. @cik bihah


    huehue mekaseh la undi. terharu mak nyah!

    ReplyDelete
  31. @Anonymous


    ouh its okay. ingatkan ada blog. org kg? saya pon orang kg jugak. haha. anyway, thanks 4 reading my blog. selalu selalu lah datang singgah if free. muehehe =)

    ReplyDelete
  32. cik epal: cousin awak comel. macam awak jugak!

    ReplyDelete
  33. ghobok = almari..ingt prkataan tu dr kelantan sbb sy guna jga prkataan tu..weeee

    ReplyDelete
  34. haha jauh bebenau market dengan landskap tu..

    ReplyDelete
  35. oo..org johor pun panggil almari tu ghobok ek...
    kt trganu pun panggil almari dgn panggilan ghobok..
    tp mariket xde la sebutan kt tganu... hihikk

    ReplyDelete
  36. hehehe.. paham paham
    penah gak berborak kejap ngan nenek tu
    hahaha haru gak di buatnya..

    ReplyDelete
  37. @shera haifa

    kelantan?? uihh ramainya yang guna ghobok ni. semua negeri guna kot. haha

    ReplyDelete
  38. @Siti


    tu ah kalau cakap market, boleh terima la lagi

    ReplyDelete
  39. @cik hani


    mariket tu dalam kamus dewan bahasa special je ada. haha

    ReplyDelete
  40. he...tang makcik yang ajar perkataan gonjeng sumer tu akk tahu...sbb dlu cik epal pnh sbt dh
    heeee.....kira akk ni pmbaca setia dn pengiingat entry awk lah..hohoho

    ghobok=kami org trg on sebut ghobok

    ReplyDelete
  41. @soffya cik bulan


    fuyihh fuyohh siap ingat tuuuu. hehehe. ramai gak orang tganu sini ea? hee

    ReplyDelete
  42. wah cik epal... byk negeri gune ghobok nie erk.. hehehehe... best r nenk cik epal ! advance gituuu..

    ReplyDelete
  43. cik epal org jhr...patutlah suke makan tempe.hihi

    ReplyDelete
  44. kaus=katil..gitu le kalo orang johor :P

    ReplyDelete