Tuesday, November 23, 2010

Apa barang cerita pasal pakwe dekat blog. Meh aku nak cerita pasal NENEK aku pulak.

nenek dan ibu aku






ok. ini nenek dan ibu aku. tanpa mereka. tidak ada lah muka aku dekat dunia ni. Dan tidak wujud lah blog yang tak semenggah ini. ewah. kau nak mengorat nenek aku ke?? boleh jugakk. nenek aku tengah single and avaiable tu. Ada tak atuk atuk kau orang yang tengah single? boleh la kenen kenen kan depa ni. Kot kot jadi. Melekat pulak. (promote nenek) tapi nenek aku tak pakai handphone la. dia kalau nak call orang pakai tin sambung dengan tali rafia tuu. ala..macam zaman zaman dahulu kala tu..




Comel seh nenek aku senyum macam tu . Saja je bodek lebih lebih ni. duit pencen nenek aku lebat wooo


Family aku ni pelik sikit. Nenek kitorang, kitorang panggil dengan panggilan "MAK". Kalau ibu kandung, panggil "IBU". cousin aku semua macam tu, mak sendiri panggil "IBU". Nenek kitorang, panggil "MAK". dah memang dari kecik dulu macam tu.


Yang aku nak cerita pasal nenek aku ni. sebab nenek aku ni kadang kadang aku rasa dia boleh masuk raja lawak. Dia buat lawak selamba babas dia je. Walaupun sebenarnya dia tak buat lawak, tapi kitorang rasa benda tu lawak.Dan tiba tiba dia boleh speaking pulak. perghhh Ini aku pelik pelik jugak ni. Tah bila masa la pulak mak aku ni masuk kelas berkomunikasi dalam inggeris ni. Kitorang tak pernah pon ajar dia speaking speaking ni. Maklum lah lagi pon dia mana sekolah dulu. Orang dulu dulu biasalah. mana nak sekolah sangat. Umur dah limabelas. dah Kahwinnn. Apa lagi nak buat? Belajar tak, Kita kasi kahwin je la kan. Tu lah skill depa bab masak masak ni expert. Sebab tu je la pon kerja yang depa tahu buat. Masak je lah doploh empat jam





Hari tu pergi hotel. Kat guaman kot. Masa lunch,makan la dekat hotel tu. Dia cakap la dekat sepupu aku "kak ngah, eh! kurang manis la teh ni. tolong ambilkan SUGAR." amboiii kemain kauuuuu dia cakap SUGAR. Padahal kitorang tak pernah ajar pon dia speaking speaking ni. VOGUE jugak nenek aku.


Ada lagi satu masa nak pergi kedai emas. Masa tu nak beli rantai. Sampai sampai je kedai emas tu. Dia cakap.  "mok! (tokei tu gemok so panggil mok) cucu saya nak beli NECKLACE. yang mana yang lawa?" amboiii kemain vogue de vassss. Dekat rumah dok cakap rantai je. Sampai kedai emas terus tup tup sebut necklace. Terkejut aku. Tak pernah pernah dia sebut NECKLACE. sebab nenek aku mana sekolah. ye la orang dulu dulu kan. Dah umur belasan, apa nak buat KAHWIN je la kan. Tu terkejut tu. Pandai pulak nenek aku ni speaking. Kalah aku tahu.?


 Lepastu dia suka salah sebut benda. Suka hati dia je nak sebut apa.Dan sukahati dia je fikir kitorang pon macam tahu je apa dia sebut tu. contohnya:


bawak kete. cuba la jangan s.s.h (sebut es es eh)

aku pon dok fikir la apa benda lah s.s.h ni. Disebab kan aku pegang phone. Aku pon dok fikir la jugak apa nenek aku ni nak sampaikan sebenarnya. sekali Ouh Baru aku tahu. "SMS la makkk. SMS.. bukan S.S.H"


nenek aku selamba tapir je jawab.


"Alahh sama je lah tuuu"

Mana sama mak!


Ni teylo teylo ni nak pergi mana?


Aku dah pelik ni. Muka cemas. Bila masa aku ambil telur dia buat main? I mean telur dia buat masak masak tu la. Dia sebut teylo tu ada macam bunyi sebut "telur" sikit. Time aku dok test test baju aku, dok la berangan depan cermin dengan pakai shawl habis semua. Padahal tak pergi mana pon. Saja je test baju. Pastu dia masuk bilik, dia tegur "ni nak teylo teylo nak pergi mana?"

"telur apa mak?? mana ada orang amek telur mak. Kan dalam peti ais" Aku membidas dengan sopan



" Bukan yang dalam peti ais tu la. Ni kamu ni teylo ni. Dengan apa pakai atas kepala tu. Dok teylo teylo" nenek aku membidas

Aku pon dok fikir apa lah menatang teylo ni. Nak kata telur bukan.laaa  rupa rupanya dia cakap STYLO!

"ouhhhhhhhhhhhhhhh mak nak kata STYLO ea? STYLO lah makkkk! bukan teylo. huahuahua" berdekah aku gelakkan dia.

"Alahh sama je lah tu.. ada lo lo jugak dekat belakang"

"ye lah mak ye lah sama je maksud dia sebenarnya" Aku pasrah



Nanti jangan lupa beli dorono tau! Dorono mak dah habis.

Haritu aku keluar jap dengan cousin aku. Lepastu dia tempah, suruh beli dorono. Dorono?? Aku pon pelik jugak. Apa menatang dorono ni? Dalam kepala hotak aku, aku fikir tu maybe  benda benda nak buat perincah masak dia la.

Aku tanya la. "mak, dorono tu apa? nak beli berapa banyak?"

"Alaa yang sapu dekat ketiak tu. Beli satu je." nenek aku menjawab dengan tenang

Aku dah pelik pelik dah dekat nenek aku ni. Tak kan la sebelum dia masak, perencah perencah yang dia guna, dia sapu dekat ketiak dulu? ouh maybe la sebab tu sedap sangat nenek aku masak. ada petua lain rupanya untuk buat masakan lebih lazat.


"mak nak buat masak ke"

"haishhh kamu ni. Nak buat masak apa. Nak sapu dekat ketiak la. kasi wangi"

Disebab kan aku bijak, sekali aku baru dapat tangkap.


"lahhh makkkk itu deodorant laaaa. Bukan dorono! ada pulak dorono pergi nya. Adoyai mak ni"

"Alahh sama lah tu, janji ada keluar sikit sikt sama bunyik dia" sambil buat muka tak bersalah. Nasib baik lah comel (saja bodek)



Inilah DORONO itu. Sila dapatkan DORONO di kedai berhampiran anda








Itulah sedikit sebanyak cerita pasal nenek aku. Konpius aku kadang kadang dok dengan dia ni. ni baru part 1. Nantikan part 2 pulak. muehehe.


p/s: Comel kan nenek aku? Menangis Rozita Che Wan tengok ni nanti. Nenek aku lagi comel daripada dia.

215 comments:

  1. salam kenal cik epal..hahah..lawak sungguh tuh..:) kirim salam kat nenek ya..

    ReplyDelete
  2. hahaha...canggihnya nenek cik epal ni.. comey lak tu(nak bodek sama..huhu)

    ReplyDelete
  3. gile babas comel nenek ko weh..
    nak nenek cm ko..
    omel sgt..
    kem slm kt nenek ko ek..

    -Ayesya-

    ReplyDelete
  4. sempoi la nenek cik epal...tbe2 t'ingt kt nenek kt kg..dlu nenek miss cmtu gak..sempoi2 je..ckp ikut ske gak...tp skng nenek da xleh nk bgun..dok kt katil je..~

    ReplyDelete
  5. adoiii lawak gile...
    nenek shah pon same mcm nenek cik epal..
    nak speaking tapi tak betulll..

    ReplyDelete
  6. dear, ur mom sunggoh anggun and muke cik epal mirip dia.....

    ReplyDelete
  7. mata sudah rabun.aku baca tajuk sebagai,"apa barang cerita pasal pakwe dekat blog.meh nak cerita pasal nenen aku pulak".terkujat terus baca kali kedua..owhh...nenek bukan nenen la.huhuhu...nak sepek mata nak sepek mata

    ReplyDelete
  8. comel..muke cik epal sebenarnya ada iras mak dengan ibu cik epal..3 generasi..sweet..

    mak saye suke sebut deodorant tu odorono..haha..macam geng pulak nenek cik epal dengan mak saye..

    baca entri cik epal ni syahdu lak rase walaupun ade unsur kelakar..tetibe rindu kat arwah nenek..huk!

    ReplyDelete
  9. part yg dorono tu mmg saya gelak sampai keluar air mata tau! hahaha lawak la mak tu..betul la cakap cik epal, mmg kalah lah nabil tu kalau mak masuk raja lawak. hehe

    ReplyDelete
  10. wakakaka. lawak lah mak cik epal ni. dorono ? bahasa baru ni. orang tua-tua memang macam tu. tokwan miza epal=epon. dah macam porn dah. hehehe

    ReplyDelete
  11. muahhaha lawk erh. teylo teylo.. adoiiiii klu tak paham sure ingat 18SX pa.. ahahha.. dorono... adoiiiii.. ahahaha.. sweet toi ..

    psttt nenek kamo cumei ar cenyum tue..

    ReplyDelete
  12. kompom, mak ko lagi lawa dr rozita che wan..hahaha..mmg lawak dpt nenek camni, terhibur hati kan

    ReplyDelete
  13. comella nenek cik epal....bertuahnye org yg ade nenek lagi kan?

    ReplyDelete
  14. sakit pewot gelak....comel nenek cik epal :)

    ReplyDelete
  15. wawawawaawa...
    Atuk irine single, tp dah arwah..nak x? available gak tuh..nguek3xxx!! :P

    dorono owhh dorono!!~~~~ hahaa.
    belah2 nenek atok2 semua mmg suke pgil dorono :)

    ReplyDelete
  16. haha..amboi..nenek u bukan main..kalau biar tu speaking terer pada kita kot..haha nenek u cute!

    ReplyDelete
  17. kahkahkah i pakai dorono rexono :) comel oh nenek you.kirim slm mwah mwah dkt dia eh ;)

    ReplyDelete
  18. Wow! I Like Ur Nenek.... Ada facebook x nenek cik epal :P

    http://profhariz.com

    ReplyDelete
  19. haha biasa la tu, depa mmg kelakar. hm fyi, dulu2 mmg ade brand deodorant ODORONO [kalau x silap hehe]

    ReplyDelete
  20. mak aku, aku panggil mak, tapi anak anak sedara a ku, panggil mak aku , mak tok...


    belah laki aku plak panggil mil aku, MAK...

    lepas ni cucu aku nak suh panggil aku KAK NOWA je la..baru kewl!!hahhahah

    ReplyDelete
  21. nak kongsi nenek bleh..uhuhuhuh sayer tak der nenek la..cam best jer ada nenek

    ReplyDelete
  22. comel nya nenek cik epal!! selamba jahhh! :D

    ReplyDelete
  23. kaaaaaaaaaahkahakhakaahhh...time kasih cik epal krn menggugurkan susuk berlian di wajah saye...nenek awk kelakar =)

    ReplyDelete
  24. teheeee.... comel bangattt nenek cik epal niii... hihihihi... nenek kite pon kdg2 suke wat lawak, tp bkn la lwk pon, kteorg jer x pham slang tganu die.. hihi

    ReplyDelete
  25. cik epal, cute seh nenek! kirim slm nenek cik epal nant! hehe

    ReplyDelete
  26. hahahha.. s.s.h...
    lawak tol..
    ingat kan dok merenguih apa tadi.. rupanya sms...haha

    ReplyDelete
  27. hahaha..lawak la Cik Epal ni..actually terase lak sbb br je post entry psl bf.. hahaha

    ReplyDelete
  28. pergh nenek kau pakai dorono cik epal!
    kelasss gi tuh...

    ReplyDelete
  29. lawak plus comel la nenek akak.ahahahaha.kat rumah saye belambak dorono.Mesti nenek akak stylo orangnye kan?ahahahahaha

    ReplyDelete
  30. hahaha ! nenek cik epal advance r.. nie nenek 2020 nie... kelakar.. berguling2 bace :p

    mak cik epal pun cute ape.... ^^

    ReplyDelete
  31. lawak la part2 yg salah sebut tuh, comel je bunyi

    ReplyDelete
  32. nabilla_nuriz: part dorono bes..haha.
    actually ayah aku (bkn nenek aku..haha)pun ckp mnde deodorant tu odorono..mcm jepun lak..

    ReplyDelete
  33. haha.
    mcm over pulak speaking speaking.

    ReplyDelete
  34. wah ! moden la nenek u. class gituu haha

    ReplyDelete
  35. same la ngn mak kita.dulu org susah, so x skolah la.tp seriously, diorg sgt cepat belajar.cekap & cepat tangkap.diorg ni jenis learn through process.tp ok kan?ok yang blajar tinggi2 pon xberani nak cakap eng,takot salah.tp diorg slamber je.learn from mistakes.kan?

    ReplyDelete
  36. comel oh nenek cik epal.
    senyum2 jek ak bace :D

    ReplyDelete
  37. mmg best ah.teylo tu best skali.huhu.berguling bace.nnek i tk gtu.haha :PP

    ReplyDelete
  38. Muahah..seriously mak cik epal sgt SEMPOI!!nanti kim salam ea kat die..bestnyee ade nenek :)

    ReplyDelete
  39. hahahaha.

    thanks cik epal buat saya gelak hari nih. tgh2 takde mood nih baca blog awak terus rasa ceria balek. hehe. dorono dorono.

    psst : 1st time komen, salu jdi silent reader je.

    ReplyDelete
  40. ahahhaha sy suke sy suke..pndai la nenek cik epal ni skeaping..hehe

    ReplyDelete
  41. mmg org dulu2 pgl dorono sbb nenek jey pon ckp dorono

    ReplyDelete
  42. boleh bukak kedai dorono perisa epal.. har har har

    ReplyDelete
  43. haha dorono. lawok la nenek cik epal nih.
    teringin nek dengo dia cakap kedah :D

    ReplyDelete
  44. manisnye mak & nenek cik epal ^^
    no wonderlah cik epal pun terkena tempiasnye..hihi

    ReplyDelete
  45. hak2 ! mak kite pon panggil deodrant tuh dorono..hee

    ReplyDelete
  46. Hak! Hak! sama cam atuk aku.. dia mmg kelakar.. tapi sekarang dia dah nyanyuk... tak boleh bergurau dah...

    ReplyDelete
  47. alahai...lawak2..
    sebijik nenek aku dulu..
    but dia dah arwah dah..
    miss her :(

    ReplyDelete
  48. kelaka gilaa. hahahaha comella nenek!:p

    ReplyDelete
  49. lawak2 bace entry ni... fyi sebenarnye mmg org dolu2 panggil deodorant tu odorono... hehe.. =)

    lin

    ReplyDelete
  50. jarang muda mudi cerita pasal nenek.. congratez to cik epal yg chumil n i can get to know u better:) nnt fifiey nk cerita psl nenek jugak.. boleh??

    btw, salam buat nenek n ur mummy ye:)

    ReplyDelete
  51. cik epal, bila nak cerita pasal saya pulak??

    ReplyDelete
  52. aku rasa ada deodorant brand odorono la..... sebab nenek aku panggey odorono....... wajar tanya pakcik google ni!!!

    ReplyDelete
  53. wah cun woh nenek. eh ko org n9 ke? melaka?? pgel nenek tu mak salu org sana ek?

    ReplyDelete
  54. nenek tu memang gembel gila :D
    baru ah best, dari nenek yg kuat bebel
    sbb cucu die makan kuaci depan tv,
    xmo buat kerja dapo langsong. LOL.

    ReplyDelete
  55. SALAM.....

    WEYH EPAL..GILE HEPPI KOT AKU RASE HARINIH BILE AKU GATAL2 KLIK BLOG KO, SKALI KUAR LA...YAHOO..CERIA BALIK DH IDUP AKU..

    SBLUM NEH..PUAS GOOGLE SEGALA MNDE LA YG KAIT NGN EPAL..XDE MAKNE..NAK2 TGK KOMEN ORG PSL KO DH 'ILANG' DR DUNIA BLOG..SURAM GILER IDUP..BLOG AKU PN TERUS XDE CAHAYA GITU..NK LETAK N3 PN DH XDE FEEL..CHEWAHHH....IKHLAS TAW CKP NEH..

    PASNEH AKU NK IDUPKN BALIK LA BLOG AKU..HUHUHU..LALALALA...WELKAM BEK MEK EPAL!!!!..YUYUYUYUYU =))

    *MOOD PENULIS = BUNGE2 SAKURA SEDANGG MEKAR GITEWW..HUKHUKHUK :P

    ReplyDelete
  56. nenek borek cucu rintik...
    haha
    =p

    ReplyDelete
  57. bestnya ada nenek lagiiii!!!!
    nenek lawak plak tuh, haha :))
    hm, rindu plak dah nak ade nenek, bleh manja2x ..

    ReplyDelete
  58. @missbby salam. ok salam akan disampaikan. hehehe

    ReplyDelete
  59. @Cik Gallus Gallus tapi dia ni tetiba je speaking. terkejut tetiba. haha

    ReplyDelete
  60. @lotikus disarimankan amboi kalau cerita pasal nenen laju je bukak ehhh

    ReplyDelete
  61. @♥CIK SHA♥ eh! memang nenek nenek sebut dorono ke? tu ah boleh la jadi geng tu. hee jangan la syahdu syahdu. kita pon akan pergi gak nanti

    ReplyDelete
  62. @Siti konpom takde orang nak undi nabil dah nanti. hehe

    ReplyDelete
  63. @Miza Yusof epal jadi epon? perghh kalau cik epal? jadi cik epon. aahaha

    ReplyDelete
  64. @lady XOXO tu lah teylo teylo, kemain tau. dia memang suka senyum macam tu pon hehehe

    ReplyDelete
  65. @J.M.R tu ah terhibur la jugak kalau bosan bosan tu. mak lagi lawa dari rozita che wan? perghh mahu dia bangga baca komen ni kang. haha

    ReplyDelete
  66. @[s][u][e][h][a][n][n] sakit pewot? g la sapu minyak cap kapak. hee

    ReplyDelete
  67. @Dean winchester II gelak lah kalau nak gelak. tiada sape nak halang

    ReplyDelete
  68. @Irine Nadia MaRceLLo alaaa tu dah x available dah tu. tapi memang orang tua tua ni memang panggil dorono ke? tak pernah dengan pulak seblom ni

    ReplyDelete
  69. @fyna tu ah lama lama dia pulak speaking macam orang lapan tahun dok obersi

    ReplyDelete
  70. @cik kia haha dorono rexono? pergh kirim salam mwah mwah tuuuuu

    ReplyDelete
  71. @Hariz facebook belum buat lagi . mungkin esok buat

    ReplyDelete
  72. @Anonymous yeke? asal macam tak pemes je odorono tu? haha

    ReplyDelete
  73. @*Miss Geli^ ye la akak. akak dari dulu sampai sekarang memang cool gila babas. muka pon still cun. weewhittt. macam anak dara gituuu

    ReplyDelete
  74. @nurulfaridah dia senyum comel lah. kalau dia hangin memang tak tahu la word comel tu wujud sebenarnya. haha

    ReplyDelete
  75. @nn family kitorang memang selamba babas je :D

    ReplyDelete
  76. cikepal..n3 ni dah buatkan k.izan ketawa sampai keluar airmata tau! tp mak cikepal ni mmg gojes lah...sama cam ibu cikepal dan cikepal sekali... sume comeyyyy belako...

    **k.izan pun pernah dgr mak k.izan sebut deodorant tu dorono ke odorono...lebih kurang cam gitulah...hehehe

    ReplyDelete
  77. @heartyhurt wahh gitu la kan pakai susuk. muehehe

    ReplyDelete
  78. @NUR HazieRAH slang terengganu dengan kelantan agak susah jugak saya nak paham

    ReplyDelete
  79. @devoted lily♥ jangan es es ehh tau. kol boleh. muehehe

    ReplyDelete
  80. @AISHA SAAD kau tak pakai dorono ke? pakai doh, nanti bacin ketiak. haha

    ReplyDelete
  81. @Siti Khadijah perghh bukan stylo. teyloooo gilaaa. ahaha

    ReplyDelete
  82. @syakey orang tak pernah ajar dia tu. tu pelik tu. heee

    ReplyDelete
  83. hahhh sungguh comei nenek hang cik epal! mak pun gorjes...muda belia..patut la cik epal pun comei!

    http://twinkywinkystars.blogspot.com

    ReplyDelete
  84. @green yg gorgeous yeah! so true. dorang walaupun tak sekolah. kalau kita ajar dia, senang je dia dapat tangkap. otak depa bersih kot. hee

    ReplyDelete
  85. @Puteri Iqa Izyan uihh jangan memain. dahsyat woo dia speking. haha

    ReplyDelete
  86. @Miss YZ ♥ haha tak tahu dia belajar mana perkataan teylo tu. hehe

    ReplyDelete
  87. @myravea dia memang sempoi! ok salam akan disampaikan

    ReplyDelete
  88. @ninaz. waahh tu dia silent reader muncul. hikhik. jangan lupa pakai dorono ok

    ReplyDelete
  89. @Gee Jah Noor kalah kak gee jah woh kalau dia speking. hikhik

    ReplyDelete
  90. @Jey Yusuff ouh yeke? memang orang dulu panggil dorono ke?

    ReplyDelete
  91. @hamzah ian boleh jugak! kalau kau tak beli, siappp

    ReplyDelete
  92. @hazwani yusof bukan saya yang lawak, nenek saya yang lawak. hehe

    ReplyDelete
  93. @anamizu tempias yang sangat sangat sedikit ok. kesian saya. haha

    ReplyDelete
  94. @starzieti orang dulu dulu memang panggil dorono kot

    ReplyDelete
  95. @dyraa nenek saya je comel. cucu tak comel ikut dia. macam mana? hehe

    ReplyDelete
  96. @Anonymous maybe la kot dorang panggil dorono. ramai gak cite. mungkin orang dulu dulu panggil dorono

    ReplyDelete
  97. @FIFIEY LYCHEE MARATION haa cite la pasal nenek awak. leh gak baca nanti. hikhik. ok salam akan disampaikan

    ReplyDelete
  98. @cikpia tu lah ni. dah dua orang dah cakap pasal odorono

    ReplyDelete
  99. @Farihah Ahmad ada n9 sikit ada melaka sikit. mungkin la kot sebab tu

    ReplyDelete
  100. @Marya Hana . haaa ni mesti awak ni yang makan kuaci tak buat kerja ni kan? hehe

    ReplyDelete
  101. @awek_utara salam.


    laaa kau baru tahu rini ea? kau mesti tengah buzy ni kan? hehe.


    ye ye je lah kau kan terus tak de feel. alah aku takde , bukan ada hal sangat pon. ramai je blogger lain yag best best. cuba kau explore sikit. mesti banyak blog kau jumpa yang best daripada aku nya blog



    blog aku ni biasa je. haa idupkan la balik blog kau. jadi bercahaya.

    ye la bunga sakura kau kan :D

    ReplyDelete
  102. @nazirafarahinomar tu lah. bermanja lah selagi dia ada ni =)

    ReplyDelete
  103. @Izan Ishak hehe yeke? mak kak izan sebut dorono jugak ea? mungkin la kot orang dulu dulu sebut dorono

    ReplyDelete
  104. @Drama Mama kawen muda. sebab tu ah muda belia. so kesimpualnnya kawen la muda. haha

    ReplyDelete
  105. hahaha..tu la kalah akak..akak p kedai emas nak beli rantai pon xde ckp necklace..haha..

    mane la dia dgr dorono tu yek smpai leh tersebut dorono...hahaha

    ReplyDelete
  106. haha.. comel lah nenek kamu. sy tumpang ketawa sekali ye. lalala :)

    ReplyDelete
  107. nenek cik epal sangat comellah... :) mesti muda2 dulu dia lagi cun dari cik epal. opssss.. lariksssssssss :D

    ReplyDelete
  108. comel la nenek cik epal..nanti kirim salam yee...hekhekehk...

    Cik Epal...
    aku pinjam ko nye header tok tepek kat blog aku...
    dalam entri nih http://andaditipu.blogspot.com/2010/11/siapa-kata-blogger-tak-boleh-jadi-kaya.html

    ReplyDelete
  109. cik epal sangat lawak okay. nak gelak laju-laju boleh??? ngahahaha !

    ReplyDelete
  110. hahahaaa!! suka part S-S-H..jom S-S-H! hahahaha!!

    ReplyDelete
  111. @Gee Jah Noor tahu xpe. terkejut beruk ok dia cakap necklace. padahal tak pernah pon ajar dia sebut necklace. kat rumah sebut rantai. bila sampai kedai, kemain. necklace sekali keluar. ternganga dengar


    tah memang dari dulu dia panggil dorono :D

    ReplyDelete
  112. @anassuhada laa tumpang ketawa sekali je? tumpang la dua tiga kali. hehe

    ReplyDelete
  113. @ardinihumaira toksah cakap time muda. time tua pon cun. haha

    ReplyDelete
  114. @CiPoT CeDoT ok salam akan disampaikan. btw, thanks 4 that entry. terkembang kembang lak baca. haha

    ReplyDelete
  115. @Maizatul Akma suka hati la. nak gelak pelan pelan pon boleh. heee

    ReplyDelete
  116. ramainya yng datang kat cik epal ni...teruja saya.dari nenek sampai cucu ayu orangnya

    ReplyDelete
  117. @..nOWa.. jom! mari kita ssh sebab s s h lagi murah dari 3g. hehe

    ReplyDelete
  118. @muazlumut eh! mana tahu ramai? tak ramai mana pon la

    ReplyDelete
  119. wow.aku harap tue sok pun aku jadi cam nenek cik epal. Nak amik sbg idola sye la. Nampaknye ramai tol minat nenek cik epal.bolela buat fan club.

    ReplyDelete
  120. @KimiCnoL tak nak la masuk raja lawak. dia nak cari raja. so biarlah raja yang masuk. hehe

    ReplyDelete
  121. hadoi.. teringat opahku di kampung ^^..

    ReplyDelete
  122. cntk la nenek ngn mak...hikhik
    cik epal pon cntk gak...
    klaka la...mst hepy jer mcm nie kn2???

    ReplyDelete
  123. @Nia Dhani Nasir haha tu la boleh lah suruh dia buat facebook. muehehe

    ReplyDelete
  124. @Raihan time hapy, memang happy havoc la. time memasing mengamuk. memang nak terbalik rumah. haha

    ReplyDelete
  125. atok memg olways comel....
    "tok mi" nama atok senah. nama jaa dah cukup comel. ahaks.

    ReplyDelete
  126. like mother like a daughter
    like grandmother like a grandaughter ^_^

    ReplyDelete
  127. cikepalawakkkkk rrrr...sampai nangis...

    ReplyDelete
  128. whoa! nampak muda je ur nenek~ :)

    ReplyDelete
  129. org dulu2 jenama deodorant dia, dorono kot...sbb mak saya pon salu sebut dorono... :)

    ReplyDelete
  130. comel betol mak cik epal. nenek nye vogue the vast gitu hehehe

    ReplyDelete
  131. hye nenek cute! hehe~

    p/s nenek kite pernah sebut MRSM sebagai MARA es m

    ReplyDelete
  132. cik epal: yelah, tanpa mereka sapelah kita kannnn....

    ReplyDelete
  133. ye la weyh..mmg la ade lgi blog len yg best..tp ko antara yg TERbest la..awl2 aku kt dunia blog dlu aku duk folo blog ko la..then bru blog2 len..aku suke blog yg gile2 sewel mcm ko nih..tu yg tetiba jek rasa suram bile ko OFF blog dlu..

    ho la weyh..bukn bz mane pun, cuma give up seketika bile bnyk kali duk try, xde2 gak..tetibe smlm tgh2 bosan tahap tenuk kelas A punye..aku gatal2 la try ON blog ko, skali kuar..mule2 xcaye..kot2 la klon ko ke kn..rupe2nye..erh..mmg ko..waa..syiok woo..huhuhu

    WA MISS U MUCH WOOO..MUAHHHH2 KT PP GEBUS KO (TANG PIPI JEK PUN, XYAH R KO NK JUIH MULUT LELEBEY PLAK, SEKEH KANG)..HOHOHO.. :P

    ReplyDelete
  134. @Anonymous mungkin la kot ada jenama deodoran nama dorono ke

    ReplyDelete
  135. @Iqin vogue de vas yang tak tahan tuuuu. haha

    ReplyDelete
  136. @azzey tu lah tiada orang lama tiadalah orang baru

    ReplyDelete
  137. @awek_utara aku antara yang terbest? waahhh terharu dengar. hahahha. oo kau cakap aku sewel ? macam ni laaa kau, macam ni laaaaaaa



    eh! sekali aku ni bukan cik epal cane? aku ni bukan cik epal la. aku cik cempedak la. serious!


    mulut aku tak macam nabil la nak juih juih dont worry. lalala

    ReplyDelete
  138. hahahaha. ye ye.menangis la rozita tuh sbb nenek cik epal tu lagi comel 10000000 kali dari die

    ReplyDelete
  139. serius nenek awak kelakar! HAHAHHA kirim salam dekat dia okay
    :DD

    ReplyDelete
  140. haha..

    mantap nenek hang cik epal oi..

    tabik springg gituu~

    :P

    ReplyDelete
  141. serius xdpt nk benti gelak lagi..
    hhuhuhuhuhu

    ReplyDelete
  142. haha. cik epal, nenek kita lebih kurang sama laaaa. selalu terhibur ouh dengan vocabulary nenda kita jugaaaaa ;)

    ReplyDelete
  143. @Fyka dah dah. jangan gelak banyak sangat

    ReplyDelete
  144. @yana vocabulary dorang, dorang main hentam je. sebab tu lah. hehe

    ReplyDelete
  145. Aku tahu pasti dah ramai yang menerangkan perihal DORONO ni..pada akhir tahun 70an dan awal 80an terdapat jenama ODORONO untuk pewangi ketiak, ianya amat popular kerana tiadanya persaingan (sekarang ni rasanya dah tak ada lagi di pasaran malaysia). seperti jenama colgate jugak le ni..sehingga sekarang cuba tunjukkan ubat gigi jenama lain pada orang lama ni pasti dia orang akan sebut ubat gigi tu "colgate".
    :)

    ReplyDelete
  146. @Mohzam ouh memang ada ea jenama dorono tu? patutlah ramai jugak yang kat sini parents/tok dorang call dorono jugak.


    ha ah kan colgate pon sama. kadang kadang kita bukan sebut nak beli ubat gigi.. tapi nak beli colgate

    ReplyDelete
  147. dorono tu dtg dari nama DEODORANT brand dolu2...
    it's called ODORO-NO.

    ReplyDelete
  148. @isabelle


    yeke sis? mungkin lah. sebab tak hidup g time tu :D

    ReplyDelete
  149. MMG TERBAEK LA ! LAWAK X HENGAT ENTRI NI ! GELAK TERGULING-GULING SYE ! SYE PNGGIL AKQ LA EH . SBB SYE BRU 12 TAHUN . HEHE . BLOG AKQ MMG TERBAEK ! ENTRI2 SUME KELAKAR ! KEEP IT UP EH KAK !

    ReplyDelete
  150. haha.adik tergelak gelak bce entry neh..mmg best 'mak' akak tuh.hee :D

    ReplyDelete
  151. kelakar part dorono..leh plak cik epal kate nk gune lam masak2..kikiki

    ReplyDelete
  152. adoiai cik epal...kenape la lawak sangat ni hahaha :D

    ReplyDelete
  153. wahhhhhhhhh nak beli dorono gak lew ...hohohohohohoh

    ReplyDelete