Wednesday, May 19, 2010

Al-Fatihah buat bro Hisham. Salam takziah untuk keluarga dan kawan-kawan terdekatnya

Hari ni bukak je laptop, jalan jalan dekat blog orang lain, tiba tiba aku tersentak. airmata aku terus mengalir "Ya Allah, betul ke apa dorang tulis ni??"


baca berita kemalangan arwah dekat Harian Metro Online dekat SINI. perghh mengalir air mata aku. plus terkejut.



Aku baik jugak dengan arwah Bro Sham ni. Aku selalu ym dengan dia dulu. now aku jarang log in ym.



Arwah bro sham ni antara yang banyak bagi semangat dekat aku untuk blogging ni. Kalau sesiapa yang dah lama follow blog aku, mungkin tahu kot aku kena hentam dengan blogger blogger lain yang dulu aku rasa semua tu kawan kawan aku. Sampai sekarang pon aku masih anggap diorang tu semua kawan. Tapi masa aku dapat komen makian, cacian semua tu, memang aku betul betul DOWN. Semua benci dekat aku. semua tuding jari dekat aku. Tapi aku tak kesah pon la. Mungkin itu semua silap aku. Belajar daripada kesilapan.



arwah cakap "sabar je la cik epal. blogging je pon. Kadang kadang kita sampaikan lain, tapi orang menerima lain. tak payah melayan sangat. Bukan semua suka dengan cara kita, cara penulisan kita. Susah nak puaskan hati semua orang"


aku just balas icon ini

=')

dia reply

"cik epal ok tak ni?? ok dah ke sekarang??"


concern betul dia dekat aku.




Bila aku putus cinta dulu pon dia ada cakap.


" tak payah nak bazirkan air mata sebab seorang lelaki yang tak pandai nak menghargai. InsyaAllah nanti jumpa jugak lelaki yang betul betul menghargai. cik epal muda lagi, jauh lagi perjalanan hidup"



Arwah selalu nak ajarkan aku buat disquss comment, sebab aku selalu cakap dekat dia susah nak balas comment orang bagi dekat blog. banyak kali dia nak ajar. nak tolong buatkan. tapi aku endah tak endah je. teruk betul aku. hmm.



Banyak sebenarnya peluang yang aku boleh jumpa dia. banyak kali dia jemput aku datang masa dia kahwin. tapi tu la. aku ada hal time tu, tak boleh nak pergi.





Mungkin aku tak pernah jumpa arwah, tak pernah berbual di alam nyata. Tapi aku tahu dia seorang yang sangat baik. Caring gila.




tapi mesej last yang dia bagi dekat aku




" Jadilah anak yang berguna untuk ibu dan ayah. Kalau ada masalah, ingat Allah tu ada. Jangan tinggal solat. Semoga berjaya dalam hidup"



tak sangka itu mesej dia yang terakhir untuk aku. Aku dah hilang seorang yang sangat caring dekat aku. walaupun dalam dunia maya. tapi sebak rasa hati aku. rasa juga kehilangan dia ='(







argh bengkak dah mata aku, ciss. hingus hingus pon habis dah meleleh leleh masa taip ni. Dah tak boleh nak taip lagi.



Takziah buat keluarga arwah. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Amin



Al-Fatihah

41 comments:

  1. AL-FATIHAH.

    adeh. jom ym jg. bg semangat untuk aku terus bloggin. woo

    ReplyDelete
  2. nway. thanks epal. lepas entry semalam. beduyun2 datang blog aku. terus tukar header lagi. yang lama huduh. malu orang datang.

    thanks

    ReplyDelete
  3. arieza pun masih lg teramat sedih dgn kehilangan Arwah. dia sgt baik hati :( tersangat baik hati :(
    semoga Arwah bersama golongan yg beriman di sisi-Nya..

    ReplyDelete
  4. sabarla cik epal ye.
    bak kata seorang blogger ni,orang yang baik ni,sekejap je dipinjamkan pada kita.
    apa2 pun, kuatkan semangat,tabahkan hati.

    ReplyDelete
  5. al fatihah..


    http://dyanahashim.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. sangat terkejut dengan berita kehilangan arwah petang semlm kat fesbuk.....

    al fatihah.....

    ReplyDelete
  7. Sbr ya cik Epal. stiap yg bernyawa pasti akan merasai kematian.

    Dulu kau selalu dtg singgah blog aku masa baru mula blogging.tp masa tu aku sndri tak aktf.skrg kau lebih maju dr aku.

    Keep it up gurl, doakan kesejahteraan arwah dekat sana ok.. InsyaAllah, Allah syg dekat arwah sbb tuh arwah diambil cepat.

    ReplyDelete
  8. alfatihah..dia penah komen kat saya banyak kali jugak rasanya..sampai saya lupa..teruknya saya/

    ReplyDelete
  9. al-fatihah. ku tak abes nanges lagi cik epal

    ReplyDelete
  10. aku hadiri kenduri kahwin arwah hari tuh...

    ku himpunkan semua entri bloggers buat untuk arwah kat entri http://cikepal06.blogspot.com/2010/05/al-fatihah-buat-bro-hisham-salam.html.. termasuk entri cik epal. mari sama2 sedekahkan al-fatihah. dgn entri cik epal.. makin ramai dpt sedekahkan..

    terima kasih cik epal.

    ReplyDelete
  11. al fatihah utk arwah..moga beliau aman di sana..

    ReplyDelete
  12. dah seminggu nie asik org cakap pasal kematian..rupanya2 ader makhluk tuhan yang akan pergi meninggalkan kita.. :(

    cik epal..sabar eh...setiap yang pergi akan kembali jua.. :(

    ReplyDelete
  13. sabar eh
    doakan smg arwah dicucuri rahmat...

    ReplyDelete
  14. 'jgn tinggal solat'


    ayat yg paling bermkna.....


    alfatihah bro...

    ReplyDelete
  15. terasa sayu bila baca entri ini..seb bek last2 ayat tu mcm main2 sikit, kalau tidak, kompom meleleh dh air mata ni...

    ReplyDelete
  16. Al Fatihah..

    pemergian yg sgt dirasai oleh sahabat2..(T_T)

    ReplyDelete
  17. alfatihah..ada gak baca pasal dia kat metro hari ni..semoga ditempatkan dikalangan mereka yang beriman..amin

    ReplyDelete
  18. alfatihah...moga rohnya dicucuri rahmat

    sis pun pernah kenal arwah walaupun sekejap.. memang dia baik, sis komen blog dia, terus dia datang ucapkan terima kasih.

    ReplyDelete
  19. ade video yg die buat kat ku
    huuuk
    mmg sayu

    ReplyDelete
  20. Al-fatihah tuk bro syam..

    ReplyDelete
  21. al fatihah untuk arwah bro hisham. semoga rohnya dicucuri rahmat!

    ReplyDelete
  22. cik epal...
    jangan sedih lagi..
    kita doakan arwah dipermudahkan disana k...
    die pesan dekat lumut..
    kene kuat truskan hidup...

    ReplyDelete
  23. al-fatihah..

    sabar ye cik epal..

    ReplyDelete
  24. tu la psl..
    x sangka kan..
    al fatihah..
    semoga roh nya tenang di sana..

    ReplyDelete
  25. alfthah .sabar ye cik epal .
    tuhan sayang kan dia lebih dri kita .cmne pun .hdup truskan jgk .ok..

    ReplyDelete
  26. al-fatihah...

    moga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh...

    =)

    ReplyDelete
  27. al-fatihah...

    moga-moga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh..

    amin...

    ReplyDelete