Tuesday, April 13, 2010

Tips tips bila putus cinta dan tips untuk lupakan pasangan kekasih


alooo siannya. Jangan sedih sedih ok




Ada sesiapa tengah putus cinta dekat sini? ye. anda telah memasuki zon yang tepat. mari sini aku nak bagi tips tips putus cinta. harap dapat membantu




1- Jauhkan diri kau orang daripada filem filem jiwang dan tangkap leleh . lagi lagi filem hindustan. Mahu berbakul kotak tisu premier habis karang. Cerita Adnan Sempit dan Halimah Jongang boleh tengok. Kabhie Kushi Kabhie Gham dan Kuch Kuch Hota hei harus dielakkan.




2- Perbaiki kelemahan dan penampilan diri. Kalau bekas kekasih pernah komen kau gemok. Exercise lah selagi mampu, bangkit tubi, buat sit up, sit down, ketuk lesung batu dan boleh tayang dekat dia satu hari nanti "hoiiii aku dah slim la. mana ada badan aku macam tayar MICHELLIN tu" tapi jangan la buat depan orang lain. nanti orang kata kau riak pulak



3- Sibukkan diri kau. Kalau kau tak sibuk pon buat buat je la macam kau sibuk. Tapi jangan sibuk jaga hal tepi kain orang pula. ini tak baik untuk kesihatan. Kes putus cinta kau pon tak settle lagi, nak sibuk hal orang buat mendee.




4-Sibukkan lah diri buat kerja bagi yang bekerja. Boleh lah buat overtime banyak banyak. Bila duit dah lebat dan mencurah curah terkeluar poket. Kau cari je la lain apa susah. kahwin terus. senang hidup tak payah susah susah nak pening pening dan weng weng kepala.




5- Lakukan hobi yang anda sukai contohnya membaca, menonton tv (tapi cerita hindustan dan jiwang karat harus dielakkan: rujuk point 1) boleh juga membuat bisnes menternak cipan. Nanti bila cipan kau orang dah besar besar godang godang. kau orang pon akan lupa dekat bekas kekasih. Cinta kau orang beralih pada cipan peliharaan pula. "alololo comelnya cipan aku"




6- Kau orang pergi mengadap cermin. Cermin diri dulu sehendak hendaknya. Muhasabah diri. Apa yang kau orang buat silap atau pon bekas kekasih yang buat silap. Agak agak tak jumpa jawapan. Kau orang tenung la cermin tu lama lama. Mengadap sampai esok pagi, kau orang buat la lawak gila gila lepastu gelak la sorang sorang





7- Buat buat gila kejap. Saja je la layan perasaan jiwa kacau tu kejap



8- Ambil hammer atau dalam bahasa jerman di panggil tukul besi. Ketuk kepala dua tiga ketul. Tapi AWAS jangan sampai pecah. Pastikan ketuk di tempat yang betul. kemudian bila kau sedar, kau akan rasa seperti bukan diri kau. Secara tak lansung bolehlah lupakan kenangan kenangan pahit masa putus cinta tu haaa.





9- keluarlah dengan kawan kawan lama. kawan kawan baru pon boleh juga. Cari kawan kawan yang boleh buat kau senyum dan ketawa terbahak bahak sampai tepuk tepuk lantai lebih afdhal. jangan keluar dengan kawan yang sama putus cinta dengan kau jugak. Karang tak pasal pasal dua dua ketawa terbahak bahak terjun bangunan pergi ke alam barzakh pulak. hehh.



10- Hari hari tulis surat untuk diri sendiri. Tulis lah apa kau nak tulis pasal bekas kekasih kau tu. Dah tulis kau sendiri jadi posmen letak dalam peti surat kau sendiri. esok tengok peti surat, boleh pura pura macam "eh! ada peminat bagi aku surat la" lepastu kau balas letak balik dalam peti surat kau. lakukan tiga hari dua malam berturut turut.Jangan tulis keburukan dan kebaikan bekas kekasih dekat blog, nanti semua tahu rahsia (eh!)



11- Agak agak susah sangat nak lupakan bekas kekasih kau orang tu. langgar je lah lori kontena. boleh gak membantu lupakan pasangan kekasih. tapi kalau patah kaki ke tangan ke kereta kau remuk ke sendiri tanggung la.




12- Susah sangat cari je yang lain. Kalau dapat yang lebih kacak/lawa daripada bekas kekasih kau orang tu boleh la lalu lalang tayang dekat depan bekas kekasih kau tu. act la macam "apa kau ingat kau tinggalkan aku, aku tak laku ke haaaa?" then lepastu tayang dekat jiran tetangga. lagi lagi depan makcik makcik kepochi. fuhhh memang seluruh pelusuk taman perumahan dan kampung kau tahu la kau dah ada pengganti. "anak si melah tu haa baru putus cinta dah dapat pengganti baru dah. pakai fair lady lagi. GENERASI HEBAT sungguh. mesti minum pati ayam brands" dialog oleh mak cik kepochi



cukup lah ini dulu. Nanti kalau ada lagi esok tiba tiba bangun tidur karang muncul idea. aku bagi tahu tips putus cinta part 2 pula. Sori la kepala aku miong sikit hari ini. Harap tips ini dapat membantu.






























yang atas atas ni merepek je sebenarnya. haha. Sesiapa yang putus cinta baca la ayat ayat di bawah ini.






Ketahuilah bahawa…

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.

Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.

Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akanNYA.



Ceria2x selalu. beboiii =)

72 comments:

  1. suka nasihat islamik tu cik epal! thanks ^_^

    ReplyDelete
  2. nice tips..hee..dah clash pon kene happy olweyzz;)

    ReplyDelete
  3. berkesan ke..cikepal pernah praktik kan?

    ReplyDelete
  4. memang merepek lagi2 part suruh ketuk kepala pakai hammer and langgar lori kontena. OMG. gilalah kalau buat betul2.

    ReplyDelete
  5. bagus cik epal... kawan aku baru je putus cinta~ boleh la bagi tips ni kat beliau~ terima kasihh.... :D

    ReplyDelete
  6. baeeekkknya intro ek...hehehehe
    tapi ending mmg very gud info :D

    ReplyDelete
  7. bile putus cinta kene chill sebab kalau dah jodoh mungkin tersambung, tapi kalau tak chill pun,kalau dah takde jodoh, tak dapat buat ape jugak ;((

    tapi memang tipu kalau tak sedih kan..

    huu...

    ReplyDelete
  8. ak, nape tetiba da tips putus cinta nih?
    ada something happened ke cik epal?

    ReplyDelete
  9. pakai bomoh x boleh ke cik epal??

    ReplyDelete
  10. baca yg atas gelak2 terbahak tp bile sampai yg bwh mcm bergenang lak airmata haishhh

    ReplyDelete
  11. aku terpotong cinta aku dulu.
    tetap nak layan cerita jiwang gak.
    nak layan sakit jiwa.. XP

    ReplyDelete
  12. bercinta mmg best tapi putus cinta mmg tak best..yg best org syg kita tanpa perlu ada cinta..ehhhh apa akak merepek nih?

    ReplyDelete
  13. lupakan kekasih tpi jdkan pengalaman sbg pedoman;)

    ReplyDelete
  14. owh..tips untuk putus cinta ke bila ptus cinta nih?:-p

    ReplyDelete
  15. wahh2...tips yg sgt bagus...ske bace belog kamu...

    ReplyDelete
  16. ahahah!! epal, cari yang baru sudah...jgn bersedih, buang masa saja, huhuhu :)

    ReplyDelete
  17. uhh
    bace entry ni yang wat tringat ex neh
    hah cikepal jwb2! ahahahah

    ReplyDelete
  18. mukadimah je dah 12 point..haha..sabo je lerr..

    neway suka tips tu..err bkn yg 12 point tu tp yg last2 tu...beboii~ ^_^

    ReplyDelete
  19. Part kontena tuhh , kalau buat aksi drift cam Sam ngan Aaron aziz buat dlm kldrift2 , bolehh malatops tuhhh . boleh bikin kldrift3 : aksi putus cinta . KAHKAHKAH . apekah ? huhuu :p

    ReplyDelete
  20. tens cikEPAL. =))
    u make me laugh...
    hahahahhahhhahhaa...

    gelak guling2..cm tenggiling..
    hehe

    ReplyDelete
  21. comel gila cik epal.. :) entry ni sgt bermanfaat..

    ReplyDelete
  22. epalllll!
    the best entryyyyy :D
    boleh menang anugerah entry paling popular neh! haha

    ReplyDelete
  23. hi cik epal~ masih ingat saya?
    haha :B teehihihi.

    good post! :D

    i agree on all u state kan tu. I simply believe that God wants us to meet a few wrong people before meeting the right one so that when we finally meet the right person, we will know how to be grateful for the gift.

    :)

    dulu masa break dgn exbf yg mana cinta pertama, frust tonggeng wa cakap lu~ haha. sebab rasa macam mana nak teruskan hidup ni, nak sayang orang lain sbb kite gila2 sayang dia, rasa life ni unfair, bla bla bla.

    and now that i have a new one, baru rasa macam, okay.. dah faham dah how live works sebenarnya. :')

    now, rasanya tade hal lah kalau dgn current bf ni tak jadi juga ke apa. :) cause i know that everything happen memang betul2 happen for reasons~ :)

    ReplyDelete
  24. wah, berjela-jela nasihat cik epal. bab buat2 gila tu kelakar lah. hakhak!

    btw. nak lupa tu mmg susah woo!

    ReplyDelete
  25. wa...
    menarek la ayat last tu...
    kalo letak kat blog and credit untuk akak boley ke?
    :)

    ReplyDelete
  26. when i was emo last time, i sleep =P

    ReplyDelete
  27. salam cik epal...

    pls pick ur blogger award kt http://cantikmall.blogspot.com/

    tq

    ReplyDelete
  28. org yg bagi tips nie dah penah putus cinta ke...?? ekekeke...

    ReplyDelete
  29. alhamdulillah..
    thanks for the tips akak epal :)
    really informative.
    i really appreciate it.

    ReplyDelete
  30. cik epal ,

    saja nk bgtwu nii.. iwan dgn nad takde pape twu dekat akedemi tu. dorang kawan jer..lgpun iwan ada ngaku dkt que haidar yg dye ade gf kt luar tu :)

    imbas surat nad :

    " boncit , take care. already miss u! "

    huhuhu. tapi dorang comel la plak?
    er... ok.. beboiii

    ReplyDelete
  31. ooo..ini la cik epal yg digembar gembur tu rupenyer..

    ReplyDelete
  32. haha...cinta kepada Allah jua yang kekal selamanya =)

    ReplyDelete
  33. hehehe terima kasih utk kata2 yg area bwh tu :) mmg semuanya betul.. Allah itu Maha Mengetahui..

    ReplyDelete
  34. setuju2 dgn cik epal tips2 ni..heheh..tp kan asik jumpa yg salah je..bila la dpt jumpa yg betul2 punye ni..heheh

    ReplyDelete
  35. belum bercinta lagi. hehe. but tips ni akan diingat smpai bile2 ;D

    ReplyDelete
  36. penulisan cik epal skrg dah ada gaya CHE DET dah
    heheee

    ReplyDelete
  37. sibukkan diri..dan cri pengganti cepat2!..hehehe

    Thanks kata2 ayat2 bwh tu..nazz mcm dah dpt jawapan persoalan yg selama ini kat kepala nie..;)

    ReplyDelete
  38. tips yg bernas lagi berbaloi2...nak folo lah...eh!!!

    ReplyDelete
  39. wah. bagusnye ada santapan rohani pagi2 ni. heheh :)

    ReplyDelete
  40. hurm...
    bukan mudah utk terima perpisahan dengan betul2 redha.. take a time.. yang pasti sabar tu membuahkan kebahagiaan :)

    ReplyDelete
  41. owh betul tips tu...lagi satu kepada awek2, jgnlah terlalu memilih, love is not a perfection...

    ReplyDelete
  42. memang tepat la tips2 ko cik epal ...
    ai tgh suffer neh.

    thnx for the tips ...muachhh~

    ReplyDelete
  43. Tips2 itu memang banyak membantu. Ehe..baru putus cinta ni. Macam tau2 je cik epal wat entry ni..khas untuk sy kot?hehe

    ReplyDelete
  44. epal!!!!...i lap u !!! suker bangat ngn tips2 neh. yg atas bikin aku gelak2 meowww..n yg bwh bg aku trhantuk pala (kira dh sedar r neh)..huhuhu..bagus2.rajin2 letak n3 yg membina mcm neh k..caya la...muahh muahh muahhh..huhu

    ReplyDelete
  45. epal.. sedih tu putus cinterr...

    ReplyDelete
  46. bagosla entry ni..betol apa yg cik epal ckp..lagipon bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor kan?mybe Allah saje nak duga kita n bg chance kat kita utk jumpa yg lebih better..so tak payah la smpai nk suicide ke ape ke just sebab putus cinta..kita kena pandai handle diri kta n ingat kita sentiasa ada family n friends right?

    chill~

    ReplyDelete
  47. KAU DGN SI MUNCIT LAGI KE CIK EPAL,.


    LAMA SUNGGUH X SINGGAH D BLOG KO YG FEMES EMES NIH,.,

    ReplyDelete
  48. ahaks! terkena pulak kali ni..putus cinta..hehe. memang masa yg sesuai melawat blog anda. huahuahua

    ReplyDelete
  49. betul cik epal..Allah sll ada..waktu ssh dan sng..

    ReplyDelete
  50. cik epal, this entry really makes me feel stronger to move on for a new life.

    i cried anyway.

    thanks for the advice =)

    ReplyDelete
  51. banyak nya soalan cepu mas dekat sini. nanti jawab. nak makan tempe jap

    ReplyDelete
  52. semua yang komen ni pernah putus cinta ke??? ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  53. adoyai cik epal.. nak tergelak la baca tips yang last skali tu. kelakor habis. sempat lagi promote pati ayam brand ek. :-)


    http://wanshah87.blogspot.com

    ReplyDelete
  54. nangis la epal..huuuu sedih sanagt!

    ReplyDelete
  55. ok entri ni sgt la bes n beguna... *wink

    ReplyDelete
  56. bagus ni. akak suka tips no 10 yg tipu2 tu. :p haha.

    ReplyDelete
  57. Cik epal...lepas ni sila bg tips bila putus selipar pulak yer.. agak sedikit bosan dgn tips putus cinta yg boleh beli kat kinokuniya..hhohoho..

    ReplyDelete
  58. huhu maybe ada yg betulnya
    apa yg penting, hati mahu kuat maa
    =)

    ReplyDelete
  59. nak tanya cipan tu hape? mane la tau esok kalau mokcik putus cinta leh ler bela bende tu





    mokcik kepochi

    ReplyDelete
  60. thanks for the tips. i really like the last part of the post. TQSM :)

    ReplyDelete
  61. nice tips babe. sesuai utk mane² readers ko yg tgh putus cinta..hehe

    ReplyDelete
  62. good tips cik epal..tq...nice blog..byk info..me follow ya

    ReplyDelete