Saturday, March 20, 2010

kita masuk SYURGA sebab ibu bapa kita. Kita masuk NERAKA pon sebab ibu bapa kita.

Hari ini 20 Mac. Birthday ayah pula. Selamat ulang tahun yang ke ehem ehem ayah ku yang tercinta. ngeh ngeh ngeh. Birthday ibu 16 Mac. ramai pula orang orang kesayangan aku lahir bulan Mac ni. Siapa pula ye lepas ni??






chocolate indulgence




sesi menggemukkan badan dan menternak lemak. sila sila potong potong kek masuk mulut ngapppp. Asal pergi secret recipe je mesti kek ni je yang nampak sedap. karang beli yang ada cheese takut muak pulak. selalu makan kek ni macam bosan juga. hoho. amboiii berkira dah ada depan mata tu makan je la wohhh.







hadiah hari jadi untuk ibu dan ayah: tempe goreng masak campak campak (sedap weiiii)


kira aku dah boleh kahwin la tu kan?? sebab pandai masak :D
















Tadi tertengok anjakan paradigma dekat astro oasis. yang Dato Dr Fadzilah Kamsah hos dia tu. boleh la layan jugak. bagi bermotivasi sikit aku ni yang basi basi dengan air liur basi. tertarik dengan topik dia. pasal ibu bapa.



kalau cerita pasal ibu bapa. banyak sangat cerita pasal ibu bapa yang kita pernah dengar kan? ini ada satu cerita.




ada seorang ibu ni sakit tenat. dia ada 3 orang anak teruna. anak lelaki la maksudnya. semua lepasan universiti. kira semua bijak bijak pandai la ni. dapat isteri pon. tiga tiga dapat isteri yang bijak bijak graduasi daripada universiti universiti yang bukan calang calang lah kata orang tu.



ibu ni memang sakit tenat sangat lah ni. sampai nurse yang jaga dia tu pon dok risau. nurse tu pon tanya la si ibu ni.


"makcik. makcik taknak saya kol anak anak makcik ke? makcik dah tenat sangat dah ni??" (lebih kurang macam tu la dialog)


si ibu tu jawab : "tak pe la nak. anak anak saya sibuk tu dengan kerja masing masing. biar la"




nurse tu pon hairan jugak. kenapa la sorang pon tak nak tengok mak dia ni. tapi si ibu tu makin hari makin tenat. makin teruk. nurse tu pon tanya lagi.


hari kemudian harinya.


"makcik. betul ke makcik tak nak saya kol anak makcik ni??"



"dalam akaun saya ada tiga puluh ribu. anak suruh la mereka datang ambil tiga puluh ribu tu sebelum makcik pergi"



nurse tu kol la anak anak dia. berdesupppp dengar dapat tiga puluh ribu. tiga tiga anak tu datang. siap bahagi bahagi kan. sorang sepuluh ribu. lusa tulat lepas tu anak dia tak datang datang pon jaga ibu dia yang sakit ni. dah dapat duit semua lupa diri. nurse tu pon macam "apahal la budak budak ni. dah dapat duit. bukan nak jaga mak"




lepastu. si ibu yang sakit tenat ni pon cakap "tak pe la nak. saya redha anak anak saya buat macam tu dekat saya. sebab masa zaman muda muda makcik dulu pon makcik tak jaga mak makcik masa dia sakit tenat dulu"




betul la cakap orang. what goes around comes around. Selagi kita hidup ni jagalah hubungan ibu dengan ayah kita dengan baik. nanti karang takut anak anak kita pula balas lagi teruk nanti. cakap pasal ibu bapa ni. mengalir pula air mata. nak taip pon ter ada takungan kolam renang pula dekat air mata. sedar diri banyak dosa dengan ibu ayah ni. selalu tak dengar kata. hehh. ok. dah beboii =')

59 comments:

  1. setuju...

    buat yang terbaik utk mak bapak kita ..
    nanti dah kawin
    kena buat yang terbaik utk laki kita pulak

    ReplyDelete
  2. sobss btol2..karma haishh..eh tp pape pun tempe itu nampak lazat ngeh3

    ReplyDelete
  3. eceh!da reti msk r..da bleh kawen r gini..waaahhhhh~~~



    selamat bakal peranten.hihi

    memule takongan air di dlm mulot akibat mcm lapo je tgk makanan.
    pastu takongan iar kat mate,akibat sdey.

    ReplyDelete
  4. cik epal, tak reti masak pun leh je kawen..tiap kali nak masak ko bukak resipi kat intenet..tu la yg akak buat skang..macam2 resipi dah cuba..husband puji je tau..hehe

    ni ha blog chef terkenal, chef liza, awak training le selalu ye

    http://hanieliza.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. wah..pandai epal masak..betul tu, setiap perbuatan kita akan mendapat balasan walau sebesar zarah..

    ReplyDelete
  6. betul2. jangan derhaka tu yang penting. baik camne pn dgn orang lain, kalau dgn parents xbaik xbagus jgk.

    btw, choc indulge my fav! yumm! :D

    ReplyDelete
  7. Cik Epal...anak2 kena sedar...sayangi dan berbaktilah pada ibu bapa ketika mereka masih ada...sekiranya mereka telah tiada...keluar airmata darah sekalipun tak akan dpt menebus kesilapan yang telah kita lakukan....

    ReplyDelete
  8. kek feveret : choc indulgensces (xreti eja)

    ReplyDelete
  9. :Patut dilempang anak2 begitu

    ReplyDelete
  10. sme lah ngn birthday ayah nyna :)

    ReplyDelete
  11. nak kek jugak...nak jugak..

    hehe cik epal...singgah jap..

    ReplyDelete
  12. betul..nanti anak2 die akan buat blik ape yg dorg buat kat mak dorg

    ReplyDelete
  13. selamat hari jadi untuk parents cik epal...tahniah2..tempe cmpak2...tp sy x mkn tempe..hehe..

    ReplyDelete
  14. ermm betol.selagi nyawa dikandung badan, berbakti la kiter utk ibubapa kiter.keberkatan seorang anak adalah doa ibu nyer, tpi selepas ibu nya tiada.hilangla salah satu keberkatan hidop seorg anak.

    ReplyDelete
  15. terharu ak baca cter kt ats ni c.epal...huhu

    ReplyDelete
  16. ye,apa y kte wt dkt mk kte skg ni,akn b'balik smula dkt kite suatu hari nti..

    ReplyDelete
  17. betul3..jaga la ibubapa kita dengan sebaik mungkin...dn happy birthday untuk ayah ..

    ReplyDelete
  18. hepi birthday unt ayah kamuu!!
    yg psl mak cik 2, adoyy... ksianye

    ReplyDelete
  19. betul tu cik epal.. kita kena berbuat baik pada orang tua

    ReplyDelete
  20. perghhh...walaupun rock..tapi hal2 kasih ibu ni ..menusuk jugak ke kalbu

    ReplyDelete
  21. yummmeh cake yg sedap. okay nak pegi beli. yummehhh!

    ReplyDelete
  22. bday saye 21 mac : esok
    lalalalala

    ReplyDelete
  23. salam,

    sdih bila bc entri nie..jglah ibubapa slagi mrk masih ada...

    ReplyDelete
  24. cite yg buat ku nak call mak!

    ok
    call dulu

    ReplyDelete
  25. bila baca kisah-kisah ibu bapa terbiar tanpa dijaga oleh anak-anak rase sedih je..
    mesti teringat pulak kat ibu bapa kita..
    harap2 boleh jaga mereka bila mereka semakin tua :')

    ReplyDelete
  26. cik epal,
    nak comment sket, tajuk entry cik epal tu tak sesuai lar... kita tak leh salahkan kedua ibu bapa kita... semua yg dtg adalah drpd diri sendiri dan cara didikan yang disampaikan oleh ibu bapa pada anak2 mereka, kemudian bila dah besar dan dpt berfikir, didikan tu terpulang pada anak2 mereka bgaimana nak melaksanakan tanggungjawab memasing...
    cerita yg dibwa pun best.. so ibu bapa tak boleh salahkan pada apa yg telah terjadi... mereka perlu memainkan peranan untuk mengubah corak kehidupan...
    ok, ceria2 selalu ye.. hepy birthday to yr dad :)
    May Allah Bless Him..

    ReplyDelete
  27. arap dijauhkan dr perangai macam tu

    ReplyDelete
  28. betull..what goes around comes around..so, sementara sihat ni, jagalah ibu bapa sebaik2 nya..sayangi mereka !

    ReplyDelete
  29. kesian dengar ibu sakit tenat macam tu...

    ReplyDelete
  30. Happy Birthday to abah kamu...semoga panjang umur...

    Makkkk aiiii~ baru semalam aku terbayang2 nak makan chocolate indulgence tu..sekali nampak lak kat sini...esok gak akak nak g cari

    ReplyDelete
  31. happy birthday....

    patutlaa kata ramai org sambut birthday... hehehe

    ReplyDelete
  32. salam cik epal,

    bila dah merasa ada anak sendiri, lagi la terasa bersalah bila teringat salah silap kita pada mak dgn ayah dulu..huhu..

    ReplyDelete
  33. Thanx...
    Sesama la kite saling mengingatkan antara satu sama lain...
    =)

    ReplyDelete
  34. happy belated birthday kepada both ayah dan ibu...satu pantun untuk mereka:

    Ibu dan ayah kesayangan cik epal kita
    budi dan jasa tidak terhingga
    semoga panjang umur dan berbahagia
    gembira dan success selalu hendaknya

    ReplyDelete
  35. bg 3 ribu penerajang kat anak makcik tuh mau?hehe..

    aku pon dikira org kesayangan ke makcik?lahir bulan march..lalalala....

    ReplyDelete
  36. kuasa tuhan buat kita hairan :)

    ReplyDelete
  37. orang slalu cakap
    'satu mak bapak jaga 10 anak, no problem, tapi 10 anak nak jaga satu mak bapak pun susah giler '

    ni la kehidupan...kena banyak sabar..
    walau apa jadi pun, jangan putus asa, still ada peluang nak berbaik2 huhu

    ReplyDelete
  38. sis"nak belajar bt blog sempurna"
    BUDAK BARU BELAJAR

    ReplyDelete
  39. masak campak-campak pun sedap pe...

    dah leh dah nie.. elok dipercepatkan la ek

    BroFramestone Blog

    ReplyDelete
  40. Cik Epal,

    Dapat source dari rancangan TV, kemudian translatekannya di blog sendiri... satu usaha yang bagus sekali.

    Thanks Cik Epal :)

    ReplyDelete
  41. alahai..ingat jage mak & abah selagi hayat ade tau...

    ReplyDelete
  42. suke kek cikelat indulgence tu jugak.
    ;)

    betul sgt la tu cik epal. percaye pade karma.

    currently : alicia keys-karma ;)

    ReplyDelete
  43. wahhhh fvrte cik epal tempe tue msti ada yer....

    ReplyDelete
  44. eh,cik epal,u noe what?our dad punye buffday sama tarikh.my abah pon buffday dia 20th march.tapi my mum 16th january.hehehe.

    ReplyDelete
  45. kesiannya..
    so, memang kenalah beringat,,,
    tatutnya..
    ngee~

    ReplyDelete
  46. CIK APPLE YANG HEBAT..
    DIGI UNTUK ANDA..
    U NI OTAI KAT BLOG EA?
    JD SIFU I..
    HEHE..;P

    ReplyDelete
  47. wahh, rs cm romantik je sambut besday dibulan yg sama..hehehe..

    ReplyDelete
  48. setuju!!! what goes around comes around

    ReplyDelete
  49. happy belated bday!

    mmgla. ibu bapa ni la yg i plg cair.cpt je nk titis air mata.
    hrp2 nt i pon dpt jd good parents mcm parents i. huhu

    ReplyDelete