Thursday, February 18, 2010

Macam mana kita nak tahu seseorang tu ikhlas atau tidak?? keikhlasan itu boleh diukur kah??

@Boleh ke tahu dia ikhlas atau tidak dengan tengok memek muka dia yang bersahaja atau riak muka yang pura pura baik?




@Boleh ke tahu dia ikhlas atau tidak dengan cakap "ambil la cupcake ni. Saya memang ikhlas nak bagi awak. Dah lama dah saya simpan untuk awak cupcake ni. Macam macam cupcake tau saya simpan untuk awak. Warna warni sang pelangi tauuuuu"






-ini cupcake. Comel bukan? Tapi rasa tak tahu. Sebab cupcake ni selalu indah khabar dari rupa. Indah hiasan topping dari rasa, Tapi bila makan nak patah gigi. Kerasss rentung icing.hehh-





@Boleh ke tahu dia ikhlas atau tidak dengan cakap dia ikhlas. Contoh: " Saya betul betul ikhlas nak kenal dengan awak. Dah lama saya perhatikan awak. Saya memang ikhlas betul betul ni nak kenal awak dengan lebih mendalam. Kalau tak percaya. Xray lah dada. Kapak la hati ni boleh bedah" (aku kapak betul betul karangggggg)



@ Boleh ke tahu dia ikhlas atau tidak dengan menyatakan yang nama dia IKHLAS bin SENIN (eh! yang ini tak ada kena mengena)





@ Boleh ke tahu dia ikhlas atau tidak dengan cara dia layan kita?? Kita buat apa pon dia baikkk je nak layan. Suruh beli napkin, belikannn. Nak makan dekat restoran mamak jual tosai, bawakkkannnn. Kita pedajalkan dia pon elok je tak melawan. Nak buktikan keikhlasan berkawan. Sampai kita pon boleh cakap "sweettttt nya dia niii. Caring nya. Baikkk nya." (Mula mula kenal boleh la kot. Dah lama lama kenal true colours mula keluar. Dengan gigi gigi taring semua keluar. Perangai belengas gonjeng gonjol tak payah cakap ahh. Mesti keluar punya. Jangan sampai naik tangan sudah. Hohh menakutkan)





Kadang kadang orang boleh berlakon. Dalam Sedar atau tidak. Kadang kadang kita dikelilingi dengan orang yang pandai ber DRAMA. Tidak kesah la di peringkat umur mana sekali pun. Tetapi Siapalah kita nak mengukur keikhlasan seseorang. Ini semua depends on niat dan hati. Positif dan bersangka baik dengan semua benda dan semua orang =)





"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di
malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."




persoalannya: Adakah keikhlasan itu boleh dilihat dengan mata kasar dan diukur dengan pita ukur??? (mana datang pita ukur pulak ni.hehh)

50 comments:

  1. Cupcake tu kalau borong seme dpt murah tak??....hehe

    ReplyDelete
  2. boleh kita ukur keikhlasan.....kalo orang baik keikhlasan sangat tinggi...kalo rendah keikhlas rendah...hahaha

    ReplyDelete
  3. hehe.. selalu org ckp, org ikhlas takkan nak mengaku dia ikhlas kan.. tapi kalau tak ckp, org tataw. eh. mcm tu ke? hehehe

    ReplyDelete
  4. bab ikhlas ni,hanya org itu saja yg tau.samada mmg dia ikhlas atau tak.tepuk dada tanya lah iman =)

    ReplyDelete
  5. cik epal, kiter mmg bleh rasa keikhlasan org itu kepada kita. Apabila hati itu org tu bersih dan ikhlas, mmg kita dpt rasakannya tanpa rasa ragu- ragu. Seriusly :)

    ReplyDelete
  6. orang ikhlas die takkan cakap die ikhlas..ehehe..keikhlasan tu ditentukan oleh Allah..=)

    ReplyDelete
  7. huhu, bagus entri ni. nti buat cane nak tao bf ikhlas kat kite ker tak ehhhh. huahua.

    ReplyDelete
  8. cube ukur nan burette pulak...
    huhu!

    ReplyDelete
  9. khusnuzon jela..xyah nak ukur2..buat beban kepala otak je..hati orang kite xtau..hati sendiri je yang lagi tau..kan da xmemasal berblog pasal ukur2 ihklas..wooooo..

    ReplyDelete
  10. memang tak bleh diukur cik epal..
    hehe..ukuran baju di badan sendiri(eh, ada kena mengena ke?)

    ReplyDelete
  11. tula..kadang2 nak berkawan pun ta ikhlas,,tah pape je,,ish3..

    ReplyDelete
  12. hm
    mmg sukar tafsir keikhlasan seseorang.

    melalui kata2 die pon kite tak bole nak riki die ikhlas ke tak..
    kalau melalui hati tu ..
    payah kn?

    ReplyDelete
  13. nak tau ikhlas ke tak?

    huhuhuhu ~ nujum pak belalang mampu mentafsirnya. cayalah kata wa.

    or

    belah lah dada, ambil lah hati ...
    letak kat bawah microsoft word
    ada ukiran kecil yg maha kecil
    kata ikhlas atau tak


    soalnya, si pemilik hati hidup lagi ke tak bila dada dah kene bela!


    ((mmmm ~ wa ske dada ...))


    >>____<<

    ReplyDelete
  14. ikhlas??

    sgt sukar nak membuktikan keikhlasan manusia ni...

    tapi tanamkan keikhlasan dalam diri insyaallah orang pn akan ikhlas dgn kita

    =)

    ReplyDelete
  15. ikhlas tidak daapt diukur tapi boleh kita rasa

    ReplyDelete
  16. yep.
    betul.
    tapi kita boleh guna deria keenam.
    kan?
    instinct.
    coz ikhlas tu memang takleh nak ukur.
    kalau nak ukur, nak guna unit apa?
    kg? g? km? m? kaki? hasta? depa?
    ahha~

    ReplyDelete
  17. kenali si dia dr sudut seorang kaum adam~
    insya'allah...anda akan tahu keikhlasannya~

    ReplyDelete
  18. orangf yang ikhlas takkan bagitahu dia ikhlas beb..
    die tunjuk dengan body language je..
    mulut boleh tipu kan..=)

    ReplyDelete
  19. salam perkenalan,
    satu tips yg slalu aku pakai nk tgk ikhlas ke tdak seseorg tu adalah dgn bertanya berulang kali...
    contoh,
    kalo org tuh bg kita cupcake,
    kita tanye, "Ikhlas nih?"
    kalo dia jawab YA, tanye lg soalan yg same smpai 3,4 kali...
    abaikan ape jawapan dia, tp tgk raut wajah dia terutama mata..
    kalo dia ikhlas, raut muka dia takkan berubah walaupon kita jd terlalu annoying!!!
    tp jgn wat selalu, nanti dah tak berkesan..

    ReplyDelete
  20. hehehe....

    tanya hati kita...tak kisah la orang tu ikhlas atau tak..

    yang penting kita terima jerk lah ngan ikhlas..hik!

    gud luck exam weih..hehe

    ReplyDelete
  21. tanya dia
    " awak ikhlas ke x?"
    bagi dia pilihan jawapan

    A- ikhlas
    B- pura-pura ikhlas
    C- lu pikirlah la sendiri

    hehehe...
    adehhh....sengal punya jawapan

    ReplyDelete
  22. btl2...akak stuju sgt...kdg2 ikhlas nye sekadar dr luaran jek,dalaman perghhh...tanduk bertindih!

    ReplyDelete
  23. cuba pandang muka org yang kasi cupcake tu, dia telan air liur tak sebelum bagi kat cik epal

    ReplyDelete
  24. cumelnyer cupcake nih.
    :p
    yup,kte mmg dskelilingi oleh org yg pndai berDRAMA.
    sedar o x jew.
    ukur pki pita pengukur bule kowt.
    heee~

    ReplyDelete
  25. ikhlas ni takley ckp "saye ikhlas".

    sbb kalo da ckp, da jd x ikhlas.

    ikhlas hanya diantara kite dgn Allah :)

    ReplyDelete
  26. ayt yg nk dkt2 last..yg bold tuh..sbjik mcm ayt ustazah msa skolah dlu..huhu~

    ReplyDelete
  27. bkan senang nak cri oram yg betol2 iklas skunk nieh...beshfren pom blom tentu ag..huhuu skadar pandangan..

    ReplyDelete
  28. ya betul tu cik epal
    kita pelakon dipentas dunia
    huhuu
    keikhlasan tak dapat dilihat
    tp mampu dirasa :)

    ReplyDelete
  29. suka dgn falsampah kat bawah tu...
    `...bagai semut yang hitam....'

    itu..biarlah DIA yang tentukan...
    kita pulak...biarlah bersangka baik...Hidup aman damai, tanpa sengketa

    ReplyDelete
  30. sha rase dlm dunia mesti ade sikit dlm diri sikap tak ikhlas
    tu hanye pendapat la
    dlm diri sha pon mcm tu jgk

    ReplyDelete
  31. keikhlasan hati seseorg tletak di niat hati yg baik..betul ke ayt nie...macam pelik jer...huhuhu

    ReplyDelete
  32. hahaha ,
    boleh la..
    ukur pakai hati.
    hahahak..

    ReplyDelete
  33. kalau boleh memaafkan ketika marah...

    mungkin itu paling jelas untuk tahu keikhlasannya...

    =)

    ReplyDelete
  34. oh cik epal..
    "dun sangka clear water no boya"
    kekekekke..

    ReplyDelete
  35. I rasa kan babe, keikhlasan tu tak boleh diukur, dan selalunya orang yang ikhlas tu takkan cakap yang dia ikhlas.
    Tapi dia akan hanya memberi dan terus memberi kasih syg tanpa mengharapkan apa2 balasan dari kita.

    wahhh, jiwang plak I malam2 ni kan, hahaha. :P

    ReplyDelete
  36. bila

    when u make ur final stand
    he'll be right there he'll never leave
    all he is ask is for u to believe

    huhuhu

    ReplyDelete
  37. ikhlas dan riak
    sighh

    2 benda yang kadang2 datang bersama..

    cik epal
    wajib join contest
    ;)

    jom join contest weekend@sheffield
    ada 2 hari lagi sebelum ditutup
    true meaning of love atau unity through sportmanship
    anda pilih!
    klik klik

    ReplyDelete
  38. kena belajar ilmu ikhlas la jawabnya..nampak cupcakes tu sedap je..

    ReplyDelete
  39. keikhlasan itu keja Allah untuk menilai :)

    ReplyDelete
  40. Hohoh..mmg susah nak tau keikhlasan sesorg tu...kalo awl2 dia kt 'sy ikhlas dgn awak' penipu la...
    ikhlas ni tak payah nak diwar2kan..kt sndri akan tau kalo dia btol2 ikhlas dr cara dia...kalo niat hati dia dh betol, otometik leh tau la kn..hohohoh

    ReplyDelete
  41. aaaa..
    kalau betul dye ikhlas, msti dye tego if kte bwt salah, msti dye tetap dgn pendirian dye kan?
    susah ckit nk tgk dri memek mke niyhhh..
    kne tgk perangai jgk kottt :D

    ReplyDelete
  42. ssh nk tgk keikhlasan ssowg.. kdang2 mls nk terima pmberian owg.. coz, kite tk taw sma ada die ikhlas beri kt kite or tidak..

    ReplyDelete
  43. ikhlas bile x penah kate dia ikhlas rasanya la dia buat je x ungkit2 haha

    ReplyDelete
  44. saya lagi best saya kawan dgn dia dah masuk 4 thn untuk tahun nie tapi bila saya pg lepak umah dia thun lepas saya tgk dlm rmh dia ada banyak cd lucah dalam drwer umah dia saya tanya dia baru2 nie mana cd tu semua dia cakap dah buang saya lepak rmh dia saya tgk bwh tilam dia semua cd2 tu dia letak bawah tilam adoiiiiiiiiiii penipuuuuuuuuuuuu tak habis2

    ReplyDelete
  45. salam mcm mana kalau dia mati2 kata depan kak dan saya yang dia tak da fb tau2 saya tgk history ada fb dan malam semalam dia cakap terang2 yang dia tak da fb di hadapan kak dan saya sdgkan pg ini saya lihat ada apa maksudnya dan muka niy nmok bersahaja dan mcm tak da apa2 berlaku

    ReplyDelete