ibu aku cakap.....dulu kecil kecil masa gonjeng gonjeng aku nakal.. sekarang baik dah kot =)

@ibu aku cakap..dulu kecil kecil masa muda muda dulu aku nakal...tapi sekarang pon aku rasa aku nakal jugak...





haha...gambar ayah dengan ibu dah tukar jadi cartoon...adik aku bila tangkap gambar suka konon konon pandang tempat lain..nak bajet candid la tu...cehhh...aku memang suka senyum OVER...mesti nak nampak semua gigi....









haa...siapa yang senyum paling over macam kerang busuk??? orang lain senyum sikit sikit je...macam nak tak nak je senyum...kalau aku??? kemainnnn....



@ibu aku cakap...aku pandai..tapi aku pemalas...tapi aku rasa aku memang pemalas pon...sebab tu sangat lah CEMERLANG result aku ni...orang lain sibuk study nak exam esok...aku boleh lagi dok lepak lepak makan kacang botak dengan orang lain yang tak exam...lepas tu dapat result..padan lah dengan muka aku...semua stok LEPAKKKKKK aje...padan muka aku! pemalas lagi...





@ ibu aku cakap...jangan benci dekat orang...kalau kita benci satu orang...ada seribu orang benci dekat kita...kita kena baik dengan semua orang...orang sayang kita..kita sayang dia balek..orang benci kita...kita saaaayang dia jugak...jangan buat jahat dekat orang...kalau ada orang nak buat jahat dengan kita...kita doakan dia bahagia...baru hati kita tenang...



@ibu aku cakap...kalau nak cari lelaki yang baik nak buat suami..kita kena jadi baik...nak lelaki yang solat tak tinggal...kita pon jangan tinggal solat...ibu selalu cakap cari lelaki yang boleh membimbing kita dan ada pegangan agama...nanti kalau kita buat salah...ter lagha..ada yang nak tegur dan betulkan...ini kalau sama sama lagha macam mana???



@ ibu aku cakap...dulu masa kecil kecil...ibu selalu pesan... "belajar elok elok...nanti dah besar boleh masuk universiti...nanti dapat kerja elok elok...nanti awak jugak yang senang.."...tapi bila aku dah masuk uni...kenapa la haii aku tak belajar betul betul..asyik main main je...hehh....




@ ibu aku cakap..dulu kecil kecil masa zaman muda muda dulu...aku suka paksa ibu aku suruh pakai kan tudung....lepas tu..ibu aku pon layankan aje la kerenah aku....






bukti....macam ustazah bedah tak??









ibu dengan ecah...ecah si kenit yang comel...heeee.....aku malas nak jalan dekat dengan ibu aku kadang kadang..mesti orang ingat aku adik dia....nasib baik orang tak ingat aku kakak dia...memang saja nak makan terompah jepun...orang selalu cakap macam ni..pulak pulak makcik kepochi... "apo anak laie godang dari omak ni??? tak leh bosar laie ko anak ekau ni??" nak je aku stapler mulut makcik kepochi macam ni....kurengggg hasemmm je makcik ni...aku nak kurussss....kena diet....biar makcik kepochi ni senyap sikit....





p/s: akhir kata dari saya....saya sayang ibu saya....muwahh muwahh pipi gebus ibu...hikk =)

Jika anda berminat mengenai entri ini..
Sila tinggalkan pendapat anda
Sekian Terima Kasih


Terima lah sajak, syair, pantun empat kerat dan dua kerat daripada cik epal =)




muncit makan kfc. (zaman zaman dahulu kala)








Muncit memang sengal. (zaman zaman tengah bahagia)






bersama spek kegemaran




ehem ehem testing testing one two three. OK suara dah merdu. boleh bersajak. Kehadapan saudara muncit. eh! silap. OK. mari mulakan.




oh muncit,
Walaupun lubang hidung mu berbulu,
Rambut mu berkutu,
Suaramu tidak berapa merdu,
Tetapi kau pernah menjadi pakwe ku,
Suatu ketika dahulu,
Itu duluuuuuuuuu bahuluuuuuu.



oh muncit,
Kawan kawan kau panggil kau jambu.
Tapi aku panggil kau muncit,
Sangat lain panggilan itu,
Aku harap kau bahagia,
Walaupun aku tahu kau dah bahagia,
kadang kadang kau tak tahu nak gaduh dengan siapa,
Mesti kau cari aku kalau nak gaduh untuk bertegang urat halkum dan urat merikh.
Ape kes?


(apa pasal dah lari tempo sajak aku ni? Rangkap pertama ada bunyik la sikit. Rangkap ke dua. Jahanam sudah.)




Aku tidak reti bersajak bersyair bagai ni. Kalau aku reti. Aku dah tak tulis blog dah. Mungkin aku dah jadi engineer atau angkasawan negara yang pertama terlepas dari bumi. (apa kena mengena dengan angkasawan sawannnnnn??)









asal mata sembap? tidak cukup tidur kah?








Terima kasih kerana sudi lawat aku semasa sesi pembelajaran aku di sini. Aku tertarik dengan pas VISITOR yang kau pakai tu. Sebab aku tak pernah pakai. Mula mula aku ingat kad Matrik. Tapi macam gambar lama je ni. Tapi kau datang masa sem ni. so sama je la konsep nya :D










Bagus kau ni muncit. Mengikuti perkembangan semasa baca surat khabar. Aku membebel depan kau pon kau buat bodoh. Aku malas nak baca surat khabar dan surat cinta ni. Sebab tu aku macam katak bawah tempurung. Dato' Najib jadi Perdana Menteri pon aku baru tahu sebenarnya. Aku ingat Pak Lah lagi. tu sebab sejarah aku masa SPM fail. Kalau tidak aku dah nak amek LAW dah. boleh jadi LAWYER buruk.






Tapi rambut kau makin tidak senonoh sekarang. Harap dapat dikemaskini kan dengan kadar segera. Come on la. Macam mana kau nak dapat awek tip top cun melecun lepas ni kalau kau tak handsome macam kita kenal kenal dulu. Aku harapkan supaya kau lebih stylo di masa akan datang. Dan dapat awek lagi solid molid dan tiptop macam model terkenal.




Aku harap aku dapat pakwe lagi handsome daripada kau lepas ni. wakakaka. Yang boleh hari hari belanja aku makan tempe. (nampak sangat aku tak demand. sebab suruh pakwe belanja tempe je keluar dating)








ok muncit.Aku macam menjatuhkan saham aku sendiri je bila cerita pasal kau ni. Susah la nak market. Padahal aku tengah single and available. Dok cerita pasal kau. Nanti tak ada yang nak mengorat aku pulak. wakakaka. Let all the memories remains forever in my heart. Kenangan itu aku akan jadikan pengajaran untuk aku step up dan memperbaiki diri aku to become a better person. Semoga kau selalu bahagia dengan hidup kau. Dan semoga apa yang kau hajatkan dan impikan dalam hidup kau tercapai. Kalau kau bahagia, mungkin aku orang yang paling bahagia bila tengok kau bahagia. =')



Terima lah pantun dua kerat daripada aku.




anak cina makan petai,
kita jumpa lagi esok.




p/s: aku sangat hebat berpantun bukan?

Jika anda berminat mengenai entri ini..
Sila tinggalkan pendapat anda
Sekian Terima Kasih


Fahrin Ahmad ... kenapa menangis?? Susah nak tengok lelaki menangis ni.



susah nak tengok lelaki menangis. Usually lelaki akan menangis bila sesuatu benda tu amat mengguris hati..ye la..lelaki ni kan ego tinggi.. Pulak pulak menangis di khalayak ramai.Susah tu nak tengok. Mesti ada something la yang buat lelaki itu menangis.





kalau lelaki menangis sebab anak kucing dia mati ke apa. Nampak macam lelaki tu penyayang jugak.


kalau sebab ahli keluarga meninggal ke. Mana yang tak sedih kan? mesti sedih. Kalau menangis tu boleh release tension ke apa. Menangislah dikau.



selalu orang menangis mesti ada sebab tersendiri bukan?? tak kan la tiba tiba je nak nangis. Macam pelik la pulak.




dengar cerita ada yang buat FACEBOOK anti FAHRIN AHMAD?? hadoii macam macam. yang aku pernah dengar FASHA SANDHA, SCHA AL YAHYA, LINDA ONN dan MEMEY SUHAIZA (betul ke eja?) lepas ni giliran artis mana la pula ye? aku pasal anti anti orang ni aku malas nak masuk campur. sebab kita benci satu orang. ada seribu orang benci dekat kita. Haaa... seram tak bunyik dia?? pesanan saya buat kali terakhir. Berhati hati di jalan raya. Ingatlah orang tersayang. Pakai Helmet kalau nak naik motor. baru nampak macam Adnan Sempit. Apa kena mengena???????

Jika anda berminat mengenai entri ini..
Sila tinggalkan pendapat anda
Sekian Terima Kasih


 
Real Time Web Analytics